cikgu sheikh ni guru pembimbing sains aku. cikgu lokman ni lak kaunselor sekolah. lepas aku dah duduk sebelah cikgu sheikh tu, dia pun bersuara,
"cuba kau cerita apa jadi..." aku pun cerita start dari kes hari khamis sampai lah ke episod aku kena serang tadi.belum pun sempat cikgu sheikh nak cakap pape cikgu lokman dah berletiaq panjang lebar.
"macam ni lah ain. terpulang pada kau nak dengar nasihat aku ni sebagai kaunselor atau pun cikgu biasa yang rapat dengan kau. tapi sebenarnya apa yang kau alami ni biasa..biasa sangat berlaku di tempat kerja. ia dinamakan koflik. cuma bezanya kau kena hadapi awal. kau kena hadapi masa kau praktikal. bila berhadapan dengan perkara macam ni, kau kena cari jalan untuk atasi agar tidak merosakkan suasana kerja..."
boleh lak dia nak cakap ala-ala kaunselor masa aku tengah break down ni ek. tiba-tiba aku rasa kelakar. lepas tu cikgu sheikh lak sambung.
"macam ni lah ain. aku tau kau tak salah. tapi biasalah benda macam ni. salah faham je ni. aku kenal sangat kak noli tu. dia bukan akan duduk diam. dia akan bercerita kat orang lain, and provoke orang lain supaya menyebelahi dia dan salahkan kau, mungkin dia akan cakap, apa lah budak baru tu nak buat hal lak atau apa apa lah. akhirnya kau terkontang kanting sorang. tapi takpe. kau rilek je. kejap je. nanti ok lah tu kau buat bodoh je. jangan amik port sangat" fuh panjang gak cikgu sheikh ni membebebel.
tiba-tiba, " lagi satu ain. kau jangan asik pegang tisu je, nanti dia tau kau nangis"
aku pandang tisu yang aku pegang and terus simpan dalam handbag. aku aplikasikan apa yang cikgu sheikh suruh, aku buat bodo as if nothing happen. pikir berat pun tak guna. tak ada penyudah.
dalam kul 11.40 lepas habis kelas dengan 4Cs aku dengan awi nak gi jumpa GB mintak tandatangan sijil, borang kehadiran and banyak lagi. masa aku masuk tu buka pintu terus nampak meja kak noli. aku tanya dia GB ada ke tak. buat macam biasa. macam tak ada apa berlaku.
dia geleng. dia kata bos belum masuk. keluar gi sekolah. aku nampak mata kak noli berair. rasa bersalah lak kat dia. aku approach dia
"kak...saya nak mintak maaf..." permulaan ayat aku yang sungguh lame!
"eh..takpe takpe. akak dah ok...sori lah tadi akak tengah temper" sambil cakap tu dia seka air mata guna lengan baju. alahai tak sampai hati lak aku tengok bila dia sedih camtu.
"saya mintak maaf kak. ni semua salah faham. saya memang cerita kat kak hanifah, itu pun sebab dia yang suruh saya amik kan kertas tu. tapi kak hanifah pun tak sangka cikgu halim boleh cakap hal tu dalam meeting" aku try explain supaya kak noli tahu perkara sebenar.
"takpe takpe. akak faham. akak dah ok. tadi je temper sebab kena marah dengan bos (guru besar)"
lepas tu adalah babak aku dan kak noli bersalam-salaman. dah macam hari raya lak bersalaman sambil nangis. mujur lah dah settle (hopefully). bukan apa, aku ni nampak je jahat. mulut puaka tapi hati tu tak sampai. lagi pun, bulan 8 ni aku kena buat thesis kat sini. kena datang lagi. so, aku kena lah jaga hubungan baik dengan warga sekolah.
depan port lepak masa senggang :)
SKSG in memory.
No comments:
Post a Comment