thanks sebab bagi aku idea nak update blog. kehidupan macam agak dull. takde drama. setakat gi senggarang, makan angin dengan rakan-rakan aku yang dah kenal aku dan mulut aku je. aku ni lak jenis bodoh tak pandai nak menjadikan cerita tentang percutian aku menarik dan va va vom!
jalan jalan cari pasal di senggarang
kenapa ek kau macam nak melenting sangat dengan omongan kosong aku dekat blog milik aku ni? ke aku salah parking? ni blog orang lain ke? soalnya kau ni shai atau maria ke yang nak melenting sangat? aku rasa objek berdua tu takde masa nak baca blog aku. maklumlah kerja bank. sibuk sikit.
cerita tipu lah kalau aku cakap aku tak amik pot langsung pasal komen tu. aku ni drama queen, mind you eh. in fact, thats the reason im writing this entry now. tapi aku pelik sebab kau kata, entri yang aku publish tu ada sense of provocating orang lain. masalah nya orang lain yang maybe baca, setakat baca then blah je. takde pun drop komen mauttt macam kau.
aku terasa macam kau je yang telah secara tak sengaja nya ter provoke dengan entri tersebut. sebab itu kut kau tegar bagi komen 'membina' tu kat aku. aku rasa aku terima baik je komen 'membina' kau tu. takde langsung aku nafikan. aku cuma cakap alangkah bagus nya kalau nak mengkritik tu tunjukkan diri, baru berhikmah. bukan apa beb, tak gentle ah baling batu sorok tangan.
kau cakap aku tak get over masa silam aku lagi. then aku dihantui kebahagian ex aku tu dengan partner baru dia. halamak. jempolan ah aku translate comment kau. kau ni lain kali nak bagi komen tu bagi lah bahasa ibunda. terkedek-kedek aku nak fahamkan. aku ni jowo! ok ok. listen eh, true ive forgiven him since the day he ask for my appology, memang aku dah terbuka hati nak maafkan. aku ada cerita dalam entri lega dan happy pada skala tertinggi. but dear, forgiving doesnt mean forgetting.
aku mungkin dah maafkan dia. tapi tak bermakna dengan mudah aku mampu lupa apa yang terjadi dulu. kena tinggal dengan bf yang ada 5-year-relationship dengan kita, bukan macam makan ais kacang. melupakannya lagilah bukan benda enteng. so, yeah, maybe i havent get over my past. so what? at least aku mengaku. tak lah hidup dalam denial. at least benda tu buat aku learn something. ingat kan perkara tu buat aku lebih berhati-hati. so, aku tak nampak lak keburukan nya bila aku takleh get over my past tu.
kau cakap, bagus aku konfiden dengan diri sendiri tapi overconfident leh memalukan diri aku. thanks sebab concern pasal aku. kau risau aku malukan diri aku. tapi kan bai, aku bukan nak cakap apa. aku ni tak cantik. gigi dah lah tak rata sampai ammar pun ejek aku halimah jonggang. kaki gemok macam drumstik. muka lak tak flawless sampai kan aku jarang upload gambar sebab setiap kali nak upload kena edit pakai photoshop. haha kantoi!
so, dah tau macam tu, mesti lah aku tau tak ada orang nak puji aku. kalau orang lain taknak puji, biar lah aku puji diri sendiri. takkan itu pun salah? besides, confidence makes a girl sexy. wah, sexy kah aku? kuang kuang kuang.
aku ni jujur orang nya. jenis yang direct and straight forward. seriously bukan dalam blog je aku macam ni. kat luar lagi dahsyat. apa yang aku fikir aku akan cakap. masalahnya aku bukan type yang tak mengaku kesalahan diri. aku mengaku je. mulut aku jahat, aku akui. aku sinis, aku akui.
tapi bila aku dedahkan keburukan diri, kau nak cakap aku memperlihatkan kebodohan lak. ape tu ayat kau? the more u reveal your stupidity? peh tahap ke berapa lah tu kebodohan aku ek? adoi. mungkin kah aku kena masuk rancangan 'are u smarter than a fifth grader?' untuk mengetahui tahap IQ aku?
lepas tu, dah marah nak sakit kan hati aku lak. kenapa serius sangat? yang kena tinggal tu aku ke kau? tak payah lah nak highlight lagi. orang yang baca blog aku ni tau lah aku ni kena tinggal. aku constantly cakap dalam blog. lagi-lagi in a new relationship ni aku selalu remind diri aku supaya tak berperangai macam dulu supaya tak kena tinggal lagi. bila tak kena tinggal, takde lah kena nganjing dengan manusia baling batu sorok tangan macam kau.macam takde muka je nak menyorok belakang label anonymous.
kesimpulannya, kau masuk rumah aku. jangan lah over sangat, sikit sikit sudah lah kut ya pun nak hentam aku. ni kan rumah aku. kalau nak hentam aku gak secara berleluasa, gi la buat rumah sendiri. insya Allah aku takkan lawat dan kau boleh buat sesuka hati kau.
memang pemerhati yang terdiri daripada orang yang dah lama blogging akan cakap, "alah...apa susah? disable kan je anonymous". untuk apa aku wat camtu? sebab 2,3 ketul anon yang terlebih melenting? tak worth it lah bagi aku. lagipun, aku suka je orang komen apa yang aku tulis. bila orang komen, kita tau orang membaca. and frankly speaking, aku suka je orang baca apa yang aku tulis. ada ke orang yang tak suka? kalau orang tu memang tak suka blog dia di baca,awal-awal lagi dia dah private kan blog dia kan.
dah lah. aku buat blog ni sebab aku suka bercerita. seriously. telling tales giving me joy. sebab tu kalau orang yang selalu baca post aku boleh perasan, post aku jarang yang berbentuk perbincangan, mintak pendapat, ilmiah bagai. selalu nya mesti berbentuk cerita. and mostly aku bercerita ceritera hidup aku dan orang sekeliling aku. apa yang aku nampak, rasa, alami.
dah terlampau berjela lak entri ni. aku nak end kan pun tak tahu macam mana. untuk cik anon tu, kalau menghentam aku boleh bagi kau pleasure kau teruskanlah. aku tak kisah. sebab aku ni memang jenis orang yang favour sarcasm jokes. thats why kebanyakan entri aku bersinis je manjang. i find sarcasm funny! :) chill chill chill chill!
p/s: siapa tak faham sepatah haram sila rujuk entri hottt ini berserta komen nya sekali.
1 comment:
go girl!!!
u rock my world!!
Post a Comment