Sunday, December 26

Banafe Village dan adik bonzer.

hari minggu macam bosan kan? pastu rasa macam nak bermalas-malasan je. lagi lak kalau duit tak ada, memang nak keluar tu rasa malas lah kan? so, aku pun nak malas gak lah hari ni. taknak celoteh jela-jela. nak tayang gambar je. ini kejadian  malam semalam, adik ku bonzer belanja makan kat Banafe Village sempena dapat gaji. tahu ke siapa adik ku bonzer? haha.

gambar diambil oleh manager perempuan yang make up tebal gila dengan fake eyelash yang sungguh unnecesary. bengang gila muka dia bila ayah panggil suruh snap kan gambar. maka terhasil lah gambar ini.


inilah adik ku bonzer. hahaha.


percayalah, yang belah kanan ni lagi high maintainence dari yang belah kiri rambut panjang tu.



gambar ini, adalah kesinambungan dari gambar....





















ini!

ntah apa yang mak dengan ayah cuba jelaskan dengan kadar kesungguhan yang luar biasa tinggi.



ini sebenarnya first time kami sekeluarga makan kat Banafe ni. bagi aku standard dia lebih kurang singgah selalu je. makanan sedap gak kut. aku punya nasi ayam penyek boleh tahan lah lazat. sambal dia mengancam.

tapi servis haprak. tak tahu lah sebab semalam malam minggu and ramai gila orang ke apa. but then, that's not an excuse. kau tau malam minggu, kena lah prepare dengan customer yang ramai kan? makanan idin sampai lambat gila. semua dah habis makan baru makanan dia sampai. ayah kind of mengamuk gak lah. so aku tak tahu sama ada kami ada peluang makan sini lagi.

ayah aku ni jenis mark kedai yang dia tak suka. once buat hal memang dia takkan jejak lagi lah kan. tapi yang ironi nya, makanan aku sampai dulu diikuti makanan ayah. dia macam tau-tau je siapa yang dia kena uruskan dulu ek? kalau aku punya yang lambat, memang ada lah yang bertukar jadi hijau. hahaha.
 dalam taknak berceloteh panjang pun, berjela gak aku merapu. i just cant resist it.


p/s: aku tengah cuba bertahan tak makan panadol menstrual ni. macam tak elok lak kebergantungan aku pada ubat bila period pain. hari ni aku bertahan, dengan hanya sapu losyen mustajab from dunia herbs. EXTRA HOT WITH EXTRA GINGER. siapa alami masalah sama boleh cuba. 


p/s/s: yeay! esok F datang jb. mari berjimba dengan orang baru gaji. hahahahaha. (gelak evil)

3 comments:

Izyan Mardhiah said...
This comment has been removed by the author.
Izyan Mardhiah said...

banafe? hurmm.... iz pnah makan situ.. servis dia memang teruk.. tunggu punya lama.. padahal masa tu sikit je orang.... gerammm je.. tapi nasib baik mknan sedap bleh la tahan.. :)

ada mokhtar said...

aku penah mkn kat sini ms puasa hr tu.. not bad r. 2 kali kot aku berbuka kat situ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails