hampa dengan tindakan nurul, aku pun mencuba nasib untuk main sim kat laptop marda. kusangka kan panas berpanjangan, rupa nya gerimis mengundang. hahaha. slam 1! tengah syok-syok bina rumah idaman, dunia ku jadi gelap gulita arakian screen laptop marda tiba-tiba menggelapkan dirinya. hampa siot. kalau lah aku boleh rakamkan muka kehampaan aku tadi mesti semua orang tak sampai hati. rumah aku dah vogue da vasz dah. ada gaya macam di design oleh arkitek handalan.
dengan penuh tekad dan cekal, aku merembat cd sim di bilik nurul dengan niat nak install sim. perkh, rupanya aku memang tak ada bakat untuk install game. asyik tak boleh nak main je. asyik-asyik unable to play. sengal betul. patut lah hidup aku menumpang kat laptop orang je kalau nak main game. kesian marina. ramai gila Q nak main game kat laptop dia.
lepas dah fail tu, dengan pasrah nya aku uninstall balik game tu. nak try install lagi sekali. mana tau ada nasib. sob sob sob.rupa-rupanya ada satu step masa tengah install tu aku skip. padan lah tak boleh play. marina kata kena tunggu lama sikit. sengal. bukan lama sikit nih. sampaikan baju aku yang dah seminggu tersadai tepi katil pun, berjaya aku lipat dengan jayanya, tapi masih tak habis install lagi. urgh!
aku ni bukan type yang layan sangat game game ni. tapi aku memang suka game yang berbentuk realiti. aku tak suka game yang konsep dia tembak tembak macam zuma ke, chicken invaders ke. game jalan-jalan macam mario pun aku tak minat.
aku suka game yang macam realiti gitu. macam game dinner dash, boleh berangan memiliki restoran. kalau game cake mania boleh berangan bajet bajet pandai buat kek. kalau kat facebook tu aku suka main sorrority life. perkh, best gila bila dapat attack biatch lain. hahaha. eh, dah lama lak tak main sorrority life. apa dah jadi lah ek?
and that's the reason lah aku gila sangat main sim ni. aku ni kan kuat berangan. memang amat lah seswai. lagi lak aku ni jenis yang suka in control of everything. best wooo main sim. aku boleh tentukan suami aku macam mana, boleh tentukan personaliti aku, suami aku, anak-anak aku. boleh decide nak buat apa lepas ni, nak gi mana lepas ni. boleh hias rumah. hahaha. control freak punya minah. eh, patut lah awi tak suka main sim. awi good follower. dia tak suka in control of situation. dia suka ikuuuutttt je. haha.
ouh tension nya aku sebab di kala aku telah membebel kat blog ni pun peng'install'an masih belum tamat lagi. saja nak uji kesabaran aku nih. mungkin aku patut jenguk bilik marina, mana tau nurul dah blah. boleh aku main kejap. hikhikhik~
p/s: lagi satu reason aku tak update update blog adalah kerana ada unfinished entry kat list of post aku. hari tu tengah aku syok update blog ada orang panggil aku lantas terbengkalai entry tersebut. nak delete, macam dah panjang berjela aku taip. nak publish, macam tak kena gaya sebab tak habis lagi. natijah nya, setiap kali aku nak update blog, nampak incomplete entry tu, rasa nak berketuntang, terus tak ada mood nak update.
p/s/s: aku dah jarang amik gambar sekarang. tapi inilah gambar aktiviti aku minggu ni. :)
selepas menonton andartu TERLAMPAU yang TERLAMPAU tak best!
call me lame, call me childish but yeah, i still love taking pics infront mirror!
misi ke ayer hitam bersama pengotor, meon and comot (syada) hahahaha.
nampak tak jari si pengotor yang runcing gila tu? kalau pukul orang saket gila!
on the way nak ke rengit, kenduri kahwin kawan F.
lepas menonton Prince Of Persia yang jempolan! best best. tiada review untuk filem yang best. :P
menonton street guitar di mana hati nurul telah dicairkan oleh lagu 'unintended' :P
ya, benar. bontot aku memang besarrr! yang kecik tu nurul. yang tak berape kcik tu marina. haha.
menyesal pakai attire hitam membuatkan gambarku kurang menyerlah!
riyan mesti terharu nih. hahahahah~
more pictures to come after tonight i guess. sebab malam ni ada bbq kelas. :) tapi kul 11 lak ada trainning zapin lagi. :( adoi kaki aku lenguh.