Monday, May 3

entri hottt! se' hott ' watak yang terlibat.

perbualan ni berlangsung malam sebelum wedding dayah, schoolmate aku.

watak yang terlibat:

aku yang tahap gila punya sinis
syam, presiden sajohahahahahah.
shai, ex bf aku yang bakal kahwin hujung tahun ni
maria, current gf, ex bf aku yang bakal kahwin hujung tahun ni.

syam : hello, boleh saya cakap dengan nurulain?
ain : ye saya encik presiden?
syam : sial lah ko.
ain : pe crita nih call aku? wedding esok kau gi tak?
syam :ini lah sebab nya aku call ko ni. ko gi tak? aku ni si liyana yang semangat nak gi.
ain: aku tak gi lah weh
syam : lah..apesal lak?
ain: takde kaki siot. semua tak gi. nisya tak gi, diba tak gi. mimi lak cakap kalau dia gi pun belah laki kat melaka.
syam : lahhh...yeke? tak nak ah aku gi camni.
ain : oi mana boleh. kau presiden. kena lah pegi weh. karang kau dengan liyana kahwin budak semsta je ramai.
syam : alah, budak semesta gi side liyana lah. side aku takpelah..kalau takde orang nak gi pun...takpe lahh..
ain : cewwah...poyo. kau kan presiden mesti r ramai gi beb.eh, kau kalau time wedding aku kau tak datang sebab takde kaki...siap lah kau!
syam : wedding kau aku mesti datang punya walaupun takde kaki...sebab aku boleh borak dengan kau...
ain : pala hotak kau. aku kan tengah bersanding. nak borak jadahya...
syam : hahahaha. boleh aje.
ain : then tak pegi lah ni esok?
syam : tak gi lah. takpe next wedding lah. sape ek next wedding?
ain : ehem. shai. ujung tahun ni. hahahhaha.
syam : walaweh. kamceng nampak dengan ex bf?
ain : kamceng jadah! ni dia bagitau last sekali dia mesej aku dah lama dah. hahahahah.
syam : cewwaaahhh..
ain : eh, apesal? aku nak pegi lah wedding dia. itu pun kalau dia jemput lah...
syam : perkh...salute ah kat kau ain. kalau kau pergi kau memang gentle. serius!
ain : rilek ah weh. aku memang nak gi. nak bagi hadiah pisau! hahahahah.
syam : hahahhahah. kau pastikan kau pegi, pastu pakai cantik cantik. biar dia menyesal.
ain : sekarang pun dia dah rasa nyesal kut...hahahhaha.
syam : ko memang sengal. eh, tapi bukan lawa pun awek dia tuh.
ain : oh ya? weh, tapi kan, aku ada nampak gambar awek dia kat fb capek dulu. aku tengok lebih kurang aku je. pakai spek, muka agak bulat. errm...
syam : eh, betullah! kau tau, first time aku jumpa awek dia, dalam hati aku "perkh ni klon ain" ni kalau aku cakap kau jangan kecik ati plak, tapi gigi dia pun macam gigi kau. hahahahha.
ain : kurang ajar kau. takpe lah tapi aku lagi cantik kan?
syam : kau rasa kau cantik ke?
ain : boleh tahan la...hahhahahahhaha
syam : lantak kau lah.

hahahaha. memang sengal siot. eh, untuk lebih faham akan isi carutan kat atas ni, baca lah entri ni. entri ni ada cerita pasal mesej last yang 'ex bf-aku-yang-nak-kahwin-hujung-tahun-ni' bagi.

and btw, maria if ure reading this. if lah kan aku kata sebab bf ( ex bf-aku-yang-nak-kahwin-hujung-tahun-ni) kau cakap kau pembaca setia blog aku, keep following all the updates lah kan katanya. don't get me wrong eh? i takde niat pape pun (nama maria terussss aku ber-i-you. what the ????) niat nak rampas dia balik jauuuhhh sekali. im happy for you. happy sangatt. hahahah.

well, sebab tak gi wedding dayah, aku attend wedding kak azlina, cikgu sekolah aku. cantik ah theme colour dia. pink, purple. nyam nyam nyam!

20 comments:

Q said...

CN, beg cantik. (haha. takde kaitan)

Anonymous said...

bpak stylo entri ain..haha gelak aku bace

cik nurulain said...

Q:
bagus u notice. memang sngaja mau tayang. :P

anon:

stylo? hahahah~ entri sinis.

Anonymous said...

ain : sekarang pun dia dah rasa nyesal kut...hahahhaha.
syam : ko memang sengal. eh, tapi bukan lawa pun awek dia tuh.

memang nyesal dow...ko plg hot kot..ahha..tp mmg sesuai ar sorang api sorang minyak..bekkk punye post :p

cik nurulain said...

adoi. anon lagi. tak mengapa lah. eh, tapi siapa api siapa minyak weh? dia minyak kut. hahahhaha~

Anonymous said...

Konek nk kawen?

cik nurulain said...

hahahahahahah. mana aku tau. ni mesti kawan2 dia. gi tanya dia sendiri.

Anonymous said...

the more u provoke people intentionally or unintentionally...the more u reveal your stupidity..personally i think you just can't get over your past life and was haunted by your ex-bf happiness with his new life..you are being unsophisticated by trying to expose conversation you had which have sense of provocation to other people..though it is good for you to feel confident about yourself..but overconfident can turn into humiliating yourself.
p/s: live a chill life..i am sorry if i offended u.. ;)

cik nurulain said...

thanks lah drop by kat blog ni ek anon yang ke 8juta.

aku pun tak tahu lah siapa aje yang baca blog cikai ni.
memang ponnn aku nak reveal stupidity aku supaya orang tau, aku bukan baik sangat. :)

tapi kawan-kawan sebenar aku dah tahu perangai aku. dalam blog macam ni, kat luar pun macam ni gak mulut aku. memang laser and pakai lepas je.

tapi thanks lah ek stranger. walaupun kau bukan kawan aku tapi kau concern kalau aku nampak bodoh depan orang, and kau concern kalau aku memalukan diri sendiri. salute ah.

ok. aku chill seperti yang kau sarankan, sebagai menghargai niat murni kau bagi nasihat kat aku tapi alangkah baiknya ek kalau bagi kritikan tu tunjuk diri baru berhikmah namanya.

Anonymous said...

patut la kena tinggal

cik nurulain said...

amboi. marahnya. sampai cakap macam tu. takpe. dah selalu dengar dah. :)

kalau kau ni anon yang sama, thanks eh datang balik. wat susah susah je.

:)

kau hepi tak aku chill seperti saranan kau?

hepi kan?hepi kan? :) :)

asy said...

haha..apesal emo weh cik anon 2?chill la anon...cik nurulain pon da chill...
:)

Anonymous said...

kesian aku tgk anon nih.
ko tak kenal kawan aku ni tp komen ko lebey membina dr komen2 aku.
aku kenal kawan aku ni lebey dr ko kot cik anon..eh CIK ke?

aku rase org yg komen tp gune name anon ni lg stupid kot dr CN yg post entry nih.
sbb nmpk sgt pengecut.baling batu sembunyi tangan.

ko tatau ape yg jadi kat kawan aku ni so takyah la nk komen yg SGT MEMBINA camtu skali ye.

btw, chill2 sudey =p

dania said...

sokong cik diba! sokong cik asy. boo cik anon. tak tao banyak bunyi lak... cik anon minat CN ek??? concern semacam je... ke... cik anon ni pnh ad relationship ngn CN b4 this???? cik anon sepasukan ngan en Shai ke??? or cik maria???

asy said...

haha...nama anon ni cm kepoh lbey ek?seswai gak org tersebut dgelar sedemikian...xpela cik diba dan dania...mungkin idup cik anon ni terlalu bosan sbb 2 la sebok sgt pg membebel kt umah org len...sian...xpe2...mungkin gak cik anon ni menopos kot...kte kn understanding terhadap behaviour manusia seperti cik anon ni...jd chill ye rakan2 ku

cik nurulain said...

semua org sila chill seperti saranan cik anon. kita jgn ribut2 dong...hahaha~

Anaz said...

2nd anon yg ckap entri kau stylo adalah anaz, ak silap click jadi cik anon time tu, n nak cepat. Tapi cik anon seterusnye yg emosi bak singa anak kene curi tu sememangnya ptut muhasabah balik diri, smtimes when we r not in other's shoes, we just know how to talk.sgt terase nak tau sapekah anon tersebut, adakah namenye zainon..haha

cik nurulain said...

anaz...ure reading? :) really glad. yerp. how's everything?

Anaz said...

lame da kte ikut blog ain..siap wat bookmark kat phone, n bleh bace dgn sntai mcm bce buku..hehe.1st time reading ur blog definitely people wants to read more..because u have that honest thought,n u reveal evrythng xla nak cover2 n control cun mcm certain blog.im not a blogger, im a reader..bile bce entri ain da ade bf bru, mr F i felt such a relief..akhirnya ain dah bleh let go.start dri die ngorat ain (entri mane ntah bce dulu2), i hope he will be the right choice 4 u. smtimes Allah xbagi ape yg kte nak sbb Dia ada smthing better 4 us kan.Allah tahu, tapi menunggu..syg ain=)

cik nurulain said...

thanks 4 ur support anaz. praying 4 u too. hope anaz pun hepi. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails