Thursday, June 10

buffered earning dan keinsafan aku.

ntah kenapa aku tergerak nak klik butang nuffnang aku tuh. selama ni kalau aku klik pun aku cuma check analytic je. saje lah nak tengok, bape orang duk singgah blog aku ni. memang dah lama sangat dah aku tak check part earnings tu. sejak dia jadi rm15 and then tak berubah-ubah, aku dah naik fed up nak check. bukan boleh cash out pun rm15. kena tunggu cukup rm50 dulu. haihhh...

bukan apa, aku macam tak faham nape ada blog yang tak best mana pun tapi earnings banyak gila. means, dia ramai gila readers kut. aku buat kesimpulan, yang blogger tu friendly. maybe dia rajin tegur blogger lain. rajin singgah blog lain. so sebagai balasan, orang singgah lah balik blog dia tu.

jujur aku cakap, aku ni menulis memang suka. sebab aku suka merapu. dapat duit pun aku suka gak. tapi kalau semata untuk dapat duit tu aku kena tegur and singgah dalam 100 blog sehari, aku memang tak larat lah. aku akan singgah blog yang aku rasa nak singgah. tak ada orang paksa pun.

and aku akan baca blog yang aku memang suka saja. bila fikir balik, mungkin sebab tu tak ramai yang drop by kat blog aku. rata-rata yang baca blog aku ni orang yang takde blog rasanya. sebab bilangan nya konsisten setiap kali aku publish entry baru. mesti ada amount yang sama singgah blog aku. so, aku rasa depa ni constant reader kut. tapi tak tahu lah siapa gerangan nya. sebab diorang takde tinggal jejak.

perkh berjela lak elaboration aku. anyway, semalam agaknya aku kurang kerja sangat, aku klik kat  earnings tu. perkh sekali aku dah ada 2 buffered earning dah. wow. macam tak percaya. aku gosok-gosok mata tak percaya. syial jek. dulu aku pulun melawat blog orang sana sini takde lak buffered earning tu nak timbul. ceh, tiba-tiba aku jadi macam bersemangat sangat. ape kejadah ntah.

then pagi ni aku check lagi, perkh ada buffered earning baru lak. dah jadi 3 dah. perkh keterujaan aku memang tak dapat digambar. sebab dulu aku jakun sangat dengan buffered earning ni. macam salute sangat kat orang yang dapat. and then bila dah excited sangat nampak B.E tu, aku macam nak force diri aku publish entri baru supaya aku boleh ping kat geng blogger and then ramai gila akan serbu and then cepat sikit lah aku boleh nampak B.E aku tu naik.

lama kut aku pikir nak tulis apa. macam bodoh gila. tak pernah aku buat macam ni. selama ni aku menulis bila mood tu datang and bila aku ada sesuatu nak diluahkan. bila da hampir setengah jam aku stuck tak tau nak tulis apa, baru aku realise, aku ni terkelabu mata jap. macam tiba-tiba nak jadi kaya dengan blogging. wtf?

then slowly aku betulkan balik niat aku. it great that akhirnya merasa juga aku nampak kotak buffered earning tu kat nuffnang aku. bagus, aku dah tak perlu jakun lagi. but then, aku taknak publish entri just for the sake of publishing something. biarlah benda tu sampah bagi orang lain tapi bila aku baca, aku tak rasa sampah. at least benda yang aku publish tu ada makna, ada signifikan kat aku.

and reader aku mungkin tak ramai. tapi kalau boleh aku taknak hilang reader yang seciput tu sebab ketamakan aku nak kejar earnings nuffnang. reader yang setia klik blog aku bila nampak ada entri baru sebab diorang memang ada interest terhadap tulisan aku. bukan sebab diorang fikir kalau diorang singgah blog aku, aku akan singgah balik.

bagi orang yang setia baca blog aku ni, tak kiralah siapa pun, ketahuilah aku sangat menghargai korang. walaupun korang tak tinggal jejak but i know you're here. and aku tau selain sahabat-sahabat aku yang selalu jenguk blog aku untuk kepoh tentang current life aku, ada strangers yang dah mula kenal aku melalui blog ni. thanks you all. :)

7 comments:

Anonymous said...

saye pon maseh nk blaja macam mane nak naekkan traffic...heheh

ISZA said...

buffered tu rezeki masing2 dik.. takde kaitan dengan glamer atau tak glamer blog tu.. tu setahu akak lah..

rezeki kita? mungkin belum masanya..

ween said...

good girl :) i will always support u CN! duit mmg boleh gelapkan mata, frankly speaking i have experienced that. HAHA.

semut lelabah said...

aku d afade up dengan nuff nang ke iklan ke. thats why ak xde mende alah tue. ak cuma nk ikhlaskan diri menulis sekarang nie dan kumpulkan readers tetap.. :)

cik nurulain said...

ierahziera:

tak perlu kejar sgt...dah lama nanti dia akan naik. trust me. :)

kak isza:

thanks 4 the advise kak.

hapiz rahman:

bagus lah tu. bila kita menulis dgn ikhlas, kualiti penulisan lebih baik rite?

ween:

ill support u too :)

Anonymous said...

sy sokong awak...blog ni just for fun kita menulis apa yg kita nak tulis...feel free ngan perasaan ni..hehe...apa pun truskan berbloggin...chaiyok!!

Q said...

i punya blog lama pon ada be. tp i malas nak layan. i'm happy with the new one. tak terkejar2 duit sgt. bila rasa nak tulis baru tulis. even kat gb pon tak ping dah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails