Thursday, December 30

Piala Suzuki Malaysia Vs Indonesia di Jakarta.

mesti macam terperanjat nampak tajuk ni terpapar kat entri aku. apa pulak minah ni nak mencarut pasal bola ni kan? orang yang cukup kenal aku mesti akan gosok-gosok mata baca tajuk ni. sebab macam tak logik je aku nak bercakap pasal bola. whatttt? haha.

oh, tak peduli lah kalau semua orang tengah menunjukkan kebanggaan masing-masing atas kemenangan Malaysia tadi. biasalah tu. masa kalah semua memaki. time menang barulah kau tiba-tiba nak bangga jadi anak Malaysia lah bagai. besar betul pengaruh sukan ye? bukan aku tak bangga, cuma tulah. aku tak suka orang ekstrim. bila benci ekstrim. bila suka pun ekstrim. biasa-biasa sudeh. tapi bukan tempat aku kut nak mengulas pasal isu bola, piala suzuki and penyokongnya ni semua. ramai je orang bercakap pasal ni, baik kat facebook atau kat blog. even surakkhabar pun duk cerita isu ni je.

so, aku selaku si kaki bangku yang kayu dalam sukan, tak ada niat pun nak ulas pasal match tadi. nak tau lebih lanjut esok jelah baca paper. cuma nya aku nak cakap pasal impak bola ni pada aku and orang sekeliling aku. whether its my boyfriend who constantly updating me with the highlights of the game although he knows i really don't give a damn about this sort of things, or my dad who without feeling guilty, watch the game at Maju Express counter ignoring me and my mum.

ya, tuan-tuan dan puan-puan, ayah aku menonton bola kat kaunter bas maju. tadi nurin balik kedah, so dalam kul 9 tu kitorang gerak hantar dia kat terminal larkin. yang tak boleh blah nya tu, lepas nurin dah naik bas ayah aku boleh jitu gila teruskan tengok bola kat depan kaunter bas maju. bukan nak terus balik. katanya kalau balik tak sempat sampai rumah, match dah habis. kebetulan ada plasma kat situ. diorang siap pasang channel indon SCTV lagi sebab astro takde. jitu nak mampos.

 peminat fanatik bola menonton perlawanan di kaunter bas maju. one of them is my dad!

masa gol lagi tak boleh blah. segala ulat tiket yang berkeliaran pakat lari menuju je TV, beriya gila nak tengok. masalah nya bukan laki je bersemangat. makcik-makcik yang hantar anak-anak naik bas pun boleh berkampung kat depan kaunter tu. siap bagi komentar masing-masing lagi terhadap tahap permainan player Malaysia and Indonesia. hahaha. penuh semangat kesukanan betul.

lepas dah habis match tu, ayah pun happy lah. lepas tu ajak gi minum kat mummy R depan giant southern city dekat rumah aku tu. pelayan kat restoran tu majoritinya indon. selalu diorang ceria gila tegur-tegur ayah aku. tanya dari manalah, cakap ayah aku handsome lah (hahaha. yang ni poyo) tapi tadi masa famili aku datang, sunyi sepi je.muka pulak tu sekor-sekor dah macam ayam berak kapur dah. pasrah gila. ambik order pun tak fokus. air teh O kosong mak aku 3 kali dia salah buat. alahai penangan piala suzuki. alahai penangan bola!

yang si F pun sama. lepas habis match tu tiba-tiba aku dapat mesej, " b, Malaysia menang :)" macam terharu gila je. dia ingat aku kisah ke? hahaha. dah lah kalau tengok bola tu bukan main lagi ignore aku. time iklan je dia mesej aku. itu pun untuk bagitau highlights tentang game yang dia tengok. dia tak rasa ke kalau aku memang berminat nak tau, aku sendiri akan tengok? hahaha. lawak betul.

korang macam mana? fanatik bola macam F and ayah aku gak ke? hahaha. ada lah tu yang segeng. si nurul and aleen confirm tengok punya bola ni.



p/s: anyway, untuk tidak ketinggalan dalam semangat kesukanan dan semangat kenegaraan macam orang lain, aku nak ucapkan tahniah pada skuad Malaysia kerana meraih kemenangan dalam Piala Suzuki ni. baca kat utusan online tadi, katanya Najib isytihar jumaat cuti.

2 comments:

redmerah said...

haha, ain..ak seperti ayahmu..sanggup bersidai sorang2 kat terminal bas smlm sbb br smpai dr kl..kang balik xsempat nak tgk..

cik nurulain said...

huh? tolong la zatul. ko pun segeng je dgn ayh aku. apa nk jadi la dgn dunia ni sbb penangan bola.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails