Tuesday, December 21

persimpangan.

kadang-kadang aku terlupa betapa ego nya aku. terlalu ego sampai kebanyakan masalah aku prefer simpan sorang sebab aku tak tahu pada siapa nak mengadu di mana orang tu takkan judge aku sebagai lemah. dan betapa sukar nya ego tu nak diruntuhkan sebab ego tu sendiri dibalut selaput yang keras iaitu kedegilan aku.

ego tu memang baru bercambah, semenjak aku cukup dewasa untuk tahu pasal perception orang terhadap diri aku. im not easy to handle, hell no, im not easy to be accepted. nak terima perangai aku, nak terima aku seadanya makan masa. because the fact is, im intolerable.

akan tiba masa aku rasa tersangat lah sunyi walaupun berada dalam hinggar. terasa yang aku bersendirian menghadapi dunia yang penuh cabaran dan rintangan. penuh dengan persimpangan yang menuntut aku buat keputusan, dan sekali keputusan salah dibuat, memang jahanam lah perjalanan seterusnya.

macam mana berhati-hati pun, kadang-kadang manusia memang ditakdirkan untuk buat keputusan silap. konon nya sebagai pengajaran di masa hadapan. sebagai panduan, sebagai pedoman. tapi keputusan silap tu juga kadang-kadang buat manusia nak elak jalan yang ada persimpangan macam tu. supaya tak payah pilih dan bila tak payah pilih tak kan ada pilihan yang salah.

kesilapan juga boleh buat manusia takut untuk hidup. even manusia yang ego, manusia keras, degil. manusia yang rasa dia independent tapi sebenarnya clingy. manusia yang kisah dengan apa orang fikir sampai pengaruhi hidup sendiri.

nak sangat aku intai masa depan. 5 minit pun cukup lah. cuma nak tengok adakah aku kaya? adakah aku berkuasa? adakah aku mulia? adakah aku bahagia?

lama tak menulis, bila menulis emosi gila. orang yang baca mesti rasa nak hantuk kepala.

3 comments:

Lucy S. said...

hahaha perangai kita samaa! kdg2 nak nanges pun tggu masa tak da org. taknak org label kita sbg weaklings.
bila senanye nak attention, ego. pretend jadi tough. and konon ckp tanak jadi attention-seeker.

kan?

cik nurulain said...

aku ni attention seeker, yet aku ego. cobination yang bodoh kan?

Lucy S. said...

hahahaha. sama la aku pun. perangai kita sama beb! yeah ada geng. sep sep!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails