"long, nanti masa kau kahwin pasang lagu nasyid je eh?" nurin tiba-tiba bersuara. barangkali dia irritate dengan nyanyian aku.
"eh, taknak lah. aku dah cakap dengan ayah nak guna orkestra keroncong yang macam kat wedding cikgu sekolah mak kat pasir gudang tu.."
"1500, kau nak ke long?" ayah menyampuk.
"ha? hari tu ayah cakap 600 je..." jawab aku sedikit hampa.
"itu harga untuk orang pasir gudang je. kau bukan orang pasir gudang..."
"alaaaa.. yeke?"
"alah. apa susah? kalau hantaran 10 000, tambah je lah lagi 1500" ayah jawab selamba.
"hurm, kalau gitu tak payah ada muzik iringan lah masa along kahwin, biar senyap je..." aku cantas.
"alah, kenapa long? dia kan banyak duit..." ayah selamba lagi.
"mana ada dia banyak duit yah? biasa jela..."
"ayah dia banyak duit long..." ayah membuat assumption dengan confident sekali
"ayah along pun banyak duit, apa kata ayah along yang bayar orkestra keroncong tu?" aku jawab dengan sinis skala ke lapanpuluhlapan.
"masalah nya dah peraturan nya macam tu long. laki kena bayar"
"siapa cakap? ayah dulu bayar semua ke mak?" tiba-tiba aku nak libat kan mak.
mak senyap. hahahaha. yes! ok, aku tau aku main kotor tapi ayah pun sama. tak habis-habis dengan lawak yang bakal suami aku kena bayar semua. what the fish? its bad enough laki nak kena sediakan duit hantaran. and disebabkan duit hantaran tu gak lah pihak perempuan dikenakan tekanan untuk buat majlis terbaik. yelah kalau hantaran nya 10 k, majlis kena lah taraf 10 k kononnya. aku bengang dengan orang yang mulakan semua ni. menjadikan kahwin tu susah dari segi duit.
aku tak kisah kalau kahwin ni jadi susah dari segi lain. i mean kalau selagi tak pass satu ujian ni tak boleh kahwin. selagi tak ambik kursus kahwin, takleh kahwin, selagi tak amik HIV test, takleh kahwin. those are the difficulties i could still live on. tapi selagi duit tak cukup untuk buat majlis kahwin tak boleh kahwin? what the ****!
true, kalau duit hantaran pun takleh nak sediakan, macam mana nak provide for the family. menyediakan untuk keluarga tak semestinya memberikan kemewahan pun. sediakan rumah, tak semestinya kena rumah banglo or apartment. rumah flat pun rumah gak, rumah kampung pun rumah gak. asalkan dapat berteduh dari panas dan hujan.
sediakan makan, minum, pakai. tak semestinya baju kena branded, makan manjang kat 5 star hotel. baju bundle pun baju gak, makan nasi lauk ikan goreng je pun makan gak. so kenapa? kenapa kena emphasize sangat pada wedding? urgh, here i go again with weddings. aku ni dah macam anti wedding pun ada.
anyway, apa pun aku harap aku akan buat ikut kemampuan je. ukur baju di badan sendiri. aku tak adalah nak kutuk orang yang buat grand.seriously, itu hak orang, diorang ada duit biarlah. aku cakap macam ni sebab aku tak ada duit. percayalah kalau aku banyak duit, aku pun boleh spend sampai 5000 untuk pelamin sahaja. but then, aku tak ada duit sebanyak tu. so, settle down dengan apa yang ada jelah.
3 comments:
suka intipati entri akak... :)
haha. kalau pasal kahwin suka aje ek?
bukan la macam tu... baca entri akak buat orang rasa kat dunia realiti .... x jadi nak berangan ke alam fantasi... hehehehe :D
Post a Comment