oleh sebab ayah tak ada driver dan memang tak de mampunya nak hire driver, aku lah jadi transporter sementelah aku ada ni. susah betul bila mak dah trauma nak bawak kereta. senang je hidup dia, nak pergi mana pakai main petik je driver dia ni. ni yang rasa nak trauma gak ni. boleh goyang kaki. hahahah.
pagi-pagi lagi dah bangun. bukan sebab nak sangat bangun. tapi terpaksa. bilik kat dapur kan. time ayah, mak dengan idin breakfast, aku kena tunjuk muka. kalau tak, sampai sudah ayah panggil-panggil tak pun, ketuk pintu bilik aku sampai nak roboh.
pagi ni, mak cakap mak ada meeting kul 10. so kena pergi sekolah awal. cis lah! baru je nak sambung tido lama sikit sebab jumaat kan masuk lambat. sekali, mak kena gi sekolah kul 10 gak macam hari-hari biasa. punah harapan suci aku nak sambung tido and bangun lambat. semakin punah bila ayah cakap,
"ayah nak balik makan kat rumah tengah hari ni. along masak."
uwaaa, kena masak hari ni. sobsobsob. yeah, aku jarang masak. in fact aku just masak bila mak atau ayah balik untuk lunch. itu pun if requested. kalau tak, maid aku yang masak. pedulik la dia nak masak apa pun seba yang makan cuma dia and atuk. sampai tahap macam tu pun, ayah still taknak admit aku masak sedap? hahahaha. ayah ni betul-betul in denial.
ok, so lepas idin dengan ayah gi kerja. aku korek peti ais. tengok apa yang ada. hurm, sotong je tinggal. jadi, harini masak sotong lah. lepas tu mak suruh masak tauhu and taugeh masak lemak. siap boleh order tu. walhal dia bukan makan pun. ayah yang makan.
tauhu dengan taugeh tak ada. aku check lagi apa tak ada. huh? bawang tinggal 3 ketul? apa lah bibik aku ni buat dengan bawang? aku rasa baru beberapa hari lepas aku beli bawang merah ni. lagi satu, cili api. haha. kalau aku duduk rumah asyik beli cili api je. masak apa pun letak cili api. berasap-asap mak ayah aku makan.
selepas gosok gigi dan basuh muka, terus aku gi kedai belakang. ha, ak payah duk teka-teka memang aku tak mandi pun. gi kedai je pun. awat nya nak kena mandi. aku kalau setakat gi kedai memang tak bawak hp. tengah-tengah aku pilih bawang merah tu tiba-tiba,
"eh, mak awak telefon suruh beli telur sepapan" din owner kedai tu bersuara.
jitu betul mak aku. tak dapat call aku terus dia call kedai. nasib baik lah din tu kenal aku. tapi tak taulah kalau mak siap bagi description kat din, "ha, cakap kat anak saya yang pakai baju merah tudung hitam, pakai spek suruh dia beli telur sepapan" hahahah . mungkin jugak tu. bukan mustahil pun mak buat macam tu.
lepas tu balik rumah dah kul 9.45. mak dah terjerit-jerit,
"eh apasal lambat balik? mak dah lambat ni. meeting kul 10"
"Rilek la mak. 5 minit sampai la sekolah mak tu"
"kau jangan nak menggila long. kalau tak mak naik teksi"
suka hati dia je ugut nak naik teksi. setiap hari pun macam tu. so, terpaksa la bawak secara berhemah. nasib baik sempat sampai. sampai tu dah kul 9.55. fuh. teror gak aku ni. bawak secara berhemah pun sempat sampai.
sampai kat sekolah mak selongkar handbag dia. cari something. gelabah gila. now i know where i got that from. tiba-tiba dia cakap,
"lah long, hp mak tertinggal lah. tolong hantar kan long. nanti orang call mak tak dapat"
"habis, along kan kena masak?"
"erm, lepas masak kau hantar kan hp mak. sambil tu kau pegang kan hp mak takut ada cikgu call nak bagitau mc ke apa"
what? satu hal la aku kena hantar hp tu balik. meanwhile aku kena jadi penyelia petang jap? kena layan cikgu-cikgu yang call. dah tu aku kena buat jadual cikgu ganti lak ke? hahaha. senang biar aku je la gi sekolah. mak duduk rumah. tapi gaji aku yang dapat lah. hahaha (ni dia namanya kemaruk nak gi sekolah)
aku balik terus terkocoh-kocoh cari hp mak. bawak gi dapur and terus memasak. aku ni jenis tak suka orang kacau aku masak. so aku suruh bibik aku tu wat kerja lain masa aku tengah masak. tapi lepas siap masak aku tinggal je biar dia kemas. hahaha.
mencabar gila sambil masak sambil jawab call cikgu SAB.
menu hari ini: sotong goreng lada, tauhu dan taugeh masak lemak. nasi goreng tu abaikan. tu menu pagi tadi.
ok, lepas siap je masak, terus bedezup hantar hp mak. petang karang kena fetch adik lak. ouh, jangan silap sangka. bukan fetch adik yang masih bersekolah ye. ni fetch adik yang dah tua bangka. dah kerja dah. tapi parking mahal so pagi gi dengan ayah, balik kakak tercinta ni yang jemput. seriously aku macam transporter.
balik dari hantar hp mak, aku lepak-lepak jap. lepas tu ayah dah balik dari sembahyang jumaat and aku pun siapkan makan untuk ayah. aku makan sekali. ayah tambah sampai 3 pinggan tapi yang ado nak puji aku sikit? lupakan jelah hasrat nak dapat pujian tu. terima jelah seadanya ada ayah macam ni. haha.
sekarang, aku menaip entri ni lak. bosan betul rutin aku. ni baru setengah hari. anyway, lepas baca jadual kerja aku hari ni, rasa-rasa nya aku dah mandi ke belum? teka jelah. tapi kalau betul pun tak dapat apa-apa. taknak teka scroll je terus ke bawah.
tahniah buat yang mengenali aku. tepat sekali. aku masih belum mandi walaupun dah 2,3 kali keluar rumah ke sana ke mari. yeah, sekarang baru nak mandi. babai!
2 comments:
padanlah kena tutp idung masa bace entry nuh
bluekk..mushuk!
kadang2 yang duk umah ni pun bz. Kalau time cuti sem,zu mmg duk umah je. Tak kerja. Dah jadi macam maid pun ado. Tapi layan je la...
Post a Comment