Friday, December 31

new year dan legally blonde.

i was watching legally blonde when suddenly ayah called. ceit, feeling nak speaking lak intro entri aku ni.

" long! mak nak gi jalan. tak nak ikut ke?" eh salah. it wasnt ayah actually. its mak.

"haaa...?" ok, ini habit. walaupun aku dengar apa orang cakap, aku akan sahut dengan haaaa? as if aku tak dengar and nak suruh orang ulang.

"mak cakap......, mak nak gi jalan!" and so, yeah. mak aku ulang apa dia cakap tadi buta-buta ignoring my habit.

"taknak lah." aku keluar tengok mak dengan ayah dah pakai baju siap-siap tinggal masuk kereta je. great! that is soooo them. dah siap baru nak bagitau. lepas tu expect aku siap dalam masa less than 5 minutes.

" kalau ayah gi jalan-jalan, gi shopping ke apa ke, jangan menyesal lak nanti" what? is he serious using that trick to me? hello, im obviously not nurin who would fall for that kind of trick lepas tu terus gelabah siap and ikut. apa lah ayah ni. he should know better before applying that trick towards me.

"betul ni taknak ikut? mak dengan ayah nak jalan-jalan, makan-makan, shopping-shopping..." huh? the first time doesnt work, dia nak try ugut aku kali kedua? aduhai. dulu boleh lah ayah. sekarang im 24 already. i wouldnt mind if im being left out in your jalan-jalan cari makan activity.

hahaha. dan ending nya memang aku tak ikut pun. besides, didnt i mention earlier? im watching legally blonde ok. takkan lah nak bail on legally blonde untuk ikut mak dengan ayah jalan-jalan. im 24 for God's sake! plus masa tengah tengok tu elle baru dapat tau yang si warner tu dah engaged dengan vivian. haha. sila tengok balik!

lame gila kan aku ni. orang lain ntah dah ke mana-mana agaknya untuk spent new year ni kan? tadi masa tengok legally blonde halfway tu ad call ajak keluar sebab dia dengan amer iskandar kat area majidee. masa tu dah kul 6 and obviously ayah akan pissed off kalau aku nak keluar dengan ad. tadi dia ajak ikut dia, beriya aku taknak. haha.

so endingnya, aku cuma menonton legally blonde sorang-sorang dalam bilik sambil makan prune sunsweet. unfortunately, itu je snek yang ada. kalau nurin tak ada, memang susah nak ada junk food kat dapur. aktiviti F pun tak kurang bosan nya juga. malam ni dia kata nak main futsal or badminton. sama je seperti malam-malam lain bila dia tak ada OT. dia tak celebrate pun new year. in fact, sebelum-sebelum ni pun dia tak pernah lah celebrate new year kat dataran ke apa ke. he's just like me, male version. hahahaha.

dulu ayah dia tak bagi dia gi merambu malam tahun baru nak gi dataran ke apa. so bila dah umur macam ni, dia pun tak reti nak celebrate-celebrate bagai. haha. lame ek? yeah, we're a lame couple! anyway, happy new year untuk semua. 2010 has been great year for me. ive been writting much too. :) looking forward to write even more in 2011.

pagi jumaat terakhir, 2010.

" long, taknak ikut ayah gi pasar ke?" kata ayah sambil buat muka kucing dalam shrek.

"taknak lah. nak tunggu dalam kereta je dengan mak" ceh ceh, firm gila aku jawab. walhal?

"alah, kalau kau ikut nanti diorang tengok kau je. tak tengok ayah. diorang kan menyampah dengan ayah.." eh, apa motif diorang tengok aku? haha. tau pun orang nyampah dengan dia.

"apesal lak diorang tengok along? along bukan nurin la"

"hurm, nak beli apa ni ?" ayah tanya mak yang sedang tekun menelaah metro.

" beli ikan siakap, santan, nenas, sayur sikit"

"hish, berat tu long. hurm" kata ayah sambil terus keluar kereta and gerak pergi pasar. tengah jalan-jalan tu tiba-tiba ayah pandang belakang,

"eh, kau ikut ke long?"

"dah tu dah bagi hint suruh ikut sampai 2kali, tak ikut kang tak ke melampau namanya?" ceh, buat-buat terperanjat lak ayah aku ni. walhal memang nak suruh aku ikut supaya boleh tolong angkut ikan, ayam dan apekejadah lagi.

hari ni jumaat. hari ni cuti sebab skuad malasia menang piala suzuki. pagi bila hari cuti adaah macam biasa. ayah terpekik terlolong kejut kan aku dan adik-adik untuk gi breakfast. tak cukup irritating lagi, dia hon kereta sekuat hati dengan harapan kitorang bangun, dan dia boleh save suara sikit.

lepas tu breakfast yang hanya disertai aku and faiz sebab idin tegar gila taknak bangun. dan mungkin sebab dia kerja dan penat, ayah bagi pelepasan pada dia. cis, tak aci. dia dapat sambung tido. terpisat-pisat lah aku dengan faiz. muka sekor-sekor macam cipan je. mata tak buka sepenuhnya lagi.

lepas sarapan ayah bayar bil. and macam biasa lah dalam kereta tu ada je benda yang aku dengan ayah nak balahkan. mak kalau boleh jadi pengadil, bagus juga. malangnya dia selalu mengamalkan dasar berkecuali je. kalau dia nak bagi menang pun obviously bukan aku, sebab aku tak bagi dia 25% bonus kan. so kalah lah di situ. haha.

and that's the story of my last  friday morning of 2010. orang lain buat apa ek pagi ni? ntah-ntah tak bangun lagi. cis, melampau bebenar lah. aku siap dah pergi pasar, balik rumah masak ikan siakap sweet sour lagi. tinggal tunggu ayah balik sembahyang jumaat je nak membedal ikan tu.

Thursday, December 30

shuffle 7 perkara secara random.

1. aku dah mula susah nak tidur semula. nurin dah balik kedah, so aku kena tidur sorang dan sesungguhnya aku ni penakut habis. dah lah bilik aku kat dapur. gamak nya pagi tadi kul 4.30 baru terlelap. lepas tu kul 7 dah kena bangun hantar mak gi sekolah and wat check up kat puteri specialist. urgh! mengong kepala aku kejap.

2. aku dah fed up tunggu posting. berita terbaru aku dengar kelambatan posting ni berpunca dari MQA lah pulak. memang menguji kesabaran sungguh. aku dah semakin gemok, duit takde sebab takde gaji, pathetic skala ke lapan puloh lapan tahu tak?

3. aku kena jadi driver mak merangkap consultant dia. ok, obviously bukan fashion consultant sebab mak tak suka fashion sense aku. semua tak kena je pada mata dia. macam taste aku ni blergh! di samping fetch dia kat sekolah, dalam perjalanan pulang tu aku kena dengar masalah pentadbiran sekolah ya. lepas tu kena bagi advice. sila kagum ya, aku yang belum jadi cikgu ni consult mak aku yang dah berpuloh tahun berkhidmat. cool gila. ok, air liur kan free. lagipun, cakap je aku tau. suruh buat memang bersilat lah kan.

4. dulu aku marah bila orang buat tak tahu lepas gaduh. buat as if nothing happen. tapi sekarang aku lak buat. secara specific nya pada F. kejam betul aku ni. tapi ntah lah, aku sekarang tak ada energy nak gaduh lama-lama. lepas dah cakap bukan-bukan kat dia, marah sesuka hati tetiba terus nak swith off iaitu tidur. lepas tu esoknya tanpa rasa bersalah buat macam tak ada apa berlaku. mamat tu beriya lah mintak maaf and tunggu aku mintak maaf. haih, kelambatan posting buat aku semakin keji.

5. aku dah menyampah tengok cupboard and rak handbag aku. tak ada koleksi baru. jadi aku menyampah serta bosan. sampaikan keluar ke mana-mana pun aku selekeh gila. nurin pun marah sebab perangai keji aku yang bila dah comfortable in a relationship mulalah aku abaikan penampilan diri. macam masalah besar je ek? biarlah aku malas nak berdandan pun. kan aku dah cakap kat no 4 tadi, aku dah tak ada ENERGY.

6. aku dah habis tengok boys over flower. FINALLY! ni nurin lah yang buat aku terjebak. kesimpulan dari penontonan aku ialah, WAKE UP GIRLS OUT THERE. lelaki macam F4 tu tak wujud kot. jun pyo ke, ji hoo ke, woo bin ke atau yi jung tu semua fantasi. kalau boleh jangan pasang cita-cita nak cari boyfriend macam tu. tapi kalau setakat nak berangan boleh. berangan kan sejenis hiburan yang free. sila sila.layan diri ye?

7. tahap kronik aku abaikan penampilan aku ialah pagi ni masa nak hantar mak gi check up, dengan jitunya aku pakai t-shirt maktab kaler merah. ini kisah benar. tolong percaya. ok. sama ada aku sangat tak mengendahkan penampilan, atau aku sangat rindukan maktab. blergh!

SEKIAN.

p/s: tulis dalam bentuk numbering pun boleh berjela, i really should get a life.

Piala Suzuki Malaysia Vs Indonesia di Jakarta.

mesti macam terperanjat nampak tajuk ni terpapar kat entri aku. apa pulak minah ni nak mencarut pasal bola ni kan? orang yang cukup kenal aku mesti akan gosok-gosok mata baca tajuk ni. sebab macam tak logik je aku nak bercakap pasal bola. whatttt? haha.

oh, tak peduli lah kalau semua orang tengah menunjukkan kebanggaan masing-masing atas kemenangan Malaysia tadi. biasalah tu. masa kalah semua memaki. time menang barulah kau tiba-tiba nak bangga jadi anak Malaysia lah bagai. besar betul pengaruh sukan ye? bukan aku tak bangga, cuma tulah. aku tak suka orang ekstrim. bila benci ekstrim. bila suka pun ekstrim. biasa-biasa sudeh. tapi bukan tempat aku kut nak mengulas pasal isu bola, piala suzuki and penyokongnya ni semua. ramai je orang bercakap pasal ni, baik kat facebook atau kat blog. even surakkhabar pun duk cerita isu ni je.

so, aku selaku si kaki bangku yang kayu dalam sukan, tak ada niat pun nak ulas pasal match tadi. nak tau lebih lanjut esok jelah baca paper. cuma nya aku nak cakap pasal impak bola ni pada aku and orang sekeliling aku. whether its my boyfriend who constantly updating me with the highlights of the game although he knows i really don't give a damn about this sort of things, or my dad who without feeling guilty, watch the game at Maju Express counter ignoring me and my mum.

ya, tuan-tuan dan puan-puan, ayah aku menonton bola kat kaunter bas maju. tadi nurin balik kedah, so dalam kul 9 tu kitorang gerak hantar dia kat terminal larkin. yang tak boleh blah nya tu, lepas nurin dah naik bas ayah aku boleh jitu gila teruskan tengok bola kat depan kaunter bas maju. bukan nak terus balik. katanya kalau balik tak sempat sampai rumah, match dah habis. kebetulan ada plasma kat situ. diorang siap pasang channel indon SCTV lagi sebab astro takde. jitu nak mampos.

 peminat fanatik bola menonton perlawanan di kaunter bas maju. one of them is my dad!

masa gol lagi tak boleh blah. segala ulat tiket yang berkeliaran pakat lari menuju je TV, beriya gila nak tengok. masalah nya bukan laki je bersemangat. makcik-makcik yang hantar anak-anak naik bas pun boleh berkampung kat depan kaunter tu. siap bagi komentar masing-masing lagi terhadap tahap permainan player Malaysia and Indonesia. hahaha. penuh semangat kesukanan betul.

lepas dah habis match tu, ayah pun happy lah. lepas tu ajak gi minum kat mummy R depan giant southern city dekat rumah aku tu. pelayan kat restoran tu majoritinya indon. selalu diorang ceria gila tegur-tegur ayah aku. tanya dari manalah, cakap ayah aku handsome lah (hahaha. yang ni poyo) tapi tadi masa famili aku datang, sunyi sepi je.muka pulak tu sekor-sekor dah macam ayam berak kapur dah. pasrah gila. ambik order pun tak fokus. air teh O kosong mak aku 3 kali dia salah buat. alahai penangan piala suzuki. alahai penangan bola!

yang si F pun sama. lepas habis match tu tiba-tiba aku dapat mesej, " b, Malaysia menang :)" macam terharu gila je. dia ingat aku kisah ke? hahaha. dah lah kalau tengok bola tu bukan main lagi ignore aku. time iklan je dia mesej aku. itu pun untuk bagitau highlights tentang game yang dia tengok. dia tak rasa ke kalau aku memang berminat nak tau, aku sendiri akan tengok? hahaha. lawak betul.

korang macam mana? fanatik bola macam F and ayah aku gak ke? hahaha. ada lah tu yang segeng. si nurul and aleen confirm tengok punya bola ni.



p/s: anyway, untuk tidak ketinggalan dalam semangat kesukanan dan semangat kenegaraan macam orang lain, aku nak ucapkan tahniah pada skuad Malaysia kerana meraih kemenangan dalam Piala Suzuki ni. baca kat utusan online tadi, katanya Najib isytihar jumaat cuti.

Tuesday, December 28

KSL city vs MFA city

 di suatu hari yang hening...


"kita nak tengok wayang kat mana ni b?"

"kat KSL city. mall baru. best tau."

*      *      *      *

"d, ni lah KSL..."

"wuih, besar nya."

"d tau tak KSL tu apa?"

"apa dia?"

"KSL tu khoo soon lee. nama tokei mall tu"

"kaya gila dia ek? nanti d nak buat MFA city lah."

"huh?"

"mohd fakharuddin ariffin city. haha. kaya woah nanti.."

poyo. memang, dia memang poyo gila. dia tak rasa ke kalau dia ada mall sendiri langsung tak menguntungkan? sebab yang akan shopping kat situ bini dia ni gak. hahaha.

he's gone back to bp already. kejap je datang. :'( i miss him already.


 fat cat; bukan nama sebenar.


p/s: aku tengok Narnia kat MBO KSL city tadi. satu movie hall tu aku dengan F conquer berdua je sebab tiket kul 12 tadi aku dengan dia je tengok. heaven gila! boleh cakap-cakap kat screen tanpa memikirkan perasaan hadirin lain. yippa!

Sunday, December 26

Banafe Village dan adik bonzer.

hari minggu macam bosan kan? pastu rasa macam nak bermalas-malasan je. lagi lak kalau duit tak ada, memang nak keluar tu rasa malas lah kan? so, aku pun nak malas gak lah hari ni. taknak celoteh jela-jela. nak tayang gambar je. ini kejadian  malam semalam, adik ku bonzer belanja makan kat Banafe Village sempena dapat gaji. tahu ke siapa adik ku bonzer? haha.

gambar diambil oleh manager perempuan yang make up tebal gila dengan fake eyelash yang sungguh unnecesary. bengang gila muka dia bila ayah panggil suruh snap kan gambar. maka terhasil lah gambar ini.


inilah adik ku bonzer. hahaha.


percayalah, yang belah kanan ni lagi high maintainence dari yang belah kiri rambut panjang tu.



gambar ini, adalah kesinambungan dari gambar....





















ini!

ntah apa yang mak dengan ayah cuba jelaskan dengan kadar kesungguhan yang luar biasa tinggi.



ini sebenarnya first time kami sekeluarga makan kat Banafe ni. bagi aku standard dia lebih kurang singgah selalu je. makanan sedap gak kut. aku punya nasi ayam penyek boleh tahan lah lazat. sambal dia mengancam.

tapi servis haprak. tak tahu lah sebab semalam malam minggu and ramai gila orang ke apa. but then, that's not an excuse. kau tau malam minggu, kena lah prepare dengan customer yang ramai kan? makanan idin sampai lambat gila. semua dah habis makan baru makanan dia sampai. ayah kind of mengamuk gak lah. so aku tak tahu sama ada kami ada peluang makan sini lagi.

ayah aku ni jenis mark kedai yang dia tak suka. once buat hal memang dia takkan jejak lagi lah kan. tapi yang ironi nya, makanan aku sampai dulu diikuti makanan ayah. dia macam tau-tau je siapa yang dia kena uruskan dulu ek? kalau aku punya yang lambat, memang ada lah yang bertukar jadi hijau. hahaha.
 dalam taknak berceloteh panjang pun, berjela gak aku merapu. i just cant resist it.


p/s: aku tengah cuba bertahan tak makan panadol menstrual ni. macam tak elok lak kebergantungan aku pada ubat bila period pain. hari ni aku bertahan, dengan hanya sapu losyen mustajab from dunia herbs. EXTRA HOT WITH EXTRA GINGER. siapa alami masalah sama boleh cuba. 


p/s/s: yeay! esok F datang jb. mari berjimba dengan orang baru gaji. hahahahaha. (gelak evil)

Saturday, December 25

perabot jati VS perabot moden.

aku lalu satu kedai perabot jati. dia tengah bagi promotion besar-besaran. sampai 60%. kesian nya. nampak sangat orang dah taknak beli perabot jati lagi sekarang. orang lagi suka yang ringkas and moden macam ikea. orang orang orang. apa cakap orang lak? cakap lah aku.

tapi banyak-banyak orang ada sorang umat tu masih suka perabot jati. sorang umat yang selalu je taste lain dengan aku. hahaha. ada satu hari ni aku pun tak ingat kitorang nak gi mana, tapi jalan tu menghala ke arah air hitam lah. kedai kat pura kencana tu ada banyak yang baru bukak. salah satu darinya kedai perabot jati. nampak kedai tu F cakap,

" nanti kita dah ada rumah, kita beli perabot kat sini eh b. macam cantik je.." muka berseri-seri sambil membayangkan rumah yang dihiasi perabot jati.

" heh? jati ke? tak mau lah. pakai perabot jati macam orang tua la d. dah lah mahal gila. kalau murah takpe gak." cantas aku tanpa perikemanusiaan.

" alah biar lah. nak gak. suka hati d lah" eh orang tua ni, dah tak ada modal macam tu lak dia jawab?

hahaha. F ni taste 'orang dewasa' aka 'orang matang'. apa yang cantik pada mata dia tu hanya cantik pada mata orang tua je. tapi dressed up aku pakai pants dengan blouse dia cakap tua lak. sibuk suruh aku pakai jeans dengan t-shirt je. santai lah konon. bengong sungguh.

silap-silap nanti time kawin dia sibuk nak pakai attire songket ala-ala orang dulu kawin. walhal sah-sah memang outdated lah kan. tradisi betul bf aku sorang ni. tradisi ngalahkan ayah aku!

p/s: maaflah asyik cerita pasal F je. mesti bosan sampai rasa nak hampuk penulis. tapi dah lama tak jumpa dia. rindu dah.

p/s/s: HAPPY BIRTHDAY to my bestie, rasyada! kesian kau syada, birthday kau tapi pagi-pagi aku dah ngadu bukan-bukan kat kau. terima kasih lah kerana bertahan.

Thursday, December 23

sama tak serupa.

aku dengan F merupakan 2 individu berbeza. dari latar yang berbeza. dari segi bidang dan dari segi keluarga sendiri. aku orang jb, duduk tengah-tengah bandar. dia orang bp, duduk kat area kampung. walaupun sama-sama orang 'gomen' dia bidang kesihatan, aku lak bidang pendidikan.

boleh kata family aku ni background bidang pendidikan lah kut sebab dulu pun ayah pernah jadi lecturer kat Uitm kejap before dia join johor corp. while family F ni memang keluarga dia bidang kesihatan lah. ayah dia pun kerja pejabat kesihatan, mak dia nurse. even pakcik-pakcik dia pun ramai pegawai kesihatan. makcik pakcik aku ramai cikgu.

tapi, certain part tu aku dengan F adalah sangat similar. tahap kesamaan dalam sesuatu perkara tu sangat tinggi sampai rasa freaky pun ada. ah dah mula over lah aku ni. freaky bagai. hahaha. tak adalah macam seram ke apa. tapi yelah, banyak sama. dah jadi macam kebetulan ke apa ni?

besides the fact that both of us adalah anak sulung, kisah hidup aku dengan dia pun sama je. macam mana didikan ayah kitorang yang tegas terhadap kitorang tapi bila tiba tang adik-adik terus kalah, terus mintak apa semua dapat. sedangkan kitorang, kena earn something untuk mendapatkannya.

macam ayah aku, ayah F juga oran batu pahat. in fact ayah F dengan ayah aku sebaya. tak cukup kebetulan lagi, mak F dengan mak aku juga berasal dari daerah yang sama iaitu muar. adik beradik pun sama-sama 4 orang; 2 laki 2 perempuan.

walaupun kitorang ni umur dah 24, satu benda yang aku dengan dia sama-sama apply ialah masa maghrib tak boleh merayap. kalau keluar siang, sebelum maghrib kena dah sampai umah. kalau keluar malam, kena lepas maghrib. so biasa kalau aku dating dengan dia tak akan lama. sama ada siang, atau pun malam. tak pernah nya siang membawa ke malam sebab obviously dia kena balik masa maghrib. aku pun kalau kat rumah macam tu gak cuma nya aku kat hostel kan?

aku dengan dia walaupun suka cakap ayah kitorang ni mengongkong lah apa lah, tapi secretly adore ayah masing-masing. it really shows. F tu even on our first date pun aku dah boleh nampak semua tu sebab dia sangat banyak cerita pasal ayah dia. and aku rasa itu juga salah satu sebab dia sendiri masuk bidang kesihatan.

aku tak adalah nak jadi macam ayah aku. tapi aku nak lah cari laki yang ada tempias perangai or personaliti macam ayah aku. ehem. alhamdulillah lah, bayang tempias nya tu macam dah nampak sikit. :) 

bab makan pun sama gak. betapa aku ni tak suka makan sayur, dia pun sama gak. aku dengan dia sama-sama memilih kalau bab sayur. kitorang sama-sama tak suka makan sayur bentuk daun macam sawi ke kangkung ke. dia suka bendi, aku suka kacang panjang.

ok, aku pulak dah macam bosan taip pasal kesamaan aku dengan F ni. hahaha. apetah lagi orang yang baca ye tak? haha. tapi banyak lah. banyak sangat yang sama. aku kadang-kadang suspicious adakah F rancang segalanya supaya aku dengan dia nampak sehati sejiwa? gila tak? aku siap suspect macam tu sebab terlalu banyak yang sama kadang-kadang. even history cinta terakhir kitorang pun lebih kurang sama.

tapi hari ni yang aku tak boleh blah ialah, aku baru je makan kfc dengan family aku petang tadi. tapi makan tapau kat rumah lah, lepas fetch idin dari tempat kerja singgah drive through kfc kat larkin. and aku tak inform pun kat F yang aku makan kfc. gila apa semua benda nak report? dalam kul 8 gitu masa tengah msg dengan dia tiba-tiba dia cakap nak stop sebab mak dia call ajak makan kfc dengan family. so dia nak gerak gi kfc.

tak freaky ke? hahaha. ok, maybe tak freaky pun, aku je over lebih. cerita pasal kesamaan aku dengan F panjang lebar hanya untuk sum up story pasal family dia dengan family aku sama-sama dinner kfc pada malam yang sama. haha. memang over.

BUSTED weh!




lama aku tak layan BUSTED ni. ni music yang aku layan zaman muda mudi remaja dulu. band BUSTED ni syiok gila. tapi dah split dah. kalau bosan-bosan dengar lagu-lagu BUSTED ni memang terhibur sebab lagu dia sesuka suki je. semua bentuk penceritaan and straight forward gila kalau baca lirik dia.

so, sesiapa yang tak pernah dengar lagu BUSTED, sila layan. untuk further explore tentang BUSTED ni, aku suggest korang dengar lagu 3 am dengan who's david. di jamin menghiburkan. :)

just because its fairy tale, doesnt mean it ended with happily ever after.

aku baru je selesai sesi berchatting dengan F. sesi berchatting yang sangat panjang hari ni nampaknya. ceh, macam zaman baru bercinta dulu lah plak. alah, nak buat macam mana? dah jadi long-distance relationship (tak ada lah long-distance sangat pun kot) balik, terpaksa lah guna kan teknologi semula.

siap berchatting kat fb tu. betapa gigihnya. malas nak on ym. luckily malam ni fb tak carik pasal dengan aku. topik berchatting tak ada lah nak meluah rindu kejadah haram pon. nak berlovey dovey ke hape lagi lah tidak. nak tahu apa aku chatting kan?

haha. kami bergosip. ya! bergosip. aku yang mulakan dulu gosipnya. aku gosip pasal ex aku and tunang dia. haha. loud and clear aku bagitau. takde nak selindung-selindung. kalau ada haters baca blog ni mesti nak cakap aku ni reveal kelemahan aku and kebodohan aku pada orang. pastu konon macam kesian lah kat aku sebab bodoh sangat pergi reveal weakness aku kat sini.

tapi nak tau tak siapa yang lagi kesian? yang lagi kesian ialah orang yang datang blog aku semata-mata cari point nak jatuhkan aku. cari bahan nak mengumpatkan aku dengan orang lain yang maybe tak baca pun blog aku and tak pernah tau pun aku ada blog. tiba-tiba ter..tau pasal aku sebab ada orang bawak mulut. ok, dah lah enough with the haters. lantaklah nak pikir aku bodoh ke apa. dah memang aku mengumpat pasal ex aku dengan F, so what?

ok, anyway, mengumpat rancak gila. eh, taklah exactly mengumpat pun. just cerita-cerita je. macam tak adalah aku nak cakap pasal keburukan dia sangat pun. F ni memang layankan je aku kalau bergosip. dia memang on je. tiba-tiba je , semacam suis aku dah tak rasa nak cakap pasal ex aku lak. tiba-tiba aku nak cakap pasal ex F lak. tak ke haru tu?

F pun sama je dengan aku. ex dia curang gak. tapi, dah banyak kali aku tanya dia pasal ex dia. jarang nya dia nak cerita. dulu dia taknak cerita sebab dia taknak ingat benda lama. bila dah lama couple dengan aku, dia taknak cerita sebab dia kenal perangai aku and dia tau aku akan jeles.

tadi tiba-tiba je aku rasa nak bergosip pasal ex dia. aku tanyalah nama penuh ex dia. sebab aku nak search kat facebook. gigih kan? ya, aku gigih. kalau tengah mood stalker tu sampai, memang aku gigih! search punya search sekali, CUN lah plak ex dia. siap aku tak percaya, siap aku tanya lagi, "ex d tu dulu TIGS ke?"  "aah b, nape?"  perkh, confirm itu orang nya.

low self esteem jap aku jadinya. siap aku tunjuk kat nurin, nurin pun cakap, "eh, aah lah cun lah..." tapi lepas tu dia sambung, "cun la tapi macam tak ada personaliti..." ok, itu ayat yang nurin akan cakap bila dia nak sedapkan hati aku. so clearly nurin memang rasa minah tu cun. tiba-tiba termenyesal sebab nak tau siapa ex dia.

lepas tu oleh lak aku gatal tanya camne dia kenal ex dia. of course lah dia taknak cerita kan? apa ke hampeh nya percubaan aku tu. tapi pelbagai taktik lah aku gunakan. merayu semua sebab curious nak tau camne dia tackle ex dia tu. you cant imagine how curious i am.

dia mula memang sumpah taknak cerita lah kan. dia kata dia kenal aku. nanti aku confirm jeles semua. lepas tu aku bagi ayat manislah kata kalau cemburu tu tanda nya sayang lah apa lah. pastu taktik paling keji ialah nak merajuk kalau dia taknak cerita. so akhirnya mengalah jugak lah dia.

ok. sekarang menyesal kali kedua lah pulak setelah mendengar cerita dia tentang kisah cinta dia dan ex dia.uwaaaaaa! cis. kisah yang kalau cerita kat orang, orang akan macam, "waaaaaaaaaa!" apa? ingat aku nak cerita kat sini? kirim salam lah ye. ok, no wonder lah kesan luka tu mendalam sangat pada dia. sampai nak sebut pun dia taknak.

di akhir cerita apa jadi pada aku? oh my God, of course lah aku jeles weh. lepas tu aku pun terdetik patut ah senang sangat aku fall pada F ni. dia memang something. siapa yang ketinggalan, boleh baca sini dan sini. tapi lepas dengar cerita dia dengan ex dia, aku macam, oh no wonder lah.

apa yang aku dapat simpulkan diakhir perchattingan kami, fairy tales doesnt always end up with happily ever after. kisah cinta yang dicereka kan sangat indah, sangat romantik, sangat menyentuh jiwa, tak semestinya akan menjanjikan kebahagiaan pada hujung nya. aku sendiri pernah cerita pasal kisah cinta aku dulu yang aku anggap sebagai portfolio hidup aku.

aku rasa beban sebab setelah segalanya berakhir aku tiada lagi portfolio yang selalu aku usung ke sana ke mari. inilah ketentuan nya. lepas tu aku cuma senyum sendiri. masa tu F dah pergi tido lah kan sebab dia kerja esok, aku tidur lambat takpe. aku penganggur je pun.

aku tahu ada orang rasa ragu-ragu dengan keputusan aku. macam, bukan ke aku baru je kenal F tu? baru? kau rasa baru la kut sebab bila masa je kau jumpa aku? kalau kau duduk ngadap aku macam sahabat-sahabat aku kat maktab nun, mesti kau sendiri rasa macam kau dah kenal F tu.

takpe. aku tak salah kan sesiapa. benda macam ni kau cuma boleh rasa. kau tak boleh nampak, kau tak boleh sentuh. so, really its not anyone's fault to think that way.

dah lah. enough dengan kemerapuan di malam hari ni. esok pun aku kena hantar mak gi sekolah. budak-budak amik result PMR kan?  sebelum aku merapu lebih jauh baik aku tamat kan entri ni. selamat malam dunia!

Wednesday, December 22

argh!





time aku rajin update blog hari tu, terkial-kial lah ada satu je buffered earning. ni time aku dah mula emosi, moody, jiwa kacau, malas nak update, BE timbul macam jerawat timbul kat muka aku lak. nak meroyan nya rasa!

marilah berdoa semoga kemeroyanan aku ni mampu mendorong aku untuk rajin menulis! kalau tak sia-sia je BE aku tu nanti. nak dapat bukan nya senang!




p/s: dengki nya aku tengok orang yang happy-happy macam ada rainbow kat hati. sebab aku tengah jiwa kacau, jiwa sensitip tengah musim nak marah orang je rasa.



random thoughts.

aku tengok budak kecik main kat playground buat aku berfikir, betapa naif nya diorang masa ni. main nyorok-nyorok, main gelungsur, main buaian. main dengan mana-mana budak yang ada kat playground tu gak. within seconds dah boleh klik. terus je lantik siapa yang kena jadi tukang carik kalau main nyorok-nyorok.

aku wonder sangat, bila kah moment nya diorang decide untuk jadi sesuatu. jadi player yang puaka, jadi si bastard yang mulut macam sial suka mengutuk perempuan, si skema yang tak ada chance dengan awek hot atau si alim yang menundukkan pandangan bila berselisih dengan perempuan.

adakah itu ketentuan atau satu pilihan yang mereka buat sendiri? adakah mereka memilih untuk jadi skema? adakah mereka pilih untuk jadi puaka? macam complicated pulak bila difikirkan. tapi aku memang wonder, bilakah masanya yang diorang mula mencapah ke haluan masing-masing? bilakah masanya diorang bukan lagi budak kecik yang naif and bolek klik dengan sesiapa saja kat playground?

lately, kepala aku asyik pening. dalam handbag wajib ada panadol. and aku mulai emo gila. jerawat pun macam hape ntah. and usual bila benda ni jadi aku malas make up. bila malas make up sebenarnya buat aku malas nak keluar. maybe dah sampai that period of month kut. dahsyat betul sindrom aku ni. kenapa orang lain ak macam ni?

dengan surat posting tak sampai-sampai lagi. memang lah aku nak memberontak. hidup macam tak ada hala tuju. duit tak ada, nak shopping ke, jalan-jalan ke limited sangat. hati tak tenang nak merayap dengan poket kosong. and bila dah tiba umur macam ni, nak mintak duit mak ayah tu segan nak mampos macam nak masukkan muka dalam kotak. ego kut sebenarnya.

ok, dah start pening kepala balik. panadol!! mana kauuuu??

Tuesday, December 21

persimpangan.

kadang-kadang aku terlupa betapa ego nya aku. terlalu ego sampai kebanyakan masalah aku prefer simpan sorang sebab aku tak tahu pada siapa nak mengadu di mana orang tu takkan judge aku sebagai lemah. dan betapa sukar nya ego tu nak diruntuhkan sebab ego tu sendiri dibalut selaput yang keras iaitu kedegilan aku.

ego tu memang baru bercambah, semenjak aku cukup dewasa untuk tahu pasal perception orang terhadap diri aku. im not easy to handle, hell no, im not easy to be accepted. nak terima perangai aku, nak terima aku seadanya makan masa. because the fact is, im intolerable.

akan tiba masa aku rasa tersangat lah sunyi walaupun berada dalam hinggar. terasa yang aku bersendirian menghadapi dunia yang penuh cabaran dan rintangan. penuh dengan persimpangan yang menuntut aku buat keputusan, dan sekali keputusan salah dibuat, memang jahanam lah perjalanan seterusnya.

macam mana berhati-hati pun, kadang-kadang manusia memang ditakdirkan untuk buat keputusan silap. konon nya sebagai pengajaran di masa hadapan. sebagai panduan, sebagai pedoman. tapi keputusan silap tu juga kadang-kadang buat manusia nak elak jalan yang ada persimpangan macam tu. supaya tak payah pilih dan bila tak payah pilih tak kan ada pilihan yang salah.

kesilapan juga boleh buat manusia takut untuk hidup. even manusia yang ego, manusia keras, degil. manusia yang rasa dia independent tapi sebenarnya clingy. manusia yang kisah dengan apa orang fikir sampai pengaruhi hidup sendiri.

nak sangat aku intai masa depan. 5 minit pun cukup lah. cuma nak tengok adakah aku kaya? adakah aku berkuasa? adakah aku mulia? adakah aku bahagia?

lama tak menulis, bila menulis emosi gila. orang yang baca mesti rasa nak hantuk kepala.

Friday, December 17

sentappp.

kejadian: di dapur.

" long, kenapa kau nangis?" tanya faiz dengan gaya penuh metroseksual. tak dapat bayang kan? sila mempunyai adik metroseksual, baru kau tau.

" kau ni betul-betul nak tau ke saja-saja je tanya?" soal ku penuh curiosity. buang tebiat ke dia nak concern kat aku?

"betul la. aku nak tau..." still, mengekal kan gaya metroseksual. jenis butiran percakapan tak berapa nak jelas tu.

"kalau kau betul nak tau, panjang cerita nya"  aku sedikit excited kerana ada insan sudi mendengar.

"pendek kan. kalau panjang aku malas nak dengar.." muka dia? yeah, selamba aja.


cis punya adik. tapi aku end up summarize kan jugak apa terjadi. muka dia bukan berminat sangat pun nak dengar. lelaki memang bengong! sentappp siot aku.



p/s: it was nothing. as usual aku suka over exagerate things. tolonglah fahami aku.

hidden tears.

its been a while since i last cried. seriously dah lama. and its been a while since i last cried like HELL. nangis sampai hidup tersumbat and buat aku sesak nafas. nangis sampai dehydrated lepas tu badan aku panas and kepala aku pening.

who said big girls don't cry? big girls do cry especially ME.

kalau dulu bila berdepan dengan masalah macam ni, sambil nangis teresak-esak mesti grab phone and call siapa-siapa untuk listen to all the whinning. be it boyfriend or bestfriends. mesti mengadu dengan sangat emosi dan mengharapkan tempat mengadu tu berkata, " kau tak salah, memang dia tak patut buat macam tu..."

jahat. memang pun. tapi aku macam tu. aku tau ada orang tak suka dipujuk bila dia sedih or down. tapi aku nak dipujuk. that's just me. tapiiii, itu dulu.

sekarang ni, ntah lah kenapa. mungkin atas dasar dah dewasa, even masa tengah emosi menangis pun masih sempat berfikir, "apa orang akan fikir kalau aku ngadu pasal ni? nanti burukkan dia plak.." tiba-tiba fikir pasal maruah orang. dulu memang tak ada lah nak fikir tu semua.

then, niat nak ngadu kat boyfriend, tapi terdetik, "tak pelah. takkan benda macam ni pun nak mengadu? dia kerja. takkan nak bug dia dengan benda macam ni?" how mature my thoughts are. kalau dulu, jangan cakaplah. shai kat sarawak tapi aku pernah call dia mengadu sikat aku patah. siapa ntah patahkan. how immature was that?

so ending nya tadi, aku cuma menangis tersedu-sedan sorang-sorang. sampai kepala memang dah pening gila. sampai sesak nafas and aku kena ubah position baring supaya hidung aku tak tersumbat and aku boleh bernafas. how ugly was that.

lepas tu tidur. oleh sebab terlalu emosi, sampai masa tidur pun termimpi berdoa supaya tak dapat posting jb. mimpi ya. betapa terjejas nya aku waktu itu. tapi lepas tu bangun dari tidur dengan terhuyung-hayang. and bila boyfriend call and detect suara tak best, terlalu susah nak spill out kan. sampai kena mesej sebab taknak boyfriend rasa diketepikan dengan apa yang dirasai.

hurm. being adult is surely SUCKS. aku dah mula rasa macam ni. this is only a start. lepas ni hidup aku mesti berkitar nak pleasant orang lain semata. semua kena fikir orang lain. even time sedih and down pun aku fikir orang lain.  :(





if this what it takes to be an adult, aku seriously tak sabar nak jadi orang tua. masa tu orang akan kena jaga perasaan aku balik.

keras.

kejadian ini berlaku di waktu petang, ketika ayah baru balik kerja. kebiasaan nya, bila ayah balik kerja aku dengan nurin terus siapkan makan. ambik pinggan, cawan, mangkuk basuh tangan, cedok lauk, cedok nasi and buat air nescafe ayah.

walaupun dah ada maid, tapi masak-masak mak yang buat. aku dengan nurin tolong. maybe sebab bibik tu masak tak sedap? haha. kezam sangat tu ain. anyways, beras yang kitorang guna sekarang ni sangat pelik. ia memerlukan sangat banyak air. biasanya aku masak nasi guna portion air dan beras yang sama, it works perfectly well. but then the other day, aku masak, nasi menjadi kind of keras.

ok sambung cerita. masa aku tengah bancuh nescafe kat dapur basah, ayah tengah cedok nasi kat dining table. tiba-tiba je ayah bersuara,

"nasi hari ni lembik lah pulak. siapa yang masak?"  cis ayah ni. ada je yang tak kena.

"lembik sangat ke? harini nurin yang masak...." jawab mak cuba mendefend pompuan gila tersebut.

" hahaha, kadang-kadang benda macam ni pun boleh reflect personaliti orang" kata ayah sambil ketawa kecil.

whatttt? personaliti hape nya plak ayah ni. dah lah gelak tak bersalah. tiba-tiba aku bersuara dari dapur,

"along dengar lah! ceih! nak cakap along ni keras lah tu!!!!"

lepas tu ayah ketawa tapi cuba deny kata-kata aku. eleh padahal aku rasa ayah memang fikir aku ni 'keras' pun. not as in keras macam laki ke apa. aku ni still ladies ok. still suka shopping, gilakan handbag, obses terhadap figure badan. that's all ladies kan? tapi personaliti aku. aku degil. walaupun aku nampak macam obidient sangat, aku sangat keras and deep down inside i rebel.

unlike nurin yang kita nampak macam rebel sebab dengan tak pakai tudung nya, pernah sneak out jumpa bf nya (sekarang dah ex) and other stuffs lagi, deep down inside dia adalah soft. sangat mudah mintak maaf even though dia tak pasti dia salah ke tak. mudah mengalah walaupun dia sebenarnya anak bongsu and tak perlu pun nak mengalah. compare to me? aku belum tentu akan apologize even if aku tau itu clearly salah aku.






p/s: aku dah malas nak peduli pasal berat lagi. its hard to resist food. to be exact, the yummy ones.

p/s/s lagi: aku rindu F. ada sesiapa lagi rindu bf dia, angkat tangan?

Tuesday, December 14

bicara hati gadis itu.

dia suka carbs-based food macam roti. kalau pergi bakery dia boleh rambang mata, like everything pun nak sauk. siapa nak kirim kena specify kan bilangan sebab dia tak kan share roti dia. yeah, dia memang kedekut. dia paling suka roti yang ada floss. be it spicy or not. dua-dua pun layan.

sayur adalah macam archenemy dia. when it comes to vegetables, she tends to be choosy. antar sayur yang dia makan adalah sayur pucuk ubi yang dimasak oleh nenek dia. kalau sayur berdaun lain tu payah sikit lah nak telan. boleh keluar air mata kalau disuruh telan sayur daun.

seriously, she's not into snack macam twisties ke apa. potato chips pun kureng. kalau nak kena munching masa menonton something, she'd pick something with bread, ahhh, hot dog seemed nice. tapi kalau kat cinema sekarang jarang dah jual hot dog. kenapa ek?

bila going on road trip, surely akan singgah petrol kiosk. mesti beli barang makanan nak munch during the journey. maybe orang lain akan ambik keropok, chocolate, but not for her. dia punya taste kalau singgah petrol kiosk, mesti nak kacang. not just ordinary nut k? pistachio lagi you. gila high taste.

fast food memang obsession dia. tapi tak kira ke mana pun fast food yang di tuju, burger akan jadi pilihan hatinya. havent i mention earlier? she love carbs-based food. so bila orang lain sibuk makan ayam kat kfc, she settled down with burger. kesimpulannya kat mana jelah pun, tak dapat roti or nasi macam nak putus nafas je.

dulu dia kind of kurus. kind of lah. masa sekolah the boys siap panggil dia papan. like sekeping je kan. tapu baru-baru ni dia dapat banyak komen tentang badan dia macam dah naik. of course lah dia risau. of course lah dia concern. kata anak dara, kalau tak concern tentang fizikal, apakah?

so, dia decide nak try amalkan healthy living. try exercise and makan makanan seimbang. this includes taking vegetables. and then try taknak makan malam. semua nya demi menurunkan berat badan. pada mulanya nampak macam dia sangat bertekad. pagi and petang berjogging. malam tak makan. wah, memang magnificent!

kusangka panas berpanjangan. rupanya gerimis mengundang. rupanya segalanya cuma untuk seminggu dua. kemudian dia dah terlupa tentang segalanya. dia makan tak beringat. senaman dilupakan. hidup sangat heaven dengan pelbagai makanan yang kurang sihat dan semestinya menggemukkan. petang makan goreng pisang, malam makan roti cheese telur kat kedai mamak. whatt???cheese telur. memang diet suicide.

kehidupan normal je. dia langsung tak mengesyaki apa-apa sehinggalah pada suatu hari dia dan keluarga mebeli-belah di tesco. entah kenapa tiba-tiba saja mesin penimbang seperti melambai-lambai padanya. "naik lah aku, naik lah aku, naiklah aku" terngiang-ngiang di benak nya suara hati penimbang itu.

tanpa sebarang perasaan sangsi, dia pun menaiki penimbang itu dan memasukkan syiling 20 sen. tiba-tiba.,

"ARGHHHHHH!!!!!!!!naik lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!"

dia meroyan seketika. rasa nak menangis pun ada. mengenang nasib diri yang bakal jadi gemok buncit sedikit masa saja lagi.

tapi,















petang tu bila seisi keluarga pergi makan kfc, dia order regular x-meal dengan cheesy wedges.




ok, jadi nak salah kan siapa? salah ibu mengandung ke? ke salah bapak yang buat?

dishes talk.

kejadian ini mengambil tempat (took place) di dapur ketika aku dengan mak tengah harmoni basuh pinggan.

"boleh lah mak, boleh lah...." kata nurin sambil tersengih-sengih.

pompuan ni dah beberapa hari merengek nak mintak hp abru kat mak dengan ayah. tekad gila dia. baru-baru ni dia buat tarian hp di mana dia berjoget-joget depan mak ayah aku yang sedang enak menonton TV sambil menggayakan hp dengan harapan mak dengan ayah faham hint dia.

tapi ayah cuma cakap,

"adik ni kenapa? dah tepi sikit ayah nak tengok TV"

whattt? hahaha. kasihan. tapi percayalah itu langsung tak lumpuhah kan semangat dia. alomost every day aku dengar dia merengek-rengek kat mak ayah. hari ni sekali lagi. urgh. lama-lama jadi irritating lak.

"kau nak buat apa hp baru nurin? hp kau bukan baru tukar ke lepas SPM hari tu?" tegas si kakak sulung yang annoyed.

"alah, mms aku macam dah rosak lah. alah, biar lah aku nak tukar baru pun..." menunjukkan kedegilan nya di situ.

"masalahnya hp yang kau nak tu nilai nya dah boleh beli notebook sebijik tau tak?"

"alah, takpelah. " dia dah malas nak reasoning dengan aku. yang dia tau, dia nak gak hp baru.


"hm, suka hati kau lah. aku ni hp dah buruk terkopak-kopak tapi malas nak tukar. kalau aku ada duit pun, tak ada nya aku nak tukar hp. zaman tukar-tukar hp dah berlalu dah" kata ku dengan gaya bajet matang. hahaha.

"eleh dik, zaman hp dah berlalu konon. padahal dia dah sibuk nak kahwin tu. hahahaha" kata mak dengan tak beragak sekali.

then dua-dua objek tersebut gelakkan aku.
















seriously, those wedding joke had to be stopped. makin berleluasa mak dengan ayah aku ni.

Monday, December 13

disposing ain, is damn easy.

malam tadi aku dapat tahu satu benda. and benda tu buat aku pissed off gila. sebab benda tu dilakukan oleh orang yang aku panggil sahabat. benda yang dia pernah buat suatu ketika dulu and aku marah, now dia ulang lagi. serious aku marah. sebab aku terfikir, kenapa dia buat macam ni?

and macam-macam bermain dalam fikiran aku semalam. rasa macam nak balas dendam pun ada. sebab aku geram sangat. but then someone ni cakap pada aku, "kau anggap dia bestfriend kau, tapi adakah dia anggap yang sama?"

dengan soalan tu, aku terpana kejap. maybe, aku exagerate things je. walhal pada orang lain nothing. even for that particular person pun maybe semua ni nothing. mungkin dalam hati dia, "eh kenapa dia ni nak freak out sangat?" yeah, maybe.

bila dah terfikir benda tu aku mula berhenti nak benci dia. aku terfikir, if i meant nothing to her, why should she matter to me? and then aku jadi sedih. sedih gila dengan diri sendiri. sebab one thing pasal aku ni, sejahat-jahat aku, busuk nya hati aku, evil nya niat aku, aku tak sewenang nya nak cut off people from my life.

sesiapa pun. orang yang pernah matter, pernah jadi penting. aku tak cut off them easily. melainkan orang-orang lain yang semudahnya buang aku. aku ni terlalu keji ke? tak ada langsung perkara yang boleh buat orang rindu pada aku ke? aku ni useless ke?

scandals, ex-boyfriend even friends. senang je aku dibuang. selama ni aku memang dah fikir dah tentang ni. bila orang yang aku duk berkawan masa aku single, terus walk away bila aku dah couple dengan F. not firgetting my one and only ex-boyfriend. walhal pada awalnya aku dengan dia berkawan. tapi bila dah putus he seems like he wants nothing to do with me.

and semalam kind of kemuncak bila aku realise even kawan pun macam tu. aku sedih sebab despite apa yang yang dia pernah buat kat sekolah dulu and years after that, deep down inside aku masih anggap dia sahabat. i used to tell her everything. i wont forget that kind of person. but knowing how easily she disowned me, it break my heart so bad.

and pagi ni aku bangun dengan rasa tak bersemangat langsung. im a bad person. people throw me away like they throw tissues after they blow their nose. takpe lah. semua orang dah ada life sendiri. so is she. good luck  with her life. may she get all the happiness in the world.

maybe you have your own explanation, maybe not. maybe you just dont wanna give a damn at all. i wont know, because you wont tell. so i think this is the end of us. have a blast life surrounded by your other angelic friends. hotter i guess.

Sunday, December 12

suatu senja di dalam kereta...

kejadian berlaku dalam kereta, on the way nak balik rumah dari holiday plaza. waktu maghrib, so lagu nasyid lah berkumandang kat radio. at that time yang berkumandang adalah lagu kasih kekasih inteam. lama tak dengar lagu tu, so aku menyanyi-nyanyi lah. tiba-tiba nurin cakap,

"long, nanti masa kau kahwin pasang lagu nasyid je eh?" nurin tiba-tiba bersuara. barangkali dia irritate dengan nyanyian aku.

"eh, taknak lah. aku dah cakap dengan ayah nak guna orkestra keroncong yang macam kat wedding cikgu sekolah mak kat pasir gudang tu.."

"1500, kau nak ke long?" ayah menyampuk.

"ha? hari tu ayah cakap 600 je..." jawab aku sedikit hampa.

"itu harga untuk orang pasir gudang je. kau bukan orang pasir gudang..."

"alaaaa.. yeke?" 

"alah. apa susah? kalau hantaran 10 000, tambah je lah lagi 1500" ayah jawab selamba.

"hurm, kalau gitu tak payah ada muzik iringan lah masa along kahwin, biar senyap je..." aku cantas.

"alah, kenapa long? dia kan banyak duit..." ayah selamba lagi.

"mana ada dia banyak duit yah? biasa jela..."

"ayah dia banyak duit long..." ayah membuat assumption dengan confident sekali

"ayah along pun banyak duit, apa kata ayah along yang bayar orkestra keroncong tu?" aku jawab dengan sinis skala ke lapanpuluhlapan.

"masalah nya dah peraturan nya macam tu long. laki kena bayar"

"siapa cakap? ayah dulu bayar semua ke mak?" tiba-tiba aku nak libat kan mak.

mak senyap. hahahaha. yes! ok, aku tau aku main kotor tapi ayah pun sama. tak habis-habis dengan lawak yang bakal suami aku kena bayar semua. what the fish? its bad enough laki nak kena sediakan duit hantaran. and disebabkan duit hantaran tu gak lah pihak perempuan dikenakan tekanan untuk buat majlis terbaik. yelah kalau hantaran nya 10 k, majlis kena lah taraf 10 k kononnya. aku bengang dengan orang yang mulakan semua ni. menjadikan kahwin tu susah dari segi duit.

aku tak kisah kalau kahwin ni jadi susah dari segi lain. i mean kalau selagi tak pass satu ujian ni tak boleh kahwin. selagi tak ambik kursus kahwin, takleh kahwin, selagi tak amik HIV test, takleh kahwin. those are the difficulties i could still live on. tapi selagi duit tak cukup untuk buat majlis kahwin tak boleh kahwin? what the ****!

true, kalau duit hantaran pun takleh nak sediakan, macam mana nak provide for the family. menyediakan untuk keluarga tak semestinya memberikan kemewahan pun. sediakan rumah, tak semestinya kena rumah banglo or apartment. rumah flat pun rumah gak, rumah kampung pun rumah gak. asalkan dapat berteduh dari panas dan hujan.

sediakan makan, minum, pakai. tak semestinya baju kena branded, makan manjang kat 5 star hotel. baju bundle pun baju gak, makan nasi lauk ikan goreng je pun makan gak. so kenapa? kenapa kena emphasize sangat pada wedding? urgh, here i go again with weddings. aku ni dah macam anti wedding pun ada.

anyway, apa pun aku harap aku akan buat ikut kemampuan je. ukur baju di badan sendiri. aku tak adalah nak kutuk orang yang buat grand.seriously, itu hak orang, diorang ada duit biarlah. aku cakap macam ni sebab aku tak ada duit. percayalah kalau aku banyak duit, aku pun boleh spend sampai 5000 untuk pelamin sahaja. but then, aku tak ada duit sebanyak tu. so, settle down dengan apa yang ada jelah.

so yesterday.

here's something i did yesterday.

pagi aku kena ikut ayah gi karnival kitar semula kat bandar dato' onn. its not like i have anything else to do kan? and of course, ayah is actually working, tak adalah saja-saja dia nak menyokong program kitar semula ni kan? mula-mula tu aku dengan nurin macam malas nak ikut. macam lame gila kan?

tak boleh blah ayah boleh cakap, "ada zainal abidin tau!"

uuuuu..we're so excited ayah! duh, like im zainal abidin's  biggest fan. lain lah kalau ezad exist kan or should i say ezad lazim now? hehe. dah lah ayah force aku dengan nurin pakai t-shirt free kaler bright green tu. that's just colour, dont make me even start on the size of t-shirt. nurin punya saiz XL while im wearing the same size as mak and ayah, 2XL. whatttt?

yeah, memang lah aku dah a abit fat. a bit k, not a lot. what was ayah thinking giving me 2XL size t-shirt? but he's like, "ayah amik je, dah orang bagi. bagus lah, pompuan takkan nak pakai ketat-ketat lak"  ok, that's what we call helah bela diri ye.  dah paksa orang pakai t-shirt hijau striking size 2XL nak bersyarah pasal pakai ketat-ketat lak.

and aku tak boleh nak stop helak bila tengok nurin. baju dia dah macam maxi yang kita buat tidur tu. haha. memang hillarious weh.

 this is how i looked like without make up on. damn u devilicious SCARS! 

 nurin mengenakan baju tidur kaler striking green. hahahaha


 blergh! booooooooooooooooring. even mak pun tidur ok?


yeah, ayah don't lie. tapi not bad lah mamat ni. suara dia nyanyi live adalah best.


petang lak aku ke kulai, gi house warming cik adibah adam. seriously, aku asyik tersalah jalan then kena u-turn. dah sampai kat bandar putra pun terpusing-pusing nak cari jalan tiong 18. dah lah datang rumah diba dengan perut kosong. melampau gila perangai. 

kalau tak ada makanan baru lah menangis tak berlagu. actually balik dari karnival kitar semula tu, terus mandi and siap-siap. so tak sempat makan.nasib baik rumah diba banyak makanan. lazat lak tu. aku dengan nurin tambah sampai 2x. haha. puding roti kau sedap diba. nanti aku datang, masak kan lagi ye. nurin konon malu-malu. tapi bila aku bangun nak tambah, dia tambah gak. dasar piranha!

bangang lah tudung aku terkebelakang!


minah kera sumbang tak reti nak buka mulut, bila tak ada orang layan main hp jelah kau.


aku tengah ngeri diba cerita pasal braces. maaf lah cik gigi, aku terlalu penakut nak betulkan korang. sampai tua lah aku menjongos nampak nya!


adibah and amani. comel adik kau ni diba. pandai dia amik angle nak amik gambar.

Saturday, December 11

my sassy girl.

nurin tengok my sassy girl tadi. tapi versi inggeris. aku pernah dengar orang cakap versi inggeris tu tiru my sassy girl verso korea. aku pun tak tahu mana satu yang betul. apa yang pasti, aku pernah tengok my sassy girl versi korea ni long time ago.

im not a big fan of korean film pun actually. ive been asked by someone to watch this film. someone once special in my life. at least for 7 years he was. bila dia suruh aku tengok cerita tu, aku membayangkan dia rasa nasib dia macam lelaki tu. sebab aku memang macam pompuan tu. aku bossy. i want things to be my way. and most of the time, dia mengalah je dengan aku.

aku cerewet. aku paranoid. semua nya kena ikut cara aku. apa aku fikir je betul and of course it always leads to fight. tapi selalu nya lepas berbaik, aku mesti akan tanya,

" perangai ny ni teruk. hm, boleh ke b bertahan dengan ny?"

and without failed, he'll always answer,

"selama ni pun b boleh bertahan, mesti lah b boleh bertahan punya"

but guess what? he lied. dia tak dapat bertahan pun.

benda ni kind of buat aku paranoid. i mean, aku masih aku. bossy as ever. always wanting things to be done my way, part ni semua aku masih tak berubah. ada lah 2,3 perkara yang major berubah effect dari break off tu. but it doesnt include these.

setahun dengan f, of course banyak yang berubah. maybe sebab cara f treat aku berbeza? aku pun tak tahu. despite that, i never stop thinking about will f manage to put up with me. aku asyik fikir je. boleh ke dia bertahan? ini baru setahun. adakah pada tahun kedua, ketiga, keempat atau kelima baru dia nak cakap dia tak tahan?

tapi lepas tengok sassy girl tadi, i couldnt help it. rasa nak tanya gak. and yeah, i asked. and it broke his heart. :(

im sorry sayang. but although it might not be the same answer for each time. at that particular time, i just need to know the answer..

Friday, December 10

ordinary but different.

selalu nya, rutin pagi aku ialah,

bangun menunaikan subuh gajah yang paling awal pun 6.50, paling lewat? you figure!
dah bangun, keluar bilik for the sake of ayah. kalau tak dia tak berhenti panggil nama nak suruh bangun.
sementara mak, ayah and idin having breakfast, aku tidur kejap kat sofa depan.
lepas mak, ayah and idin habis breakfast and ready to go to work, aku bangun untuk salam mak and ayah.
then, sambung tidur sama ada di sofa atau masuk bilik semula
bangun hanya pada jam 11 ke atas, pergi dapur and buka tudung saji untuk cari makan
brunch depan TV sambil tengok starworld.
then when its time to fetch mak, gi drive ke SAB untuk fetch mak.

ok, that's the usual routine. but today, its slightly different.

bangun menunaikan subuh awal sikit dari biasa iaitu 6.40.
terus keluar bilik and golek-golek kat sofa, masa ni ayah belum turun breakfast lagi.
masa nak gi kerja ayah cakap tengah hari ayah akan balik lunch so aku kena masak. WHATTT? ok, benda enteng, tak de hal.
hari ni kena hantar mak gi sekolah sebab ayah dengan idin dah lambat.
hantar mak gi sekolah dengan baju tidur. pedulik hape aku.
balik buka fridge, cari ilham apa nak masak hari ni.
decide nak masak ikan kembung masak lemak cili api.
tapi cili api dengan santan tak ada. terpaksa ke kedai beli santan and cili api.
balik, suft internet untuk confirmkan balik ramuan yang diperlukan (ceih, kalis baek punya, cakap jelah memang tak tahu resepi)
kul 10 dah siap-siap nak masak.
oleh sebab bibik tu tak payah masak, macam-macam aku arahkan dia buat. cuci longkang lah.bersihkan dapur lah. ha, nasib kau lah mem kecik bangun awal hari ni.
oleh sebab malas nak masak sayur aku masukkan bendi sekali dalam lemak cili api tu.
sambil masak asyik buat bising nak suruh nurin bangun. aku jaki dia tidur tak bangun-bangun.
lepas masak and basuh pinggan and mangkuk kotor, aku suruh bibik mop lantai dapur yang berminyak aku kerjakan. haha.
kul 11 dah siap, terus online.
terpikir nak blog pasal aktiviti pagi ni, gi dapur untuk snap gambar masak lemak cili api dalam periuk.
bibik aku tengah lap dapur yang berminyak time aku nak snap gambar ikan dalam periuk.
dia pandang aku semacam.
ceih, pandang-pandang lak dia. suka aku lah nak snap gambar ikan ni pun.

jadi, itu lah rutin pagi ni. ordinary but different than usual. ordinary lah sebab aku bukan pergi selamatkan dolphin dalam kesusahan ke apa. normal stuff je pon. haha.

nah tengok masakan aku hari ni. dalam periuk lagi weih. kau jangan main-main, aku ni nampak je macam sengal batu, polos, naif. tapi aku masak sedap tau. hahahaha. jom jom masuk dalam bakul dan angkat sendiri. tapi betul lah. masak bukan susah weh. buat apa nak pening? masak ni macam chemistry je. :)

Thursday, December 9

3 siri yang menyirapkan darah!

aku gi giant tadi. sebenarnya nak beli sabun basuh baju je. sebab tadi aku tengah syok kumpul segala baju aku and tudung nak basuh, tengok-tengok sabun basuh habis. cis bedebah sungguh! potong stim aku betul. aku terus adukan hal ni kepada mem besar.

mem besar aka datin nariha pun suruh aku gi beli sendiri kat giant sebab petang ni, datin nariha and dato' shahruni nak gi masjid ada majlis ape ke ntah sempena maal hijrah katanya. so tidak lah berkesempatan untuk gi giant setakat beli sabun basuh tu kan? apa klass..

aku sebenarnya dah menyirap dengan maid aku tu sebab tengok sabun basuh dah habis. apa taknya, baru minggu lepas aku topup sabun tu. takkan sabun 4 kilo habis sekelip mata? ini bukan kedai dobi la bhai. ini cuma rumah dato' shahruni ja. aku siap tanya dia lagi,

"eh bibik, camne sabun ni boleh habis? saya baru buka yang baru minggu lepas?"

"ya sudah habis non. basuh nya sering (kerap) non."

"yelah tu. ke bibik ada tumpahkan sabun ni?" kataku penuh kesangsian. memang takleh percaya bibik ni. dia makan ke apa sabun basuh ni?

"ngak non. emang udah abis"

tapi lepas tu malas aku nak berdialog lagi dengan dia. kalau aku marah dengan menggunakan laras bahasa yang tinggi bukan dia paham pun. ok, jadi itu adalah siri menyirap aku yang pertama. seterusnya, aku pun gi lah giant dengan nurse kecik. lepas hantar datin nariha balik rumah, terus aku bergegas ke giant. masa tu pun dah kul 6. nak dekat maghrib tu. aku pun ingat nak cepat-cepat grab apa yang perlu je.

tapi biasalah, bila dah jadi suri rumah, pergi hypermarket ada jelah yang aku rasa terkurang kat rumah tu. sabun basuh pinggan lah, gula lah, nescafe lah. pendek kata macam-macam lah kitorang masukkan dalam troli tu. ok, dalam kul 6.40 gitu aku dengan nurin dah kat cashier lah nak bayar.

memang gaya aku bergegas gila. keluar je dari kaunter, ada 2 orang minah ni (walaupun sorang tu adalah tomboy, tapi kira minah gak lah) diorang ni aku tak tahu lah promoter apa. diorang approach aku,

"kak, dah dapat voucher ni kak? kitorang nak bagi hadiah free." masa ni aku pelik. apa kejadah? dia tak tahu pun nilai pembelian aku dan dan je nak bagi hadiah free.

"saya nak cepat ni. takpelah" aku balas lembut. budi bahasa kan budaya kita. ecewwah.

"tak kak, ni nak bagi voucher ni, akak boleh jalan terus and amik hadiah kat situ"

"eh kalau kauorang konon nak bagi hadiah microwave bagai tu tak payah lah ye. aku nak cepat ni" aku dah sedikit kasar. sebab aku tau ada golongan yang akan act macam kita menang something then sebenarnya nak menang tu kena beli something. so memang aku harsh lah kat minah 2 ekor tu.

"tak lah kak, nak bagi cawan je. akak amik voucher ni, boleh amik cawan kat depan tu" aku malas nak argue. aku ikut je. pikir lepas amik cawan tu aku blah lah.

sementara tengah jalan tu si tomboy tu nak buat lawak dengan aku,

"ada orang pernah bagi hadiah microwave percuma eh kak? best nya. kat mana tu?" aku tak balas. malas nak respon. banyak lagi small talk yang dia cuba buat tapi seriously, dah maghrib, aku malas nak layan ok?

sampai je kat kaunter tu minah tu keluarkan cawan.

"akak, company ni keluarkan 100 cawan untuk bagi hadiah. tapii, bos kitorang nak mintak nama, so kitorang nak mintak akak fill in form ni."

aku layan kan je. sebenarnya dah nak meledak gak. then ada column address tu aku malas nak isi aku takut dia hantar promotion merapu kat rumah. aku cakap lah,

"eh, column address ni taknak isi boleh tak?"

"akak isi jelah alamat apa pun kak. hospital gila ke kitorang tak kisah.." ceih, percubaan nak buat lawak? sorry i dont find it funny. aku tengah bergegas.

lepas aku fill in form tu dia keluarkan satu form yang ada gambar banyak barang elektrik. aku recognise form macam tu. seriously! and masa ni boiling point aku dah sampai.

"kan aku dah agak dah? kau nak promote barang-barang ni kan? tadi aku cakap taknak mengaku."

"eh tak lah kak, mana ada nak bagi akak microwave..." loyar buruk lagi tu dengan aku.

"tapi kau nak suruh aku dengar kau promote barang kau lah kan? sorry! nak cepat." terus je aku blah dari situ.

terpisat-pisat minah 2 ekor tu tengok aku berlalu pergi. itu lah siri menyirap kedua aku. what's the fish? terang-terang aku nak cepat. dia boleh lengah aku dengan benda yang dari awal aku dah boleh agak.

ok, aku cuba gather sanity aku balik. biasalah tu. tengah maghrib. syaitan berkeliaran. ok, zikir sikit untuk hilangkan syaitan yang duk peluk aku. then aku gi lah kat kereta. masa tengah load barang dalam kereta ada one guy ni umur early 20's, badan tak lah kurus and seriously this guy looks healthy to me. guy ni approach aku and said,

"akak, saya nak mintak sumbangan, kaki ayah saya sakit..."

whatt? you cant be serious! you are so healthy and strong yet kau mintak sedekah untuk rawat ayah kau? hello? first thing, ntah betul ke tidak kau ada ayah yang sakit kaki. ntah-ntah just create excuses untuk raih simpati dari orang yang BODOH. yeah, whomever fall for that stupid excuse memang bodoh. kau nak menipu pun bijak lah sikit. dengan baju pun elok pakai t-shirt and jeans, apa kau expect aku nak terpedaya?

second thing, kalau pun betul ayah kau sakit kaki and need money to treat it, why on earth kau kena menagih kat orang? kau sihat, muda ada tenaga, aku tengok tak ada lah anggota yang patah ke cacat ke, kau tak malu ke mintak-mintak macam tu? gi lah kerja ke apa ke. eh kalau aku malu lah weh.

kalau ikutkan hati, nak aje aku cakap,

"eh dik, awak ni sihat tubuh badan cukup sifat tak ada cacat tak ada patah, kenapa mesti mintak sedekah macam ni. nak cari duit, buat lah apa-apa kerja dik oi"

ok, itu kalau ikut naluri guru aku lah. atang nak menyekolah kan orang je kerja aku kan? tapi aku masih waras. tubuh badan dia tegap, sihat tak ada cacat. dia lelaki, aku perempuan. kudrat dia kuat. kalau dia bengang dengan aku and dia apa-apa kan aku? macam mana? nak nyesal pun tak guna kan? so, i make a favour for myself, i kept my mouth shut.

aku tak pandang muka dia. aku buka pintu kereta and cakap, "akak nak cepat dik, sorry ek" aku blah je tanpa hulur apa-apa kat dia. sopan kan aku? harus sopan weh. kan aku cakap tadi budi bahasa budaya kita. haha, kalau jadi apa-apa, nurin pun tak boleh tolong walaupun dulu dia ada belajar taekwondo kejap.haha.

jadi begitu lah 3 siri situasi yang buat aku menyirap petang tadi. takpelah. dah kata pun masa maghrib banyak syaitan berkeliaran. dah tau diri tu tak tahu kawal emosi, jangan lah berkeliaran di waktu maghrib. jadi pengajaran nya, waktu maghrib duduk dalam rumah diam-diam. sekian.

pointless.

its weird isnt it?

i talk a lot. yet i still write a lot. its like i have endless of things to say and to be spill out from my chest. i started to think it as a disease. hahaha.

i write frequent, yet in each entry, i write long. long enough that it can make people yawn at least twice. yeah, talk about a girl who is so full of herself. haha.




how come i love to bable so much?

i envy people who doesnt have to write or say much to prove a point. i always come out with elaborated statement even when i dont need to provide one.

for example this particular entry. i merely talk about something but its already a longggggg paragraph (if its being put as paragraph)

should i change?

maybe YES, maybe NO.


do i want to change?











HELL NO! yeah, i like to bable so much even about tiny, unimportant things.
but who cares? hahahahaha. *tetiba macam mereng lak aku ni*

percutian bajet.

hari tu aku ada cerita sikit punya lebat pasal hotel prescott kat klang tu kan. pastu beriya nak bagi feedback as soon as balik dari kl tapi sampai sekarang tak bagi feedback gak. actually benda ni tertangguh sebab aku tak ada gambar nak disertakan. bangang betul.

malam tu aku bergayut ntah berapa lama dengan syada. dia call aku sejam pastu terputus, then aku lak call dia sampai kredit aku habis, then dia call aku lagi sampai terputus. and the last time tu dia gak yang call tapi tetiba mati sebab bateri aku habis. syial betul aku tengah rancak bergosip boleh lak dia mati.

anyhow, malam tu memang lewat lah kan aku tidur. sebab nya ntah kul berapa aku tidur lepas gayut dengan syada. walhal aza gi shah alam jumpa mak dia. bayangkan lah dari aza keluar jumpa mak dia sampai dia dah balik semula aku tak habis-habis lagi gayut dengan si syada. tu memang hardcore punya gosip.

then, al-biasalah bila dah tidur lambat tu, bangun haruslah lambat jua. nasib lah masa tu aku tak boleh solat. tapi memang terkocoh-kacah lah. even aza pun dah bangun lagi awal dari aku. aku siap baru nak iron baju pagi tu. memang lah sengal kan? aza walaupun just pakai blouse, malam tadi lagi dia dah siap iron. aza ni memang efisyen lah. haha.

duk dah terkocoh kacah bersiap tu, dengan rintangan nak membelit shawl gipsi tu lagi, teringat lak pasal nak update blog pasal hotel prescott ni. terusss keluarkan kamera snap snap. ada lah 3 kali snap je. dah lah buruk!!!  aza siap pelik. tengah lilit-lilit shawl tetiba bergegas keluarkan kamera. so, ini jelah gambar buruk yang berjaya aku snap. tolonglah abaikan muka aku yang tak semenggah. baru bangun tido kott.

 bilik air dia ok, bath tub ada, shower ada.



muka time memang macam siput sedut. blergh!

gambar-gambar di atas ni memang useless kan? tak membantu langsung. meh lah aku brief sikit. overall aku rasa hotel ni ok je. tak de pun bau-bauan macam yang aku mention dalam entri [ini]. aku rasa agak berbaloi dengan price yang dibayar. rm99 before taxes. lepas taxes dalam seratus belas-belas gitu. kitorang tak amik breakfast, so tak tahu lah sedap ke tak makanan nya.

lepas tu memang betul macam dalam review yang diberikan, easy access sangat. serious. dari uitm tu memang agak dekat. walaupun kitorang tersesat-sesat sikit then kena u-turn bagai, 15 minit je dah sampai. cuma satu je masalah besarrrrrrrrrr yang ayah aku tak puas hati. lift dia rosak!!!! bayang kan lah ayah tingkat 3, kitorang tingkat 4. menapak weih. tak pasal -pasal kena exercise.

then ayah cakap, "kau ni long kalau tempah hotel ada je lah yang tak kena" hahaha. nasib lah labu. siapa suruh aku tak bac areview dulu? main redah je booking. sebab ada customer memag dah review pasal lift rosak tu pun. bak kata staff kat receptionist tu, memang dah lama dah problem tu. tak tahulah bila nak resolve.

anway, itu saja lah untuk segmen 'percutian bajet' kita kali ni. semoga berjumpa lagi di minggu hadapan dengan lokasi yang lebih menarik dan mampu membakar lemak dan kalori anda. hahahah.

Wednesday, December 8

sisters day out watching Rapunzel 3D.

dah lama sebenarnya aku mengidamkan nak tengok Rapunzel. since cerita ni duk tengah iklan and belum tayang lagi aku dah duk berangan. F memang tak akan lah kan tengok cerita kartun macam ni. bagi dia merepek je tengok kartun kat wayang. ceih, macam lah transformer tu bukan kartun.

sana sini orang asyik menceritakan ke'best'an Rapunzel ni. dengki betul aku dengan orang yang sibuk buat review kat blog masing-masing pasal movie ni. aku ni, selain poket tengah rabak, aku jua tak ada kawan nak keluar nonton wayang bagai ni. siapa je ada kat jb? wahidah kat kluang nun. ony dah berlaki. takkan aku nak kacau daun? semua member lain jauh-jauh. apa lah nasib aku.

ntah kenapa malam semalam aku macam meronta-ronta gila nak tengok cerita ni. aku usha-usha showtimes cerita ni kat internet. pastu macam nekad gila pagi tu nak ajak nurin gi tengok cerita tu. sementara nurse kecik tu ada, baik aku heret dia, karang nanti aku dah tak ada kawan, geget jari lah aku. plus, aku nak tuntun ice-cream cake baskin robin dari nurin. dia janji nak belanja aku kek ais-krim tersebut.

mula tu ingat nak tengok kul 10.15 kat today's mall ulu tiram. perkh, tekad gila kan nak tengok. awal gila tu dah nak tercongok kat mall. lagipun aku memang tak pernah jejak lagi today's mall tu. jauh kan, kat ulu tiram nun. tapi biasalah perempuan, bersiap siket punya lah lama, tengok-tengok dah kul 9.40. aku rasa, tak berapa nak sempat lah kan nak pecut ke ulu tiram dalam masa setengah jam. jadi nya aku dengan nurin decide nak tengok kat jusco tebrau jelah. sebab aku nak tengok yang 3D punya.

si minah kecik ni sibuk nak drive lak. time nak mengejar masa ni lah dia nak drive. dia baru dapat lesen dia. ni tengah dalam probation period lah ni. kalau nak drive kena bawah pengawasan kitorang. tak boleh drive sendiri. berderau darah aku dengan cara minah ni bawak kereta. tekak aku macam nak terkeluar duk asyik menjerit je suruh dia elak itu ini. pastu muka dia boleh tempe je. hotak dia lah. kalau jadi pape mesti aku yang kena sembur dengan ayah.


pompuan gila yang drive secara merbahaya pastu buat muka tempe.

nasib lah tak berapa nak rush sangat sebab wayang kat jusco kul 11.20. kitorang sampai jusco tu kira agak awal lagi, dalam kul 10.30 gitu. tapi yang pelik nya dah agak penuh jugak orang. cis, kul berapakah orang-orangan ni tunggu depan gate jusco? siap harini parking free. tengok-tengok rupanya hari ni j-card day. patut ah orang macam semut.

nurin cakap dia kebulur. kitorang terus tuju food court. satu floor dengan food court tu bahagian kanak-kanak. perkh, tak macam dah berteritip troli kat situ kan? dah ada barisan panjang dah, aku tak tau lah diorang Q untuk apa. dahsyat gila. kul 10.30 dah ramai gini?

 nurin cakap gambar aku ni badan kecik, muka besar. haha, dah macam kartun pun ada.

sekali tengok rupanya diskaun tak mau-mau sampai 80% pun ada. gila harga runtuh ni. masuk padini pun ada diskaun gila-gila. murah nak mam semua benda! tapiiii! kena present j-card lah plak. ingatkan shopping dalam jusco tu je kena present j-card. sekali outlet kat luar pun join sekali j-card day. aku lak tak ada j-card. tak dapat lah aku membeli belah secara gila babi. hahaha. ceih, lisa surihani di situ ya?




 nasib lah aku memang tengah sengkek and tak ada duit. kalau tak, mau aku gi pusing ke SAB kejap, pinjam j-card mak lantas bershopping sehingga ke tahap bakal menyesali di kemudian hari. hahaha. takpe, takpe. tunggu lah aku ada gaji nanti. akan ku nanti ketibaan year-end-sale setiap tahun. yuhuuu!

ok, anyway masa nak beli tiket wayang tu, sejenak aku terlupa yang kalau wayang 3D ni harga dia mahal sikit. aku dah tau sebenarnya tapi macam terlupa. sekali hambikkk kau, rm42 untuk 2 orang. nasib aku korek-korek dalam handbag ada duit hari tu ayah bagi. sebab seingat aku dalam wallet ada 30 je kut. si nurin lak memang tak draw duit lagi.

fuh, nasib lah tak kemaluan kat kaunter tu. dahlah budak tu macam loyar buruk dengan aku. aku macam malas je nak layan. suruh kitorang duduk seat depan lah, tanya tak kerja ke lah. haish macam-macam. tapi aku balas dengan bersinis je. biasalah aku. cynical is the best damn thingy. haha. tapi kalau tak ada duit tu, mau jadi macam peristiwa kat stesen minyak dulu. hahah. refer entry [ini]

tapi apa pun, berbaloi lah bagi aku. tak ada lah semua part macam real nak mampos. tapi certain part tu memang masyuk. rasa macam watak-watak dalam tu terkeluar-keluar. hahahaha. si Rapunzel tu comel gila dengan mata bulat besar kaler hijau. serious comel macam heroin korea. yang si hero tu lak handsome nak mampus pastu charming gila dengan rambur beralun walhal dia penyangak. biasaklah disney, mana pernah buat watak utama hodoh? even watak beast dalam beauty and the beast tu pun kind of comell.

watak lain ialah sesumpah yang menjadi pengiring si Rapunzel tu, nama dia Pascal. tapi yang menjadi favourite aku tentu sekali kuda istana yang bernama Maximus. hahaha. kuda tu style! expression dia real gila. paling aku suka bila dia buat muka sinis or malas nak layan. poyo gila kuda tu.

yang seronok nya tentang cerita ni selain grafik dia yang cantik, ialah plot dia. yang kenal aku mesti tau, aku sangat pentingkan ploy cerita. kalau plot longgar and tak mantap, cerita tu automatik aku rate 1 atau 2 je. Rapunzel ni walaupun duration dia 1jam 40 minit je, garapan cerita tu bagus. part yang kelakar memang kelakar betul. mana yang sedih tu memang touching gila kut. ada satu part tu aku macam sebak lah jugak sampai menitik air mata aku ni ha..

 2 orang jakun nak tengok wayang 3D.


overall? aku suka. aku bagi 4 bintang setengah. :) tengok lah. kalau rasa 3D tu mahal sangat, tengok yang biasa pun ok rasanya sebab cerita ni memang entertaining sangat. makcik belakang seat aku yang bawak anak dia pun duk terbahak-bahak ketawa.

lepas habis wayang tu nurin belanja aku kek aiskrin baskin robin tu. aku pilih chocolate chip flavour vanila. ada topping biskut oreo siket. biasalah, aku memang apa-apa pun oreo manjang. kat mcD makan aiskrim mcflurryoreo, cool blog pun choice aku adalah ice blended oreo. agaknya kalau anak tokei oreo ngorat aku, aku terima kut. hahaha. verangans lah ain oi.

tapi kan, tapi kannnnn, bagi aku tak sedap mana pun kek aiskrim baskin robin tu. punya lah digembar gemburkan lazattt gila. tapi? hampesh. nurin beli ice cream. sambil mentekedarah, sambil bergosip. half way tu, aku dah mula terkuis-kuis kek tu. sampai nurin cakap, "kau sebenarnya dah taknak kan kek tu? baik kau ngaku je" 

huh, memang aku dah tak boleh nak telan pun. tapi aku sayang, rm11 kut satu slice. lagi mahal dari secret recipe punya. at least kalau secret recipe tu, mampu gak aku habiskan. agaknya tekak aku ni memang kampung kut. orang lain kata sedap, aku boleh tak layan lak? haha, tekak jawa memang camni lah gamak nya.

balik nya tu aku yang drive. lagipun kena fetch mak kat sekolah. tak kuasa aku nak terjerit-jerit dengan cara si nurin tu drive. dia pun pasrah je lah.mesti torture gila jadi dia. nak drive ke mana-mana mesti ada orang kena ikut. hahaha. padan muka kau nurin.


bila 2 beradik pakai shades bingkai putih macam ni kelihatan terlalu overrrr kan?

rumah baru.

aku dah tukar layout blog aku. sebenarnya tak ada niat pun nak tukar layout tu. especially the header. aku suka gila header tu. tapi bila aku alter layout tu dia jadi tak centre. terpaksa aku remove header tu. terlupa pulak, header lama tu dah no longer ada dalam laptop sebab masa laptop rosak ari tu semua memory tak dapat di selamatkan.

actually, aku ubah layout tu sebab nak modify column aku tu. macam sempit. sempit sangat sampai kalau aku upload video from youtube benda tu jadi terpotong. so sekarang ni kan macam luas sikit pemandangan kan. hahaha. mesti orang yang baca macam mencela blog aku ni kan. dah ubah pun still dull and lame.

nak buat camana? aku memang dull and lame orang nya. and aku refuse nak tukar background to other colours. aku stick pada putih bersih gak. putih senang. mula tu macam nak ubah jadi hitam. tapi tak jadi lah. content blog aku ni dah lah manjang emo je. kalau combine dengan background hitam mesti macam dark gila je blog ni.

header tu lak, tengok lah nanti. kalau ada gambar best boleh lah aku wat header baru. sebab masalah aku ni, aku tak reti nak edit-edit gambar, tampal sana sini nak jadikan header yang wow wow. tambahan lak, sekarang ni aku macam jarang snap gambar. dah hilang roh lah nak amik gambar. i mean gambar aku lah.

harap orang yang datang tak rasa macam tersalah masuk. haha. sesekali kan renovate blog sendiri. aku ni kira jarang lah ubah-ubah ni. ada orang tu boleh kata every month tukar sana situ.

p/s: yerp. certain contents have been deleted. thank you.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails