Thursday, December 30

shuffle 7 perkara secara random.

1. aku dah mula susah nak tidur semula. nurin dah balik kedah, so aku kena tidur sorang dan sesungguhnya aku ni penakut habis. dah lah bilik aku kat dapur. gamak nya pagi tadi kul 4.30 baru terlelap. lepas tu kul 7 dah kena bangun hantar mak gi sekolah and wat check up kat puteri specialist. urgh! mengong kepala aku kejap.

2. aku dah fed up tunggu posting. berita terbaru aku dengar kelambatan posting ni berpunca dari MQA lah pulak. memang menguji kesabaran sungguh. aku dah semakin gemok, duit takde sebab takde gaji, pathetic skala ke lapan puloh lapan tahu tak?

3. aku kena jadi driver mak merangkap consultant dia. ok, obviously bukan fashion consultant sebab mak tak suka fashion sense aku. semua tak kena je pada mata dia. macam taste aku ni blergh! di samping fetch dia kat sekolah, dalam perjalanan pulang tu aku kena dengar masalah pentadbiran sekolah ya. lepas tu kena bagi advice. sila kagum ya, aku yang belum jadi cikgu ni consult mak aku yang dah berpuloh tahun berkhidmat. cool gila. ok, air liur kan free. lagipun, cakap je aku tau. suruh buat memang bersilat lah kan.

4. dulu aku marah bila orang buat tak tahu lepas gaduh. buat as if nothing happen. tapi sekarang aku lak buat. secara specific nya pada F. kejam betul aku ni. tapi ntah lah, aku sekarang tak ada energy nak gaduh lama-lama. lepas dah cakap bukan-bukan kat dia, marah sesuka hati tetiba terus nak swith off iaitu tidur. lepas tu esoknya tanpa rasa bersalah buat macam tak ada apa berlaku. mamat tu beriya lah mintak maaf and tunggu aku mintak maaf. haih, kelambatan posting buat aku semakin keji.

5. aku dah menyampah tengok cupboard and rak handbag aku. tak ada koleksi baru. jadi aku menyampah serta bosan. sampaikan keluar ke mana-mana pun aku selekeh gila. nurin pun marah sebab perangai keji aku yang bila dah comfortable in a relationship mulalah aku abaikan penampilan diri. macam masalah besar je ek? biarlah aku malas nak berdandan pun. kan aku dah cakap kat no 4 tadi, aku dah tak ada ENERGY.

6. aku dah habis tengok boys over flower. FINALLY! ni nurin lah yang buat aku terjebak. kesimpulan dari penontonan aku ialah, WAKE UP GIRLS OUT THERE. lelaki macam F4 tu tak wujud kot. jun pyo ke, ji hoo ke, woo bin ke atau yi jung tu semua fantasi. kalau boleh jangan pasang cita-cita nak cari boyfriend macam tu. tapi kalau setakat nak berangan boleh. berangan kan sejenis hiburan yang free. sila sila.layan diri ye?

7. tahap kronik aku abaikan penampilan aku ialah pagi ni masa nak hantar mak gi check up, dengan jitunya aku pakai t-shirt maktab kaler merah. ini kisah benar. tolong percaya. ok. sama ada aku sangat tak mengendahkan penampilan, atau aku sangat rindukan maktab. blergh!

SEKIAN.

p/s: tulis dalam bentuk numbering pun boleh berjela, i really should get a life.

5 comments:

lancY said...

emmm...agak keji...hahaha~

Lucy S. said...

hahaha. f4 tu craps je. mcm2 talent la ade. penipu belaka.

cik nurulain said...

izzati: ceis!

alynn: aah. ntah pape. sorg pndi menari, sorg pndi men instrument sorg pndi art. urgh. too gud to be true!

Admin said...

Salam .. singgah sini .. :) waa banyak nyer blog tuan rumah ni.

zulaikha said...

nasib baik ade blog kan. kalau bosan je boleh bebel2 kat blog. kalau nak bebel kat orang lain, tak pasal2 kena bambu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails