mem besar aka datin nariha pun suruh aku gi beli sendiri kat giant sebab petang ni, datin nariha and dato' shahruni nak gi masjid ada majlis ape ke ntah sempena maal hijrah katanya. so tidak lah berkesempatan untuk gi giant setakat beli sabun basuh tu kan? apa klass..
aku sebenarnya dah menyirap dengan maid aku tu sebab tengok sabun basuh dah habis. apa taknya, baru minggu lepas aku topup sabun tu. takkan sabun 4 kilo habis sekelip mata? ini bukan kedai dobi la bhai. ini cuma rumah dato' shahruni ja. aku siap tanya dia lagi,
"eh bibik, camne sabun ni boleh habis? saya baru buka yang baru minggu lepas?"
"ya sudah habis non. basuh nya sering (kerap) non."
"yelah tu. ke bibik ada tumpahkan sabun ni?" kataku penuh kesangsian. memang takleh percaya bibik ni. dia makan ke apa sabun basuh ni?
"ngak non. emang udah abis"
tapi lepas tu malas aku nak berdialog lagi dengan dia. kalau aku marah dengan menggunakan laras bahasa yang tinggi bukan dia paham pun. ok, jadi itu adalah siri menyirap aku yang pertama. seterusnya, aku pun gi lah giant dengan nurse kecik. lepas hantar datin nariha balik rumah, terus aku bergegas ke giant. masa tu pun dah kul 6. nak dekat maghrib tu. aku pun ingat nak cepat-cepat grab apa yang perlu je.
tapi biasalah, bila dah jadi suri rumah, pergi hypermarket ada jelah yang aku rasa terkurang kat rumah tu. sabun basuh pinggan lah, gula lah, nescafe lah. pendek kata macam-macam lah kitorang masukkan dalam troli tu. ok, dalam kul 6.40 gitu aku dengan nurin dah kat cashier lah nak bayar.
memang gaya aku bergegas gila. keluar je dari kaunter, ada 2 orang minah ni (walaupun sorang tu adalah tomboy, tapi kira minah gak lah) diorang ni aku tak tahu lah promoter apa. diorang approach aku,
"kak, dah dapat voucher ni kak? kitorang nak bagi hadiah free." masa ni aku pelik. apa kejadah? dia tak tahu pun nilai pembelian aku dan dan je nak bagi hadiah free.
"saya nak cepat ni. takpelah" aku balas lembut. budi bahasa kan budaya kita. ecewwah.
"tak kak, ni nak bagi voucher ni, akak boleh jalan terus and amik hadiah kat situ"
"eh kalau kauorang konon nak bagi hadiah microwave bagai tu tak payah lah ye. aku nak cepat ni" aku dah sedikit kasar. sebab aku tau ada golongan yang akan act macam kita menang something then sebenarnya nak menang tu kena beli something. so memang aku harsh lah kat minah 2 ekor tu.
"tak lah kak, nak bagi cawan je. akak amik voucher ni, boleh amik cawan kat depan tu" aku malas nak argue. aku ikut je. pikir lepas amik cawan tu aku blah lah.
sementara tengah jalan tu si tomboy tu nak buat lawak dengan aku,
"ada orang pernah bagi hadiah microwave percuma eh kak? best nya. kat mana tu?" aku tak balas. malas nak respon. banyak lagi small talk yang dia cuba buat tapi seriously, dah maghrib, aku malas nak layan ok?
sampai je kat kaunter tu minah tu keluarkan cawan.
"akak, company ni keluarkan 100 cawan untuk bagi hadiah. tapii, bos kitorang nak mintak nama, so kitorang nak mintak akak fill in form ni."
aku layan kan je. sebenarnya dah nak meledak gak. then ada column address tu aku malas nak isi aku takut dia hantar promotion merapu kat rumah. aku cakap lah,
"eh, column address ni taknak isi boleh tak?"
"akak isi jelah alamat apa pun kak. hospital gila ke kitorang tak kisah.." ceih, percubaan nak buat lawak? sorry i dont find it funny. aku tengah bergegas.
lepas aku fill in form tu dia keluarkan satu form yang ada gambar banyak barang elektrik. aku recognise form macam tu. seriously! and masa ni boiling point aku dah sampai.
"kan aku dah agak dah? kau nak promote barang-barang ni kan? tadi aku cakap taknak mengaku."
"tapi kau nak suruh aku dengar kau promote barang kau lah kan? sorry! nak cepat." terus je aku blah dari situ.
terpisat-pisat minah 2 ekor tu tengok aku berlalu pergi. itu lah siri menyirap kedua aku. what's the fish? terang-terang aku nak cepat. dia boleh lengah aku dengan benda yang dari awal aku dah boleh agak.
ok, aku cuba gather sanity aku balik. biasalah tu. tengah maghrib. syaitan berkeliaran. ok, zikir sikit untuk hilangkan syaitan yang duk peluk aku. then aku gi lah kat kereta. masa tengah load barang dalam kereta ada one guy ni umur early 20's, badan tak lah kurus and seriously this guy looks healthy to me. guy ni approach aku and said,
"akak, saya nak mintak sumbangan, kaki ayah saya sakit..."
whatt? you cant be serious! you are so healthy and strong yet kau mintak sedekah untuk rawat ayah kau? hello? first thing, ntah betul ke tidak kau ada ayah yang sakit kaki. ntah-ntah just create excuses untuk raih simpati dari orang yang BODOH. yeah, whomever fall for that stupid excuse memang bodoh. kau nak menipu pun bijak lah sikit. dengan baju pun elok pakai t-shirt and jeans, apa kau expect aku nak terpedaya?
second thing, kalau pun betul ayah kau sakit kaki and need money to treat it, why on earth kau kena menagih kat orang? kau sihat, muda ada tenaga, aku tengok tak ada lah anggota yang patah ke cacat ke, kau tak malu ke mintak-mintak macam tu? gi lah kerja ke apa ke. eh kalau aku malu lah weh.
kalau ikutkan hati, nak aje aku cakap,
"eh dik, awak ni sihat tubuh badan cukup sifat tak ada cacat tak ada patah, kenapa mesti mintak sedekah macam ni. nak cari duit, buat lah apa-apa kerja dik oi"
ok, itu kalau ikut naluri guru aku lah. atang nak menyekolah kan orang je kerja aku kan? tapi aku masih waras. tubuh badan dia tegap, sihat tak ada cacat. dia lelaki, aku perempuan. kudrat dia kuat. kalau dia bengang dengan aku and dia apa-apa kan aku? macam mana? nak nyesal pun tak guna kan? so, i make a favour for myself, i kept my mouth shut.
aku tak pandang muka dia. aku buka pintu kereta and cakap, "akak nak cepat dik, sorry ek" aku blah je tanpa hulur apa-apa kat dia. sopan kan aku? harus sopan weh. kan aku cakap tadi budi bahasa budaya kita. haha, kalau jadi apa-apa, nurin pun tak boleh tolong walaupun dulu dia ada belajar taekwondo kejap.haha.
jadi begitu lah 3 siri situasi yang buat aku menyirap petang tadi. takpelah. dah kata pun masa maghrib banyak syaitan berkeliaran. dah tau diri tu tak tahu kawal emosi, jangan lah berkeliaran di waktu maghrib. jadi pengajaran nya, waktu maghrib duduk dalam rumah diam-diam. sekian.
3 comments:
Ini masalah saya benar-benar dipecahkan, terima kasih!
huh?
ain..org ats ko ckp pe ain??
xfhmmmmm
Post a Comment