Sunday, February 28

true colours dah nampak.

siapa yang kenal aku mesti tau. pantang besar aku orang gerai makan wat hal. sama ada dia tak layan ke. dia hantar makanan lambat ke. on top of list ialah, aku datang dulu tapi dia serve or hantar makanan kat orang yang kendian datang. oh memang bikin line gua panasss.

tapi rasanya bukan kat gerai makan je aku ni baran. mana-mana pun kut. cuba baca entry 'lu bikin gua panas je minah petronas' orang kalau service sucks memang aku nak menyumpah seranah. aku rasa F tau pasal baran aku ni. cuma dia belum nampak dengan mata kepala dia sendiri.

hari tu aku makan dengan F kat pumpkin house pastu aku order egg sandwich, instead dia hantar tuna sandwich. pastu aku macam upset lah duk kuis kuis sandwich tu taknak makan. then F tanya

" nape tanak makan?"

" b tak suka sandwich ni. dia salah hantar"

"cakap lah dengan dia salah order"

" dah cakap dah. dia kata tak buat egg sandwich. tak logik ek? takkan takde telur kut. the store seberang jalan je"

" dia cakap macam tu ke? kita takyah makan sini lah" 

masa tu F baru nak suap makanan masuk mulut, terus dia letak balik.

"takyah lah d. b rasa tu budak spm tu. kalau dia salah wat maybe dia kena poting gaji. tu yang dia cakap egg sandwich takde tu"

"dia cakap macam tu ke? d nak jumpa manager lah. ntah pape. tempat ni boleh aje kalau nak kena compound. dahlah makanan sebelah tong sampah"

haih bila masa lak dia jenguk-jenguk kedai ni? dasar orang pejabat kesihatan. masuk kedai makan duk usha keliling.

tapi endingnya, aku tenangkan dia. tak jadilah jumpa manager bagai. so, masa tu dia tak berpeluang lah tengok angin aku.


lepas tengok gambar ni aku cakap dengan F, kalau dia tak buka mata besar-besar, aku pakai kan dia eye liner


 
hasilnya gambar ini. hahaha. akur gila. takut kena tenyeh eyeliner kutt.


tapi semalam masa makan kat tongkang pechah, nasib sangatt baik.lepas dah settle makan tu, apa lagi nak bayarlah kan?aku pun panggil lah sorang budak pompuan tu suruh dia kira. tup tup aku tengok dia pergi buat ice blended customer lain lak. masa tu temperature ada naik sikitt tapi aku calm down dulu.
"ni yang wat b bengang ni"

"sabar b, rileks. tunggu jap. tengah bz kut"

then aku panggil budak laki lain. nampak macam free. aku suruh dia kira. dia macam tiba-tiba boleh nak bersihkan meja sebelah lak as if tak boleh wat lepas kira makanan aku. ok aku bertabah lagi. then aku tengok ada group selang 3 meja dari meja aku panggil budak laki tadi. dan dan dia terus approach meja tersebut. aku dah sampai boiling point lah ni. dari kedudukan yang agak jauh dari meja yang budak tu approach, aku berteriak.

"dik oooo dik. sini dik. meja ni dah 8 kali panggil kuttt"

semua orang pandang kut. dah tu aku jerit sekuat hati nak bagi budak tu dengar. F macam nak cover muka je dengan tindakan aku. aku pedulik hape. then budak tu teruss datang and entertain aku. nak sangat kana ku wat drama. hambik kau.

"b ni memang baran ek. first time d tengok. kelakar pun ada"

 lepas tu dalam kereta dia tak habis-habis nganjing moment aku panggil budak pelayan tu then tiru-tiru suara aku yang macam lari pitching masa berteriak. kuang aja punya bf. aku sikit punya panass dia boleh rasa kelakar lak. haih, kronik dah aku ni. silap haribulan kena terajang je dengan sesiapa sebab mulut cam celupar sangatt.

p/s: F pun tak suka makan udang sebab malas nak kopek kulit dia macam aku. habis tu, siapa nak kopek kan kulit udang untuk aku kalau aku nak makan? :'(


Friday, February 26

kak yati VS mas joko.



lagu ini aku nak tujukan untuk mas joko (*mas = abang) yang kerja kat carwash yang selalu aku dengan family aku kunjungi. kenapa? sebab dia akan mengubah nasib keluarga kami. eccceh. dramatik betul. bukan apa, mas joko ni supervisor kat carwash tu. dia memang kamceng lah dengan ayah. apa tak kamceng nya. 5 bijik kut kereta plet 7812 duk basuh keta kat situ. pagi JES 7812 sampai, karang petang JKB 7812 lak datang. cuma JKX7812 je jarang datang. heh, aku ni pemalas sikit.

so nak dijadikan cerita, kan aku dah tak ada bibik lagi kan? serius hidup menjadi terumbang-ambing. penat gila kut buat kerja rumah. padahal selama ni kak yati buat sorang-sorang termasuk jaga atok aku. jadiknya, mas joko dah bersetuju nak tolong carikan bibik baru untuk kitorang. terbaikkk dari ladang. hahah. dia nak carikan orang kampung dia gak. yeah yeah! mas joko memang terbaek ah!

adeh, napelah dulu aku tak paduk-paduk kan bibik aku kak yati tu dengan joko ek? joko tu hensem weih! kategori lelaki indon yang hensem. kau ingat senang ke aku nak kata jebeng hensem? susah wo. tapi serius, joko hensem. sampaikan aku dengan nurin dulu memang berniat nak match kan joko dengan kak yati.

kak yati bibik aku tu pun hot weih. dah lah cun, rajin buat kerja rumah lak tu. nak cakap yang dia hot sangat, india yang sewa belakang rumah pon berskandal dengan dia. lepas tu kredit kak yati manjang je ada sebab skandal dia topupkan. nanti bila mak nak topupkan dia cakap "ngak perlu buk. masih ada"
cewwah. berlagak tu tanak ditopupkan. kalau tanak bagi kat aku sudeyyy. jujur betul.

kak yati ni garang sebenarnya. rawrrrr! tak tau lah macam mana leh ramai peminat. kalau gi giant pun ada orang ngorat dia. kalau dia dengan joko memang lah macam pinang dibelah belah weih. eh tak tak, macam pinang dibelah 2 lah kan?

lepas tu hidup aku pun senang. dah laki dia kat sini mesti lah dia duk sini, boleh lah dia berkhidmat dengan family aku hingga hujung nyawa. wawawa. susah nak cari bibik macam dia. dahlah rajin buat kerja, tangkas. mulut dia tu kadang-kadang ada bising sikit lah. tapi kerja jalan. so, aku takde hal pon. pekak kan aje telinga.

tapi, malangnya nasib tak menyebelahi aku dan keluarga. kak yati disunting duda kaya kat indon. heh, kan aku dah cakap dia hot. dia kata dia tak kenal pun siapa duda tu. tapi dia rasa kawan abang dia kut. aleh, kak yati ni, tolak jelah. ntah siapa siapa je yang meminang dia tu. belum tentu hensem macam joko.

tapi, maybe kak yati nak bayar hutang kut. duda kaya tu banyak ladang katanya. adeh. takpelah kak. harap akak bahagia. tapi kalau tak menjadi, balik malaysia balik eh? kali ni kitorang pasti takkan berlengah. setiap kali nak basuh kereta bawak akak supaya cinta antara akak dengan joko akan berputik. wuwuwuwu~

p/s: minggu ni exhausting. aku macam nak gila

p/s/s: contestant trendy shawl contest di harap bersabar k? CN busy sikit lah. tapi CN dah ada bincang dengan co-judge iaitu cik syida. tunggu eh result nya. nanti lapang CN umumkan.

ada lagi p/s/s/s: aku tengah tunggu parcel. hari tu ada beli something. ho yeah!

Monday, February 22

lega dan happy pada skala tertinggi.

p/s: tiba-tiba hari ni ps kat atas instead of kat bawah. oh ya, entry ni bosan sebab takde gambar. kalau menyampah boleh nyah. tapi entry ni entry gossip. kekekekekek~~

hari ini sangat mengantukkan serta membosankan. aku memang takde kelas hari ni. kelas ganti pun takde. semua cikgu hadir, tanpa sebab bak kata cikgu sheikh. haha. sengal lah guru pembimbing aku tu.

anyway, tahap mengantuk aku kalau dah kronik tu memang tak dapat dibendung sampaikan masa perhimpunan pun nak terlelap. lagi lak bila budak-budak dok nyanyi lagu sekolah SK sri gading. serius macam lullaby.lepas tu lak guru besar nak jumpa dengan semua cikgu. hadoih. lagilah dibuai-buai mata aku ni.

heh, duduk bilik guru lagilah pancung kepala. dengan air-cond yang sungguh nyaman memang menggamit aku yang malam tadi tidur kul 3 pagi untuk terlena. si awi khusyuk gila buat lesson plan. ah, aku nak jalan-jalan jumpa kak as dengan kak ecah kat bilik kaunseling lah. bagi segar sikit. ni kalau aku duduk gak kat bilik guru silap hari bulan sejarah mungkin berulang (new boyz 1!). tak pasal-pasal karang aku kena sergah dengan cikgu bahar lagi.

lantas aku pun dengan tak berapa stabilnya berjalan menuju ke bilik kaunseling. matlamat aku hanya 1! untuk membuntangkan mata aku. gosip-gosip sikit dengan kak ecah lepas tu usha-usha brooch mutiara yang kak as jual tapi mata aku still layu.

"ain gi kantin lah, mintak pak saran buat kan nescafe. dah tak boleh bukak langsung dah matanya tu."

aku akur je. sebab memang dah tahap kritikal dah mata aku. taknak terbuka langsung. heh. penat je i bersungguh-sungguh calit liquid eyeliner baru pagi tadi. dah lah taknak macam berjeman lak aku apply liquid eyeliner tu. amatur kott. taknak terbuka lak mata i ni. hahah~

ok, baik je aku duduk atas sofa kat bilik kaunseling tu and baru je nak sedut nescafe tarik buatan pak saran, tiba-tiba hp bunyi. ada mesej. dari no yang aku tak save number nya.

"hye ain...sori bru skrg ak reply msg ko..bkn xnk reply cme there's been a lot happening past weeks..neway agk lame ak mendiamkn diri..mayb ak cbe melarikn diri dr ko mayb ak tkt nk b'semuka dgn ko..tp i need to clear things up wif u..mayb skrg ni ko msh b'demndam ngan ak msh mrh ngan ak...i cant blame u..ak bt slh? yes ak ngaku ak wat slh..n bcoz of dat ak nk mntk maaf kt ko dr ujung rmbt smpi ujung ats slh slp aku kt ko..hopefully ko blh maafkn ak..klu bkn skrg mayb sumday...mcm ko ckp, ak ngan ko, dat 1 is part of our life story...d opening is there, the body is there but d only thing missing is d closure. ak xpnh ttp cite tu dgn cr yg btl..n now i want to make it right..4 d second time, ak nk mntk maaf ats segala slh slp ak..ko nk maki ak ko nk bcerita psl ak,its up 2 u..as long as it can help u ease d anger. i wud not bear any grudge 2wards it..nway i just want to wish u gudluck wif ur new partner...hope u'll find happiness wif him...mcm mana ak tau? awek ak peminat blog ko..she's keep following all d updates dlm blog ko...n 1 more thing i juz nk bgtau klu diizinkan allah, by the end of this year ill be marrying diz girl...there's nothing for me to say anymore...gd luck n may god bless u wif happiness 4 d rest of ur life.bye"

terbuntang terus mata aku. dan dan segar. woah. awek dia baca blog aku wei. eh maria, kau tengah baca ke ni? ceh panggil gitu macam kenal je ek? hahaha. even dah tau kau baca blog ni, aku still takkan saring the content. aku kan jujur + dramaqueen. tahniah kepada yang habis baca. bravo bravo. panjang gila kan mesej ni? agak-agaknya tau kan siapa sender nya. adeh jangan lah lampi sangat. kalau tak tau figure out sendiri. hahaha. ok, ni aku balas. siapa yang berjiwa kental and habis baca mesej kat atas ni meh sahut cabaran aku baca mesej kat bawah ni pulak..

"ouh? xtau nk ckp pe ble ko ckp awek ko bc blog ak. flattered or mad. haha.sah lah dia bgtau ko everything kn psl apa yg ak maki kutuk ko. takpe. u shud thank me. mayb dia akn jd awek yg lbh baik lps bc tulisan aku. yp ak ada dengar gak psl ko nk kawin tu. bgsla. gud 4 u. hipokrit lah klu ak ckp ak hrp ko hepi. haha. kidding. tp apa-apa jela. ak nk move on. nk buka lmbrn br. partner br ak? insyaAllah klu ada jodoh. ak lbh bhati-hati skang. tp ok la. he's totally opposite from u so byk yg ak blaja. lastly, plz send regards kt ur mum. i stop keeping in touch wif her da moment ak decide nk btl2 move on. smpi bila pn? ak dgn mak ko takde sebarg ikatan. yg mengikat ak dgn dia, ko.skang dh ada maria tu, ak x perlu lg lah.plus ak tau selagi ak contact dia, dia akn keep rs guilty pd ak on ur behalf. ak xnk r cmtu. ak rs dia msti da ok da skang. k thanks 4 replying. apa-apa je ak ckp or tlis sama ada dlm or luar blog, ko ttp sblh mata jela.ak ni mlt je keji tp hati ak xla keji mcm tu. u shud knew me bttr.ok. all the best wif ur life."

woah. still reading ke? bravo tahap dewa lah. serius. berjela ek. its normal lah untuk aku type mesej cicah lantai bak kata cik epal. tp its unlikely shai lah untuk type berjela macam ni. at least bukan shai yang aku kenal dulu kot. maybe dia dah evolve sekarang.

perasaan aku? seriously lega gila babe. tak nyesal aku hantar mesej kat dia hari tu. kind of clearing things up. hurm, mesej tu dah delete. kalau tak maybe aku type gak kat sini. betul aku lega. selama ni kan, aku duk fikir apa yang tak kena? aku dah taknak kat dia lagi apasal aku macam tak let go lagi? rupanya aku still berdendam n marah lagi. ego aku tercabar kut sebab dia sewenang nya end things just like that. macam aku ni takde pride. so bila dah clear macam ni, aku betul-betul lega.

lega sangat sampai balik sekolah terus drive ke pejabat kesihatan untuk berjumpa incik F aku. lega sangat sampai nyanggup nak belanja makan kat pumpkin house.hehe. tak dan nak bergosip pasal ni. and bertambah lega lagi, incik F tak marah. malah dia suka sebab aku buat proper closure macam tu. im the happiest girl in the world sekarang ni (if only aku tak payah buat lesson plan untuk esok makanya aku jadi the happiest girl in the universe * zati, hakhak. mesti kau tergelak)

so, does this means aku dengan shai dah elok? dah kawan ke kitorang ni? eh shai, ko cakap dengan aku ko nak kawin hujung tahun ni tu, ko nak jemput aku ke gi wedding ko? jap, nak bagi hadiah apa ek? set cutlery ok tak? aku asah tajam-tajam baik punya! hahahahahahahaha~ KIDDING!

Sunday, February 21

heartbroken

aku dah tak boleh tahan dah semalam. lepas angau-angau then mengada sangat buat entry pasal korean style tu, aku decide nak purchase gak dress and top yang aku duk berkenan tu. bukan apa, lepas aku advertise kan laman web korean style yang offer reasonable price tu, aku jenguk balik blog tu, tup tup top yang aku berkenan tu dah sold out. wuwuuwuwuwu~ nak nangis rasa.

so aku bloghop lah dengan penuh kesungguhan ke blogshop lain. and akhirnya jumpa blogshop lain yang jual design sama tapi harga ada sikit mahal lah dari blogshop yang aku recommend tu. sikitttt je, plus aku dah berkenan sangat.

jadi dengan rakusnya aku pun place my order lah. lagi girang sebab dia kata ready stock. sebab selalunya blogshop korean style yang aku jumpa, pre-order. macam tak sabarr sangat lah kan kalau nak tunggu yang pre-order tu.

and and and. aku bukan order 1, tapi 3! dasar rakus. serious weh. aku memang dah tak peduli dah. siapa yang add aku kat facebook, status aku semalam tu sebenarnya pasal ni je. hahaha. bikin kontroversi je lebih aku ni.

 
 saje taknak crop open tab kat atas tu nak tunjuk betapa gigih aku cari kat blogshop lain


tapi sad to say, sampai sekarang tak ada berita weh. :'(  *sob sob sob* aku bukan setakat fill in the order form, aku antar sms lagi tau. sms delivered tapi tiada sebarang response. and aku rasa aku check mailbox aku hampir setiap 10 minit. crazy kan? still tak ada response.
aku ni memang ada penyakit macam ni tau. selain 'penyakit-sayang-nak-buang' yang aku dah cerita dalam previous entry tu, aku juga ada 'penyakit-sedih-tak-bertempat'. sedih aku ni ni bukan sedih biasa tau. perasaan hampa ini akan menguasai aku dan menjadikan aku kanak-kanak yang murung. kanak-kanak lah pulak tiba-tiba?

dan emosi yang menguasai diri telah mengakibatkan aku menge'post' status ini.



ada orang tegur bahasa aku kasar. sorry, ter'emo'!

ok lah. aku nak pergi check inbox lagi. maniac kan? hurm, kalau takde gak, last resort aku ialah try cari blogshop yang offer pre-order stock. tengok lah macam mana. kalau takde gak, aku give up.

p/s: nanti lah eh aku upload gambar tops tersebut. plural eh plural. kalau dah desperado akan aku iklan kan dan mintak tolong korang search kan. hehe~

p/s/s: add aku kat facebook jika ada ya? ainisz_98@yahoo.com. and no, aku bukan lahir tahun 98. that used to be my fav number. used to be eh. not anymore. macam childish jek ada fav number.

p/s/s/s: perkh irritating bape byk p/s daaa. neway, please please please buat survey kat tepi tu k? alah yg kaler purple tu. kamu memang yg terbaek ah!

Saturday, February 20

ala-ala reject shop gituw!

aku korek-korek mmc digital cam aku. nak clear kan lah. dah berkeladak dengan gegambar yang tak berapa nak perlu. aku ni memang ada penyakit. 'penyakit sayang nak buang'. semua benda pun aku sayang nak buang. tu yang cupboard aku penuh tu. padahal half of the outfit aku dah tak pakai lansung!

so, before aku buang mana-mana gambar, baik aku abadikan kat sini kan. wah ayat abadikan tak boleh blah betul. tak serius lah. aku nak simpan pun no point kut. hahaha. keji lah kau ain. punya lah banyak gambar orang kau snap pastu kau nak buang. alasan? gambar kau buruk. hahaha.

 
ini masa boring-boring jaga gerai aza dekat bazar. customer pun tak ramai, jadi aku menggila kejap. spek besar tu pelaris gerai aza. syyyhhhh...

 
 ini my gangsta bro dengan his other half. ceh poyo. ni lah aza, tokei gerai tudung yang aku lepak seminggu nih.

  
 ni pula abg J dengan kak niza. kak niza adalah kakak aza ye. abg j adalah suaminya lah. who else?


  
 ni lak nad sewel dengan kak fini. diorang ni share partner aza. diorang jual handbag kat gerai aza. weih, angkara si nad sewel ni perut aku hampir terburai kat bazar. dia ni gila meroyan punya budak. tak sangka dia bakal nurse.

 
ni pulak aza dengan nyonya jual sayur mana ntah. syial lah muka aku bila tak pakai eyeliner. mata jadi makin sepet. sepet yang tak comel lak tu. hak tuih! 

masa ni we ols lepak kat singgah selalu lepas tutup gerai kat bazar. FYI, masa ni aril af tu pun tengah lepak kat SS jua bersama geng shuffle dia kut. muka kerek piang! kuar dari toilet pastu buat muka kerek. oh please. macam kau glamer sgt. takde pun aku tengok orang berlari terpa kau mintak sign.


 
 jangan risau aku bukan nak pergi terjun bunuh diri pun. kut ye pon nak buat cenggitu aku tak buat kat maktab weih. karang tetiba aku terpaksa menghantui bebudak maktab ni lak. aku hussein!!!!!!!!! (sape tak tengok citer santau tak boleh pick up phrase nih. hahah**)


alah. nak amik gambar jelah.

pssst, baby doll dress ni marda beli dengan aku, hasil hasutan aku. hehehe.masa ni marda je jungkit kaki. adeih.chop chop! tak jadi.


 
masa ni lak aku je sempat jungkit kaki. marda sipi-sipi je nak angkat kaki

 
ok ngam! masa ni dua-dua angkat. aku tak tau motif gambar ni. macam *&%$%^ kan muka aku? kalau cun dah lama kut aku publish ini gambar. hahaha,memang keji.

 
baju belang-belang tu bukan shai eh. please lah. itu aizat, bf marda merangkap classmate aku merangkap membe satu matrik dengan shai. apekah? ada kaitan jugak rupanya. 


hahaha. ntah pape je gegambar yang aku upload dalam entry ni. dah macam reject shop dah. gambar reject sumer aku humban sini. ok. dah berpinar mata kau tengok gegambar ni? bagus! learning outcomes achieved! (dan dan cakap pasal learning outcomes, tau lah isnin kena gi sekolah dah)

** masa jaga bazar aza tu, gerai depan kitorang ni jual dvd. 3 hari straight dia duk pasang dvd santau yang asek kuar "aku hussein!!!"  sampai kitorang dah naik hafal. bila kitorang suh dia main citer lain dia kata "tak boleh lah dik, citer ni tengah 'in' skang, abang nak kena promote. adeh, kaedahnya kitorang lah yang khatam citer tersebut.


urghhhhhhh!!!!!!!!!!!

seriously aku tengah bengang gila dengan makcik aku yang 'tengah hanyut dibuai cinta' tu. sakit hati aku di buat nya. tergamak dia tinggalkan atok aku sorang-sorang? macam orang dah hilang pedoman. aku memang dah tak pedulik lagi dah. siapa suruh perangai kurang ajar sangat? kan aku pun dah jadi kurang ajar!

kau nak bercinta dengan suami orang ke, nak dating tiap-tiap hari ke ada aku kisah? tapi please lah ada tanggungjawab sikit. aku ni dengan atok aku tu memang bahasa kasar sikit. aku suka marah dia. cakap tinggi suara, bukan apa, atok dah tak berapa dengar so kalau nak cakap harus lah dengan suara yang meninggi baru dia dengar. lagi aku suka marah dia sebab dia dah nyanyuk and suka cakap benda yang doesnt make any sense. selagi aku boleh ignore aku ignore lah. tapi kalau dia dah start merapu yang terlampau aku memang marah dia. supaya dia berpijak pada realiti semula.

but then jahat-jahat mulut aku ni pun tak tergamak kut aku nak tinggalkan atok aku sorang kat rumah. kalau jadi apa-apa macam mana? eh ada otak pakai elok-elok boleh tak? ke dah tak berfungsi dah segala serebrum, sereblum dan medula oblongata tu?haish. memang bikin line wa panassss!

dah lah house chores tak payah nak duk harap kau buat dah. bajet rumah ni macam ada maid lagi lah kan? soalnya dulu pun kau ke yang bayar gaji maid tu yang kau nak suruh dia buat kerja untuk ko? kalau tak mak aku gak yang bayar kannn?kalau aku tinggalkan tenggaling macam tu, balik kang aku tengok tenggaling lagi lah benda tu selagi aku atau mak tak betulkan. hish. geram nya yang amat!

aku nak tengok gak jadi ke kau kahwin bulan 3 ni. kau sedia jelah. aku memang tak masuk campur kalau takde hal. kalau kau nak dengar aku melaser lagi cam hari tu try ah buat mak aku sakit hati kan. kalau tak aku bagi kaw kaw kat ko balik. pedulik hape aku kalau lepas tu aku kena tampar dengan ayah sebab kurang ajar sangat. yang penting hati aku puas.

kau dengan mak aku yelah adik beradik. aku dengan kau setakat pangkat anak sedara je. takde mudarat lah kalau kau menyampah dengan aku pun. punyalah mak aku sayang kau. jaga kau. care pasal kau. camni lak kau balas.

sekarang aku dah taknak pertimbangkan lagi soal kau kena guna-guna ke kena senyonyong ke. kalau kau masih boleh sembahyang, kau masih tau hukum so aku rasa kau tau hukum dan tanggungjawab anak terhadap ibunya.

ok. temperature aku pun dah naik ni. baik aku gi amik wudhu sebelum syaitan menguasai aku.

fashion talks #3: we ARE what we WEAR.

 


  

status kat facebook pun boleh bikin panasss ek? alahai.chill lah. macam aku cakap lah kan? aku bukan ustazah. bukan juga orang yang dah successful ala-ala donald trump. pengukur baik jahatnya kita, amalan. pengukur berjaya gagalnya kita, pencapaian. as simple as that.

apesal nak melatah pasal benda ni? opinion aku apa kita pakai tu reflect personaliti. tapi ada yang tak setuju. aku sebenarnya bercakap dari konteks fesyen je. tapi orang salah faham lak. yelah, macam orang yang pakai jeans, t-shirt shortsleeve and flip flop. bagi aku orang nya simple and ringkas. tak payah serabut-serabut.
yang pakai inner then pakai lak dress yang sleeveless tu. dikenakan lak dengan tudung ekin siap letak brooch kat belah belakang. then pakai lak heels. bagi aku orang nya teliti. every details dia jaga. kalau macam aku? nak pakai blouse. tapi footwear tanak lak pakai yg ladies. flip flop gak aku balun. itu namanya caca merba. nak bergaya tapi malas. hahaha~

  
 gaya belah atas dah ok dah. tengok bawah. hancuss. dahlah pakai flip flop flat. oversize lak tu. belum lagi review my first time pakai legging lagi. hakhak~


 
aku takdelah gila gaban suka pink sampai nak pakai macam ni k? ni sebab nak amik gambar untuk pinky lady contest yang dah pun lepas and dah pun aku menang. nak tengok entry aku? klik sini.


itu je aku nak nyatakan. takde lah aku nak jatuh hukum orang pakai seksi tu jahat. aku pun bukan baik sangat. takde gak aku nak judge, orang pakai barang murah tu sengkek, miskin. takde gak aku nak decide orang yang pakai serabai, tak formal ni bukan golongan profesional. tidak sama sekali.

fesyen ni melibatkan decision making gak bai. bukan senang-senang je. ingat lagi dulu masa sem berapa ntah aku belajar seni dalam pendidikan. lecturer aku cakap apa yang kita pakai hari-hari tu pun di kira sebagai seni. sebab disebaliknya, ada sebab kenapa kita pakai sebegitu pada hari tertentu.

even bagi orang yang pemalas macam aku ni pun, ada reason kenapa aku pakai something. contohnya kalau aku pakai tudung bawal hitam tu maknanya aku malas nak iron tudung lain. hitam kalau renyuk pun tak obvious sangat. aku pakai pump shoes yang flat gi ngajar sebab aku suka jalan laju, lepas tu aku selalu tak stabil. kalau pakai heels kaedahnya terpelecok berkali-kali lah aku. ntah kul bape baru masuk kelas. asyik injured je di tengah jalan sebab jatuh terpelecok.

janganlah cepat melatah. kau dah 'buat keputusan' untuk pakai apa yang kau pakai, face the consequences lah kan. kalau kau kisah orang misjudge kau, then kau tau yang bila kau pakai macam tu orang akan misjudge kau, nape still pakai macam tu kan? melainkan kau tak pedulik apa orang fikir. maka pakai lah apa yang kau mahu pakai. sila kan. unleashed your style. cewwah. dah macam iklan silky girl lak.

macam aku ni pakai shawl kat maktab. kau ingat tak kena bahan ke? aku rasa even budak junior yang tak kenal aku pun nganjing bila aku lalu sebelah. panggil aku yuna lah. nyanyi lagu dan sebenarnya lah. classmates aku pun tak ketinggalan. siap masa juara lagu hari tu diorang congratez kat aku. konon nya aku yuna lah.

fesyen shawl ni kat tempat lain dah biasa kut. tapi kat maktab tu orang tak berapa nak pakai sangat shawl. diorang pakai pun kalau keluar ke bandar. maybe itu salah satu reason kut. takut kena bahan. soem of the guys kat maktab tu memang tak suka pompuan pakai shawl, siap tegah awek masing-masing dari memakai shawl. katanya muka bulat lah. kelakar lah.

kalau macam aku ni. lagi orang tak suka, lagi aku buat. hahaha. sekejap je kut diorang bahan-bahan aku. lama-lama bila aku buat dang je,makin pakai lak tetiap hari sampaikan gi gotong royong pun pakai shawl, senyap lah diorang. nasib baik bf saya suka saya pakai shawl. ihiks. :)

p/s: tadi masa jaga bazar, boleh lak ada pompuan ni nak compare harga tudung kat gerai aza dengan tudung dia beli online. bikin line panassss je. takpe nanti aku khabaq satu satu.

Friday, February 19

fashion talks # 2: korean style.

hey girls out there. ok, aku tak sure lah kan berapa kerat sangat yang baca this lame blog. tapi aku tau ada. and aku tau juga most of readers aku adalah ladies. ladies yang bangsanya suka tampil cantik sentiasa. oleh sebab itu lah kami-kami ladies ni suka shopping. always hunting for something fresh for our look. hahaha~ tak boleh blah betul statement ini.

bagi yang rajin menelaah blogshop macam aku ni, mesti korang perasan fenomena korean style ni. baju dia ala-ala comel lepas tu guna model korean ladies. kalau tengok pasti terpaut dan terpengaruh nak beli sebab tengok model tu pakai ala-ala suwiiiiiiit je. padahal tak realise yang model tu badan punya lah slim river. kaki kurus macam pencungkil gigi.

 terpedaya tak? rasa macam nak nak nak beli kan?

korean style ni dah memang jadi fenomena dah. kalau dulu kita tengok fesyen camni hanya diperagakan chinese ladies je. tapi dengan perkembangan fesyen sekarang, even ladies wearing hijab pun pakai this kind of attire. kalau baju sleeveless, kita boleh pakai inner multicolour yang boleh beli sehelai rm15 tu atau pun yang popular sekarang ni jacket and cardie. memang sangat style lah.


 
macam top ni sebenarnya consists of long sleeveless top + mini cardie
                    

 
this is the mini cardie

 

this is the inner (long sleevelless top)

so, memang tak ada alasan lagi untuk tampil bergaya. we just have to be creative. top macam ni bagus bagi aku sebab kita boleh mix and match.so, takde lah dull and boring je penampilan tu kan? kalau remaja bertudung yang boleh jadi icon, siapa lagi kalau bukan yuna kan? stylo je tengok dia pakai shawl and jacket. 

 
 yuna wearing jacket
so, dengan berkembang nya fesyen wanita bertudung sebegini, jadi market bagi korean style yang aku nyatakan tadi pun turut berkembang. yelah. chinese ladies sah-sah lah pakai baju-baju camtu kan? bila the malays wearing hijab pun dah semakin advance dalam fashion and berani pakai this sort of style, so market korean style tu pun expanding lah.

so, no wonder lah makin banyak koren style blogshop tumbuh macam cendawan tumbuh lepas hujan (cewwah berperibahasa pulak cikgu sains ni. hahaha) sama naik juga dengan blogshop jual shawl and instant hijab yang difofularkan oleh ekin bini mawas tu opsss mawi. peminat mawi jangan marah ek.

aku cuma nak nasihat kan ladies out there, be wise lah ek dalam memilih blogshop. aku dah terjah banyak dah korean style blogshop. kebanyakannya offer tops and leggings yang hampir sama. senang sangat nak cam. mana tak nya? depa guna model korea yang sama je. aku rasa memang diorang dapat gambar model tu dari pemborong baju tu kot.

and even though tops yang di offer tu sama, siap pakai model yang sama, price yang di offer tak sama ok! ada blogshop yang cekik darah gila-gila. tapi yang herannya, semua items yang dijual sold out. ada lak blogshop yang aku terjah, harga murah gila kut. (takde lah murah tapi reasonable lah) tapi banyak lagi item dia yang available. maybe faktor kurang promosi. aku pun tak sure.

so, kita ni jadi pengguna biar lah bijak k. jangan main hulur je duit tu kat orang. bukan senang kut nak cari duit. kalau ye pun nak habis kan duit, habiskan secara berhemah, jangan membabi buta. aku kalau beli barang kat bazar or mana-mana tempat yang boleh tawar, aku akan tawar. seringgit pun jadik lah. siapa nak bagi kita seringgit senang-senang kan?

anyway sebab aku baik hati sangat, aku nak bagi korang blogshop yang aku kata murah tu. series eh, kalau minat beli aje. sebab aku dah survey blogshop lain. mahal gila. ada yang beza sampai rm10. untuk barang yang sama. maybe yang jual mahal tu, dia amek dari pemborong dengan harga yang mahal kut.

tapi lantak dia lah kan. kita jadi pengguna kena lah bijak. so, ni dia link blogshop yang kalau boleh klik like macam kat facebook tu, dah lama aku klik.

ok, ni dua je kut yang aku berani jamin menawarkan harga termurah. blogshop yang jual mahal tu tak payah lah aku hebah kan. karang tutup periuk nasi orang lak. ok girls? jangan duk pegang pepatah kalah membeli menang memakai tu lagi. sekarang kita nak menang membeli and menang memakai.

ok, next time aku nak kasi link shawl blogshop yang best and murah plak. stay tuned! hehehehe~

semoga bahagia ek. aku doa dari jauh je.

seharian aku tak menjenguk 'teratak' aku ni. haih sunyi je. anyway, hari ni macam biasa aku tolong aza meniaga kat bazar. tak berapa meriah hari ni. tadi pun aza tutup gerai awal. penat ah tunggu lama-lama takde customer.

tadi dyba singgah bazar. tak sia-sia aku publish gambar gerai aza dengan trademark 3 patung vogue tu. hahaha~ bukan main senang dyba cari gerai aza tu tadi. lama gak aku tak jumpa minah ni. banyak gak lah catch up sana sikit sini sikit. gosip panas tentang kecelaruan hidup masing-masing. termasuklah sekali alkisah ada sorang sahabat ni dah bertunang rupanya.tunangan nya pun bukan orang lain. kawan-kawan aku gak (kawan ke? kalau lah dia iktiraf aku sebagai kawan)

 
serious hideous aku dalam pic ni. dyba cam kurus ek?


tapi tak heboh lah. katanya takde orang tau. takpe lah. maybe sebab tunang je so malas nak gebang. atau memang tanak gebang kat aku in particular sebab kalau aku tau nanti sure satu malaya tau? haha. pape jelah. hope happy. kalau kahwin taknak jemput aku pun takpe. maybe aku ni tak di kira rapat sangat kut.aku doakan kebahagiaan korang dari jauh jelah. jangan dekat-dekat dengan aku. aku ni cam virus tau.

tengok dyba tu. rapat dengan aku. tup tup lepas aku break, dia pulak break. i ni virus k. so jangan dekat dengan i. eh? apakah kau ni ain? macam sinis je. sinis kah? hahahahaha. kalau tak faham abaikan. ni nama nya dah mereng.

tadi masa tengah jaga bazar, ada couple ni singgah tengok-tengok gelang and accesories. incik bf/suami ni sengal and gila-gila. ntah lawak apa dia buat dekat gf/bini dia. dia sungguh-sungguh buat lawak lepas tu gelak pun sungguh-sungguh gak. si gf/bini ni wat muka irritate je. haish. sebiji macam F.

suka wat lawak ntah pape. lepas tu sebelum aku sempat faham dia gelak sungguh-sungguh sengsorang. dahlah aku ni lampi sikit. by the time aku figure out lawak dia, dia dah stop ketawa dah. adeh. rindu la pulak tiba-tiba. dia tengah demam ni. sakit tekak and selsema bagai.

agaknya hari tu masa aku sakit tekak dia ada minum bekas aku kut. takpelah. bagus lah dia demam. dapat lah mc 2 hari. dapat rehat sikit. kalau tak 24/7 kerja je manusia tu.workaholic mak aih. yang namanya teman aku shopping memang takde lah dalam rutin harian dia. lepas tu kalau jumpa dia confirm dengan baju kerja dia tu. menyampah aku. penat je aku dressed up cantik-cantik (cantik ke? hahaha)

eh? banyak lak aku terbabas pasal F ni. lek ar. rindu kot. dah biasa dekat kan. walaupun si F ni tak sempat teman aku shopping bagai, tapi 2 hari sekali mesti kitorang dinner sama. so, bila time cuti ni kaedahnya  macam ngada-ngada lah nak rindu-rindu. padahal dulu steady je long-distance relationship.jarang jumpa. takde pun aku nak curang.maintain je setia. orang lain gak yang curanggg kan? ungkit lagi ain. ungkit lagi. hahahah. orang yang baca mesti naik muak je kan. tak abis-abis nak ungkit hal tu. eh, aku punya suka lah. nape? tak puas hati? eh, memang aku berdendam lah dengan mamat tak setia tu.

ok lah. penat lah nak sumpah seranah orang. nak bersihkan diri, solat. lepas tu apa lagi tebabo! ZZzzzzzZZzzzzz. night everybody. ehem, morning kut to be specific.

p/s: yang namanya pashmina tu, kalau tebal sikit memang tak menjadilah aku pakai. tadi kalau tak aku nak pakai pashmina gi bazar. tapi lilit punya lilit dah macam ada ketumbuhan kat leher lak. terus aku tanggalkan, sarung tudung mak.

Thursday, February 18

2 perkara sebelum ZZZZZzzzzzZZZ

Perkara 1

cina memang taknak rugi sesen pun. selagi boleh untung, dia akan cuba. tadi aku alter jeans kat fav spot aku untuk alter jeans. mana lagi kalau bukan kat terminal larkin. standard ah kan pompuan punggung besar + kaki pendek macam aku ni. kalau beli seluar sah lah kena pendekkan kaki seluar then kecikkan pinggang. beli seluar saiz kena 29 atau 30 supaya lepas kat punggung then bersusah payah alter pinggang sebab kalau tak, melorot lah seluar tu dek besar kat pinggang.

ok, nak cerita pasal cina kan tadi? ha, dia boleh tawar harga pulak kat situ. ntah lah ek. aku macam pelik sebab aku selalu tawar harga barang. harga perkhidmatan tak pernah pulak aku cuba tawar. maybe bagi orang lain biasa kut. tapi cina tu tawar sungguh-sungguh. soalnya macam mana? kalau barang kita tawar harga, tak dapat tak payah beli lah kan? ni seluar dah alter. baru dia nak tawar. so camne?

Perkara 2

aku tolong aza kat bazar tadi.gerai aza jual tudung. tudung ekin, tudung hawa, shawl, pashimina and accesories termasuk brooch, earings, gelang, rantai and perkakasan rambut. meh lah datang. (cewwah, promote di situ) gerai aza betul-betul dekat simpang jalan, depan OBCB bank. jom jom datang. nanti aku suruh aza bagi harga kawan-kawan. haha.

 ini gerai aza ye kawan-kawan

masa tolong aza berniaga tadi, aku dapati lelaki ni memang 85% ignorance terhadap apa yang gf pakai. aku sebut gf/bf eh. bukan laki bini. sebab kalau dah kawin for sure kau tau baju apa yang ada dalam wardrobe laki/bini kau.

"b, seswai tak shawl ni nak pakai dengan cardigan brown i tu."

"yang mana?"

"alah yang brown tu lah"

*blur*

last-last nya opinion aku jugak pompuan tu mintak. dah bf dia blur sangat pikirkan cardigan mana yang dimaksudkan. bila aku dah masuk jarum, rabak lah poket kau wahai incik bf.

lain tau gaya laki/bini dengan bf/gf. aku tengok kalau dah kawin, husband lagi particular terhadap penampilan bini dia. tilik warna shawl/ tudung kalau boleh nak sampai tudung tu masuk dalam mata kaedahnya. padahal, bukan mati di tempat kejadian pun kalau warna tudung terlari sikit.

kalau gf/bf memang saja lah nak buat aku muntah hijau.

"you...ok tak i pakai tudung ni? kaler ni suit tak dengan i?"  

"ok jelah you. you pakai apa pun nice"

pffft.whatever. poyo seh. tengah bercinta boleh lah macam tu kaedahnya. kalau dah kawin agaknya, direct je cakap,

"eiiiee, jangan lah pakai tudung ni. macam mak endon dah"

tak kisah lah ek. muntah hijau pun muntah hijau lah. asalkan jadi beli. anyway, tadi berjaya promote pashmina aza. laku gak pashmina tu sebab tadi aku pakai pashmina. jadi orang macam interested lah nak beli and pakai gak. ada customer puji aku pakai pashmina. auuuwww. blushing i tau. hehehe. alamak, tapi gambar takde la. gambar dalam kamera aza. nanti lah esok-esok aku redeem gambar tu from aza. (ceh semata-mata nak menayang aku pakai pashmina kannnn....)

ok lah. dah pagi ni. tak reti tido ke aku ni. bilik dah lah bersepah gila. esok lak nak ikut aza gi kedai borong amik stok barang lagi. haih, sabar lah bilik. nanti aku kemas kau k? bubbye!


ZZzzzzzzZZZZ

Wednesday, February 17

singgah, pooorah!

 
 sebelum terpisah dengan kak niza, abang j dengan a-an.

  
 mall yang lenggang sebab para cina masih raya

  
 singa berekor ikan. confuse aku dengan simboliknya. nak kata singa laut, bukan!

  
 seriously masa ni panas terik.

  
 snap pics dalam mrt sambil dipandang badi oleh warga singapore yang mahu menelah kami JAKUN. ada aku kesah??

  
 sikittt lagi aku nak jatuh.

  
oppssss!!!

  
 my lil bro is a gangsta. dun mess with us. hahahah~

  
 hahaha. itu memang gaya faveret aza.

 
@ vivo city yang mahalll!

lets review this.

guy in white shirt : my lil  bro (ok not so little), Mohd Naqiuddin
girl in brown blouse : my lil bro's gf a.k.a my best ever shopping companion, Aza Nurfaezan

takde apa nak cerita kut. so kamu orang layan gambar je lah k? *wink wink wink*

perihal keyword.

 

confuse aku. siapa pula yang search pasal hantu berak ni? lepas tu tersesat kat blog aku. kesian kesian. mesti terbantut curiosity orang-orangan itu lantaran memasuki blog aku dan membaca entry HANTU BERAK aku.

haih? tak habis-habis lagi orang nak tau pasal kes fahrin dengan linda tu ek? aku rasa aku tulis entry pasal fahrin dengan linda tu sekali je. itu pun sebelum kes saman menyaman bermula, tapi boleh kata hampir setiap hari keyword ni pop out.

wow wow. ada orang search blog zack zuhairi lah. glamer siot mamat ni. tapi zack, aku dah merudum sikit lah dengan penulisan kau. aku cuma baca kalau kau buat kartun sedih je. kalau penulisan biasa, aku dah macam tak jenguk sangat. but then, itu cuma aku. orang lain masih enjoy ur writting.

haa..keyword cara lilit shawl ni pun hampir setiap hari naik. aku memang dah niat pun lepas trendy shawl contest di tutup, aku nak buat entry pasal cara lilit shawl : cik nurulain style. hahaha~ poyo. insya Allah nanti free aku buat entry tersebut.

alhamdulillah belum ada orang search bukan-bukan tersesat kat blog aku.

p/s: semalam i pegi singgah pooorah. nanti i upload sedikit pics.

Monday, February 15

selamatkan aku!

 
 
nape jin shopping merasuk aku ni? tolong selamatkan aku. bomoh mana aku patut jumpa untuk dapat penawar?adoi adoi adoi!

currently aku tengah gila sangat dengan flip flop. tapi demam handbag dan shawl belum surut lagi. tsk tsk tsk. :'(

ini bukan main-main. aku serius. siapa boleh bagi aku tips untuk kurangkan tabiat tak berapa elok ni (ceis taknak straight fwd cakap tabiat buruk. dasar denial!)


Sunday, February 14

TRENDY SHAWL CONTEST ditutup!



ok, saya dengan ini officially menutup TRENDY SHAWL CONTEST. tunggu keputusannya nanti. saya nak suruh judge jemputan saya buat pengadilan yang adil.

untuk para contestants, thanks lah sudi join yek. biar pun tak ramai join, CN tetap flattered sangat-sangat. hope lepas ni kita boleh jadi kawan. *wink*

p/s: CN cuti seminggu. siap lah. tiap-tiap hari aku update blog ni nanti!


TRENDY SHAWL CONTEST.

THIS IS A STICKY MODE ENTRY, SCROLL DOWN FOR LATEST POST.


wuhu, tadi kan ada orang mintak aku ajar bagaimana aku pakai shawl. wow wow, kembang you! but anyhow, im still experimenting dengan my new obsession ni. everyday try cara lilitan baru.

tapi, aku menghadapi masalah nak menjejaki blog owner pemakai shawl. aku ni suka ushar gambar. saja, nak dapat idea macam mana others pakai shawl. baik lah nampak nya aku dah start buat perangai menceceh berjela-jela ni lagi.


baiklah straight to the point. aku dengan ini mahu buat contest. contest ku diberi nama "TRENDY SHAWL CONTEST". aku tak tahu kalau blog owner lain pernah organize contest yang lebih kurang sama, tapi tujuan aku organize contest ni ialah:

  • nak berkenalan dengan blogger yang turut memakai shawl sebagai attire harian, nak usha blog kamu
  • nak dapat idea baru nak lilit shawl especially untuk ke sekolah nanti :)
lagipun, bulan 2 ni aku dah start praktikum kat sekolah. di harap masa tu, aku dapat variasi kan gaya aku ke sekolah supaya budak-budak tak bosan dengan penampilan cikgu nurulain ni.

baiklah. cara nak sertai:

  1. ambil gambar kamu menggayakan shawl dari pandangan hadapan dan belakang.
  2. gambar perlu di fokus dari bahagian kepala ke dada sahaja (saya tak mahu lihat outfit kamu, cuma shawl saja)
  3. buat entry khas bertajuk "TRENDY SHAWL CONTEST"
  4. tepek kan banner dia atas dalam entry kamu dan link ke entry ini.
  5. upload gambar yang telah diambil tadi (pandangan depan dan belakang)
  6. terangkan secara ringkas cara kamu memakai shawl kamu (macam tutorial ringkas lah)
  7. kemudian, nyatakan gaya itu sesuai digayakan ke mana. sesuai untuk pergi kegitan ko-ko hari sabtu ke, sesuai pergi pasar ke.
  8. tepek banner tersebut di sidebar blog kamu.
  9. copy kan url entry tersebut dan paste kan pada ruang komen entry ini.
ok, itu saja cara nya.

soalan saya saya fikir bermain di fikiran kamu.

1. kena jadi follower ke?
tet. tak payah! saya tak ada pun widget itu.

2. kena letak link blog kamu di sidebar ke?
tak perlu tapi sentiasa lah jengah kalau-kalau ada update tentang contest.

3.boleh tak hantar lebih dari satu gambar?
boleh, seorang blogger boleh hantar lebih dari satu penyertaan (kalau ada banyak cara lilitan shawl) tapi buat kan entry berbeza, dan hantarkan url entry yang berbeza. kamu nak hantar 10 penyertaan pun saya tak kisah, lagipun tujuan contest ni, untuk belajar cara baru lilitan selendang. :)

4. kalau lelaki nak sertai boleh tak?
boleh, minta lah kakak atau adik perempuan atau gf kamu menjadi model. tanya dia macam mana dia lilit shawl dia. lepas tu, kamu buat lah entry untuk contest ini.

ok. harap penggemar shawl boleh support contest ini. saya akan pilih 3 pemenang. pemenang, saya akan letak gambar kemenangan kamu di sidebar dan link kan ke blog kamu serta diberikan hadiah misteri. selamat mencuba!

tarikh tutup ialah 14 februari 2010 k? sila buat sticky mode entry sehingga tarikh itu.

juri jemputan ialah cik syida. so, pegi mengampu dia sana.

and girls, if u think u r too lazy to write down the tutorial, just captured the picture on every angle k? i just want to get the idea. :)

p/s: CN dah permudahkan syarat. hope lagi ramai akan sertai. :)


--------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATED! CONTESTANTS LIST

  1. Rye
  2. Miss Yatie Pinky
  3. Titin 
  4. Cik melur


Saturday, February 13

perempuan separa gila.



*klik pada lagu untuk mood sedikit jiwang.


dia bidang kesihatan, aku bidang pendidikan
tapi sama-sama bawah kerajaan :)

dia dengar sinar fm, aku dengar hot fm,
tapi sama-sama gila karaoke

dia suka makanan kampung, aku suka fast food,
tapi sama-sama kuat makan

dia abang yang garanggg, aku kakak yang baikkkk (macam cerita tipu je ek?)
tapi sama-sama anak sulung

dia panas baran, aku tak nak mengalah
bila bergabung memang meletup!

heyya. sudah masuk bulan ke-3. tahniah kepada cik fakharuddin kerana berjaya melepasi fasa-fasa azab bersama saya. semoga cik akan terus bertabah kerana bulan-bulan dan insya Allah tahun-tahun mendatang tak akan semakin indah pun. kerana sesungguhnya saya adalah perempuan separa gila yang keliru dengan identiti diri.

mungkin saya tak wajar meminta lebih sebab kadang-kadang saya juga lokek untuk memberi lebih. bukan kerana saya tak mahu berkongsi. sebenarnya saya insecure. saya takut kalau saya sayang kamu banyak-banyak sangat bila kecewa saya rasa sakit sangat-sangat. saya dah pernah rasa. sebab tu saya tau.

tapi sekarang saya dah jahat. dan tamak. walaupun saya masih belum berani menghulurkan tangan saya sepenuhnya untuk kamu pimpin, saya mahu kamu tetaplah bersabar. bertahan dengan saya. menerima saya seadanya diri ini.

saya pun akan terima kamu seadanya. walaupun kamu lebih suka kerja daripada teman saya shopping handbag. walaupun kamu buta fesyen sampaikan dengan selamba badaknya mengatakan baju yang saya beli macam kain buruk.

saya tetap sayang kamu.

sebab saya tau. kamu kerja kuat sebab nak kumpul duit. tanggungjawab besar sebab kamu anak sulung. kamu cakap baju saya macam kain buruk tapi bila saya pakai kamu cakap cantik sebab kamu tak perasan pun itu baju kain buruk yang kamu duk kutuk tu.

dan lagi. sebab kamu lurus.

"d, d ni kan. time belum couple bagi b bunga. bila dah couple, tak ada pun"

 

walaupun saya tau saya dapat bunga ni kind of sebab saya macam mintak. haha (dasar perempuan tak tahu malu) tapi saya tetap excited. tetap thankful. tetap happy. kan saya ni perempuan separa gila.kepada awak yang saya sepenuhnya sayang (bukan separa walaupun saya separa gila) selamat ulangbulan ke-3.

p/s: esok tarikh tutup trendy shawl contest. sambutan tak memberangsangkan. jadi peluang cerah untuk menang. ada lagi nak masuk? kalau ada klik sini.

Sunday, February 7

Dato' Malek Noor tak lupa daratan.

weih, ada tak orang yang tak tahu aku dah seminggu praktikum? adeh. to be specific, 7 hari ok! langsung takde cuti this week. PNP tak mula lagi tapi minggu ni memang sangat exhausting. sebab nya? sebab the whole week sibuk dengan sukan. aku kena masuk rumah biru!

 
cikgu rumah biru yang bizi

yang tak seronoknya, aku dilantik sebagai perakam peristiwa. agaknya cikgu noor lina (gpk ko-ko) da nampak talent aku sebagai 'perakam peristiwa'. alah, among budak sains pun aku lah yang paling rajin snap gambar sana sini kut. aku sangkakan tugas ini akan jadi exciting. tet! meleset. penat weh. tobat nasuha aku nak jadi photographer bagai ni. tapi nampak gaya macam malap je masa depan aku sebab cikgu kaunseling Sri Gading, Cikgu Lokman tu dah cakap dia lantik aku jadi sidang redaksi yang confirm=confirm lah, dia nak suruh aku jadi tukang snap gambar lagi. adoi!

 
paksa orang snap gambar aku sebab gambar aku langsung tak ada. fuh yang lain semua seius CN je bengong!



ni geng cikgu muda yang boleh layan kepala. tapi still aku paling sengal kut. tudung putih, baju turqoise tu nama zawiah eh, sape berminat bole contact aku. wuwuwu, mati kena bambu awi.


tapi dalam penat-penat tu, seronok gak jadi photographer ni. banyak yang aku dapat observe. yelah, dah aku dapat free pass ke sana ke mari kan? yang paling aku suka behaviour budak lah. seronok tengok semangat diorang. diorang ada semangat persaingan tapi diorang tak kisah pun nak guide saingan tu whom is kawan diorang sendiri.

budak-budak happy je walaupun kena berpanas, takde pun nak mengeluh. bila dapat wakil rumah untuk satu-satu acara pun diorang dah cukup bangga dah. takdelah diorang nak mengeluh penat berlari tapi cuma dapat medal plastik je. hadiah tak penting bagi diorang. apa yang lebih penting kemenangan. material ni diorang tak amik pusing sangat.

ha, tau tak siapa jemputan khas hai sukan sekolah aku ni? malek noor beb! malik noor jadi ikon SK Sri Gading tahun ni. dulu dia pernah sekolah situ, 1961-1966. fuh rupanya malek noor orang batu pahat. caya lah! pemurah sangat orangnya.

 
malek noor diiringi guru besar

on the dot tadi dia sponsor hadiah dalam bentuk cash pada olahragawan dengan olahragawati. sorang dapat rm150. dia siap sponsor a big amount of money untuk piala malek noor. on the dot semua nya. bagus sangat dia ada semangat macam tu. tak lupa daratan. dia kata, tinggi mana pun dia terbang, dia takkan lupa asal-usul dia. muka dia sayu sangat tengok padang sekolah tu, katanya ini tempat dia main bola dulu.

 
on the dot buka wallet bagi hadiah cash pada olahragawati bawah 10


and also dia berjanji, melalui piala malek noor tu nanti dia akan cungkil bakat baru untuk diketengahkan. dia akan cuba masukkan atlet yang berpotensi, ke sekolah bukit jalil. itu janji dia. lagipun, dia dah jadi orang besar dalam MSN (majlis sukan negara) so, aku tau itu semua bukan janji kosong.

bagus lah macam Dato' Malek Noor tu. bila dah jadi somebody, jangan lah lupa daratan. taburlah jasa kat tempat asal. berbakti untuk anak bangsa. jangan nak dongak kepala, dabik dada kata aku hebat, aku berjaya tapi habuk pon tarak! aku pun nanti insyaAllah bila dah jadi 'somebody' aku takkan lupa daratan.

 


 

melangit tak cita-cita aku? menteri pelajaran wanita yang pertama. hehehe. 2021 tu nanti unur aku 35. sempat ke weh? banyak perubahan yang aku intend nak buat nanti. ceh ceh ceh. dah rangka dari sekarang? gila kauuuu ain.

Friday, February 5

kemeroyanan ammar.

amaran: aku bagi amaran awal. entry ini panjang. sila skip jika anda sedang bosan.

lama kan tak cerita kisah ammar? siapa ammar tu? haish. panjang cerita nya. kalau tak tau, baca entry musuh ketat dengan hantu berak ni. nanti korang tau lah siapa ammar tu.

selalu dalam penceritaan aku, aku macam describe dia sebagai adorable je. macam mustahil lah kan dia begitu adorable considering how he behave. tapi seriously, there are moments yang aku rasa macam nak picit-picit je si ammar ni. geram aku. tak reti nak duduk diam.

baru-baru ni, disaster gila. ammar ni pelik sikit. dia ekstrim. kalau mood dia tengah baik and dia favour akan kau, dia pakat nak peluk cium kau. (yes, dia buat macam tu kat aku. kalau nak berguling, silakan). but then kalau mood dia tak elok dan kau bikin dia lagi panas, alamat bersilat lah. dia memang macam tu.

bukan dengan aku je. dengan mak, ayah and kakak dia pun dia macam tu. menjerit and memekik mekik kat mak dia tu memang dah biasa sangat dia buat. but the next thing, dia dah pun peluk-peluk mak dia balik.drama betul ammar ni.

maybe aku bukan sesiapa pun dengan dia. takde hak pun aku nak naik tangan ke hape kat dia. tapi bila dia kurang ajar dengan mak dia or ayah dia, memang dan dan tu jugak aku sound. "ammar, nape cakap macam tu kat ibu/ayah? dosa tau. mintak maaf!!"


 
ni ammar. jangan tertipu. masa ni dia belum menggila.

and seriously, kalau kau taknak sesi terganggu, tunggulah habis sesi baru 'tazkirah'kan dia. sebab, kalau masa tu kau suruh dia mintak maaf kat mak dia, jam tu gak dia berlari cari mak dia, nak mintak maaf. selama ni dia buat kat mak dia je.

tapi since aku ada, and aku sound dia bila mulut dia celupar and dia kurang ajar dengan ayah dia, dia mintak maaf and peluk ayah dia sekali. perkh! ayah dia confirm lah pelik. sebab ammar memang tak buat macam tu dengan ayah dia before this.

yang aku gerun dengan ammar ni, ayah dia punyalah garang weih. tapi dia macam tak takut dengan ayah dia. ada one time tu, ayah dia dah hayun rotan dah. dia still nak buat perangai. tak tahu takut betul. aku yang takut.

nakal nya ammar ni memang aku susah nak describe. nurul dengan izzati dah pernah ikut aku. diorang dah boleh tau lah macam mana perangai ammar ni. ada satu masa tu, lagi lah sengal. boleh si ammar ni gi tanya...

"cikgu, cikgu sayang kawan cikgu tak?" mata berkaca ala-ala sailormoon. tulus betul soalan.

"mesti lah sayang" melayankan aje budak ni.

"kalau macam tu, cikgu pergi lah sayang (peluk) dia sekarang. ammar nak tengok."

"erk.."

nurul dah sengih dah. bukan apa. benda tu normal kalau buat kat marda ke marina ke. aku ni buka type lovey doovey lah. hug hug kiss kiss sesama member ni aku memang cukup geli. ni si ammar nak paksa aku buat kat nurul lak.sengal!

anyway, the other day ni, aku macam bertekak teruk gila dengan ammar. as usual lah dia selalu hilang fokus. dia nampak gambar ular kat buku cerita dia. pastu dia tanya aku.

"cikgu, ni apa?"

"ni ular la ammar"

"nanti ular gigit ammar eh cikgu?"

"ular tak gigit lah ammar. ular patuk. macam ni ha" sambil buat gaya mematuk

"cikgu cikgu cikgu, tuliskan ular cikgu"

aku layan kan jelah. lepas tu aku amik buku kotak dia tulis words U  L  baru nak sambung tulis A tiba-tiba dia berketuntang.

"ammar ni apesal?"

"ammar taknak ni lah cikgu" nada membentak gila-gila

"abis nak apa?"

"ammar nak cikgu tulis gambar la bukan ni!" suara dia memang dah meninggi gila masa ni.

"apesal lak nak gambar ular. jangan nak mengada la ammar" aku lak tinggi suara

"cikgu ni cepatlah buat"

"eh apahal nak suruh cikgu ni?"

"cikgu buat lah. kan ammar dah suruh wat. hish...tak paham lak"

"eh, ammar tu bukan nak dengar cakap cikgu. apesal cikgu lak kena dengar cakap ammar???"

seriously masa ni dah macam petir memetir dah kat living room tu. rasa nya satu rumah kut dengar. ayah ammar keluar bawak rotan. dia dah hayun rotan tu. ammar still buat perangai. kakak dia datang macam tenangkan dia supaya dia tak buat perangai and dia diam.

"ammar! dengar cakap cikgu. abah dengar bunyi bising lagi..siaplah!"

lepas abah dia masuk bilik, dia masih lagi berketuntang. tapi macam slow-slow lah. dia still membentak dengan aku. dia paksa-paksa aku lukis ular tu.

aku buat bodoh je. pastu dia memberontak gila. dia makin menggila. dia hentak-hentak meja lepas tu hempas semua buku dia. aku terus senyap je. pastu tiba-tiba je aku dah menangis. aku tak pernah nangis selama ni. selama ni, aku cuma 'berlakon' nangis and nanti ammar akan behave sikit. dia memang macam tu. marah-marah orang. bila orang tu macam sakit atau pun nangis, dia cepat rasa guilty and cepat-cepat mintak maaf.

tapi kali ni aku nangis betul. and kalau before ni aku berlakon nangis memang nak tunjuk kat dia, this time masa aku nangis betul-betul aku cover gila muka aku. taknak dia nampak. aku kesa air mata guna sleeve baju sebab tak dapat capai tisu dalam beg.

ammar nampak kut aku nangis. dia tiba-tiba stop menggila. dia senyap. tengok je aku nangis. aku pun senyap jap. tak lama lepas tu, dia hulur tangan dia.

"cikgu......ammar mintak maaf."

"hurm"

"cikgu...salam lah ammar."

"hurm..."

"cikgu, jangan nangis. dah dah."

"dah lah, ammar buat ni eh" sambil tunjuk homework dia.

"ok ammar buat"

"cikgu jangan nangis lagi tau. kejap ammar nak amik tisu"

"eh tak payah. ammar buat kerja ni"

ntah lah ek. its not usual aku nangis. tapi lately aku sangat penat weih. dengan praktikum nya. zapin lagi. schedule aku sangat lah pack. tak sempat nak buat apa-apa. bila datang ajar ammar dia buat hal macam ni, aku rasa nak merintih. nak merintih sebab terlalu penat.aku nangis tu bukan kecik hati dengan ammar. sebab aku tau lepas tu mesti dia mintak maaf.

almost everyday macam tu. dah buat perangai menggila, bila aku marah or merajuk baru nak mintak maaf. so aku dah biasa. tapi aku dah tak tahan lah. aku penat. and masa aku nangis tu aku terfikir nak stop ajar ammar. seriously.

i mean, its not that aku perlukan duit sangat. duit elaun cukup je. selama ni pun takdelah aku terdesak bab duit sampai nak kena buat extra money this way. aku buat ni pun sebab seronok masa cuti tu buat tuisyen. so bila ada orang offer buat tuisyen lagi aku accept je tanpa investigate dulu budak nya.

but now bila dah involve dengan ammar ni, aku tak sampai hati nak quit. kesian kat dia. dia macam dah build bond dengan aku. sekarang asek tanya je aku sayang dia ke tak. pastu peluk-peluk aku. dia ni nakal. aku rasa kat mana-mana orang asek marah dia. ayah dia...atok dia...cikgu dia. you know, kak lin cerita dulu masa tadika, everyday bila dia fetch ammar, tangan ammar berikat dengan tali. cikgu dia yang ikat sebab dia tak reti duduk diam, nakal.

dia ada idea yang semua orang tak suka dia. tak sayang dia. dengan aku ni, aku tak buat macam tu. sebab kalau dah semua act macam tak sayang dia, manalah dia berminat nak belajar kan? so i always put a happy face and layan dia. layan dia main, berbual.aku perhatikan, lepas aku layan dia,dia lagi behave. lagi dengar cakpa. maybe dia rasa dihargai, so dia pun hargai lah orang yang layan dia tu.

aku tak sampai hati nak quit. kalau aku quit, sape nak ajar dia? dia tak pandai baca lagi tu. duit memang bukan masalah bagi mak ayah dia. mak ayah dia banyak duit. tapi ada ke orang tahan dengan dia? everyday ada je benda dia akan buat. kau langsung tak boleh predict. tengah menulis tiba-tiba memekik and lari keliling meja tu dah biasa sangat dah. buat-buat menggelupur kat lantai pun adalah panorama biasa.

seriously, aku kesian. tapi sampai bila? aku ni pun dah macam sangat tak bertenaga with all the commitments. sekarang ni ok lagi belum start PNP sebab busy dengan sports day. nanti dah start PNP macam mana? aku nak perah otak buat lesson plan lagi.

aku betul-betul dalam dilemma. at the same time, aku pun dah ada attachment dengan dia. dah anggap dia macam adik aku. and macam dah berniat nak ajar dia sampai pandai baca.tapi mampukah aku? aku ni macam dah  terlalu weak je. wajar ke aku quit sekarang. i really dont want to give up on him. he's a bright child. aku tak rasa dia bodoh. dia cuma kurang fokus.

but then, aku ni bukan wonderwoman. tak semua aku boleh kejar dalam masa yang sama. haih.macam terlalu banyak benda aku nak kejar. jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran lak. *sigh*

p/s: whomever yang happens to stumble here, please buat survey kat sidebar tu ekh? thanks. ( " ,)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails