ok, meh sambung dari entry lepas. tiba-tiba, kedengaran pintu bilik aku diketuk. perkh. berpelukan aku dengan si nurin tu. sampai nak tergolek kat lantai yang kebarangkalian tak disapu sejak 5 tahun yang lepas.
"dik, bukak pintu ni dik..."
suara ayah berkumandang. bagaikan ada cahaya atas kepala aku dengan nurin, mengharapkan masa depan yang lebih cerah. nurin sarung selipar (baca: lantai dia macam dah berkurun tak sapu) and menuju ke pintu .
"dik, kita keluar lah dik. ayah tak boleh tahan lah hotel macam ni. bau toilet dia hancing sampai bilik ayah boleh bau"
masa tu, walaupun aku tau aku bakal kena marah, aku gembira sangat. macam nak peluk cium ayah aku tu kerana buat pertama kalinya aku bersyukur ayah aku bersikap cerewet. first time aku rasa gembira walaupun tau aku bakal di marahi.
ayah suruh kitorang kemas barang. nak kemas kejadahnya? kitorang tak keluarkan barang langsung. memang langsung tak redha nak tidur situ malam ni. aku dengar sayup-sayup suara ayah macam bertekak dengan cina tu. "haiya, jangan ini macam lah. tadi i sudah kata, boleh tengok bilik dulu, kalau tak setuju, tak apa..." ayah lak jawab, "tak boleh lah apek. i memang tak boleh tidur kalau ini macam la. "
before nak keluar bilik tu, nurin cakap, "hoi, kau taknak amik gambar dulu ke? benda ni mesti masuk dalam blog kau punya kan? " brilliant gak adik aku ni. "yes! this is so gonna be in my blog!" kata ku ala-ala barney dalam how i met your mother gitu. lantas aku snap lah mana yang sempat sebelum ayah panggil kitorang.
masa keluar dari bilik tu, aku tengok kat kaunter 'toilet' tadi tak ada orang jaga. ayah letak 2 kunci dengan duit rm80. aku dengan nurin mencicit turun tangga and terus masuk kereta. dalam pada tu, kitorang usha-usha gak belakang, mana tau cina tu kejar kitorang.
dalam kereta ayah dah menceceh dah, "macam mana ntah nak tidur macam tu. dengan bilik air bau hancing sampai bilik ayah. hish, kalau ikut mak kau memang kita tidur situ lah. mak kau dah nak terlelap dah tadi" hah? how could you mak? boleh dia nak terlelap kat tempat macam tu. cis. terima kasih ayah. you are aour hero! selamat lah aku dengan nurin. kalau tidur situ, silap-silap esok nak mandi kena beratur sama-sama dengan nyah yang kena layan pelanggan malam tadi.
ok, ni gambar yang aku sempat snap. selamat menjamu mata. hahaha.
kipas yang hampir runtuh atas kitorang, check out the siling. woah. creepy gila kut.
tengok lah cupboard dia. aku nak bukak pun cuak. mana tau ada ntah benda-benda pelik ke. tak boleh blah towel yang dia provide tuh...
katil yang nurin duduk tu lah tempat kitorang berpelukan
sink dengan cermin yang aku dengan nurin anti sesangat!
p/s: kitorang spend the night kat d' anjung inn. ok lah not bad. ada tv, air cond bilik air semua. selamat lah aku dari bermalam kat port nyah buat business.
7 comments:
hahaha... hiburan mlm yg menghiburkn... good job ain..
npe ek die letak sink... musykil aku. bek xyah letak lgsg,...
tu lah adik aku cakap. kalau dia jadi watak sim, dia dah berketuntang dah...
hmm. seram. tgk bilik seram. cermin tu mcm salu gune dlm citer seram.
hahahaha. kami anti cermin dan sink itu!
kalo stay situ leh amik gmbr beratur ngn nyah msa mndi.. kikikikiki~~
sengal punya amal. jgn nak mendoa kan lak eh. nasib baik x stay...
oi ain..
lok pin hotel mmg camtu dow..
aku dh lame dh tau..
sengal gile pi tido situ watpe..
tp kan,kedai nasik ayam sebelah lok pin hotel tuh mmg sedap gile dow.. dulu2 aku rajin makan kt situ.. tp mkn je la.. benda lain x rajin.. hahahah!!!
Post a Comment