aku dengan F merupakan 2 individu berbeza. dari latar yang berbeza. dari segi bidang dan dari segi keluarga sendiri. aku orang jb, duduk tengah-tengah bandar. dia orang bp, duduk kat area kampung. walaupun sama-sama orang 'gomen' dia bidang kesihatan, aku lak bidang pendidikan.
boleh kata family aku ni background bidang pendidikan lah kut sebab dulu pun ayah pernah jadi lecturer kat Uitm kejap before dia join johor corp. while family F ni memang keluarga dia bidang kesihatan lah. ayah dia pun kerja pejabat kesihatan, mak dia nurse. even pakcik-pakcik dia pun ramai pegawai kesihatan. makcik pakcik aku ramai cikgu.
tapi, certain part tu aku dengan F adalah sangat similar. tahap kesamaan dalam sesuatu perkara tu sangat tinggi sampai rasa freaky pun ada. ah dah mula over lah aku ni. freaky bagai. hahaha. tak adalah macam seram ke apa. tapi yelah, banyak sama. dah jadi macam kebetulan ke apa ni?
besides the fact that both of us adalah anak sulung, kisah hidup aku dengan dia pun sama je. macam mana didikan ayah kitorang yang tegas terhadap kitorang tapi bila tiba tang adik-adik terus kalah, terus mintak apa semua dapat. sedangkan kitorang, kena earn something untuk mendapatkannya.
macam ayah aku, ayah F juga oran batu pahat. in fact ayah F dengan ayah aku sebaya. tak cukup kebetulan lagi, mak F dengan mak aku juga berasal dari daerah yang sama iaitu muar. adik beradik pun sama-sama 4 orang; 2 laki 2 perempuan.
walaupun kitorang ni umur dah 24, satu benda yang aku dengan dia sama-sama apply ialah masa maghrib tak boleh merayap. kalau keluar siang, sebelum maghrib kena dah sampai umah. kalau keluar malam, kena lepas maghrib. so biasa kalau aku dating dengan dia tak akan lama. sama ada siang, atau pun malam. tak pernah nya siang membawa ke malam sebab obviously dia kena balik masa maghrib. aku pun kalau kat rumah macam tu gak cuma nya aku kat hostel kan?
aku dengan dia walaupun suka cakap ayah kitorang ni mengongkong lah apa lah, tapi secretly adore ayah masing-masing. it really shows. F tu even on our first date pun aku dah boleh nampak semua tu sebab dia sangat banyak cerita pasal ayah dia. and aku rasa itu juga salah satu sebab dia sendiri masuk bidang kesihatan.
aku tak adalah nak jadi macam ayah aku. tapi aku nak lah cari laki yang ada tempias perangai or personaliti macam ayah aku. ehem. alhamdulillah lah, bayang tempias nya tu macam dah nampak sikit. :)
bab makan pun sama gak. betapa aku ni tak suka makan sayur, dia pun sama gak. aku dengan dia sama-sama memilih kalau bab sayur. kitorang sama-sama tak suka makan sayur bentuk daun macam sawi ke kangkung ke. dia suka bendi, aku suka kacang panjang.
ok, aku pulak dah macam bosan taip pasal kesamaan aku dengan F ni. hahaha. apetah lagi orang yang baca ye tak? haha. tapi banyak lah. banyak sangat yang sama. aku kadang-kadang suspicious adakah F rancang segalanya supaya aku dengan dia nampak sehati sejiwa? gila tak? aku siap suspect macam tu sebab terlalu banyak yang sama kadang-kadang. even history cinta terakhir kitorang pun lebih kurang sama.
tapi hari ni yang aku tak boleh blah ialah, aku baru je makan kfc dengan family aku petang tadi. tapi makan tapau kat rumah lah, lepas fetch idin dari tempat kerja singgah drive through kfc kat larkin. and aku tak inform pun kat F yang aku makan kfc. gila apa semua benda nak report? dalam kul 8 gitu masa tengah msg dengan dia tiba-tiba dia cakap nak stop sebab mak dia call ajak makan kfc dengan family. so dia nak gerak gi kfc.
tak freaky ke? hahaha. ok, maybe tak freaky pun, aku je over lebih. cerita pasal kesamaan aku dengan F panjang lebar hanya untuk sum up story pasal family dia dengan family aku sama-sama dinner kfc pada malam yang sama. haha. memang over.
2 comments:
haha, ain mmg over kay..ending rupe2nyer psl kfc...hehe..nway..gud way of writng - buat org nak bace smpai abes sbb we'll neve know what will b the end.
haha. serius ke weih? tak bermaksud pun nak menjerat sesiapa. aku kan memang overexagerate...
Post a Comment