sebelum nak masuk detik 12 malam ni, aku nak reflect balik 2009 yang telah aku lalui. tahun ni aku belajar erti pahitnya kebenaran.masa aku putus dengan shai, aku belajar macam mana nak handle crisis. selama ni hidup aku terlalu mudah. Allah jadikan begitu mungkin sebab sebelum ni aku belum cukup kuat.
setelah aku kuat, Allah datangkan ujian tu. yarabbi, masa tu memang aku lost sangat. dah dekat 7 tahun aku dengan dia. aku tak tahu macam mana nak hidup tanpa dia masa tu. ada moment nya aku macam orang hilang akidah. subhanallah.
lepas tu, aku tau lak pasal hal dia dengan 'perempuan-perempuan' lain. plural ya, bukan singular. masya Allah. raa macam bodoh piang selama ni. dahsyat weh. dah lah masa tu aku tengah exam. memang aku tak nak buka buku. asyik berendam air mata je. kalau takde kawan-kawan, aku tak tahu apa jadi dengan aku. dah lingkup agaknya.
lama gak aku tak berpijak pada realiti. sampai lah fasa kawan-kawan pun dah naik nyampah. masa tu lah diorang brainwash aku betul-betul. especially syada. kesian dia. mesti dia penat kena layan emo aku masa tu. aku rasa dia nak study pun tak tenteram, asyik tengok aku nangis.
lepas dah kena brainwash tu, aku slowly cuba move on. aku mula habis kan masa dengan kawan-kawan, sebab someone told me, waktu ni tak boleh bersendirian. kawan-kawan mula cakap, im a better person without him. i used to be dull and boring. tapi lepas break, im becoming an exciting person.
kawan-kawan gak cakap, aku dah jadi lebih prihatin. dulu asyik pikirkan 'dia' je. sekarang dah mula ambik berat pasal kawan. mula jadi a better listener. tapi still kena improve sebab im still sucks at listening. nape ek? haha.
bila dah stabil sikit, im back on track. cewwah, macam michael schumacher je. but seriosly, aku mula 'berkenal-kenal' dengan lelaki semula. adoi, dah lama stuck dengan mamat tu, aku pun jadi dungu bab-bab laki ni. but then, during this phase, banyak input aku dapat. banyak aku belajar. pasal lelaki lah. lagipun, banyak jenis gak yang aku kenal dalam fasa ni. isk isk isk.
dalam fasa ni biasa lah, sesi aku kecewa kan orang pun ada, sesi orang kecewa kan aku pun ado gak. hehe. standard lah. tapi yang penting input yang aku dapat. sampai kan aku penat pun ada. but then i met F. :) setakat ni aku happy. future, aku tak tahu. aku try jadi optimistic. bergembira je la dengan apa yang ada hari ni sebab kita tak kan dapat ramal hari esok. belum tentu ia sempurna.
i lose something, but in return i gain something too. ada hikmah nya aku putus dengan shai. sebab makin lama, makin aku nampak hikmah nya. semakin aku realise betapa tak compatible nya aku dengan dia. cuma selama ni aku tak nampak. too blinded i guess. pasal dia dengan prempuan-perempuan tu lak. not that i totally forgiven, tapi to be positive, dah tak serasi, maybe that's the reason dia tend to find alternative. fuh alternative tu ayat aku. haha.
and kena berterima kasih gak dengan shai. kalau aku dengan dia tak putus, aku tak kan dapat alami benda-benda baru. macam meeting new people. yang paling tak tahan, masa lepas break tu aku join battle of the band. siap nyanyi sumbang dan memalukan diri lak tu. kelakar.
plus aku jadi a better person. maybe he brings out the worst in me. that's why masa dengan dia aku jadi jerk sangat. (bukan alasan untuk dia main kayu 88 k?) haih. its all in the past. looking back, im glad it happen. or else, i wont meet F. (gedik gila)
thats about relationship. 2009 gak, aku dah dapat tempias dunia perguruan ni macam mana. sebab tahun ni aku dah mula practical. macam-macam ragam aku kena tempuhi. antara nya kena berhadapan dengan Zehra. urgh. nama tu je dah buat aku nak mendidih.
but then, from that experience pun aku belajar something. nanti dunia pekerjaan akan jadi lagi harsh. even masa practical pun dah teruk kena. so, aku kena persiap kan diri. jangan jadi lembik. kena pro-aktif kalau nak berjaya. kena outstanding. kalau buat biasa-biasa je, performance pun biasa-biasa je. kena profesional dalam kerja. jangan emosional. jangan contohi Zehra! haha.
wah, 2009 is colourful. i love it. (eleh kalau 8 bulan lepas takde nya kau cakap macam ni ain) i learn a lot this year. looking forward for more in 2010. dan harap ia akan jadi lebih baik (ayat standard lah). harap akan gain lagi banyak experience, lagi banyak lesson in life. after all, 2011 aku dah akan melangkah ke fasa baru dalam hidup: alam pekerjaan!
after everything, i would like to give credits to my family, my friends. you're the best!
ok, that's all for 2009. see you next year!