13 Mei. tarikh keramat untuk negara kita sebab pada tarikh tu lah berlakunya rusuhan kaum. keramat juga tarikh ni bagi marina sebab hari ni genap 3 tahun hubungan dia dengan muzamir. tak besar mana pun bagi aku, tapi still penting juga. F telah berjaya melalui 6 bulan yang perit bersama aku. haha. congratez d! :)
kalau nak ikut kan, aku dengan marina lah yang sepatutnya keluar meraikan cinta. ceh ceh. ayat tak boleh blah. sebenarnya memang aku dengan marina dah merancang pun. tapi aku tak tahu lah rancangan marina. rancangan aku, nak gi lunch dengan F. tapi nak dijadikan cerita, aku dengan marina lak yang tinggal terkontang kanting kat asrama. yang lain pakat keluar.
tu lah orang kata, kita hanya mampu merancang. Tuhan yang menentukan. punya lah baek aku plan malam tadi. tup tup pagi ni bendera merah berkibar lak. yang kelakarnya, marina sekali join the club dengan aku. kalau setakat bendera merah je takpe gak. ini pakej dengan period pain sekali. perkh memang mantop skala ke 8 lah.
memang kalau first day period memang tak daya lah aku nak keluar berhoyeh-hoyeh. aku ingat lepas telan menstrual pil boleh ok. tapi tak gak. so area kul 12 tu aku bagitau F, cancel lah lunch date hari ni sebab aku nak angkat telinga pun tak larat. aku gi bilik marda dengan marina, aku tengok si marda tengah bersiap nak keluar dengan aizat. tadi kat bilik si izzati pun tengah bersiap. nak keluar dengan ehem ehem dia lah tu. makhluk 2 ekor ni memang boleh kata tiap-tiap hari keluar dating. so, aku tak heran pun.
tapi yang sengal nya, dengan nurul and awi yang selalu menjadi penetap asrama yang setia pun gi keluar gak. yang aku dengan marina, melepek je atas katil. aku bangun pun nak amik makanan yang F hantar kat aku. makanan yang F hantar kan, dengan nasi lemak yang izyan bawak pagi tadi yang menjadi santapan aku dengan marina. terkebil-kebil kitorang makan. aku pandang dia, dia pandang aku. aku rasa, dia pun pikir yang sama. apa kejadahnya aku dengan dia yang duk bilik sedangkan aku dengan dia lah yang patut keluar dating.
hahaha. period pain punya penangan habis segala plan. tapi plan aku dengan F tangguh ke hari sabtu. sebab sabtu dia cuti. plan marina untuk dinner masih jalan seperti biasa. tadi aku singgah bilik dia pun aku tengok dia tak balik lagi. balas dendam lah tu
aku tak tahu lah bila aku nak study ni. paper kaunseling next tuesday. arini memang takde lah aku nak study sebab period pain ni. esok aku nak beli barang dengan bebudak tarian. sabtu aku nak keluar dengan F. ahad ada rehearsal untuk persembahan hari guru. isnin dah sambutan hari guru. selasa...tadaaaa! dah exam dah. memang masak ah kau ain. F dah asyik bebel je kat aku sebab tak study. sampai kan dia yang takut bagi pihak aku. hahahah. comel. tapi aku masih lagi tak insaf. aku harap syada cepat start study. dia penanda aras aku. bila syada dah start study, aku tau dah its really really time to study. hahah~
No comments:
Post a Comment