yuhu. im back from kl. ada sesuatu yang tak diingini berlaku. something yang tak best. membuatkan aku kurang ada mood untuk convo degree idin. kesian betul. dulu masa convo diploma idin pun aku ada konflik. erm, nanti lah aku cerita. tengah not in mood nak cerita tentang kesedihan dan lara hati.
anyway, today is 13th. nope, aku bukan nak cerita tentang F lagi. bagi yang cuba meneka, teeettt maaf jawapan anda salah. hahaha. yelah, mana taknya? orang bosan and boleh predict apa yang aku nak tulis. tiap-tiap 13 haribulan mesti orang yang baca blog aku muntah hijau sebab kena baca omongan puitis aku sempena ulangbulan aku dengan F. hahahah. diminta bersabar.
tapi tak banyak ada kaitan jugaklah dengan F. sebab aku mengalami period pain harini. sakit yang amat sangat. menggila siot. dah lah tadi masa dia tengah menggila tu aku dalam kereta on the way back to jb. seingat aku last month around this time jugak aku kena period pain sampai aku kena cancel lunch date dengan F. perkh, kalau tetiap bulan waktu macam ni aku kena period pain, alamatnya memang tak sambut anniversarry lah aku dengan F. dah tu, period pain je manjang.
kalau aku bagitau F pun mesti dia tak caya. padahal aku memang betul betul sakit. aku ni dah lah kalau kena senggugut ni kronik gila. sampaikan aku wonder, is it still normal to have period pain around 20's? bukan remaja lagi kut. ke ada something wrong dengan badan aku? siapa yang still kena senggugut? cuba bagitau. tolonglah sedapkan hati aku weyh.
anyway, tadi aku rasa nak berketuntang gila. bayangkan lah dalam kereta. dengan tak ada pads herba nya, tak ada menstrual pil, tak ada air 100 plus. adoyai. rasa macam nak mengamuk! masa ayah stop sembahyang kat sedenak tadi aku pakai pads tapi yang ada kotex je. memang aku dah tak biasa pakai kotex. biasanya kalau pakai pads herba tu, senggugut tu memang ada kurang sikit.
lagi tak boleh blah pil tak ada.selalu nya time aku tak kena period pain, elok je mentrual pil tu berdedai dedai dalam handbag aku. bila diperlukan tak ada pulak. frust betul aku! aku ni dah macam junkie dah when it comes to menstrual pil.setiap kali senggugut, mesti nak kena makan ubat tu, kalau tak memang tak boleh bertahan. orang kata tak bagus. betul ke weih? give me some facts. aku betul-betul bergantung kat pill bila kena senggugut.
kalau pil warna pink tu, makan 2 biji memang tak cukup. mau 4 biji aku telan. bayangkan lah pil tu dah tak berapa mendatangkan kesan kat aku. tapi kat coop maktab ada jual pil kaler kuning. dulu aku nak beli panadol menstrual kat coop tapi akak tu cakap takde. tapi dia suggest pil kuning tu. dia kata pil tu memang untuk senggugut. ghupanya pil tu lagi powerful seh. aku makan 2 bijik je dah ok. ntah berapa lah dos paracetamol dalam pil tu agaknya.
sekarang aku kat rumah. 2 2 pil tak ada. pil kuning pun tak ada, pil pink pun tak ada. aku mintak panadol kat mak. mak cakap tak ada. tapi mak bagi aku ubat tahan sakit. dia kata dia selalu makan ubat tu kalau demam. jadi aku baru je lepas telan ubat tu. haihh. lets hope ubat mak ni lagi powerful dari ubat kuning and ubat pink sebab esok aku ada tuisyen. huwargh....
p/s: im being over-emotional lately. MORE than usual. hurmmm..
2 comments:
period pain tu i rasa normal lah even dah 20 somethg. coz ada my friend tak pernah senggugut tapi lepas 20 tahun baru kena. after dah kahwin baru ok sikit sakit dia. i think. sebab my mom camtu dia cakap.
thanks Q sbb buat i lega. huhu. mana tau something wrong ke...cuak gak..
Post a Comment