"taknak lah. nak tunggu dalam kereta je dengan mak" ceh ceh, firm gila aku jawab. walhal?
"alah, kalau kau ikut nanti diorang tengok kau je. tak tengok ayah. diorang kan menyampah dengan ayah.." eh, apa motif diorang tengok aku? haha. tau pun orang nyampah dengan dia.
"apesal lak diorang tengok along? along bukan nurin la"
" beli ikan siakap, santan, nenas, sayur sikit"
"eh, kau ikut ke long?"
hari ni jumaat. hari ni cuti sebab skuad malasia menang piala suzuki. pagi bila hari cuti adaah macam biasa. ayah terpekik terlolong kejut kan aku dan adik-adik untuk gi breakfast. tak cukup irritating lagi, dia hon kereta sekuat hati dengan harapan kitorang bangun, dan dia boleh save suara sikit.
lepas tu breakfast yang hanya disertai aku and faiz sebab idin tegar gila taknak bangun. dan mungkin sebab dia kerja dan penat, ayah bagi pelepasan pada dia. cis, tak aci. dia dapat sambung tido. terpisat-pisat lah aku dengan faiz. muka sekor-sekor macam cipan je. mata tak buka sepenuhnya lagi.
lepas sarapan ayah bayar bil. and macam biasa lah dalam kereta tu ada je benda yang aku dengan ayah nak balahkan. mak kalau boleh jadi pengadil, bagus juga. malangnya dia selalu mengamalkan dasar berkecuali je. kalau dia nak bagi menang pun obviously bukan aku, sebab aku tak bagi dia 25% bonus kan. so kalah lah di situ. haha.
and that's the story of my last friday morning of 2010. orang lain buat apa ek pagi ni? ntah-ntah tak bangun lagi. cis, melampau bebenar lah. aku siap dah pergi pasar, balik rumah masak ikan siakap sweet sour lagi. tinggal tunggu ayah balik sembahyang jumaat je nak membedal ikan tu.
No comments:
Post a Comment