Saturday, June 19

minah penyepah.

mesti muak kan? minah ni asyik update blog je. dah lah merapu je kerja nya. bukan salah aku. takde siapa nak layan aku kat rumah ni. nurin tengah busy buat preparation. dia kena mendaftar 1 julai nanti. banyak benda kena settle, sebab macam aku gak, dia ada surat perjanjian yang kena ada penjamin bagai. sebab dia pun ada kontrak dengan kerajaan. elaun dia lagi masyuk dari aku kut. siap lah kau untuk di paw oleh akak sendiri nurin oi.

hurm, si F pun sama. musim bola lah katakan. menyampah betul aku. bersungguh betul tengok bola. walhal dia bukan main bola pun. dia main badminton, ping pong. natijahnya memang aku terabailah kan. so, tu yang asyik mengisi kesenggangan dengan update blog tu.

semak betul aku tengok bilik aku ni. dah macam tongkang pecah dah. ni kalau roomate aku si izzati tengok condition bilik aku, mesti dia nak nganjing cakap dah tak nampak lantai lah, tak nampak katil lah. syial jek minah tu. masuk hari ni dah 3 malam aku konon-kononnya mengemas bilik. tak gak siap-siap. apa nak jadi ntah.

 mana nak siap mengemas? bosan mengemas, aku gi berangan and try inner syria baru beli dari aza

bilik aku tu sebenarnya tak cukup nak menampung barang-barang aku dengan nurin. rak handbag tu dah nak roboh. almari kitorang pun nak muntah dah. bukan aku taknak beli almari baru, tapi space nya memang tak ada. sekarang ni, bilik aku ada katil queen 1, almari 4 pintu, meja solek, rak sangkut handbag dengan cermin panjang yang boleh nampak head to toe. itu pun tinggal sikit je space untuk solat. boleh lah muat 2 orang kalau nak solat serentak. serious sempit weih bilik kitorang.

aku rasa setiap kali cuti panjang aku kena rombak balik almari aku then lipat balik satu satu lepas tu susun balik dalam almari. masalahnya lepas aku kemas elok-elok tu, paling lama pun akan tahan 3 hari je pastu bersepah balik. tu yang aku malas sangat nak mengemas tu. sebab aku ni kuat menyepah. sama jelah trend aku kat hostel pun. elok je aku kemas handbag aku, susun elok-elok dalam drawer yang memang aku sediakan khas untuk simpan handbag. jap lagi 2,3 hari berteritip balik handbag tu semua kat tepi katil aku.

aku rasa macam dah jadi habit dah. aku suka sangat menyepahkan  bilik and katil aku. dari dulu lagi habit aku ni. masa kat matrik dulu, kalau katil aku bersepah, mesti aku bentang comforter and tidur kat lantai.kadang-kadang ada membe-membe yang simpati suruh aku tidur kat katil diorang. then diorang kemas kan katil aku, diorang yang tidur kat katil aku. terkutuk sungguh aku ni

tapi masalahnya kat rumah tak boleh buat camtu. sebab si nurin ni sama je perangai dengan aku. kuat menyepah. dia gak lah yang menjadi faktor kekronikan almari aku. yelah, time aku takde, ikut sedap dia je nak try try baju aku. then tak suka terus lempar dalam almari. bukan reti nak lipat balik. tak payah banyak banyak kali. cukup 5 kali jelah dia buat camtu, tak ke haru biru jadinya almari aku tu? adeih.

2 hari lepas aku tidur kul 4 pagi melipat baju yang aku dah hambur atas katil. bukan aku jitu sangat nak mengemas. tapi kalau aku tak lipat and susun balik dalam almari, mana aku nak tidur weih? takkan nak lempar kat lantai? macam tak bermoral je. (ceh macam lah apa yang aku buat tu bermoral sangat) lagipun, space kecik kan? kalau dah lantai tu penuh dengan baju yang tak berlipat, mana lak nak solat?

 projek mengemas fasa 1/malam pertama yang boleh dikatakan sukses sebab aku dapat tidur atas katil

gigih betul aku melipat. akhirnya berjaya. dapatlah aku tidur atas katil. malam kedua, aku gi hamburkan shawl aku lak. masalahnya, malam semalam aku penat gila sebab siang nya gi keluar dengan marina. aku lipat separuh jalan, then penat aku gi baring depan tv. sudahnya sampai pagi aku membuta depan tv.

malam ni, aku mencuba lagi untuk menyudahkan proses mengemas. alahai liat nya rasa. waktu aku sedang menaip ni, aku tengah memandang sepi shawl aku yang terkulai minta dilipat. padahal dah tinggal sikit je. tapi still malas gak. aduhai. time ni lah rasa rindu kat kak yati menebal. ;(

 padahal tinggal sikit. dasar pemalas punya ain.

baiklah, aku kena berhenti melagha seketika. untuk memberi laluan kepada aktiviti melipat dan menyusun shawl. takkan nak tidur depan tv lagi malam ni kan?

p/s: esok nak keluar dengan aza and nurin tapi seluar aku semua hantar gi alter. padan muka kau ain. nak pakai apa esok?

1 comment:

N U R U L said...

wahhh!!
byknye baju..!!
;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails