Thursday, June 24

benci bilang sayang.

aku benci bila,

aku dah penat penat kemas almari,dia sedap sedap je gembur balik. siap buat mix and match attire then campak je baju yang taknak pakai dalam almari. bukan nak lipat balik.

aku benci bila,

bila aku bawak snek ke, jajan ke, air ke depan tv dia sibuk nak ngecek. dah lah ambik banyak lak tu. nanti tinggalkan kat aku sikit je, buat celah gigi. tapi bila dia yang ambik jajan dari dapur, haram lah dia nak bagi aku sikit. kedekut, taik hidung masin.

aku benci bila,

dia yang buat salah, tapi aku gak yang kena marah. dia yang tak uruskan borang temuduga, tapi aku yang dicop kakak tak prihatin. dia yang suka menggedik, tapi aku yang di cop ngajar dia menggedik. haih.

aku benci bila,

aku membebel bagai nak rak. suruh bangun tidur, suruh kemas almari. suruh sidai baju, suruh basuh pinggan. tapi dia boleh buat daaaaaanng je. last last aku gak yang kena buat semua.

aku benci bila,

ayah treat dia lain dengan ayah treat aku. yang ni memang aku berapi. kalau dia, semuanya boleh. kalau aku semuanya tak boleh. ape lah nasib jadi anak sulung ni ek?

aku benci bila,

dia suka sangat pertikai fashion sense aku. kalau mengutuk fashion sense aku tu, hiperbola gila as if aku ni orang paleolitik baru keluar dari gua.

aku benci bila dia suka irritate aku bila dia bosan dan mengganggap itu sebagai aktiviti mengisi masa lapang yang sungguh fun. syial betul.

TAPI...

aku lagi benci bila,

lepas cuti ni kalau aku balik, dia tak ada kat rumah.

memang lah dia tu irritating sesangat. tapi, nak buat camne kan? tu sorang jelah adik pompuan yang aku ada. terima jelah seadanya kan? no worries, aku berani tulis camni sebab dia memang tak layan blog-blog ni let alone blog kakak dia.

p/s: harungi lah entri-entri dull tanpa gambar sehingga laptop aku kembali pulih ya?

2 comments:

Q said...

part kena kutuk fashion sense tuh mmg slalo kena. tp buat2 xtahu jek.
dgn yg kita slalo gadoh tu lah yg buat kita lagi rapat dgn diorg. gadoh2 manja camtuh. haha.

cik nurulain said...

mesti u pon camtuh ek dgn ur sister. hehe :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails