Tuesday, December 7

1432H resolution; resolution for life.

alhamdulillah, aku dipanjangkan umur untuk menempuh tahun baru 1432H. syukur, masih diberi ruang dan kesempatan untuk perbaiki diri, untuk majukan diri, untuk tambah amalan, buat bekalan kelak. since aku rasa aku dah matang, (aku rasa je) aku dah jarang wish, 'semoga panjang umur' waktu birthday.

seriously, this year aku dah start buat macam tu. aku selalu cakap, "happy birthday, semoga dimurahkan rezeki, umur tak perlu panjang pun, asalkan dimanfaatkan" macam cheesy and poyo gila wish macam tu kan? tapi seriously, apa guna unur panjang pun tapi kita sia-siakan dengan memusnahkan diri sendiri?

hidup lama tapi 3/4 dari hayat buat dosa and buat perkara bodoh yang memundurkan diri. might as well mati pada umur 45 je tapi by that time dah buat haji, dah berkahwin, dah ada anak. its an accomplishment in life. aku sediri pun dah alter doa aku tiap-tiap hari. no more semoga dipanjangkan umur speech.

sebab seriously, akhir zaman ni makin menakutkan. cuma aku berdoa semoga aku berjaya hidup di dunia dan diakhirat. benda ni macam simple tapi is it really easy to achieve? i don't think so. ada orang miskin harta, tapi aku rasa orang tu dah cukup bertuah kalau kaya amalan, solat berjaga. seriously, zaman sekarang ni rare ok orang yang jaga agama ni.

aku tak tahu berapa jangka hayat aku yang tinggal. tapi sempena tahun baru ni, aku tanamkan azam dan tekad dan aku berdoa agar aku berjaya capai matlamat aku sebelum aku dipanggil untuk menghadap Tuhan. tak kisahlah pada umur berapa pun.

aku nak mengahwini lelaki baik yang boleh jadi ketua keluarga. lelaki yang menjaga solatnya, dan menjaga solat aku juga. sebab solat tu tiang agama. kalau kita jaga solat, yang lain-lain tu akan menyusul kemudian. dan setelah mengahwini lelaki berketurunan elok tu, aku harap aku dikurniakan zuriat. aku tak kisah lah berapa, tapi aku harap sangat aku dan suami mampu bagi didikan yang cukup supaya mati aku, meninggalkan anak yang soleh dan solehah. itu pelaburan aku.

dan kemudian aku nak sempurnakan rukun Islam ke-5 dengan suami aku. kalau ada rezeki lebih, insya Allah aku nak bawa anak-anak aku sekali, paling tidak pun tunaikan umrah. sebab dalam ingatan aku, banyak-banyak tempat mak ayah aku bawak aku, pergi mekah lah paling memorable. im just 17, and the moment aku nampak kaabah, aku immediately menitiskan air mata. masa orang melaungkan 'labbaikallahummalabbaik labbaikalasyarikalakalabaik' rasa macam makin sayu je hati. and i want my children to feel the same way. :)

aku harap juga, di waktu tua mak dan ayah aku, aku mampu bersabar dan jaga diorang macam mana diorang jaga aku dan adik-adik waktu kecil. aku harap aku tak lupa tanggungjawab aku. dan aku harap sebagai kakak sulung aku mampu ingatkan adik-adik aku tentang tanggungjawab diorang gak.aku selalu tengok dalam drama kat TV3, and selalu rasa benda macam tu tak logik, tapi hakikatnya anak yang abaikan mak ayah memang dah jadi satu realiti kehidupan. i really don't want to be one of them,

aku juga harap aku mampu khatam al-Quran setiap tahun. ya, benda ni mudah sebenarnya, tapi susah betul aku nak laksanakan. jadi sempena tahun baru ni, ini lah azam aku. semoga graf aku makin meningkat dengan meningkatnya usia dan kematangan aku.

dan itu adalah sasaran aku untuk bekalan akhirat. tapi dunia juga tak boleh dilupakan. malah sebab tu lah kita tak tahu bila kita akan mati. sebab Allah mahu kita bekerja seperti akan hidup 1000 tahun lagi, dan beramal seperti akan mati esok hari. Allah mahu keseimbangan, supaya kita bukan sahaja berjaya akhirat, tapi dunia juga.

dan dengan itu aku berazam, untuk jadi guru yang ikhlas. mengajar dengan niat nak mencurahkan ilmu dan berharap ilmu yang aku sampaikan boleh dimanfaatkan. aku juga berharap aku akan seseorang di atas dalam bidang pendidikan ni. aku mahu jadi seorang pemimpin suatu hari nanti. kawan-kawan, doakan aku ya? kak leha, jangan lupa cari saya nanti. :)

aku juga berharap, aku akan menerbitkan buku aku sendiri suatu hari nanti. buku yang aku karang sendiri. dan semoga buku itu jadi inspirasi pada ramai orang. ya, memang lame gila kan? by that time teknologi mesti dah canggih gila, exist lagi ke buku bagai ni? tapi tak kisah lah. bukan medium nya yang penting tapi kandungan yang aku nak sampaikan tu. tak kira la dalam medium apa sekali pun. buku ke, electronic device ke. who cares? as long as it publishes my word of wisdom. hahaha. dream on ain.

anyway, terlalu banyak yang aku mahukan dalam hidup. apa yang aku senaraikan ni mungkin tak mencakupi separuh pun dari segala macam perkara yang aku mahukan dalam hidup. tapi suatu hari nanti, dengan izin Alla, aku akan capai satu per satu matlamat aku ni.




p/s:
also, aku nak banyakkan menulis.
nak kurang kan berat badan
nak jadi cikgu yang vogue haha.

2 comments:

ween said...

good luck cn, may all ur dreams come true. u're matured the way u think. love this entry! :)

cik nurulain said...

hehehe. thanks ween.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails