Monday, May 10

tragedi pagi isnin.

Baiklah, sebelum aku bukak cerita hari ini, ada 2 benda tentang aku yang perlu diketahui in order to relate to this story well.

satu,
aku ni bila berjalan ke mana-mana seorang diri tanpa berteman, aku tend to make snob face. seriously. muka ketat semacam padahal orang takde kacau aku pun. cara aku pandang orang as if orang tu ada buat salah kat aku. and garang gila macam singa gamaknya. itu sebenarnta trick supaya orang tak kacau aku, tak amik endah pasal aku. lagipun, bagi aku lah kalau tengah jalan sorang-sorang then buat muka friendly + gedik gila, macam minta dirogol saja.aip. itu perception aku je. orang lain aku tak tahu.

dua,
yang namanya wallet tu sebenarnya tak ada fungsi dalam hidup aku. kalau ada pun, fungsinya supaya handbag aku ada berisi sesuatu, takdelah kosong je.sebab aku suka teraburkan duit dalam handbag aku.handbag aku lak kebanyakan nya jenis oversize then tak berapa ada compartment. so, imagine jelah macam mana aku gelabah cari duit yang berterabur dalam handbag each time nak bayar kat cashier.
 

baiklah. cerita bermula sekarang.

aku ni boleh dikatakan nearly every week balik jb. paling koman pun dua minggu sekali. biasanya kalau aku balik jb during the weekends, aku akan balik bp pagi isnin. aku drive area kul 6 gitu, 7.30 dah sampai dah. bukan jauh sangat pun plus pagi-pagi tak banyak kereta sangat.

but then sejak praktikal 3 month ni, macam dah lama gak lah aku tak drive pepagi buta. yelah kan, nak sampai sekolah before 7.20. kul berapa lak aku nak gerak from jb? so, dah dekat 3 bulan gak aku tak gerak dari jb pagi isnin. selepas 3 bulan berpraktikum, pagi tadi adalah kali pertama aku nak drive pagi semula.

azab gila aku nak bangun dari tidur. kul 5.15 dah bangun, nak kemas barang lagi. dalam kul 6.15 pagi tadi aku gerak ah dari jb. perkh. ngantuk gila kut. mata aku layu semacam je. dah lah kat high way, pemanduan aku memang sungguh berbahaya. nak nak pagi pagi buta ni selalu banyak lori. ada lah dalam 2,3 lori yang hon aku sebab kereta aku macam terhuyung hayang sangat.

tak boleh jadik ni. aku terus je decide nak berenti kat  shell kulaijaya. ingat nak beli air ke coklat ke gula-gula ke kasi segar sikit mata aku ni. aku pun terus park kat depan kedai serbaneka shell tu. aku capai wallet aku. masa aku berenti tu, customer kat shell tu semuanya lelaki, tua lak tu. rasa nya diorang on the way nak gi kerja. perempuan cuma aku lah seketul.

budak yang jaga kaunter tu muda. aku assume umur dia dalam 20 ke 21 gitu. dia macam nak create conversation dengan aku, "hai, awalnya bangun..nak ke mana ni? kerja ke?" kerja kepala hotak dia. tak nampak ke aku pakai t-shirt dengan jeans je ni? kerja kejadahnya. memang aku tak respon lah apa budak tu cakap. muka aku lak ketats nak mampos. sombong gila. kalau orang nampak mesti orang cakap, "ek leh minah ni. bajet cun la plak" memang tak cun pun tapi memang dah habit aku camtu. kalau sorang, memang tak sah kalau tak buat muka sombong, muka garang.

budak tu kind of bengang gak lah kut. sebab ada kawan dia macam ejek dia sebab aku tak layan. wuteva lah budak. kau buat kerja kau sudah lah. aku capai air milo kotak dengan cashewnuts. coklat dan gula-gula tak nampak menyelerakan lak. dah amik 2 item tu, terus je aku heading towards kaunter.

budak yang aku tak layan tadi attend aku. dia scan 2 barang yang aku beli tu. "RM4.80" aku pun bukak lah wallet aku. guess what? licinnnnnnnnnn. dalam wallet langsung tak ada duit kertas. seringgit pun takde. syilling lak, kalau aku collect maybe tak cecah pun dua ringgit. aku memang dah gelabah dah kat situ. sial lah, dah lah budak tu nampak wallet aku yang kosong tu masa aku carik duit.

then dengan muka tak tau malunya, aku pandang budak tu, aku sengih and cakap, "kejap eh wak.." then terus aku mencicit lari menuju ke kereta. habis aku geledah handbag aku cari duit yang berteraburan. masa tu aku macam tak berapa ingat total harga barang yang aku beli. aku masuk balik kedai tu dengan bawak RM6. duit 5ringgit sekeping dengan seringgit sekeping.

aku pandang muka budak tu penuh ke'blur'an sebab terlupa total yang aku kena bayar. slow slow budak tu tarik 5ringgit dari tangan aku then pulangkan balance 20sen. lepas dari tu aku tak angkat muka, terus keluar kedai and masuk kereta.malu weh. punyalah sombong tadi. sekali nak bayar duit takde lak. spoil lah!

masa nak gerak tu aku nampak budak tu gelakkan aku gila-gila dengan kawan dia. sial betul lah. aku rasa, mesti dia cakap, "padan muka kau pompuan. tu lah sombong sangat."




urgh. lepas ni aku akan maksimakan penggunaan wallet aku. jangan pisang berbuah 2,3,4 kali...

3 comments:

syirah.ezanee said...

okay..memang klaka abes laa,sme la..i pun bile jalan sorg akan jd cm sombong gtuh..haha

Unknown said...

hahaha..
lucu deh..

tp mmg laa..
kalo aku pn konfirm muka ketat jaa...
kbykn gitu kot..
tros kna ingt sombomg segala lah..

cik nurulain said...

syirah.ezanee:

haruss lah kan? tak kan nak wat muka tempting lak ek?


a d r e y n i e e l i s y a:

hehehe. ada org mmg catuh. tak layan cop sombong. layan cop gedik. either way pun sama jek.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails