aku berhasrat nak tidur awal sebab aku ada tuisyen esok. tapi biasalah aku. bila suasana sunyi aku susah lelap mata. bagi aku lebih mudah lelapkan mata dalam suasana hingar. dah berjangkit perangai syada. mungkin bila suasana hingar rasa lebih selamat. bila terlalu sunyi, macam tak tau ancaman yang bakal tiba.
alahai. bila dah terkebil-kebil pandang siling, tiba-tiba aku tersentimental lak. aku rindu kat F. lama aku tak rasa perasaan ni. rindu. rindu yang betul-betul rindu. sayu betul bila rasa ni tiba-tiba datang. aku ni dah lah ekstrim. kalau rindu tu sampai tahap boleh menitik air mata.
lagi 3 hari, genap lah 7 bulan aku dengan F. tapi aku kenal dia lama dari tu. macam baru semalam aku kenal dia. macam baru semalam aku terfikir cuma nak kawan je dengan dia. tak lebih dari itu. tak sangka hari ni, dia adalah insan yang aku sayang.
tiba-tiba aku teringat pada ketika aku parah gila putus dengan shai. keadaan aku miserable gila. sampaikan aku menyumpah, kenapa lah aku masuk sains johor dulu. kalau aku tak masuk, aku takkan jumpa shai, kenal dia and jatuh cinta kat dia. in the end, dia tinggalkan aku untuk perempuan lain. seriously masa tu azab gila.
aku menyumpah untuk segalanya. macam orang tak ada akidah dah. aku persoalkan takdir aku. kenapa dia adalah first love aku? kenapa first love aku kecundang? masa tu aku tak boleh terima kenyataan. aku rasa yang aku kurang matang dalam handle situation break up tu sebab his my first. first cut is the deepest. even worse, aku flunk in handling the pain.
segala macam perkara yang berkaitan dengan shai and the break up buat aku memaki. buat aku salahkan takdir. serius aku bodoh. macam tak ada pegangan je. ini semua dah tertulis. Qada' and Qadar. tapi susah sangat aku nak accept. aku jadi manusia yang keras hati. semua orang cakap pasal hikmah di sebalik kejadian. tapi aku asyik persoal, mana hikmah nya? tunjuk lah kat aku!
aku selalu sangat menrungut kenapa cinta pertama aku suck sangat? dah lah cinta pertama ni bukan mudah dilupakan. macam-macam lah yang aku carutkan mas atu. orang tengah frust lah katakan. macam perempuan meroyan pun ada.
tapi,
sekarang aku dah tau. aku dah faham kenapa F diletakkan no 2 selepas shai. dan bukan yang pertama. sebab bila F datang selepas shai, aku lebih menghargai dia. sebab aku mampu buat perbandingan. betapa aku rasa sangat-sangat dihargai, disayangi bila dengan F. aku takkan mampu hargai F macam sekarang kalau dia ditakdirkan datang dulu sebelum shai.
sekarang aku dah nampak hikmah nya. rupanya shai didatangkan untuk buat aku jadi matang. matang atasi masalah. matang lupakan kisah hitam. matang melupakan, memaafkan. matang membanding. matang menerima dengan hati yang redha. mungkin tak banyak, tapi aku bukan ain yang dulu lagi. im stronger, and im more appreciative towards the one i love.
i hope there'll be a happy ending for me and F. im picturing a future with him. it'll be wonderful. :) aku berdoa dia akan jadi ayah kepada anak-anak aku. aku tau dia akan jadi ayah yang baik. mungkin terlalu baik sehinggakan anak-anak akan lebih sayang kan dia dari aku.
:)
alahai. jiwang lak aku malam ni. dah lah. kalau dilayan kan sangat perasaan aku ni, naya. baik aku paksa mata ni tidur. sayang, if you're reading this, i just wanna say, I LOVE YOU. thanks for loving me. :)
6 comments:
Salam perkenalan...
wargh!!! nape aku bace entry ni??? nyesal2. hahaha
hakhakhak~ siapa suruh. kan dah kena layan kejiwangan aku...
ehehehe, tiap yg jadi ada hikmahnya. pengalaman mematangkan diri.
semuga terus happy dengan si F. kawen kang jangan lupa jemput I tau. haha
hehe..ta sangke kak ain jiwang ;p
alar..kak ain lupe kan yg lame..bina memory dgn yg tesayang skang ni..kan lebih indah utk dikenang dr kenangan lama yg pahit tuh ;)
rindu itu anugerah.. =))
**kak macam mana nak letak lagu mcm tuh...tak larat asyik nk post utube jerk..bila nk kongsi lagu..**
Post a Comment