seriously, aku freak out gak tengok dia nangis. aku rasa macam, apa masalah adik aku ni ek? aku masa matrik dulu beriya apply jauh. malas nak dekat dengan mak ayah. sebab taknak kena kongkong lagi kot. mintak matrik gopeng siot. sengaja. mau tak mengamuk ayah aku. sampai aku dah habis matrik dia ungkit pasal aku apply matrik gopeng tu. huh!
but i guess, life nurin tak sama dengan aku. dia tak alami apa aku alami. in fact dia tak kena kongkong macam yang aku kena. that's why lah kut dia rasa heaven gila duduk rumah. and maybe that's why dia taknak duduk jauh dari rumah. takmau keluar dari confort zone. ditambah lagi, mesti dia taknak jauh dengan Is. dasar clingy. tak boleh berenggang dengan bf.
minah clingy a.k.a daddy's lil girl
ini adalah perangai yang diwarisi dari mak dengan ayah aku ya. both of them sangat clingy to each other sampai kadang-kadang aku rasa a bit annoying. tapi aku bersyukur lah. ayah aku hot tempered and self centred macam tu pun mak still nak mengendeng. bagus lah. tak de lah aku nak risau pasal my parents having divorce ke hape. alhamdulillah. syukur atas rahmat yang satu ni. :)
siot! jauh gila aku merapu ni. ok, back to nurin. aku rasa, part of it dia takut relationship dia jadi macam relationship aku dengan shai. well, long distance relationship is really hard to survive. hard, not impossible. susah nak survive kalau bangsa tak setia. bangsa mata keranjang. bangsa bangsat! yup. bagi aku bila jauh kesetiaan paling penting. yang lain penting juga. tapi no 1 kena setia.
yelah. maybe susah bila jauh ni. susah sebab bila gaduh susah nak settle sebab tak dapat bertemu muka. cuma boleh settle through phone atau internet. susah bila salah sorang ditimpa masalah, yang sorang lagi tak boleh be there sama ada untuk tolong atau untuk console. tapi kalau sayang tu masih ada, perkara ni semua bukan masalah besar. mungkin sedikit payah, tapi eventually akan selesai.
masalahnya kalau dah ada yang lain. and orang tu memang dah tak ada hati kat kita. itu yang jadi masalah nya. aku cakap dengan nurin. relationship aku tak kesampaian sebab shai tak setia. he thinks he have better choice sebab perangai aku irritating. kau lain. kau tak irritating macam aku. plus, kau rasa Is macam shai ke?
sebenarnya aku nak bagi realistic speech pasal dia kena bersedia dengan sebarang kemungkinan sebab lelaki ni bila dah jauh, susah sikit. tapi aku taknak spoil kan lagi mood dia. but then nurin sendiri cakap, "ntah lah long. dekat ni ok lah. tapi bila dah jauh tu takut gak. aku tak risau kan diri aku. aku risau kan dia. mana tau dia jumpa lain? dulu pun kita tak sangka shai akan buat macam apa dia buat kat kau kan?"
my already grown up sis. rasa macam baru semalam dia menhentak-hentak taknak gi sekolah.
sejuk hati aku dengar apa nurin cakap. bukan apa, bagi aku kata-kata dia membuktikan dia matang. dah realistik. takde lah nak percaya laki bulat-bulat. that's good. jangan dia jadi macam aku. serahkan hati sepenuhnya pada lelaki hanya untuk diremuk kan, dihancurkan.
lama gak aku bercakap dengan nurin secara private. duk terperuk dalam bilik. macam-macam perkara yang merisaukan dia, dia bagitau aku. seperti biasalah aku akan cakap, "ada hikmah di sebalik kejadian" haih. memang klise sangat kata-kata ni. tapi kita ni orang Islam. kena redha dengan ketentuan Allah. Allah tu
perancang terhebat. jangan sesekali kita pertikai segala yang terjadi. its always for the best.
lama-lama dia jadi ok. tapi up till now, dia still belum bagitau Is pasal offer dia tuh. dia tengah tunggu masa yang sesuai. dia kata Is tu penyedih. bila dia bagitau, Is mesti sedih gila and masa tu nurin yang kena pujuk dia. so in order to do that, nurin tu sendiri kena lah ok dulu. kalau tak camne dia nak pujuk Is kan?
tapi bila dia dah ok, ada benda lain lak yang tak best. haih. misery really loves company. maybe masa mendaftar tu ayah tak dapat hantar. ayah ada meeting. the most important meeting along the year. memang no hope in canceling it. aku seriously tak dapat bayangkan. nurin is about to further study faraway from jb, and ayah is not there to send her. dulu masa faiz daftar kat uitm, mak tak ada sebab masa tu mak warded. ni nurin lak. alahai, makin sadis lah budak kecik tu. dah lah dia tu daddy's little girl.
future teacher and future nurse. how hot is that? :P
aku pun tak dapat ikut sebab 1 julai tu aku dah start kuliah. maktab dah lah tak boleh tuang kelas sesuka suki mak bapak kau. karang kena akta 174 weih! haha. kalau tak, nak gak aku gi usha tempat belajar nurin. tapi tengok ah nanti camne. susah-susah aku amik mc lah ape lagi kan? hahaha macam tak biasa.
baiklah. aku dah penat berceloteh. sekarang nak gi ngetest pashmina dengan syria baru beli kat bazar aza. huhu. shopping guna duit omak memang terbaek!
p/s: F ni tadi mesej, tetiba senyap lak. mentang-mentang musim bola. menyampah!
No comments:
Post a Comment