in previous entri, perkara yang terjadi pada aku tu dah sampai ke pengetahuan s/u kebiru and worst, pengerusi kebiru. benda ni jadi kecoh sebab diorang hangin bila kak noli ungkit pasal komputer tu.
hari khamis berlalu dengan aku wondering apa akan jadi pada aku setelah cikgu halim pun dah tahu benda ni. tapi kejap je aku wonder. pastu aku dah macam lupa isu tu. serious aku dah tak ingat. then hari jumaat cam biasa, pagi tu ada budaya Quran.
GB lead bacaan Quran. lepas settle budaya Quran, as usual lah GB akan bagi amanat pada cikgu cikgu. buat pengumuman ke hape ke. then bila GB dah selesai cakap everything dia tanya kalau kalau cikgu lain ada sebarang pengumuman atau pertanyaan.
lega aku tak payah bagi speech closure sebab habis praktikum. malas aku nak bercakap. awi awal-awal dah tolak kat aku kalau kena cakap dia nak suruh aku. so, meeting tu dah nak end dah bila guru besar cakap, guru tahun 6 tunggu sebab dia nak jumpa. and aku baru nak mengurut dada menarik nafas lega sebab tak payah bagi speech. tiba-tiba...
hehe. tak tak. aku tak sambung. aku tak kejam. so, mari baca lagi.
baiklah. tiba-tiba cikgu halim angkat tangan. dia kata ada benda nak tanya. dia berdiri,
" cikgu, saya nak tanya boleh tak bilik guru amik kertas kat pejabat sebenarnya?"
masa ni semua cikgu yang tak tau muka memang clueless sangat. GPK lagi lah tak faham. guru besar pun jawab,
"eh boleh lah kenapa tak boleh?"
"takde, ada orang pejabat cakap, cikgu kena beli kertas pakai tabung kebiru"
perkh. masa ni kau bayang kan muka aku weh. aku tau in any minute aku akan terheret dalam kancah yang messy ni. masa cikgu halim cakap tu, semua orang tanya-tanya siapa yang cakap macam tu. GPK pun kepoh-kepoh sebab biasa kalau cakap orang pejabat ni GPK termasuk sekali so diorang sangat eager nak tau siap yang cakap macam tu.
guru besar pandang je cikgu halim macam nak mintak explaination. guna psikologi siot. tup tup cikgu halim petik nama aku,
"macam mana ain semalam?"
perkh. bayang kan pada hari last aku kat Sri Gading ni boleh jadi scene macam ni. takkan aku nak bercerita depan whole bilik guru tu pasal apa yang berlaku semalam.sekarang, pandangan semua orang dah beralih. daripada cikgu halim, beralih ke aku. cuak weh. bayangkan lah GB, GPK and the whole bilik guru pandang kau tunggu kau cakap.
aku berdiri. terkebil-kebil je pandang semua orang. aku tak tau nak cakap macam mana, nak mula dari mana. tiba-tiba kak hanifah yang memang duduk depan aku bangun and back up aku.
"takde, semalam saya suruh ain ni amik kertas kat pejabat. yelah saya kan tak larat sangat (pregnant). saya nak guna untuk buku program yang tengah buat tu. masa tu lah ada orang pejabat cakap bilik guru kena beli kertas guna duit tabung kebiru"
semua orang tertanya-tanya siapa "orang pejabat" yang cikgu halim dengan kak hanifah maksudkan. tapi memang diorang tak mention langsung nama orang terbabit.
dengar macam tu, GB taknak keruhkan keadaan kut, dia pun cakap,
"alah, boleh lah. kalau untuk kegunaan sekolah boleh lah. soal duit saya yang fikir. mungkin dia ingat ain ni nak buat kerja maktab. tu yang dia cakap camtu"
masalah nya, kak noli tu cakap pasal tabung kebiru. maksudnya nak point kat bilik guru and cikgu cikgu semua. takde pun dia cakap, ain kalau nak print barang sendiri guna kertas sendiri. dia mention pasal bilik guru and whatsoever. tapi bila GB cakap macam tu aku angguk jelah. nak cakap apa. ngaku je lah as if macam aku yang salah.
tapi kekecohan tak berheti situ sebab cikgu lain naaaakkkk sangat tau gerangan "orang pejabat' tu. ingat kan dah habis lah torture yang aku kena hadapi. dah lah hari last. jadi lak macam ni, adoi. pening kepala aku tau. dah lah hari last banyak nak kena settle. mana nak masuk kelas. mana nak settle segala borang kehadiran and pulang buku teks lagi.
rupanya memang betul penderitaan aku tak mati kat situ sebab masa aku masuk 5Ck, something shocking happen....
apa ek yang berlaku? kita sambung lain entri k? aku nak gi wedding kak azlina dengan halimatul ni. :)
No comments:
Post a Comment