aku tau aku masih muda. aku tau aku tak selayak nya cakap ikut sedap mulut as if aku tau semua nya. aku tau kadang-kadang aku pun macam tak ada manners. tapi sekhilaf-khilaf aku pun, aku tau macam mana nak bersaudara, aku tau tanggungjawab anak pada ibu nya.
kenapa? masa kau kecik, bukan main susah nak besarkan kau. dengan hidup yang serba kekurangan nak bagi makan kat anak pun susah. apa lagi nak bagi pendidikan? ntah apa yang dah dipajak kan semata nak bagi kau pelajaran sampai ke menara gading. ada kau kenang semua tu?
yang lagi pelik nya, antara ramai adik beradik kau lah yang sekolah tinggi sampai universiti. kau tak pikir macam mana kau boleh sampai tahap itu? kalau tak mak ayah kau yang membanting tulang 4 kerat. golok gadai apa yang ada. yang lagi aku tak boleh percaya, kau macam berilmu agama sangat. nak bini stok yang 'terjaga',pakai tudung labuh segala. tapi sejauh mana kau amal?
kalau mak sendiri pun kau berkira sangat nak jaga. aku tau, bukan mudah. mak kau tu dah bukan macam sedia kala nya. dia dah berubah, Allah bagi dia dugaan. dan itu juga adalah dugaan untuk kau semua adik beradik. jangan question kenapa Allah bagi dugaan ni pada kau. semua hamba Allah ada bahagian nya masing-masing.
dan kalau kau tu cukup berilmu, kau tahu dugaan, sakit tu semua penghapus dosa. tapi tengok sikit macam mana kau hadapi? dengan menolak-nolak tanggungjawab? kalau aku jadi kau, aku malu. malu jadi orang berilmu. aku tengok adik beradik kau yang lain, yang pernah kau kata jahil pun tahu tanggungjawab. mungkin diorang ada cela nya di mana-mana, tapi apa yang diorang tahu, di waktu kecil ibu yang jaga mereka, sekarang masa dah berputar, tiba masa ibu pula dijaga.
its simple math. kau bodoh sangat ke tak tahu? oh, sori, kau pakar ilmu agama je. math kau tak main. kalau soal mak pun kau tak peduli, apa lagi soal adik kan? lantak lah pun kalau adik kau nak karam dengan lelaki tua yang nak kikis duit dia. buat apa kau peduli kan? bukan duit kau. kubur pun lain-lain kan?
memang ya, kau boleh jadi wali aku. tapi jap, kalau ayah dan adik-adik aku masih ada, what the hell aku nak cari kau? and by the way, aku ada lagi pakcik lain. mungkin tak ada degree macam kau. mungkin ilmu agama tak hebat macam kau, tapi at least diorang tahu tanggungjawab.
memang kalau nak dikira aku macam kurang ajar. tapi peduli hape? kalau kau tak kurang ajar dengan mak aku, memang kau masih selamat lah. tapi kau silap langkah. kau mungkin abang mak aku, jadi mak aku kena hormat kau. tapi aku dengan kau, setakat apa je?
aku harap sangat hidup kau bahagia. sebab aku tak tahu mana kau nak dapat restu ibu. mungkin, mak kau dah tak sihat, dah tak begitu waras, tapi naluri ibu sentiasa ada. dia tahu siapa jaga dia, siapa tidak. good luck lah menagih restu dan redha ibu dari orang lain. macam lah restu ibu tu boleh beli kat pasar malam kan?
2 comments:
nih yg fadh suke gile nak baca blog ain nih
dalam mrh2 pun sempat buat karangan cm ade pertandingan cerpen tema marah2..huhu
salute babe !
ape2pon..sabar ye ain
beselah DONIA akhir zmn
fadh pon pnah melalui zmn2 nih
zmn2 dimana mak abah fadh aje yg jaga nenek
adik beradik lain xde
takpelah ain
syurga itu bwah tapak kaki ibu
bukna kambing
bukan ayam
esok2 kat akhrat kita tahulah sape depan sapa belakang
and one more..derhaka pd ibu bapa bayaran dia CASH ain! CASH !! pg nih kite derhaka..tghari dh kena!
so bersabar ye syg....
mwah!
cium sket
(mcmlah leh sejuk dgn ciuman aku kan.. lainlah F yg ciumm..ups)
hahahaha.
i buat karangan, u pun nak buat karangan gak ke fadh? apa-apa jelah u ni...
Post a Comment