Wednesday, May 26

pelamin anganku musnah.

jam menunjukkan pukul 4.12 pagi. fuh. bravo untuk diri aku sebab tak tidur lagi. amboi ain. time exam bukan main tersengguk-sengguk lagi sambil baca nota. ni ada peluang tidur, kau taknak lak tidur awal? nak buat macam mana? aku dah cuba tapi tak mampu. lagi lah bila suasana dah senyap macam ni. lagi payah aku nak tidur. aku ni jenis yang suka tidur dalam suasana hingar.

dah tak boleh tidur tu, ntah ke mana-mana aje lah aku tersesat tadi. and aku ada terbaca pasal cinta monyet and how it wont go anywhere. seriously, its true. kalau ada pun cinta monyet yang berjaya, nisbah nya 1: 20 agaknya. cinta monyet yang aku maksudkan ni ialah cinta zaman sekolah.

believe me, suatu masa dulu, aku lah barisan hadapan yang sentiasa nak buktikan cinta monyet tu boleh sampai ke jinjang pelamin. yup aku admit. aku agak absurd. macam ntah pape gila nak buktikan such thing. of course lah sebab i experience it. so aku nak tegak kan lah apa yang aku alami tu memang real and insya Allah akan sampai ke ambang perkahwinan.

as much as i hate to admit it, memang susah cinta monyet untuk kekal lama. terlalu banyak rintangan yang perlu dilalui. masa kita sekolah dulu, keinginan kita terhad. mungkin kita cuma nak kan lelaki yang faham kita. sayang kita seadanya. fikiran budak sekolah kan? apa je yang kita nak expect dari partner kita kan? paling-paling pun nak bf hensem, kaya. and that's all.

dengan berpegang pada itu sahaja, lama mana relationship boleh bertahan? tambah lagi kalau kena berdepan dengan long distance relationship. kita belajar kat utara dia belajar kat selatan. atau pun kita belajar kat malaysia timur, dia belajar kat malaysia barat. ehem ehem ehem. cakap pasal diri sendiri nampak? haha.

dengan berlalu nya masa dan meningkat nya usia, keinginan kita berubah. apa yang kita expect dalam hidup berubah kalau nak compare masa zaman sekolah. and of course apa yang kita harap kan dari partner kita juga turut berubah. lagi lak kalau berkecimpung dalam bidang berbeza.

 like ive mentioned earlier, masa sekolah dulu maybe kita suka dia sebab dia gentleman, dia faham kita, terima kita seadanya. bila umur dah 23++ ada kemungkinan dia berubah. sebab apa? sebab kita sendiri pun berubah. dulu dia terima kita seadanya sebab kita takde pun nak membebel bila dia tak amik pot pasal family dia kat kampung sebab sibuk sangat kerja. dulu dia gentleman sebab kita pun tak banyak demand.

but now everythings changed. manusia berubah dan menyebabkan apa yang kita harapkan juga berubah. dah umur nak kahwin, mesti kita nak kan lelaki yang pentingkan keluarga berbanding kerja. lelaki yang nampak hip tapi tak tinggal sembahyang. sebab apa? sebab kita nak bina keluarga. nak ada anak. bukan nak berfoya-foya lagi.tak kan lah dah ada anak pun sembahyang  tak cukup? macam mana nak didik anak?

kalau bidang berbeza lagi lah. macam aku dengan shai. aku ni kerja cikgu (bakal). masa kitorang break tu dia kerja bank. dia memang hardly ada masa untuk aku. manjang sibuk kerja. even mak pun dah warn aku masa shai nak accept offer kerja bank tu. dia memang akan jadi type yang tak nampak matahari punya.

aku nak kan orang yang boleh spend masa untuk aku. bukan fokus kerja je. prinsip aku, bukan ke kita kerja untuk kasi makan kat keluarga, tapi kenapa sebab kerja kena ketepikan keluarga? padahal dulu when i fall for him, tak ada pun aku terlintas kan kriteria tu. itu dulu lah masa aku naif and pernah suka lagu 'sejarah mungkin berulang'. haha.

shai pun sama. dia sangat passionate dalam kerja bank dia tu. dia asyik nak cerita pasal banking tu kat aku which aku tak faham sepatah haram infact aku asyik encourage dia join kerajaan sebab dia ada dapat interview kerja kerajaan. nampak tak? aku nak dia kerja kerajaan. something yang lebih secure menurut pandangan aku dan juga pandangan ayah aku. tapi dia lak nak kan kerja yang berisiko ada thrill konon nya. kerja susah and bila-bila masa boleh kena buang kalau tak perform.

kat sini dah nampak dah perbezaan keinginan masing-masing. and keinginan tu tak dapat dipenuhi. sebab we're both a different person now. not in a bad way pun. apa yang aku nak tak salah. apa yang dia nak pun tak salah gak. we grew up and we want different things in life. that's just the way it is. so, the best way is to walk our own path. seperate path. and sebenarnya bila aku dapat tau maria tu kerja bank gak, aku tak heran sangat. dia memang nak orang yang boleh faham passion dia tu. and siapa lagi yang boleh give better understanding melainkan orang yang sama bidang kan?

and im talking not only based on my own experience. di sekeliling aku, tak ada seorang pun kawan-kawan aku yang bercinta zaman sekolah bertahan sampai ke jinjang pelamin. kalau ada pun 2,3 kerat itu pun bukan kawan rapat aku. nisya, bercinta dari form 1 lagi. bila sama-sama masuk UKM, sambung lagi. but in the end, dia kahwin dengan orang lain. diba, berapa banyak bf dia kat sekolah dulu. tapi tak satu pun menjadi. one of her ex dah ada baby. the other one bakal kahwin june ni.

belum kira lagi kawan-kawan se-maktab dengan aku ni. yang mana dulu involved the long-distance relationship dengan bf zaman sekolah, semua dah lebur. sebab hakikat nya, manusia berubah. come to think of it, tak perlu pun nak menyesal. its for the best. haluan dah berbeza, buat apa nak teruskan hubungan kan?

now that ive experience it, i knew all about it. i knew the answer. dulu bila bercinta kat sekolah cikgu asyik bagi reason yang kita akan abai kan pelajaran je. hampeh betul. ill be a teacher soon. in future aku dah boleh bagi explaination dah pada students aku kenapa diorang tak perlu buang masa dengan puppy love. :)

kalau budak-budak ni, diorang tahu ke pasal cinta? :)

15 comments:

bulatkocik said...

elOw..
slama mana kita bcinta 2tak pasti ag akan berakhir ngn ikatan pkahwinan..2 semua akan blaku bila dah ader jodoh di antara kita..

tp suka part yg dy cerita pasal bank 2..klu kiter tbalik plak..asyik dy jer citer pasal skola..dah tau stiap ank murid dy nama aper..;)

cik nurulain said...

oh gitu eh? hehe. klu partner cikgu mmg siap lah kena dgr psl ank murid je. tp comel kan cerita psl ank murid... :)

Lucy S. said...

sep2! same la. form 2 smpi form 5 becinta. break masa spm. naseb bek result tak hampeh. skrg bila tgk bdk2 involve dgn puppy love, mmg cm nak gelak je rase, tapi gelak sorg2 dlm hati jela xD

btw entri ni best. follow u! :D

Nor Hanisah Zainal Abidin said...

aku terasa pedas bila baca entry ko kali ni.. isk.. kadang2 terfikir, aku ni zalim ke, sebab buat org lain menderita..

cik nurulain said...

alynn notnot:

thanks. :)


nisya:

nope. tak zalim. we take our own path right?

FuAd AhMaD said...

kpd nisha & ain!!

walaupon aku nih jadik posmen kjap2 korg dlu tp aku nk komen gakk..

tayah laa pk2 bnde yg da lps..

fokus pd bnde yg mendatang k??

hepi2 lar saluu..

tayah ungkit2 lg bnde da lps..

cik nurulain said...

fuad:

hahaha. the confession of the postman! huhu~

Anonymous said...

"diba, berapa banyak bf dia kat sekolah dulu. tapi tak satu pun menjadi. one of her ex dah ada baby. the other one bakal kahwin june ni"

aku suke part ni =D

tak semestinya org yg kite sayang sungguh2 tu adelah jodoh kite.
so let them go. mmg bukan jodoh utk bersama. doakan kebahagiaan mereka sampai ke syurga. itu yg terpaling penting.kalo berdendam pn takkan ke mane.nnt sendiri yg sakit hati.

btw, i'm happy with my current life! ;)

Nor Hanisah Zainal Abidin said...

yep cik diba.hopefully, my ex berfikiran mcm cik diba.. takut org berdendam dgn kita.

cik nurulain said...

hehehe. watak2 yg disebutkan dlm entri bkumpul. yeah! i luv u both girls. :) muahs!

velasrizal said...

jodoh itu mmg dh di tetapkan..cpt atau lmbt sahaja...

Clorox Dalam Bentuk Pen ?

cuyaduya said...

pengalaman adalah cikgu yang terbaek! tapi cikgu pon ada je yg baek.. dan kerana pengalaman, seseorang itu mampu untuk lebih berjaya. kerana dia bangun setelah jatuh dan terus kehadapan tanpa menoleh ke belakang!
er..hye ain, diba, nisya & fuad! =)

cik nurulain said...

hye wan. :)

ada m0khtar said...

panjang betul la cerita ko...

redmerah said...

walaupun ni entry lame..ak nk comment gak..ak stuju sgt2 kate2 ko ni ain..sgt2 matang =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails