selalu nya, rutin pagi aku ialah,
bangun menunaikan subuh gajah yang paling awal pun 6.50, paling lewat? you figure!
dah bangun, keluar bilik for the sake of ayah. kalau tak dia tak berhenti panggil nama nak suruh bangun.
sementara mak, ayah and idin having breakfast, aku tidur kejap kat sofa depan.
lepas mak, ayah and idin habis breakfast and ready to go to work, aku bangun untuk salam mak and ayah.
then, sambung tidur sama ada di sofa atau masuk bilik semula
bangun hanya pada jam 11 ke atas, pergi dapur and buka tudung saji untuk cari makan
brunch depan TV sambil tengok starworld.
then when its time to fetch mak, gi drive ke SAB untuk fetch mak.
ok, that's the usual routine. but today, its slightly different.
bangun menunaikan subuh awal sikit dari biasa iaitu 6.40.
terus keluar bilik and golek-golek kat sofa, masa ni ayah belum turun breakfast lagi.
masa nak gi kerja ayah cakap tengah hari ayah akan balik lunch so aku kena masak. WHATTT? ok, benda enteng, tak de hal.
hari ni kena hantar mak gi sekolah sebab ayah dengan idin dah lambat.
hantar mak gi sekolah dengan baju tidur. pedulik hape aku.
balik buka fridge, cari ilham apa nak masak hari ni.
decide nak masak ikan kembung masak lemak cili api.
tapi cili api dengan santan tak ada. terpaksa ke kedai beli santan and cili api.
balik, suft internet untuk confirmkan balik ramuan yang diperlukan (ceih, kalis baek punya, cakap jelah memang tak tahu resepi)
kul 10 dah siap-siap nak masak.
oleh sebab bibik tu tak payah masak, macam-macam aku arahkan dia buat. cuci longkang lah.bersihkan dapur lah. ha, nasib kau lah mem kecik bangun awal hari ni.
oleh sebab malas nak masak sayur aku masukkan bendi sekali dalam lemak cili api tu.
sambil masak asyik buat bising nak suruh nurin bangun. aku jaki dia tidur tak bangun-bangun.
lepas masak and basuh pinggan and mangkuk kotor, aku suruh bibik mop lantai dapur yang berminyak aku kerjakan. haha.
kul 11 dah siap, terus online.
terpikir nak blog pasal aktiviti pagi ni, gi dapur untuk snap gambar masak lemak cili api dalam periuk.
bibik aku tengah lap dapur yang berminyak time aku nak snap gambar ikan dalam periuk.
dia pandang aku semacam.
ceih, pandang-pandang lak dia. suka aku lah nak snap gambar ikan ni pun.
jadi, itu lah rutin pagi ni. ordinary but different than usual. ordinary lah sebab aku bukan pergi selamatkan dolphin dalam kesusahan ke apa. normal stuff je pon. haha.
nah tengok masakan aku hari ni. dalam periuk lagi weih. kau jangan main-main, aku ni nampak je macam sengal batu, polos, naif. tapi aku masak sedap tau. hahahaha. jom jom masuk dalam bakul dan angkat sendiri. tapi betul lah. masak bukan susah weh. buat apa nak pening? masak ni macam chemistry je. :)
No comments:
Post a Comment