aku baru je selesai sesi berchatting dengan F. sesi berchatting yang sangat panjang hari ni nampaknya. ceh, macam zaman baru bercinta dulu lah plak. alah, nak buat macam mana? dah jadi long-distance relationship (tak ada lah long-distance sangat pun kot) balik, terpaksa lah guna kan teknologi semula.
siap berchatting kat fb tu. betapa gigihnya. malas nak on ym. luckily malam ni fb tak carik pasal dengan aku. topik berchatting tak ada lah nak meluah rindu kejadah haram pon. nak berlovey dovey ke hape lagi lah tidak. nak tahu apa aku chatting kan?
haha. kami bergosip. ya! bergosip. aku yang mulakan dulu gosipnya. aku gosip pasal ex aku and tunang dia. haha. loud and clear aku bagitau. takde nak selindung-selindung. kalau ada haters baca blog ni mesti nak cakap aku ni reveal kelemahan aku and kebodohan aku pada orang. pastu konon macam kesian lah kat aku sebab bodoh sangat pergi reveal weakness aku kat sini.
tapi nak tau tak siapa yang lagi kesian? yang lagi kesian ialah orang yang datang blog aku semata-mata cari point nak jatuhkan aku. cari bahan nak mengumpatkan aku dengan orang lain yang maybe tak baca pun blog aku and tak pernah tau pun aku ada blog. tiba-tiba ter..tau pasal aku sebab ada orang bawak mulut. ok, dah lah enough with the haters. lantaklah nak pikir aku bodoh ke apa. dah memang aku mengumpat pasal ex aku dengan F, so what?
ok, anyway, mengumpat rancak gila. eh, taklah exactly mengumpat pun. just cerita-cerita je. macam tak adalah aku nak cakap pasal keburukan dia sangat pun. F ni memang layankan je aku kalau bergosip. dia memang on je. tiba-tiba je , semacam suis aku dah tak rasa nak cakap pasal ex aku lak. tiba-tiba aku nak cakap pasal ex F lak. tak ke haru tu?
F pun sama je dengan aku. ex dia curang gak. tapi, dah banyak kali aku tanya dia pasal ex dia. jarang nya dia nak cerita. dulu dia taknak cerita sebab dia taknak ingat benda lama. bila dah lama couple dengan aku, dia taknak cerita sebab dia kenal perangai aku and dia tau aku akan jeles.
tadi tiba-tiba je aku rasa nak bergosip pasal ex dia. aku tanyalah nama penuh ex dia. sebab aku nak search kat facebook. gigih kan? ya, aku gigih. kalau tengah mood stalker tu sampai, memang aku gigih! search punya search sekali, CUN lah plak ex dia. siap aku tak percaya, siap aku tanya lagi, "ex d tu dulu TIGS ke?" "aah b, nape?" perkh, confirm itu orang nya.
low self esteem jap aku jadinya. siap aku tunjuk kat nurin, nurin pun cakap, "eh, aah lah cun lah..." tapi lepas tu dia sambung, "cun la tapi macam tak ada personaliti..." ok, itu ayat yang nurin akan cakap bila dia nak sedapkan hati aku. so clearly nurin memang rasa minah tu cun. tiba-tiba termenyesal sebab nak tau siapa ex dia.
lepas tu oleh lak aku gatal tanya camne dia kenal ex dia. of course lah dia taknak cerita kan? apa ke hampeh nya percubaan aku tu. tapi pelbagai taktik lah aku gunakan. merayu semua sebab curious nak tau camne dia tackle ex dia tu. you cant imagine how curious i am.
dia mula memang sumpah taknak cerita lah kan. dia kata dia kenal aku. nanti aku confirm jeles semua. lepas tu aku bagi ayat manislah kata kalau cemburu tu tanda nya sayang lah apa lah. pastu taktik paling keji ialah nak merajuk kalau dia taknak cerita. so akhirnya mengalah jugak lah dia.
ok. sekarang menyesal kali kedua lah pulak setelah mendengar cerita dia tentang kisah cinta dia dan ex dia.uwaaaaaa! cis. kisah yang kalau cerita kat orang, orang akan macam, "waaaaaaaaaa!" apa? ingat aku nak cerita kat sini? kirim salam lah ye. ok, no wonder lah kesan luka tu mendalam sangat pada dia. sampai nak sebut pun dia taknak.
di akhir cerita apa jadi pada aku? oh my God, of course lah aku jeles weh. lepas tu aku pun terdetik patut ah senang sangat aku fall pada F ni. dia memang something. siapa yang ketinggalan, boleh baca sini dan sini. tapi lepas dengar cerita dia dengan ex dia, aku macam, oh no wonder lah.
apa yang aku dapat simpulkan diakhir perchattingan kami, fairy tales doesnt always end up with happily ever after. kisah cinta yang dicereka kan sangat indah, sangat romantik, sangat menyentuh jiwa, tak semestinya akan menjanjikan kebahagiaan pada hujung nya. aku sendiri pernah cerita pasal kisah cinta aku dulu yang aku anggap sebagai portfolio hidup aku.
aku rasa beban sebab setelah segalanya berakhir aku tiada lagi portfolio yang selalu aku usung ke sana ke mari. inilah ketentuan nya. lepas tu aku cuma senyum sendiri. masa tu F dah pergi tido lah kan sebab dia kerja esok, aku tidur lambat takpe. aku penganggur je pun.
aku tahu ada orang rasa ragu-ragu dengan keputusan aku. macam, bukan ke aku baru je kenal F tu? baru? kau rasa baru la kut sebab bila masa je kau jumpa aku? kalau kau duduk ngadap aku macam sahabat-sahabat aku kat maktab nun, mesti kau sendiri rasa macam kau dah kenal F tu.
takpe. aku tak salah kan sesiapa. benda macam ni kau cuma boleh rasa. kau tak boleh nampak, kau tak boleh sentuh. so, really its not anyone's fault to think that way.
dah lah. enough dengan kemerapuan di malam hari ni. esok pun aku kena hantar mak gi sekolah. budak-budak amik result PMR kan? sebelum aku merapu lebih jauh baik aku tamat kan entri ni. selamat malam dunia!
3 comments:
CN !!
:D
wooooo...pagi2 dah buat jantung fadh terhentak2 bace blog ain..hihi
nape nih sayang..
okeh...fadh faham..awak msti ade stalkers yg meloyakan kan?
haha....fadh boleh bg nasehat satu jeh..
u go out smile..as big as u can!!!!
tell the wrld that ure happy..no matter what they said or think..
dont givit a damn baby! ;D
oke..njoy ur hliday b4 posting k sayangg
miahahah!! amal dapat bygkan perasaan curious smpi nak stalk kat fb tuh. sebab amal pun mcm tuh... muahaha.. lepastu bila dh dpt stalk dh desak2 suh cite tuh sume akhirnya meraung sendiri sebab saket hati. muahahahah!! sama je lah kita nih kak oi.. =))
fadh: haha, part haters tu selingan je. no biggie pon
amal: keji gila kan perbuatan tersebut? hehe
Post a Comment