right now aku betul-betul pissed off. masa kucing tu beranak tak ada pun kau nak kisah. aku yang jahil ni gak uruskan. lepas tu kau nak berlagak angelic walhal kau tak pikir pun tindakan kau tu.
konon baik angelic gila taknak kurung binatang tu. tapi kalau kau baik sangat kau jaga lah kucing tu. ni kau dah bukak pintu cage pastu kau biar. eh menyirap nya aku!
tadi tengah aku basuh pinggan dengan mak kat belakang rumah, aku nampak si olet gonggong anak dia. mengamuk gila aku. macam mana dia boleh terlepas sangkar? aku masukkan dia balik dalam sangkar and aku tengok anak dia lagi 3 ekor dah tak ada. sah dia dah alihkan ke mana-mana.
masalah nya aku tak tau mana dia alih anak dia lagi 3 ekor tu. bukan aku nak kejam kat dia tapi dia suka sepah-sepah anak dia and end up anak dia kena makan kena kucing jantan or mati free-free je. sekarang ni aku teka anak dia dalam setor. masalahnya setor aku tu semak gila ngalahkan hutan simpan.
yang aku bengang nya ada manusia tu berlagak baik sangat nak lepaskan kucing tu tapi pergi biar je. kalau kau baik sangat nak bagi kucing tu berak ke apa ke, monitor ah kucing tu. ni kau pergi biar je. kau tak tengok pun apa jadi kat anak-anak kucing tu. bajet kau baik, aku kejam lah kan.
nak tak nak pasni memang aku kena geledah setor tu tengok ada ke tak anak kucing lagi 3 ekor tu. selama ni faiz je yang tukang kemas setor tu. aku pun tak tahu dugaan apa Allah nak bagi kat aku. tak cukup dengan masa kucing tu nak beranak, ni dah beranak, ntah mana dia alih anak dia tu.
anyway, bagi pencinta kucing tolong lah guide aku dalam hal ni. maybe aku emo lebih. sebab aku tak biasa handle benda ni. bila dah tak ada orang take responsibility aku macam terpaksa gak amik berat. kalau ikutkan, boleh je aku ignore. tapi ntah. sejahat-jahat aku and seignorence aku ni. aku tak sampai hati lak pikir kan nasib 3 ekor anak kucing tu. kalau dalam setor ok lagi kalau dalam longkang depan tu, aku tak tahu lah
urgh! tertekan nya aku. balik rumah je kena ngadap benda macam ni. maghrib-maghrib aku mejerit macam orang hilang akal. sengaja aku marah bibik aku kuat-kuat biar manusia tu yang terasa. mak ayah aku senyap je. diorang tu ada certain things, bila aku dah ngamuk diorang pun tak tau nak kata apa.
4 comments:
the other part of CN has been revealed ;) good job kucing! ^^
ain, ko bia mak die kua n tgk mane die pegi. mest die p cari anak die punyer..da jumpe snang ko alihkan anak die..pastu kandang tu ko tutup ngn kain ke bg gelap..kucing xmo terang2..sbb tu die akan bwk lari anak die jgak.
sangat setuju dengan redmerah...aku kalau nak trace kucing aku baru lepas beranak mmg guna cara camtu pun....lagi satu, kucing mmg suka privasi kalau lepas beranak ni...dier rasa insecure kalau tempat yg kita sediakan tu tmpat laluan org and terang...sblm ko reply and menyatakan bahawa dalam sangkar lebey selamat....HELLO, kucing tu tak tahu tmpt yg kita sediakan tu selamat atau tak okay...dier tak paham bahasa kita....dier paham time mntak makan ngan manja jerk!~
huhu bila manusia suka kucing meninggalkan komen pada entri berbaur kucing kucing. haih la aku ni jahil. mana lah tau. trimas la sudi tunjuk ajar. :)
Post a Comment