Friday, June 11

rambling rambling rambling.

aku rasa facebook semakin bosan. orang lain rasa tak? aku sampai dah tak tahu apa nak dijadahkan dengan facebook lagi. dah lah aku semakin malas amik gambar, upload gambar, bla bla bla. hahaha. mungkin sebab hidup sangat mendatar, tak ada apa yang menarik. so apa yang aku nak capture kan?

akhirnya aku mula bosan main sim. so tadi bosan-bosan aku browse lah facebook yang JUGA bosan itu. dek kerana tak ada apa sangat nak di explore, aku usha lah budak-budak maktab aku. selalu aku main approve je. padahal tak tahu pun batch mana. yang aku tau, semua pakat junior belaka sebab aku super senior. wuwuwuw. statement bongkak habis.

aku pelik lah. kadang-kadang tu, budak yang aku rasa handsome, stylo tiba-tiba couple dengan perempuan yang tak seberapa. nak kata cantik so and so je. nak kata stylo, erm erm erm.. (jahat gila aku ni) dulu awal awal aku rasa sangat, mesti susah nak tackle budak handsome yang stylo itu. tapi ghupanya....eh ntah lah. aku pun tak tahu what it takes to win his heart, but definetely rupa dia tak tengok langsung.

bila aku berbual dengan budak budak junior, diorang cakap kadang-kadang perempuan tu yang approach laki tu. so? dia handsome kan, takkan ada seko je yang approach dia? tapi macam-macam lah. selalu nya orang macam ni daring sikit. mungkin ada lah tu yang buat laki tu tertarik.

seriously, aku ni nampak je macam ni. tapi yang nama nak approach laki and buat first move tu aku tak pandai. kalau buat untuk member selalu lah aku buat. (hahaha sorry NK!) mungkin the fact yang aku rasa aku ni tak cantik buat aku takut nak buat first move kat laki. bagi otak kolot aku ni, pompuan santik je boleh buat first move and tak direject. kuno kan aku?

bukan aku tak percaya dengan kemampuan diri. aku terlebih percaya dengan kemampuan diri aku ni (hahaha. ni kalau marda baca pasti berguling) tapi soalnya bukan dalam lapangan kecantikan. walaupun bagi aku kecantikan tu tak penting, bagi orang lain benda tu kind of important especially guys. ada yang taknak pompuan gemok. ada yang taknak pompuan gelap. guys, they tend to label sometimes. so, aku taknak lah macam kena direject dengan laki sebab aku tak cantik.

biarlah diorang kenal aku dulu. nampak quality yang ada pada aku dulu. sebab apa yang aku ada, tak boleh nampak dalam sekali perjumpaan. kena melalui proses yang amat panjang. on the other hand, aku pelik dengan orang yang cantik tapi tak ada confidence dengan diri sendiri. kau bayang kan macam mana orang tak cantik nak bina confidence? susah tau. but they eventually did it. tapi nape yang cantik ni low self esteem sangat. kau ada kelebihan. you just need to know how to flaunt it.

hahah. tahniah ain. tanpa sebarang tajuk jelas pun anda mampu merapu tahap maksimas. orang yang tak pernah jumpa aku, berdoa lah korang tak jumpa aku. because once i start talking, ull wish i dont have any tongue. hahahaha.

im going to kl this afternoon. sunday, ill be attending my brother convocation. damn! dia dah 2 kali convo aku sekali pun blom. lepas tu, bulan 11 ni convo faiz lak. tahniah tahniah ain. kau memang late bloomer. so sorry to my deskmate back at school, adlin. aku tak dapek attend wedding kau weh. tapi masa wedding aku jangan balas dendam lak. sila datang and bawak hadiah besar. to diba, sorry tak dapat teman kau attend 'that' wedding. i wish i could. jangan lupa update kat aku everything lepas balik from that wedding k?

ok, aku nak pack baju. babai kalian.

p/s: promoter elianto kata aku dengan nurin ni kawan. is it a compliment for me or some kind of insult to nurin? hahahaha.

6 comments:

Artzlizan said...

ermm..memang kan...

Nurul K said...

nahaiiii.

napela aku terbaca entri nih..
nehi.. tidak... ohh no.

ween said...

i found the quality in u just by reading ur blog. u ni kalau dah start membebel kemain panjanggg, tp BEST :D hihi. i wish we could meet in person. nak tgk mcm mana u non-stop talking pung pang pung pang. mst meriah!

dulu i pun musykil kenapa org yg hensem / cantik selaluuu dpt yg vice versa. selalu ok, i did noticed about it too. but now i started to realize, itu la jodoh. Allah lbh mengetahui kan :)

cik nurulain said...

princeduyong:

mmg apa nya?


NK:

ahahahahahah~ yes!


ween:

u jgn nyesal ween. ni u tny kwn i NK ni. dia dh xlrt dgn i...hahahah~ nway ween, cmne nih? i still xdpt bukak blog u...

Q said...

nape yang cantik ni low self esteem sangat ------> mungkin dia tak tahu dia cantik. sebab tu dia rasa camtuh.

cik nurulain said...

Q: tak pun die tak rasa cntik tu satu kelebihan. maybe la. sbb she's born with it. rite?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails