memang aku bukan pencinta haiwan. memang tak ada tokoh penyayang terhadap binatang pun dalam diri aku ni. dengan anak murid pun garang, imagine lah aku dengan kucing. tak percaya, baca lah entri ni. ni dah lapuk sangat. dah lama sangat aku tak cerita pasal kucing.
anyway, semalam mak ayah aku tak ada. pergi pd. ayah ada golf amal. mak macam biasa lah tukang escort je. hurm, ayah aku bukan main golf pun. tapi its part of his job. kena lah dia attend. and so, tinggal lah kami 4 beradik kat rumah. tapi tak macam tinggal berempat pun. sebab idin tu, siang kerja, malam lak ke bazar. so memang tak de lah nampak batang hidung dia kat rumah. so segala drama hanya lah melibatkan 3 pelakon sahaja iaitu aku, nurin and faiz.
sebelum ayah nak gerak gi pd, ayah ada suruh tangkap kucing. ayah kata dia nak pergi buang. masa mula-mula tu, aku macam tekad gila nak buang kucing tu. macam tarzan aku panggil nurin suruh nurin yang tangkap kucing and masuk dalam bakul. kenapa bukan aku yang tangkap? obviously kucing tu semua takut dengan aku. mana taknya? aku asyik berlaku kasar terhadap mereka.
dah tu? takkan nak biar kan. kucing tu semua suka sangat cakar kusyen rumah aku. dah hancur terbarai dah kusyen tu semua. kalau korang datang rumah aku tengok sofa aku compang camping, tu memang kerja kucing-kucing tu lah. bajet adorable sangat dengan gaya mencakar dia tu. kalau kucing tu naik atas meja memang lancar ke tangan aku pukul kepala dia. kena ajar sikit manners kat kucing ni. kalau tak, time orang makan asyik nak naik meja je.
dalam rumah ni, 2 objek yang suka pukul kucing and marah kucing adalah aku and ayah. nurin dan busu adalah golongan yang menyayangi kucing. tidak sesekali menaik tangan mahupun meninggi suara pada kucing. idin, faiz and mak pula dasar berkecuali. mereka tidak lah begitu menggemari kucing. tapi mereka tidak juga begitu bengis sehingga mahu mengkasari kucing sekalian. mungkin golongan berkecuali ini malas mahu amik port sangat perihal kucing tersebut.
aku memang tak boleh blah dengan kucing ni. macam aku pernah cerita dalam entri yang dulu, kucing aku ni hot gila. kalau dulu mak dia yang hot, sekarang anak dia lak yang jadi hot stuff. jadi rumah aku ni dah jadi port kucing jantan bertandang dah. yang aku perasan, ada 2 ekor kucing jantan yang asyik berkeliaran. sekor kaler kuning, sekor kaler coklat hitam. pagi petang siang malam aku dengar bunyi ngiauan kucing. aku rasa kucing jantan 2 ekor tu tengah try nak ngorat kucing rumah aku.
bunyi tu sangat irritating bila tiba waktu malam. bunyi dia miang gila. sakit hati aku mendengarnya. tapi itu baru bunyi. ok lagi lah. setakat pencemaran audio, aku boleh accept lagi. but then, baru-baru ni, aku baru lepas sidai baju kat ampai. then nak masuk ikut pintu dapur, aku ternampak kucing jantan coklat hitam tengah buat projek dengan kucing aku. masalah nya boleh dia buat betul-betul kat pintu dapur aku?
hello...PDA? are you serious? get a room lah weh! or at least gi buat kat semak. kat mana-mana lah asalkan aku tak nampak. pencemaran visual sungguh. lama gila aku tak boleh hilangkan gambaran tu dari mind aku. yang lebih sickening ialah, masa 2 ekor tu tengah duk buat projek, si jantan kuning tu elok je usha dari jauh. muka dia aku tak dapat pastikan. sama ada penuh dendam or simply just waiting for his turn pulak. what the hell?
lepas tu kucing ni semua bangsa tak berdisiplin. suka kencing berak bersepah. tu yang aku tak tahan tu. dulu aku ada bibik, boleh tahan lagi lah kan. sekarang kalau kucing tu kencing berak merata, aku yang kena bersihkan. mana tahan beb. pagi tadi aku banguntido, elok je aku nak basuh pinggan tetiba tercium bau yang menyengat. syial lah dia boleh berak elok je bawah sink.pagi lagi aku dah menyumpah. terpaksa aku dengan gigihnya bersihkan and mop bagai. tu pun bau dia lekat. sure lah pasni jadi port pelaburan dia lagi kalau bau tak hilang. urgh! tension.
tapi aku still bersabar lagi. then tengah hari tu masa aku duk menikmati lunch sambil menonton 'two and a half men' kat starworld. tetiba aku dengar bunyi kaca berderai. aku gi dapur tengok kucing tu buat muka innocent je dah pecahkan pinggan ntah berapa bijik. aku baru je mop tempat tu tadi. ni nak kena sapu and mop balik takut ada kaca halus. memang lah aku berang masa tu. and masa tu gak lah aku macam bertekad nak gi buang kucing tu.
petang tadi aku paksa nurin tangkap kucing tu semua and masuk dalam bakul. seriously minah tu tak sampai hati sebenarnya. dia kan sayang binatang. pastu aku sekolahkan dia and ungkit balik pasal selama ni aku yang duk bersihkan semua. terus terduduk dia and akur je. tapi dia pujuk aku supaya tinggalkan 2 ekor. hm, tak kisah lah. asalkan yang kuat kencing tu disingkirkan.
yang kuat kencing tu ada anak 3 ekor. anak dia dah agak besar tapi still menyusu. so, i figured kena lah buang anak dia sekali kalau tak camne nak nyusu? so, nurin pun tangkaplah kucing tu dengan anak dia. macam nak menangis pun ada aku tengok muka nurin. aku dah macam hitler dah masa tu. mungkin nurin pun cakap aku kejam.
aku intend nak drop kucing tu kat kampung melayu sebab situ tak ada anjing. then ada pasar. so, mesti banyak makanan. at least kucing tu tak mati kena gigit anjing or mati kebuluran. masa mula-mula dalam kereta, kucing tu tenang je. takde ngamuk-ngamuk pun. masa dah nak dekat sampai tu yang dia start ngamuk-ngamuk.
and ntah kenapa, masa dah nak dekat sampai tu hati aku jadi semacam. rasa sayu hati gila. macam sedih lak nak buang kucing tu. seriously, i never thought i will have this feeling. lama kut aku pusing pusing sekitar kg melayu tu sebab tak sampai hati nak drop kan kucing tu. in the end aku tekad dropkan kucing tu kat building nearby pasar. tempat tu bangunan yang terbengkalai. dekat je dengan pasar. kitorang letak kotak and lapik dengan kain.
masa tengah set up kan tempat untuk kucing tu, surprisingly, aku tetiba bercakap dengan kucing tu, "weh, aku bukan benci sangat kat kau. tapi kau suka kencing berak bersepah. nanti kitorang dah tak ada, mak aku kena buat semua nya. kesian dia kalau dia kena bersihkan kencing berak kau. takpe, kau berdikari lah eh?" hurm. ini memang bukan kali pertama aku bercakap dengan kucing. tapi ini surely kali pertama aku cakap dengan baik. kucing tu pulak pandang je aku and dia macam paham je.
"kau jangan tinggalkan anak kau tau." adalah amanah terakhir aku pada kucing tu. aku asyik bahasakan dia dengan 'kucing tu' sebab aku tak ada bagi nama kat dia. im not emotionally attached with them so i dun call them by names. tapi tak sangka dalam keras and kering nya hati aku terhadap kucing, aku jadi sentimental gak tadi and sayu hati gila.
tapi yang tak boleh blah, masa aku masuk kereta and tengok kucing tu buat kali terakhir, lagu 'when somebody loved me' dari toy story 2 terngiang dalam kepala aku. cis, macam nak luluh hati aku. perlahan kereta aku bergerak. nurin kata kucing tu tengok kitorang sampailah hilang dari pandangan. sob sob sob. sedih nya. haih....takpelah. maybe its for the best.
sesungguhnya entri ni memang panjang. so for those who were reading it until the end, thank you. :)
4 comments:
Oh my God!
Kamu buang kucing dengan anak yg masih menyusu???
Membuangnya umpama membunuh anak2 kecil itu. :((
kamu ada cara lain seperti iklankannya di Petfinder atau kitten.com.my
Pecinta haiwan akan simpati dan kucing kamu akan cepat di adopt lebih2 lagi mereka masih kecil!!
aku tak tahu kamu duduk mana, tapi kalau kamu tanya readers sebelum buang pasti ada yg cadangkan sama seperti yng aku kata. ATau kamu google something berkenaan dengan ini kamu pasti jumpa satu cara selain dari buang ibu kucing dan anak2nya.
Aduhai! Tidak dapat bayangkan macam mana ibu kucing dan anak yg masih kecil mahu survive di luar sana.
endingnya anak2 akan mati kesejukan atau di langgar kenderaan.
MasyaAllah.
Kucing akan mendengar kata jika kita selalu bercakap dengan dia.
Setakat puluhan kucing stray yg aku bawa balik. hanya perlu masa 2 hari sahaja train mereka 'membuang' di luar. Setakat ini tiada seekor pun yg membuang di dalam rumah.
Ya tuhan,
i'm crying when i'm read ur enrty!!
the pity mom n her baby!! :((
Semoga Allah mempelihara mereka.
InsyaAllah.
Maaf atas komen yang emo!
tedi, i penah pegi blog u. and i tau u suka kucing. seriously, i phm apa u rasa. sbb i yg tak bape suka kucing pun rasa cam sebak. ntah la pasal iklan tu i tak terfikir. i bukan pencinta haiwan. tak pernah tau ada medium macam tu.
hurm. its more complicated than others might think. tapi i pon harap dia survive.
doa. itu je i mampu. sebab maybe part of it i ada rasa sikit nyesal hence, this entry is produced.
aduh
menitis kowt air mata baca entry ni
kenapa la xfikir masa buang tuh? kesian kowt. ape salah nya if tak nak mereka buang merata-rata, u sediakan tempat khas? pasir carefour yang harganya rm5 je pun dah cukup. so mereka takkan buang merata. u tak sediakan tempat untuk mereka, dats y mereka cari tempat yang boleh untuk membuang. or y not u google ea/. internet kan ade? cara yang lain if tak nk bazir duet, u bleh tanam misai mereka kat bawah pokok depan rumah, so mereka akan cari tempat yang u tnm misai mereka tuh utk berak. sedeyh la baca entry ni. n y dont u pegi mandulkan je kucing2 betina kt umah tuh? memang la kita matikan nafsu dia. tp dr terbuang mcm uth? dpt dosa? nak ke? how come u sure tmpt tuh xde anjing? how come u sure dye akan jaga anak dye tuh? dont be so selfish.. itu makhluk kesayangan nabi. lepas ni if nk buang, fikirkan. senang2. mandul kan je. keluarkan jela duit sedikit utk mandulkan. bile dah mandul, xbuang mereka, dosa pun kita tak dapat. kan? plzz think about it....
ini just advice. okeh?
kurang ckit dgn kucing sbb bulu....
Post a Comment