aku lalu satu kedai perabot jati. dia tengah bagi promotion besar-besaran. sampai 60%. kesian nya. nampak sangat orang dah taknak beli perabot jati lagi sekarang. orang lagi suka yang ringkas and moden macam ikea. orang orang orang. apa cakap orang lak? cakap lah aku.
tapi banyak-banyak orang ada sorang umat tu masih suka perabot jati. sorang umat yang selalu je taste lain dengan aku. hahaha. ada satu hari ni aku pun tak ingat kitorang nak gi mana, tapi jalan tu menghala ke arah air hitam lah. kedai kat pura kencana tu ada banyak yang baru bukak. salah satu darinya kedai perabot jati. nampak kedai tu F cakap,
" nanti kita dah ada rumah, kita beli perabot kat sini eh b. macam cantik je.." muka berseri-seri sambil membayangkan rumah yang dihiasi perabot jati.
" heh? jati ke? tak mau lah. pakai perabot jati macam orang tua la d. dah lah mahal gila. kalau murah takpe gak." cantas aku tanpa perikemanusiaan.
" alah biar lah. nak gak. suka hati d lah" eh orang tua ni, dah tak ada modal macam tu lak dia jawab?
hahaha. F ni taste 'orang dewasa' aka 'orang matang'. apa yang cantik pada mata dia tu hanya cantik pada mata orang tua je. tapi dressed up aku pakai pants dengan blouse dia cakap tua lak. sibuk suruh aku pakai jeans dengan t-shirt je. santai lah konon. bengong sungguh.
silap-silap nanti time kawin dia sibuk nak pakai attire songket ala-ala orang dulu kawin. walhal sah-sah memang outdated lah kan. tradisi betul bf aku sorang ni. tradisi ngalahkan ayah aku!
p/s: maaflah asyik cerita pasal F je. mesti bosan sampai rasa nak hampuk penulis. tapi dah lama tak jumpa dia. rindu dah.
p/s/s: HAPPY BIRTHDAY to my bestie, rasyada! kesian kau syada, birthday kau tapi pagi-pagi aku dah ngadu bukan-bukan kat kau. terima kasih lah kerana bertahan.
No comments:
Post a Comment