woah. finally aku dah bebas dari exam. bagi orang anti exam macam aku ni, keseronokan memang membuak-buak the moment ketua peperiksaan cakap, " calon boleh bersurai sekarang" perkh memang heaven. dah lah 2 paper je sem ni. memang masyuk habis lah.
lantaran kegembiraan itu, aku, syada and kak leha pergi menonton ANDARTU TERLAMPAU semalam. komen aku? hampeh. siapa yang ada ura-ura nak tengok, tolong batalkan je niat kau tu. simpan duit gi tengok shrek 3 lagi baik. aku rasa shrek 3 menarik and kelakar. sila serbu panggung.
menyampah betul aku dengan cerita ANDARTU TERLAMPAU ni. dah lah F memang tak hingin nak tengok cerita ni sampai suruh aku ajak kawan-kawan aku je kalau beriya sangat nak tengok cerita tu. seriously, aku memang type manusia yang layan cerita-cerita melayu ni. aku tak rasa pun membazir tengok cerita melayu kat panggung. sebab aku sangat pentingkan plot cerita.
tapi cerita ANDARTU TERLAMPAU ni buat aku rasa membazir sangat. hey, cerita cinta fotokopi pun better dari cerita ni lah. harap pelakon je hebat-hebat tapi cerita hampeh gila. aku rasa problem besar cerita ni ialah haliza misbun tu sendiri. everything about her is sooooo wrong!
dia penerbit cerita ni. but does she need to be the main actress? hello, agak-agak lah kan kalau ya pun nak menempel dalam filem terbitan sendiri. david teoh pun ada menempel dalam filem dia, tapi memang hanya watak picisan je lah. kita kena tahu kemampuan kita. sedangkan rosyam noor pelakon hebat tu berlakon drama terbitan sendiri pun orang pertikai, ini lak haliza misbun. kau sape? hebat ke?
memang such a waste lah cerita ni. sebab pelakon lelaki dia, walaupun aku tak minat, tapi agak grand lah jugak. ada ari wibowo, ada fahrin, fizo, awie, azhar sulaiman. pelakon-pelakon ni memang boleh bawak penonton masing-masing ke panggung untuk tonton cerita ni. tapi once dah tengok memang menghampakan. seriously, watak utama tu perlu diterajui oleh orang lain. ambik lah lisa surihani ke. nora danish ke (walaupun minah ni pun aku ragui bakat lakonan dia) someone yang berperwatakan comel sebab watak utama cerita ni suppose to be garang tapi comel.
lepas tu, cerita ni banyak guna narration. and narration tu dibuat oleh haliza misbun. yarabbi, irritating sangat bila mendengar nya. terlalu kelam kabut sangat penyampaian nya. sampai kan kadang-kadang ada part yang suppose to be funny kita tak sempat nak gelak sebab terlalu kelam kabut. itu tak masuk lagi dengan terlalu banyak scene flashback yang mencelarukan lagi filem ni. tolonglah. kau buat penonton pening lah dengan flashback tu.
and yang paling penting sekali. plot cerita dia sangat tak memberangsangkan. tajuk gempak. ANDARTU TERLAMPAU; 21 hari mencari suami. tapi plot mencari suami tu bukan main thing pun dalam cerita ni. maybe dia ter influence dengan cerita indon 30 hari mencari cinta kut. haha. aku tak faham macam mana dia boleh tergamak nak hasilkan cerita macam ni. tak pernah ke dia belajar basic yang setiap cerita patut ada permulaan, kemuncak and peleraian? itu the most basic part je. tapi aku tak nampak mana point dalam cerita ni yang menunjukkan kemuncak, apa lagi peleraian. ending ntah pape gila.
orang nak buat filem, kau pun nak buat filem. but its ok, ikut kau lah. duit kau. tapi seriously perlu ke jadikan diri sendiri sebagai watak utama sedangkan sebenarnya kau tak layak? aku rasa bajet kau besar sebab kau boleh hire ari wibowo. apa salahnya amik pelakon pompuan yang semenggah sikit untuk jadi heroin cerita kau? biar lah ada pulangan. itu belum lagi aku cakap pasal appearance haliza misbun yang seksi tak kena tempat. pemilihan naju ntah pape gila. semua nak tersembul.
aku kecewa sangat dengan cerita ni. aku expect lebih. sebab isu yang dia pilih sangat menarik untuk diketengah kan. isu andartu. satu isu yang memang tak asing dalam masyarakat sekarang ni. anyway, aku harap haliza misbun amik pengajaran dari filem ni. she got the idea tapi pelaksanaan tak begitu memberangsangkan. try again next time. and make sure cari pelakon yang sesuai. sebab pelakon tu adalah kunci sebuah filem/ drama.
p/s: IP MAN lazat. kalau ada lagi kat panggung, gi lah tengok. :)
7 comments:
harap2 pmpn kt luar sana xjadi andartu la
45 000 Kakitangan Awam Tipu Sijil Cuti Sakit ?
1st time baca movie review yg sgt terperinci. u mcm amik course perfilemen la CN, caya la :D hehe
hmmm. tu la aku tak pernah buang duit tgk cerita melayu kat pawagam. rasa tak confidence and takut bazir duit. -.-"
xterlintas pon nk tgk...silap2 raya thn ni nnt da kuar kt tv haha...
velasrizal:
hahah. kan dah ramai.
ween:
mhentam org mmg kna terperinci jgn tak berasas lak kan? :)
alynn:
ada certai cite best...cite ni yg hampesh.
cik panadol:
itu bsr kmungkinan blaku. :)
yup, sangat terperinci kalau aku tengok filem aku rate best atau x best jer. thumbs up n u really make me takda selera tengok cerita tu.
one_are:
haha. im being critical. taknak lah sedap2 cakap tak best tapi takde point. :)
Post a Comment