Monday, May 10

menJAGA tepi kain.

aku tak faham. is it me? or they did it with everyone else as well. tapi guard maktab ni suka sangat amik tau hal aku. seriously. tapi tak tahu lah kalau memang diorang amik tahu pasal semua student maktab ni.wallahualam. maybe the fact that diorang bertitle 'JAGA', membuatkan diorang kena menJAGA kebajikan student aka menJAGA tepi kain student.

jumaat hari tu, baru je aku cerita pasal guard dalam entri ni. tapi, guard yang terlibat sebagai watak dalam entri aku hari ni, bukan lah guard menggatal tersebut. yang tu tua. guard yang hari ni yang agak rapat dengan aku. AGAK eh. bukan lah akrabun sangat pun. gitu gitu je. sebab almost every night aku keluar gi ajar ammar kan. shift dia lak selalunya malam, so memang bertembung lah.

that day, masa aku mintak tolong nasyrul untuk handle kan ammar yang di luar kawalan tu, aku naik kereta dengan nasyrul berdua. yelah. sama-sama nak ke rumah ammar kan, kejadahnya nak naik asing-asing. lagipun, aku mintak tolong nasyrul. takkan nak suh dia datang naik motor kot?

masa aku dengan nasyrul turun kat pondok guard nak key in nama, guard tu pandang badi. tak tahu lah apa dalam fikiran dia. im assuming something bad lah. yelah. sebab dia pun selalu nampak F fetch aku. ni nampak aku dengan laki lain lak. ntah lah. aku just assume. apa yang sebenar, aku tak tahu. im not a mind reader ok?

tadi, as usual lah aku nak keluar, gi ngajar ammar. masa nak key in nama tu, guard muda tu tegur aku,

" eh, semalam tido mana ek?" pelik tul aku. perasan lak dia yang aku tak balik semalam. belum sempat aku menjawab, dia cantas,

"cakap betul-betul tau...jangan tipu" ewwah. apa yang dia expect ni? soal siasat aku dah macam polis pun ada. polis gedik!

"tidur rumah lah. kat jb. pagi tadi baru balik." jawab jelah. lagipun, memang itu pun yang sebenarnya kan. sampai kan terjadi tragedi pagi isnin.

"nasib baik tak tipu...." eh eh. lain macam lak mamat ni. kalau aku tipu pun, yang dia nak sibuk-sibuk sangat mana aku tidur kenapa? then dia boleh nak continue lagi. kalau bukan sebab ramai tengah Q nak key in nama, memang takde lah aku nak jawab segala soal siasat guard itu.

"eh, macam dah lama ek tak nampak saga masuk amik awak" huh! sah stalker. sebok je. biar lah bila F nak datang pun. apesal lak dia nak track jadual si F datang fetch aku. as if dia 24/7 terpacak kat pondok guard ni. aku dahlah tengah tak berapa best dengan F ni. boleh lak dia tanya. tapi soalan last tu aku tak jawab. aku senyum tawar je.

ntah apa lah guard tu pikir pasal aku agaknya ek. ntah-ntah dia pikir sekarang aku dah couple dengan nasyrul. suka hati kau lah guard. tak kuasa aku nak layan. bagus lah korang concern pasal aku, alert bila aku tak balik hostel. selamat aku. mana tau jadi kes macam budak laki maktab yang kena culik maknyah kat tasik Y hari tu, cepat lah orang notice, aku hilang.

2 comments:

nasyrul said...

oi kapel!! sehat?? ahahaha

cik nurulain said...

sengal ek? aduih......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails