Saturday, December 24

perasaan yang kejam.

jam dah pukul 4 pagi...rambut aku masih belum kering. mata aku masih belum mengantuk. mata mengadap fb dari tadi. tak banyak benda menarik pun. and boleh lak tetiba aku gatal tengok gambar kahwin shai. ntah pape gila aku ni. esok majlis kat rumah dia kat bandar penawar. aku dapat invitation tapi aku tak attend esok sebab syahida punya reception pun esok.

tapiiii, kalau bukan pasal reception syahida pun, aku tak tau lah aku akand attend ke tak wedding shai. macam madness je kalau aku gi. diba cakap aku macam tak let go lagi. gila betul ek. walhal aku ni pun dah nak kawin lagi sebulan. tak let go lagi ke?

mungkin betul aku tak let go lagi. yelah, aku asek cakap je pasal benda ni. ntah lah ek. sayang tu mungkin dah tak ada. tapi aku tak puas hati and aku sakit hati gila dengan shai ni. dia aniaya aku tapi hidup dia macam ok je. jahat tak kalau aku cakap secretly aku wish dia suffer.  serious! aku rasa kalau dia ditimpa bencana baru aku dapat let go.

jahat ek thoughts aku ni. thank God aku dah private this blog. boleh la aku freely cerita apa terbungkam dalam hati. hurm. memang jahat hati aku ni. deep down inside aku berharap benda tak elok jadi kat shai. apa-apa lah. malas aku nak state, nanti makin terserlah lak kekejaman aku.

secara jujur nya, lagi sebulan nak kahwin walaupun aku dah takde feeling towards shai, aku still tak let go dengan cara baik lagi. aku tau ini jahat. tapi aku manusia biasa. aku sangat berharap dapat justice. :( tapi mungkin sebab aku sendiri jahat lah aku pun tak dapat justice yang aku nak.

aku dah tukar purpose blog ni. one day blog ni akan jadi sumber rujukan anak aku. untuk kenal mak dia. haha. memang sengal. so atas purpose tu, aku nak tepek gambar ni kat sini.



kenapa? supaya nanti aku boleh gosip dengan anak aku. and walaupun dalam ni maria nampak cantik , aku harap anak aku akan cakap aku lagi cantik dari maria demi nak jaga hati aku. :) and saja aku pilih gambar ni supaya aku boleh tunjuk and cerita lebih detail.

harapnya perasaan ni akan berlalu. kejam lak bila mengharapkan perkara buruk berlaku pada orang lain. i really dont want to be that person.

Friday, December 16

lantak lah.

aku tak kisah sangat kalau orang lain nak pung pang pung pang mengata pasal aku sebab diorang tak kenal aku. ni kawan sendiri yang kind of rapat pun sama sekali. memang tepat tindakan aku private kn blog ni. menyampah pun ada. orang yang baca blog aku ni sah-sah la nak stalk aku.

diam diam dah lah. ada hati lak nak kritik itu ini. aku je yang nampak jahat sebab aku luah and spill out everything. setan sebenar takde siapa pun nak komen apa-apa. muak sungguh dengan dunia ni.

takpela. masih ada orang sayang aku, faham aku, terima aku. yang lain-lain tu, abaikan jelah. nak pikir kan sangat, karang aku yang jadi pusing. lantak lah orang nak pikir apa pun, aku tetap macam ni. bukan aku makan pakai duit diorang pun.

Saturday, December 10

hari bahagia sang mantan.

harini, aku dapat invitation card. wedding invitation ok. guess from who? gila lah. belum bukak dah tau sender sebab kat sampul ada tulis "shairazi & rosmaria" dah lah aku amik kad tu dari peti surat elok je before nak masuk kereta f. aku pun tak tau apa aku patut rasa.

tapi aku blabbering la ntah apa-apa je dengan F pasal shai. f macam biasa lah dengar je. sometimes aku rasa bersalah lak. betul ke f takde rasa pape. orang maybe pikir aku still ada feeling pada shai tapi sebenarnya memang tak. aku ni jenis orang yang exagerate everything. so typical of me lah untuk cerita banyak bila dapat kad tu. its a huge thing gak.

dah lah. aku takde idea sangat nak tulis pasal shai ni. majlis sebelah pompuan harini. majlis kat rumah shai 24/12.


*      *      *      *

aku rasa, banyak gak F keluar duit tadi. seriously, aku hesitate. aku ada cip in gak bayar wayang. tapi the rest memang dia bayar. dengan duit minyak datang jb lagi. biasa aku suruh dia naik bas. harini dia datang drive lak. im that type of girl. i felt guilty spending other people's money be it my parents'.

aku suka duit. tapi bukan duit orang. aku serba salah kalau guna duit orang. rasa macam cepat2 kena bayar. betapa rasa tak best sebab banyak guna duit dia tadi aku text dia and thank him. tapi dia cakap, 

"ala, slalu b je yang keluar duit d malu kali ni d plak kuar kan duit 2 pun tak dapat balas budi b selama ni banyak tlg d"

sebak lak aku rasa. ntah bila je aku guna duit aku. rasa nya selalu aku guna duit aku untuk bayar barang aku je. dengan F ni memang aku kalah pasal perangai dia ni. dia memang tak banyak duit, tapi bila dia ada duit dia memang tak berkira dengan aku. aku rasa semua benda dia nak beli untuk aku tadi.

tapi aku taknak susahkan dia. taknak habiskan duit dia. aku tau banyak lagi benda dia boleh buat dengan duit tu daripada belikan aku barang-barang. dia datang jb nak jumpa aku pun aku rasa aku dah syukur. :(

masa aku buka kad kahwin shai tu, aku senyum. kad kahwin hard cover. kad kahwin mahal. dia shai yang dulu. ingat lagi dulu dia penah cakap, " ny, ny bg b 500 pun dah best dah buat shopping" memang masa tu aku dengan dia  baru 17/18, masih belum matang. apa dia cakap tak patut aku guna kan untuk define dia.

tapi, 4 tahun lepas tu, masa dia baru kerja, dia masih shai yang tak matang tu. bila aku tanya dah dapat gaji belum, bila nak balik jb jumpa mak ayah dia, dah bagi duit pada makayah ke. dia sibuk cakap pasal dah aim perfume mahal, jaket mahal. masa tu aku dah terkedu.

sebab jauh di sudut hati aku, walau mak ayah aku tak perlukan duit aku sebab diorang kerja dan gaji jauh lagi besar dari gaji aku, aim aku adalah untuk bagi diorang sikit, bagi adik-adik aku sikit. lebih nya baru aku fikir untuk diri aku sendiri.

masa tu aku mula berbelah bahagi. betul ke ini shai yang aku kenal dulu? dengan berbelah bahagi nya hati aku, datang lagi petanda. pilihan yang shai buat dalam hidup dia buat aku define siapa dia. dan masa tu aku terdetik, betul ke dia yang aku nak kahwini? masa tu baru terdetik dalam doa aku supaya dipertemukan dengan orang terbaik. bayangkan selama ni aku tak pernah terdetik nak doa benda tu semua.

perlahan-lahan hubungan aku dengan shai renggang. tiap hari bergaduh. dia pun macam tak pedulikan aku lagi. aku pun kerja membebel je kat dia macam lah dia budak kecik. sampai lah putus dengan dia and sampai point aku tau apa perangai dia selama ni yang aku buta tak nampak.

aku sedih bagai nak gila. tapi bila pikir semula, Allah kabulkan doa aku. dengan cara baik supaya bukan aku watak jahat dalam pengakhirannya. bak kata nadia pun, "hati abang dah pilih kak maria" tapi its a good thing. kalau tak aku takkan jumpa f. takkan sebab aku memang seorang yang setia. 

harini dengan f buat aku rasa semua yang aku tangisi dulu ada hikmah nya. :) aku dah dapat orang yang sayang aku, terima aku seadanya. pentingkan keluarga macam aku. seorang yang mudah kesian pada orang yang kurang keupayaan. aku dengan dia sama. walaupun tak dihargai dalam keluarga, kami tetap bangga dengan keluarga masing-masing.  :)

memang banyak lelaki yang lebih baik dari F. tapi yang sama macam dia, takkan ada. terima kasih Tuhan sebab aku dapat apa aku minta :)

Friday, December 9

pertama.

ini entry pertama secara private. ntah. setelah dapat mesej kat fb dari adik shai si nadia tu aku jadi malas nak papar kan penulisan aku lagi. please lah. amatur sangat. judge aku macam kan kau kenal sangat aku setakat baca apa aku tulis. menyampah.

macam kan kau tau apa aku alami dengan abang kau dulu. ok fine. it really not about that. aku memang tak kisah kalau dia nak marah aku kutuk abang dia. aku memang maksudkan nya. tapi part mak ayah and family dia tu memang aku takleh terima langsung. no sense of humour langsung.

forget about that.

there so much more kenapa aku decide nak go private. biar lagi free nak tulis apa je. sama ada aku akan public kan atau tak, depends on future. or maybe aku cuma akan invite a few people yang aku rasa nak baca luahan aku and memang mengikuti perkembangan aku.

blah blah blah. susah nak focus bila kena handle atuk and nak tengok switched at birth at the same time. till next time i guess. :)

Saturday, December 3

anak sulung.

sometimes jadi anak sulung ni penat atau mungkin aku je complain lebih. tapi, aku tak rasa aku overexagerate things sebab F pun kadang-kadang alami benda sama and he's a guy. kalau pompuan selalu nya memang lebih lagi. bila jadi yang paling tua ni, ntah apa dorongan nya memang kita tend to sacrifice. tak banyak pun mesti ada sikit.

tapi kebiasaan nya banyak la berbanding adik beradik lain. aku bukan manusia sempurna. aku manusia biasa, yang tau penat, tau erti keseronokan tau mengungkit. atas pengorbanan yang dilakukan seriously aku tak mintak duit. tak langsung, cukuplah sekadar dihargai.

jangan asyik fokus pada perkara yang aku tak buat sebalik nya ingat apa yang aku dah buat. susah nak terapkan benda ni. apa yang kita buat orang tak pandang. tapi bila kita terlepas satu benda terus orang nampak. lagi sebak hati ni bila orang yang tak buat pape pulak dapat kredit. tolong lah. benda tu menyakitkan walau tak nampak.

memang aku tak boleh cerita kat orang lain selain F. bukan sebab dia tunang aku ke apa. tapi sebab dia je faham. dia pun anak sulung. dia pun kadang-kadang alami. pernah je dia call aku sedih-sedih cerita pasal situasi dia. aku faham. aku tau apa rasa nya, tapi bila dia alami benda tu, aku cuba positifkan dia dengan tak burukkan keluarga dia. samalah dengan dia bila aku cerita.

its hard to believe walaupun dengan apa yang kitorang alami, kitorang ni masih pentingkan keluarga. apa-apa keluarga dulu. aku tak sedih pun F lebih kan keluarga sebab aku pun sama je. tapi yang aku sedih, kitorang bukan dapat penghargaan pun. orang lain yang dilebihkan. pengorbanan anak sulung ni orang memang tak anggap pengorbanan agaknya. orang anggap obligation so, kalau buat tak dihargai, tapi kalau tak buat akan ditohmah.

pagi-pagi dah ada rasa macam ni, macam mana lah rezeki nak masuk. but i really have to let it from my chest. mak ayah ni manusia. manusia biasa. sebab tu sebenarnya mak ayah ni tak mampu pun nak jadi adil. mesti ada je yang dilebihkan. tapi jangan lah sampai anak terasa. aku dah penat. harapnya bila aku ada anak aku dapat cuba yang terbaik.

Wednesday, November 30

great song.

lagu apa yang buat korang menari hari ni?



lagu ni buat aku menari harini. i used to be crazy about this song. tadi jumpa dalam playlist idin. terus menari-nari depan pc idin. beat dia best gila. lets move our body!

Tuesday, November 29

aku terima nikahnya.

just arrived from a looooong journey. jb-mersing-melaka-muar-bp. bak kata nurul backpacking around semenanjung. kul 8 lebih semalam nurul mesej aku cakap dia dah selamat sampai rumah. gila betul orang perak pun dah sampai rumah, aku masa tu still kat highway. jalan jam semalam.

bila jumpa member-member balik, serious rasa muda and rasa masih belajar. walhal sekor-sekor dah jadi cikgu. how time flies. marina dengan muzamir pun dah selamat diijabkabulkan. alhamdulillah. bagus sangat lah tu. muzamir pun macam dah kronik je. malam pas nikah tu dia lepak dengan kitorang dah merapu-rapu je ayat dia. angau apa? haha.

memang legendary lah kan kenduri kau marina dengan si awiox accident nya. bengong betul marda gi tipu kata awi sesat jalan sampai nak jemput kat simpang renggam. nampak sangat lah kepenipuan nya di situ. itu

belum lagi kira tragedi aku, nurul, awi, nasyrul dengan aizat konon nya nak makan kat umbai sampai sesat2 sebab si nasyrul dah murtad melaka. dah jadi orang sabah hampeh dia tak ingat jalan. tapi in the end bila dah sampai umbai, boleh lak nak makan ikan bakar kena tunggu sampai 3 jam. laju-laju aku geleng kat nasyrul. gila apa nak tunggu 3jam?

ape pun, congratez marina and muzamir. kitorang semua tumpang gembira untuk korang :) sebagai hadiah tak ternilai, terima lah gambar ni marina. (ni limited edition k, aku takkan upload kat fb. exclusive in bicarahatigadisini only!) gambar lain nanti aku upload kat fb ye.

satu hari nanti aku nak tunjuk kat anak kau tentang kesengalan kau beberapa detik sebelum dinikahkan. haha.


p/s: bila ada orang yang tak berapa kenal aku, kritik aku, judge aku solely by reading my writtings, aku hanya mampu senyum je. sebaaaaaaaab.... aku pun sama gak camtu! hehe. aku pun suka judge, kritik and kutuk orang yang aku tak kenal secara sesuka suki. tengok jelah dalam belog ni bape orang yang aku tak berapa kenal aku kutuk dengan rancaknya. so, sama lah kita! hehe :) 

orang yang kenal aku akan tau kebongekan aku dan lawak sengal yang aku buat dalam belog ni memang nature aku, takde maksud apa-apa pun especially bila aku specifically state yang aku gurau je. in fact tulisan yang latest-latest ni boleh dikatakan beradab susila lagi. kau jangan korek yang lama, nanti sakit jantung. 

tapiiiii, pompuan mulut jahat and suka gurau kasar macam aku ni tak layak nak explain myself. dah nama pun gurau kasar. pada aku santai je, lawak je tapi orang yang tak boleh terima amik serius.takpelah, cukuplah kalau orang yang kenal aku boleh faham aku and boleh terima aku buruk baik, especially the bad ones. sebaaaaab takde manusia sempurna dan sebagai manusia tak sempurna kita tak dapat pleased everyone. cukuplah kita pleased diri sendiri (statement pompuan tak sedar diri) and orang yang kenal dan faham kita. 

p/s/s: melampau ek? p/s pun ada perenggan. nama pun ain, memang overrr.

Saturday, November 26

shairazi & maria.



aku tak tahu sindrom apa kena dengan aku lately. susah sangat nak tido malam. kul 4 pagi baru aku tido agaknya. dah lah kat rumah ni jenis tak boleh bangun lewat. pagi lagi ayah dah kejut. haish benci. pening kepala aku sebab tak cukup tido ni. haih haih.

eh, semalam ntah angin ape ntah aku tergerak nak tanya khabar aunty noraini. siapa? siapa? haha. she's my ex's mum. we used to be close. tapi keadaan dah tak mengizinkan nak close close sangat. hehe. takde lah. i just think its for the best. kena distance sikit.

tiba-tiba nampak jieha online. adik-adik shai ni aku rasa most of it ada dalam list fb aku. nusha, jieha, bieha. nadia dengan yang laki je aku takde dalam list. haha. walhal abang diorang non ado dalam list kan? hee. usually kalau tanya khabar aunty aku tanya kat nusha. tapi lately nusha macam jarang je online. last aku in-touch dengan dia tak silap masa birthday dia. aku wish sekali.

aku memberanikan diri lah tegur jieha ni. walhal aku tak berapa rapat sangat dengan dia. bila aku tanya-tanya pasal mak dia, dia kata kenapa lama tak contact mak, call mak. haha aku jawab it seems inappropriate je. dia kata takpela. mak tak kisah. mak pun tanya tanya.

of course lah mak awak tu kata tak kisah yang kak ain ni kisaaaahhhh. hehe.  pastu dia pass kat mak dia suh mak dia chat dengan aku..








part slot doa tu memang tak boleh blah. saja je aku usik mak dia sebab she once tells me she enlisted me in her doa. even after the break ups. im flattered sebab ingat senang ke orang nak doa untuk kita. orang kurang hidayah macam aku ni memang memerlukan all the doa that i can get!hehe.

paling tak boleh caya pakcik samsudin ingat aku.memang aku amazed sebab dolu-dolu aku asyik cakap kat shai yang ayah dia ni macam tak suka aku. sekali dia ingat aku daa.. siap nak jemput gi wedding anak dia lagi. ke dia memang tak suka aku and dia jemput sebab nak tunjuk "yeay! kau tak jadi menantu aku. orang lain yang jadi menantu aku" hahaha. kidding. serious kidding. kang mana tau nusha baca dia repot kat pakcik samsudin lak. i know parents dia niat baik and ikhlas je kat aku. :)

to shairazi n maria, if u're reading this, congratulations! kalau dulu aku tau for sure maria baca. tapi skang maybe dah tak kut. aku pun dah neutral, takde kutuk-kutuk shai lagi. so boring jela kalau maria nak baca pun blog ni. takde benda relevan dengan dia.  aku tak janji lah boleh datang wedding korang ( hak tuih, macam la shai jemput aku) sebab i dont know, tak weird ke weih? haha.

p/s: waaahhh. tajuk nak sensasi kan. tapi mesti ramai je stalker yang laju je klik kalau tajuk sensasi camni kan? hee.

Friday, November 25

kemaskini bilik, kemaskini keluarga. :)

setelah beberapa hari menjadi nomad serta pelarian, akhir nya aku telah berjaya mengemaskini bilik yang sekarang baru layak dipanggil bilik tidur sebab baru nampak permukaan untuk baring. and bila aku mention berjaya mengemaskini, istilah kemas ni membawa maksud terdapat ruang untuk baring, ruang untuk sembahyang dan ruang untuk buka cupboard. aah, memang sekronik tu ye tahap kebersepahan aku. jangan tak tau, sebelum aku kemas bilik ni, aku sembahyang kat hall, tidur kat bilik atok and online depan TV.

tapi aku dah bingit dengar ayah membebel. dia menyampah tengok wayar laptop aku berselirat depan TV. dia dah sakit mata tengok sejadah and telekung aku kat hall. macam dah satu rumah ni aku conquer and sepahkan. betapa kronik nya aku.

seriously tiada ruang terlalu luas untuk aku. besar mana pun space diberi pada aku memang takkan pernah muat. walhal aku memang dah jarang shopping and setiap kali mengemas paling koman satu beg plastik hitam aku membuang barang. ntah lah. nak gila jadinya.

balik-balik hari tu aku tukar susunan bilik. benda tak relevan aku buang. ada barang yang aku nak bawak balik muar sebab nanti nak pindahkan ke rumah baru senang sikit dari muar compare to jb. sesebab nanti aku akan pindah bilik and bilik ni secara rasminya akan jadi milik abadi nurin izzati. pompuan veto tu suruh aku clear kan bilik ni. taknak ada barang aku. siot punya budak. cepat betul nak menghalau aku.

tapi tengok ah nanti. paling lama 'kekemasan' bilik ni boleh bertahan 3 hari je. aku ni ntah penyakit apa ntah. tak betah berada dalam kondisi yang tersusun rapi. kalau boleh semua barang nak berteritip atas katil, atas lantai. pikir-pikir, nanti dah ada anak macam mana aku nak educate dia suruh jadi jangan bersepah macam aku? nak harapkan ayah dia? aku tengok kereta F tu 2x5 je dengan aku. dengan kasut futsal nya dengan raket badminton nya. fail kompaun lagi. dah macam rumah kedua dia pun ada aku tengok. hahaha.

anyways, my family is expanding. rumah semakin meriah!



alhamdulillah. finally jadi bini adik aku jugak si aza merangkap adik iparku. semakin berkembang-kembang lah keluarga aku. ada geng! macam tak complete ek gambar kat atas ni? ok ok, tiada dalam gambar...

ini


&

ini.

ok tak. gambar last tu poyo poyo je. belum lagi eh. =P

Tuesday, November 22

skinny guy with nerdy spectacles. (",)



ada 1001 sebab kenapa aku upkan lagu ni dalam entry aku. seriously, ada tak lelaki tak cair dengan najwa latif ni? muka dia sweet sangat. she's not that beautiful tapi bila dia senyum memang melting. macam freak kan bila pompuan cakap macam ni?

tapi, aku dah subscribe kat youtube najwa ni since dia belum ada single. masa tu memang dah wujud lagu carta hati ni. marina dengan marda cakap najwa ni pernah couple dengan budak yang tuisyen dengan diorang. pastu aku layan la vclip dia. ntah macam mana bole jumpa channel youtube dia.

memang aku constantly mengikuti kalau dia upload lagu baru. aku suka rendition yang dia buat bila dia cover lagu orang. memang dia ada signature. suara ala-ala santai. jarang lah ada guna high note sangat menjadikan lagu yang dia cover sangat senang orang nak tangkap sebab simple lepas tu berulang-ulang.

part bakat aku rasa memang ada lah. cuma nak pergi jauh kena polish lagi. tapi aku bukan lah pengkritik dalam AF nak bagitau macam mana dia nak improve. aku just memang tak boleh blah dengan senyuman dia. maybe this will sound crazy tapi sekarang baru aku faham istilah "tak boleh tido malam bila tengok dia senyum"

omg. freak kan? tapi dulu bila orang cakap macam tu, aku mesti pelik. "what's the big deal? its just a smile" but now i know why. weih, kalau aku laki aku rasa aku dah try ayat najwa ni. tak kisah lah try camne. jadi stalker ke. dia selalu join rakan muda punya program kat bp. penah tu aku dengan nurul tengok dia nyanyi live tapi masa tu malam tak nampak sangat senyuman dia.

tapi serious lah. tengok la klip dia semua. senyum and pandangan dia mahal weh. aku kalau tengah bosan nak mam tak ada perasaan bila buka youtube dia layan klip2 dia mesti jadi senyum gak. ok dah. cukup lah pasal senyuman najwa latif tu. serius aku jadi seriau dengan diri sendiri. untuk membalance kan statement di atas aku nak cerita alasan lain aku up kan lagu ni.

ada yang tau, ada yang tak tau. but i always have a thing for skinny guy wearing spectacles ala-ala nerdy sikit. lame kan? ada orang suka yang ada muscle (ehem ehem syada ) ada yang suka chubby in fact ramai lah yang suka chubby. tapi deep in my heart di mata aku laki skinny pakai nerdy spectacles adalah sexy!

abislah kantoi segala kan dengan terdedah nya statement ni. tapi those yang close dengan aku memang tau sense of taste aku in guys. berani mati gila. F baca ni matik lah aku. ada yang tak jadi kahwin lak.

takpe, im writting this so that in future, my son or my daughter will learnt how cheesy their mum used to be. and that its ok to want something and in the end get something else and it will strengthen my sayings " kita dapat apa yang kita PERLU kan dan bukan apa yang kita MAHU kan" 

nanti dia faham lah ayah diorang tu lah yang mak diorang PERLU kan. memang betul pun kalau laki kurus sebenarnya aku tak rasa secure sangat. dah lah aku ni agresif di kedai makan. makanan lambat sikit nak ngamuk. kalau laki kurus siapa nak protect aku kalau kena debik tokei kedai? hahaha.

perenggan last memang baeeekkkk punya nak cover eh. ampun sayang. jangan marah ye. hehe.  fair and square lah siapa suruh semalam abaikan adinda semasa anda menonton bola??? 

Monday, November 21

bola.

10.48 pm.

"mak, Malaysia dah menang ke?"

"ntah. mana mak tau. ayah kau yang tengok."


ini lah jadi bila mak dengan anak tak minat bola. kat fb gedegang gedegung kecoh pasal bola, aku TV pun tak on betapa selamba nya. sia-sia je kena dengan ayah, "tak patriotik langsung!"


p/s: F dari tadi tak mesej aku. aku call dengar jerit pekik. tengok bola kat ofis la tu. blergh! nanti esok emo-emo pasal bola kat aku. aku ni sepatah haram tak paham.

Saturday, November 19

totally random.

bila tengok sidebar tepi rasa benci je. ni dah novmber. aku baru tulis 77 entry. lack of updates compare to last year and last 2 year. apa aku ni dah tak ada benda nak diceritakan agak nya. dah tak ada benda untuk di complain. rasa bosan gila je hidup aku tahun ni.

ntah lah ek. kalau cakap pasal kekangan masa sebenarnya memang penipu sangat. masa bukan musuh aku. kalau aku rasa nak menulis, in the middle of exam pun apa ada hal. aku rasa semua nya sebab umur dan situasi. sekarang nak tulis apa-apa banyak aku fikir.

tak boleh main tulis je. kena pikir apa orang pikir. kelakar. dulu mana ada aku pikir. suka hati je nak kutuk orang ke apa. tapi yelah, aku dah jadi cikgu. susah sikit lah. masalah. memang sentiasa ada. percaya lah kalau nak dituliskan setiap masalah tahun ni, maka akan lebih banyak lah entry aku berbanding tahun aku break dulu. ehem.

tapi tu lah, bila nak tulis je pikir, wajar ke cerita benda ni? macam tak grow up je. benda kecik pun nak tulis ke. macam sengal je. lama-lama aku jadi boring nak tulis apa-apa. akhirnya aku just baca tulisan-tulisan lama aku je. pastu senyum sorang, pastu mula rasa takut kalau aku dah tak ada benda nak tulis, in the future aku takkan ada benda nak di baca.

harini nak balik jb. akan bercuti selama sebulan. cuti pun otak tak cuti. banyak nak pikir. next year aku amik budak UPSR. lagi nak pecah kepala aku. dengan banyak lagi tugas khas sememang nya cuti bagi seorang guru tu bukan la cuti.

kat fb kat belog banyak aku baca orang kutuk cikgu pasal dapat gaji lebih. lepas tu ada cerita next year kena kerja 9 jam. pastu cikgu complain. pastu cikgu dikutuk lagi sebab dah dapat gaji lebih tapi kerja taknak lebih. benda ni never ending.

surprisingly, sekarang aku tak seradikal dulu. kalau dulu mungkin aku akan sumpah-sumpah orang yang kutuk cikgu tu and take out all the facts la pasal cikgu. aku kalau bab dunia keguruan ni sensitif weh. dulu aku punya la berang kalau yang apply kpli tu niat tak betul. bagi aku niat tak betul dia tu boleh rosakkan budak.

tapi yelah, itu dulu. sekarang aku dah berubah. at least sikit lah. buat apa lah aku nak peduli hal orang lain? baik aku bangun kan diri sendiri dulu. biar lah orang nak kutuk cikgu, aku kena buktikan aku bukan golongan yang diorang kutuk tu. biarlah golongan cikgu nak defend diri sendiri, nak marah bila orang kutuk. bagi aku benda tu tak bawa ke mana.

sekarang aku pikir nak selesaikan tanggungjawab aku je. jangan sampai di soal nanti. aku nak pikir apa yang aku boleh offer pada budak-budak khas aku ni. kalau boleh aku dapatkan C untuk UPSR diorang nanti. kalau boleh aku bagi ilmu dan kemahiran lain pada diorang atau input lain. biar diorang gi sekolah tu dapat sesuatu. tak ada lah bodo-bodo je.

cabaran nya jadi cikgu pendidikan khas ni lagi azab. orang duk ungkit elaun 250 yang kita dapat. kutuk kita kerja senang. persoalkan kita apa sumbangan kita. biar lah. orang tak rasa. orang tak lalui mana dia tau. yang penting aku nak cuba jadi lebih baik tahun depan. tahun ni aku macam kucar kacir sebab baru posting kan. insya Allah tahun depan cuba lebih baik.


p/s yang tiada kaitan dengan entry di atas: kadang-kadang walau dalam marah pun, kita kena pikir kesan kata-kata kita. hati kalau dah sakit, susah nak diubati.

Tuesday, November 15

minggu terakhir.

minggu terakhir di sekolah. haih, aku rasa takde beza nya dengan minggu terakhir kat maktab. memang macam ni la. kerja nauzubillah banyak. dengan perangai aku yang suka bertangguh kerja ni memang menimbun lah kerja aku sampai aku dah nak tertimbus ni.

kalau dulu kat maktab minggu terakhir ni lah dengan exam nya, dengan nak submit assignment pastu hantar fail kejadah. erm, sama jelah kat sekolah. nak hantar laporan, nak hantaran perancangan next year. nak kena lengkapkan fail. dengan majlis anugerah cemerlang khamis ni, aku kena manage persembahan budak. apalagi, zapin la kan.

mesti bosan je kan? tapi dah last minute ni, aku takde idea nak pikir lain. kang ambitious sangat tak terbawak lak. ni pun aku selamba je lancarkan program D.E.A.D (drop everything and dance) haha. lantaklah kan. lagipun buku teks dah pulang. selamba je aku songlap budak zapin aku. tension je diorang kena all out.

latih budak ni penat sebenarnya. lagi pulak latih students aku ni. diorang tak dengar. kalau aku nak menceceh kat diorang kena guna tangan. kalau aku bebel bagai nak gila pun bukan diorang dengar. tapi, minat aku dalam tarian ni memang sangat membantu lah. so aku maca tak lah stress sangat ngajar budak-budak ni. kalau tak, agak nya dari 6 tinggal bape je budak aku, aku makan sekor sekor. haha.

stress kat sekolah, juggling dengan wedding stuff some more. haih. mana tak menternak jerawat kat muka je jadi nya. bertambah lah stress. tu belum kira berat yang naik mencanak-canak. yang tu malas pikir la. berat naik asalkan tak nampak gemuk sangat, aku abaikan jelah. rileks je aku cakap camni ek. kang baju tak muat aku gak yang meraung. huhu.

Sunday, November 13

2 tahun.

AMARAN KERAS:
*biasak lah kalau amaran keras tu apa lagi kan?
entry cicah lantai lah.

tengok tajuk pun dah tau kan. alahai klise.

tapi, memang takde kuasa lah aku nak lovey-dovey cerita pasal perjalanan 2 tahun ni ke, ciri-ciri F yang aku suka ke. bluek. tak kuasa. padan muka F. aku tau dia mesti ingat aku nak buat entry jiwang-jiwang hari ni. nan ado eh d. siapa suruh buat dajal kat b tadi?

al-kisah nya malam tadi aku wish dia happy anniversarry tapi dia tak balas. aku tau dia tak lupa sebab semalam dia gak yang kind of remind kan aku pasal tarikh ni. most probably dia tertido lah tu. kalau dulu aku mungkin akan bertukar jadi godzilla kalau dia tak balas mesej. but ive grown up now. i act like an adult and let it go. lagipun aku ada banyak masa nak membebel kat dia esok sebab esok nak gi kenduri kawin cousin dia.

pagi ni f datang fetch aku dalam kul 10. tup tup ada bunga. cis! tak jadi aku nak membebel. terus rasa bersalah sebab aku tak ada beli kan dia apa-apa. rasa tak kena gaya je sebab biasa nya aku yang beli kan dia something. but today i've nothing for him. what a bummer!

okeh tak kisah lah tu. kisah tak balas mesej tu terus dilupakan. plus aku pun tengah nervous ni nak jumpa relatives dia secara pukal masa wedding lak tuh! and semalam he specifically tell me, "esok kat rumah sepupu d kita rewang tau" rewang? uwaaa. kena buat-buat rajin!

these steps memang steps yang tak boleh nak skip kan? dulu dok berdebar nak jumpa family main dia. sampai kan mak dia cakap aku becok. ha, hambik kau. talk about nervous. gali lah balik entry lama kalau nak tau al kisah tu. anyway, stage tu dah lepas dah. alhamdulillah. kalau tak lepas takde nya sampai ke stage ni kan.

dengar nak rewang aku dengan semangat nya bawak pisau okeh. sebab aku dah biasa sangat gi rewang rumah sedara mara aku. kadang-kadang kerja potong memotong ni banyak tapi pisau memang limited sangat. so takpelah. bawak je. kalau nak guna dah memang ada dalam handbag kan. f tak boleh blah gelak kan aku.

sampai kat rumah cousin dia tu, mula-mula macam kekok gak. asek nak ngekor adik f 2 orang si ika dengan ain (ye, nama adik dia sama dengan aku ye) tapi pastu aku rasa macam tak best lak. macam tak independent. ika dengan ain kena tolong mak long dengan pak long bagi door gift kat guest pastu tolong simpan duit becek (duit salam kaut). berapa ramai je diperlukan untuk tugas tu kan?

so, aku mula 'mencari kerja' di dapur. yes, aku cari kerja. yelah, takkan nak melangut. orang lain aku tengok memang takde buat kerja sangat. hari kenduri kan, takde lah banyak benda sangat nak buat. but still, pada aku it will not look good kalau aku duduk buat bodo je.

kerja pertama yang aku berjaya cari ialah potong limau. mata aku berkaca-kaca macam sailormoon bila dengar kena potong limau. dalam hati, "fuh tak sia-sia bawak pisau kayh!" bagus jugak aku usaha cari kerja. bila dah duduk buat kerja tu baru lah dapat borak-borak and kenal-kenal dengan relatives f.

and then, tau tau lah kalau dah duduk dapur kan. one thing leads to another. sampai akhirnya mak su f tegur aku dari hall, "oi ain, ko dah jadi orang dapur lak dah?" takpe takpe, the effort is paid off bila f cakap dengan aku sedara mara dia puji puji aku, " eh fakhar bagus lah tunang kau. rajinnn"

aku memang dah kembang bontot lah kan kena puji. tak kisah lah pada aku. asalkan takde faul kira ok lah kan. tak sia-sia buat buat rajin. hahahah. tapiii, dah puas bekerja di dapur, aku tukar lapangan lak. aku duduk depan betul-betul sebelah karaoke. boleh tak si f gi ajak aku karaoke.

aku beriya taknak. aku bukan tolak secara malu-malu oke. aku seriously taknak. pada aku macam tak proper. plus ayah F orang tilawah. orang agama la kira. apa lak penerimaan dia tengok bakal menantu terpekik terlolong nyanyi karaoke?

tapi f memang sengal eh. ada dia dulik? dia paksa gak. bila aku cakap taknak tu makcik f boleh kata, "kau layan kan je lah si fakhar tu ain" aku taknak lah buat perangai mengada-ngada depan makcik f so aku layan kan je. boleh tak si f ni gila tak faham signal aku, dia boleh gi request lagu kedua pulakkkkk!  argh!!!

lau kedua tu lagu jangan pisahkan. dengan suara kecik aku ni. bayang kan jelah. ditambah dengan f yang suka lari tempo tu. sabar jelah aku. lagu belum habis tiba-tiba aku nampak ayah F buat sign time out. terus aku gelabah cakap dengan f ayah suruh stop. terus stop lagu. malu nya aku. ayah f marah ke?

masa tu aku memang dah geram gila dengan f. dalam hati, "habis segala kebaikan aku kena cancel out macam ni" tapi lepas tu aku dengar bunyi kompang. aku cuba sedapkan hati. mungkin ayah f suruh stop sebab pengantin nak sampai. ntah. aku rasa tak sedap hati je. memang naya lah f ni aku kerja kan kalau sebab dia 'kredit' aku tadi di tolak.

tapiiii, masa nak balik tu, aku jumpa mak ayah f. masa nak salam-salam tu ayah f cakap, " lagu kedua lagi ke laut . suara ain boleh tahan gak. suara kau memang out lah " terkujat jap aku. ayah dia tak marah ke? pastu f jawab, " eleh, tak payah nak bangga. ayah d nak jaga ati je tu cakap suara b boleh tahan" pastu diorang gelak-gelak. ok, lega sikit hati aku. nasib baik lah hj arifin sempoi. kalau hj shahruni memang dah tebal dah telinga ni kena bebel.

balik tu dalam kereta, sekali lagi tak jadi nak bebel kat f. terlepas lagi mamat tu. lagipun aku terlampau penat. macam over exaggerate je bunyi nya tapi aku memang dah melepek. penat gila sampai kan nasi yang mak f bungkuskan untuk aku pun tertinggal dalam kereta f. nasib lah. tu nama nya takde rezeki.

ini bukan muka masa baru dapat bunga. ni muka melengas lepas rewang. saja suruh f snap gambar sebelum aku masuk rumah.


p/s: mak syima kata aku makin bulat. argh! stress.

Saturday, November 12

keinginan.

dulu, aku rasa aku macam malas sangat nak sambung belajar. seriously, sebab aku pernah berpendapat yang nak gain ilmu ni tak perlu pun melalui pendidikan yang formal. kebanyakan ilmu yang useful, aku gain secara tak langsung. paling simple macam benda-benda yang matters kat sekolah lah, usually kita belajar masa kita dah mengajar kat sekolah. masa degree tak ada pun belajar tu semua.

tapi since aku kena mengajar budak berkeperluan khas ni aku mula rasa macam betapa bataknya aku dalam bidang ni sebab aku tau ZERO. dari segi IQ budak tu ke. perkembangan dia ke, ability dia ke secara psikologi lagilah aku tak paham.

tiba-tiba benda yang aku rasa dulu tak matters tu macam si piaget punya teori ke apa ke tu penting lah gak. tapi aku kena deal dengan budak berkeperluan khas so methods nya of course lain. selalu je aku rasa down bila tak tahu apa nak buat dengan students aku. aku blur. aku tak kisah sangat kalau aku sucks dalam perkeranian ke kerja pentadbiran ke kerja pemfailan ke yang sememang nya lebih banyak cikgu kena uruskan. bagi aku, core business aku mengajar. dan itu yang membuat aku nak jadi cikgu.

benda ni membuatkan aku rasa nak sambung belajar. like desperately nak sambung belajar. tapi, kalau aku nak sambung belajar aku nak amik kos apa? pendidikan khas? tiba-tiba rasa macam its a huge step pulak. aku ni betul ke nak mengabdikan diri pada bidang ni? minat aku lebih kepada psikologi, kaunseling. that sort of things. adakah aku nak terus lupakan tu semua and pursue bidang pendidikan khas?

tiba-tiba rasa torn sangat. its one thing about the course. another thing is about the timing. mana aku nak kejar kan dulu? nak kahwin, nak bina keluarga. tiba-tiba nak sambung belajar. aku tau benda ni tak mustahil. tapi susah. susah nak fokus pada 2 benda pada masa yang sama. especially kalau both are huge.

bila pikir-pikir, kalau tak kahwin sekarang, nak kahwin bila? nak ada anak bila? kalau lambat sangat nak ada anak berapa orang je? lepas tu pikir lagi kalau tak sambung sekarang nak sambung bila? nanti dah ada anak 2,3 senang ke nak belajar? kalau mod research lagilah pecah kepala. wants and needs.

pandai je aku cakap selama ni kena tentukan wants dengan needs. sekarang hambik kau. siapa boleh putuskan antara 2 ni mana yang wants mana yang needs. both are definitely my wants. and right now i think both are needs too. :(


takpelah. rezeki tu ada di mana-mana. kahwin tetap kahwin :) lagipun selalunya orang dah kahwin ni rezeki lebih sikit. mudah-mudahan lah. cuma aku harap aku cukup kuat lah nak pikul 2 benda tu kalau ditakdirkan aku jadi sambung belajar. jangan salah satu terkorban sudah.

Monday, October 24

tiba-tiba jadi hotstuff.

semalam aku alami mimpi yang weird nak mampos. even character dalam mimpi tu pon weird. seriously, ntah apa lah bermain dalam otak aku sekarang.

malam tadi aku mimpi, ada rombongan datang rumah aku nak meminang aku. gila tak gila? and dalam mimpi ni memang aku aware yang aku ni tunang orang dan akan berkahwin dalam jangka masa terdekat. tetiba lak jadi hotstuff. the whole family panic gila tengok orang tak dikenali datang secara segerombolan.

aku pun mulanya tak tahu what's going on. tetiba nampak banyak dulang hantaran cantik-cantik turun dari kereta, di bawa oleh orang-orang tak dikenali tadi. semua macam dah gelabah. tanya, adakah nurin nak kena pinang. haruslah deras je dia menggeleng.

tup tup aku nampak wajah someone yang aku kenali. senior from maktab. tapi aku barely know him. adalah chat-chat kat fb tapi face to face communication memang nan ado. sekali, memang sah dia datang nak meminang aku. kelam kabut siot.

ayah aku berpeluh-peluh. macam mana nak jawab ni? aku macam masuk bilik nak tukar baju proper sikit. yelah, takkan lah nak pakai baju kasual tak bertudung ni sambut orang. sekali je ayah cakap dengan aku jangan keluar dari bilik biar ayah setel. aku kena kurung. gila betul kan?

bila keadaan dah setel aku keluar nak jumpa that guy. terserempak ayah dia borak dengan ayah aku. ayah dia tak habis-habis mintak maaf katanya tak tahu menahu aku dah bertunang. aku carik-carik senior aku tu, tapi tak jumpa. yang ada kawan-kawan dia. katanya senior aku tu dah cabut bila dengar aku sebenarnya dah bertunang, nak kahwin. MADNESS!

antara yang aku nampak adalah raja. kelakar ok. senior tu satu maktab dengan aku, apehal lak raja ada sekali? setan pun dah messed up nak kacau mimpi aku. tapi dalam mimpi tu aku macam tak confius pun. aku cakap dengan raja,

" mana dia weh? kau sampai hati raja. kan kau dah tau aku dah bertunang, nak kahwin. nape tak cakap dengan dia?"

"aku tak tau weh. aku ikut je. aku pun tak pernah tau dia ada awek. tiba-tiba sampai depan rumah kau, aku pun terkujat. try pikir positif, dia nak pinang adik kau kut"

boleh? gila betul eh mimpi ni. aku rasa aku berpeluh-peluh. bangun tidur aku macam, oh leganya ini mimpi. pastu terus stalk senior dalam mimpi aku tu. haih, aritu ada awek. ni macam takde status pun? haih, apa-apa lah labu. yang penting semua ni kerja setan je. mainan tido. tak man man betul setan ni buat prank ek.


Saturday, October 22

note to parents: protect your investment.

macam mana ntah aku bloghop sana sini tadi, boleh terjumpa lak klip youtube yang budak-budak hingusan kissing tu. takde nya aku nak bagi link eh. alah, kalau korang pernah tengok, pernah lah. kalau tak pernah malas aku nak pernah kan. tak memasal aku dapat saham sekali. alah, yang pompuan tu nangis-nangis peluk laki tu. laki tu cakap kat kawan-kawan dia ,"dia pilih klcc weh, aku bagi pilihan aku ke klcc dia pilih klcc..."

aku dah pernah tertengok dulu. masa tu rasanya aku masih student, belum jadi cikgu lagi. tapi tertengok semula masa dah jadi cikgu ni, lain gila feeling nya. makin meluap aku. tapi tak tau nak meluap kat siapa. kat laki yang muka cam indon band vocalist wannabe yang tolol sangat nak touching pasal pilih klcc tu ke, kat budak pompuan pra-matang yang tak semena-mena je nak gi cium laki tu walaupun tahu dirakam, atau kat makbapak pompuan yang selamba tak hirau pompuan bawah umur macam tu keluar malam ntah dengan sesiapa je (dalam klip tu macam lagi banyak jantan dari betina)

seriously, aku macam nak blame makbapak. ceih, ni kata-kata cikgu. skema betul. tapi betul lah. yang 2 ekor duk bercium tu jahil lagi. senang terpengaruh. dia tengok cerita ada apa dengan cinta, macam best je kissing kat airport sambil public tengok. macam cool je. dia cepat relate sebab aadc indon, serumpun dengan kita. kalau mat salleh jauh sikit nak relate nya. tapi mana makbapak? nape senang-senang bagi anak especially yang pompuan tu keluar without supervision?

ntah lah ek. benda macam ni, aku rasa ada ramai yang buat. cuma mungkin dirakam atau tak tu tak pasti la. tapi klip ni menunjukkan ke-tak-matangan budak-budak dalam klip ni secara berganda-ganda. mana hilang nya malu? tak silap aku pompuan tu kiss dulu. (ntah aku tak sanggup nak tengok sampai hujung buat kali kedua. aku menyampah!) sengal. dah tau, kawan-kawan kera boyfriend dia duk rakam, dia boleh selamba je kan. tak pikir panjang. siap ada taxi driver lagi kat sebelah tu aku nampak. hello, takde rasa malu langsung ke? kat tengah-tengah bandar tau. bukan dalam bilik, bukan dalam hutan bukan celah semak. tengah-tengah bandar tepi jalan besar, kau ingat ni USA ke?

oh, emosi nya aku. tapi aku sangat marah. suka je blame cikgu kalau tak capai prestasi lah apa lah. tapi tu semua dunia je. yang macam ni, yang akhirat punya saham ni, macam mana? anak kan harta. ke kau tak rasa anak tu harta? sebab gaya nya macam tu. kalau harta kan kita jaga elok-elok. anak ni investment kita. invstment untuk hari di mana duit, pangkat, nama dah tak ada erti lagi. so jaga lah investment kau. bagi dia ada rasa malu sikit.

memang tak semua makbapak macam tu. tapi tu lah, kita jadi mak bapak tak payah nak cool cool sangat. biar anak benci kita sebab rules yang kita buat, asalkan anak kita jadi orang. nasib baik lah aku cikgu pendidikan khas. kebarangkalian tu kureng sikit. tapi aku still concern. aku tengok muka-muka semua bayangkan anak murid sendiri.

make sure you know where you children at. amik tau. jangan bagi 100% kebebasan.

rancangan adalah khidmat masyarat dari cikgu nurulain. hahahaha. emo lak aku pepagi buta ni.

Thursday, October 13

drama lebih la.

"b syg d baca blog b d syg cinta b sgt2 d trima b seadanya d tetap bsama b walau pape pun terjadi syg b jgn risau k i lev u so mc nurulain hanis"


cuba baca senafas. mampu tak? orang tua ni memang sejak start aku kenal dia tak reti nak guna penanda wacana. baik koma mahupun noktah apakan lagi tanda seru. aku pun dah berjangkit perangai hantar mesej takde noktah ni. dulu aku rasa kalau takde noktah ni macam rude. tp dah dia style cmni. percayalah kalau ada soalan pun tak ada tanda soal. ia bergantung pada kreativiti kau untuk mengolah gaya bacaan.

pengajaran? words indeed are cheap. tapi for now, ini pun dah mencukupi. haih. dah lama tak dapat bunga. mungkin dah tiba masanya untuk paksa F belikan aku bunga. haha.




aku dengan F ni dua-dua muka besar kepala besar. dapat anak 
nanti agaknya asek baring je sebab kepala berat sangat, malas nak ampu.haha.

Sunday, October 9

;'(





malam ni rasa sebak sangat. air mata ni macam tak boleh berhenti. makin dekat tarikh nya, makin banyak dugaan. tapi aku berdoa segalanya berjalan lancar.

tapi memang betul sangat orang cakap, masa macam ni makin banyak berselisih faham. kadang-kadang tu tentang perkara yang tak masuk akal pun.

semua ni jadi sebab kita selangkah lagi untuk membuat perubahan besar dalam hidup. macam-macam bermain dalam kepala. hati tak tenang. mula fikir bukan-bukan, tekanan buat persediaan lagi.

aku mula mimpi benda tak masuk akal. dan yang lebih bodoh lagi aku membiarkan benda macam ni menganggu emosi aku.


makin menyedihkan bila setiap kali gaduh, dia mula merendahkan diri dia. pedih hati aku setiap kali dia merendah-rendahkan diri dia sendiri. :( seolah sampai bila pun dia tak akan cukup untuk aku.

dan dengan serta merta aku akan terkenang cinta lalu. dan bukan lah kerana aku rindukan cinta lalu. cuma aku sentiasa mahu menyalahkan diri sendiri atas kegagalan cinta aku. sekuat mana aku cuba jerit menyalahkan cinta lalu ku, jauh di sudut hati aku bermati-matian menuding jari pada diri sendiri.

betapa keegoaan ku, sikap angkuh ku telah mengorbankan cintaku. dan memikirnya buat aku risau jika perkara itu mempertaruhkan cintaku lagi. :(  F senang terguris, tapi dia senang juga dirawati. tapi aku selalu berfikir sampai bila dia akan bertahan?

adakah akan tiba harinya dia memutuskan, "aku dah tak tahan lagi dengan perempuan ni..."

dah tak boleh nak menaip lagi. :(

Sunday, October 2

sebak.

malam-malam macam ni. main lompat lompat kat facebook sampai dah tiba mana-mana ntah. bila dah lepas waktu tido, mula lah mata ni celang semacam takmau lelap. padahal badan dah penat. paksa-paksa tido pun takmau juga.

idin takde, jadi aku merempat lah kat bilik dia sambil jeopardize pc dia. puas hati surf internet guna pc dia. monitor dia agaknya lagi besar dari tv kat rumah sewa aku kat muar nun yang aku beli 400 lebih je kat bukit pasir. haha.


dah malam-malam ni layan lagu boyfriend aku best gak. f tu tunang eh. ni boyfriend. hahahaha. matiklah ada tunang and boyfriend! feeling diva pulak. kalau f baca nak muntah darah je agaknya dia.

aku ada dengar gak lagu mr boyfriend aku yang baru. tapi dah banyak kali dengar kat radio tak dan dengar sampai habis. kalau dengar on the way gi sekolah, separuh jalan dah sampai sekolah. nak tunggu lagu habis, mampos lah kad aku merah nanti. dah lah sampai sekolah ngam ngam poi je 7.28 or 7.29. lagi mau layan lagu dalam kereta.

akibat kefanatikan yang teramat, aku macam nakkkk je cari cd dia kat kedai. eh, tapi ada single je kan? album rasa nya belum lagi. matik lah kalau nurul tau. masa dia nak bebli cd abang anuar macam nak gila aku caci dia. ni aku lak over siap nak beli cd bagai.

dah terlanjur mengadap pc dengan streamyx yang laju, aku pun search lah lagu mr boyfriend kat youtube. siap cari yang ada lirik supaya boleh layan. halamak, sedih lah pulak. masuk ke kalbu weh. dengan suara dia tu. aku rasa macam dia cakap dengan aku.

tapi...
aku tak tinggalkan dia. aku tak permainkan dia. dia tujukan pada orang lain ke? argh!!! tidaaaakkkkk!




p/s : macam mana lah f tak nak muntah darah kan?

Wednesday, September 28

tazkirah rabu.

tadi on the way balik muar dari bp, aku dengar radio. tak ingat pulak stesen mana sebab aku jenis kalau dj dah start membebel aku tukar channel. anyway, perkara yang aku dengar tu bagi aku menarik walaupun kecik je. katanya, ada orang bersenang-senang di syurga hanya kerana dia membuang penghalang yang mengganggu jalan kaum nya. seolah kita buang duri di tengah jalan lah.

pernah juga aku baca kisah, seorang hamba Allah masuk syurga kerana memberikan anjing yang kehausan minum air. subhanallah! betapa syurga dan neraka, dosa dan pahala tu sememang nya eksklusif dari Allah. kita takkan tahu yang mana satu amalan kita akan bagi kita 'bonus' lebih hingga melayakkan kita masuk ke syurga Allah.

kalau para nabi dan rasul serta sahabat dan kaum kerabat nya berlumba-lumba berbuat amal supaya dapat masuk dari pintu syurga terbaik, kita yang lain ni belum pasti di mana tempat kita. kadang-kadang tu sebesar mana pun amalan baik yang kita buat dan kita rasa dah cukup besar, masih tak dapat menandingi amalan baik orang lain yang nampak macam kecik je.

kita sibukkan salah orang. cakap orang ni buat itu ini. yang tu dosa, yang ni haram. sibuk duk cakap orang tu tak pakai tudung lah kedekut nak menderma lah sibuk, paham tak , sibuk gila? macam lah diri kita ni dah perfect sangat. ntah amalan kita tu dikira ke tidak? bukan nya kita nampak pun 'papan markah' kita. hanya Allah yang bagi ganjaran. hanya Allah yang tahu, malaikat pun cuma tolong mencatit je.

jadi, malam ni, dah lepas mandi and solat isyak ni aku bermuhasabah sorang-sorang. aku ni sangat jauh dari kesempurnaan. apa yang aku harap, Allah bagi aku taufik, dan hidayah. dia kena ada dua-dua. kalau ada hidayah je tapi taufik takde, aku sendiri tak ada kekuatan untuk melaksanakan apa yang aku yakini.

dan insya Allah sama-sama lah kita insaf. jaga diri sendiri, keluarga sendiri, amalan sendiri. kalau rasa sebagai saudara semuslim, kita patut tegur, tegur. tak mampu tegur jangan pulak mengata. sebab kita tak tau darjat orang yang kita kutuk tu di sisi Allah. ntah kan jauh leih tinggi dari kita. :)

Friday, September 23

paling comel.

selalu nya aku tak suka tengok iklan. tapi there's a few, yang memang menarik. satu darinya iklan maxis tu. ala, iklan yang pakcik tua letak sapu tangan sebagai alas bila wife dia nak duduk. lepas tu bila wife dia tak suka makanan yang di order, dia switch makanan. so sweet kan?

membuatkan aku teringatkan fat cat ku. dia pun macam tu juga. tak ada makna nya lah dia letak alas everytime aku nak duduk kat mana-mana. tapi dia selalu switch makanan dengan aku bila dia tau aku macam tak suka makanan yang aku order.

aku rasa the very first time dia buat macam tu ialah masa kitorang makan kat warung ceri ke apa ntah. warung tu depan hotel pelican batu pahat. dia order nasi goreng kampung. aku pulak order nasi lemak ayam. sekali time makanan sampai ayam aku ialah ayam kari. muka aku dah tak semenggah dah. knowing yang aku ni memang tak berapa makan kari except kari yang mak aku masak, terus dia offer nak switch.

aku ni memang dasar takde hati perut. aku pun "nak nak nak!" jahat gila. aku tengok dia makan nasi lemak tu pun tak banyak. bukan taste dia kut. nasi goreng dia tu lak aku makan sikit je. sedap memang sedap tapi pedas gila perut aku tak tahan. pastu nasi tu ada lebih. F tengok je nasi aku yang tak habis tu.

pastu aku cakap kat dia, " eh, d nak nasi ni ke? makan la. b dah taknak" tak habis lagi ayat aku, dia terus amik nasi tu and makan. nom nom nom. terpisat-pisat dia makan nasi goreng kampung tu. haha. comel gila F ni.

F ni karektor dia kadang-kadang tu memang la sangat comel. dah lah dia memang comel. (matik lah cakap tunang sendiri comel secara bertubi-tubi. tapi tak beretika lak nak cakap tunang sendiri tak comel sementara mengatakan tunang orang lain comel) kadang tu dia salah pronounce word dalam english pastu dia boleh mati-matian cakap aku yang salah. aku bagi can jelah. haha.

dah lah hati kecik. senang je tersentuh dan sebak. lagi-lagi kalau pasal family. tang tu lah aku cair kat dia ni. anak sulung yang sangat prioritize kan family. nanti dah kahwin mesti aku banyak kena mengalah. tapi takpelah. lebih baik aku dikemudiankan selepas family daripada aku dikemudiankan selepas perempuan lain ye dok?

dia selalu nak kecik hati bila aku panggil dia fat cat. tapi aku buat deeekkkk je. dalam phone pun aku letak nama dia fat cat. mak ayah aku pun selamba je kalau dia call, "along, fat cat call" haha. bersahaja gila kan. aku cakap fat cat kan kucing gemok. kucing gemok kan comel. haha. dia pada pada tak boleh terima kalau aku cakap dia comel. muka gangster camtu dikatakan comel memang suatu penghinaan. hahaha.

aku rasa sekarang dia dah imun dah dengan aku. dia layan kan je perangai aku yang ntah pape and queen control ni. sampai kan kalau nak gi mana-mana dengan aku atau nak gi wedding ke apa ke, mesti dia tanya, " b nak d pakai baju apa ni?" dahsyat gila. membuat kan aku rasa seperti controlling bitch sangat-sangat. tapi takpe. i like.

aku harap aku dapat preserve kecomelan dia tu sampai lepas kahwin. jangan lah before kahwin je sweet.

aku menyampah bila dia pakai shades. ada dia kesah? sambil buat 'tangan ke dada mata ke atas'


trivia: 
cuba kira ada berapa perkataan 
comel dalam entry ini. hahaha.

Tuesday, September 13

kataks.

aku bertembung dengan katak lagi buat kali ke 8 juta. correction. kataks. plural eh bukan singular. makin berleluasa lak komuniti katak ni. elok je bawah dapur. masa awal-awal dulu terjerit pekik jugak lah bila nampak katak. terlompat-lompat bagai. sekarang? aku dah imun. nampak katak je, "oh, ada katak bawah ni" sambil buat muka malas nak layan.

walaupun muka malas nak layan, tapi aku masih geli nak angkat katak tu pakai tangan. selalu aku kaut masuk dalam penyodok. tapi malam ni aku macam malas. syima lak takde rewang marhaban kat umah dia. dila tido. hurm. biarlah dulu katak 2 sejoli tu berasmara dana bawah dapur rumah aku. kalau depa tu spesis katak yang biasa masuk umah aku, sampai esok pagi elok je stay situ.

what's with me? im starting my entry by telling stories about frog. memang lah aku ni dah mereng sangat. haha. harini masuk hari ke-4. chaiyok! lagi 2 hari je sebelum raya fasa kedua. anyway, aku tak dapat puasa penuh tahun ni seperti aku harapkan dalam previous entry aku. sob sob sob. tapi takpelah. syukur lah tu. kira sikit je aku ponteng puasa.

aku mengejarkan nak habiskan puasa this week sebab next week ada camping bersepadu pendidikan khas masalah pendengaran peringkat negeri. sekolah aku lak kena jadi penganjur. bersilat lah next week. 3 hari kena tido sekolah.

ok lah. tadi macam banyak sangat benda nak tulis. bila dah buka facebook, terus hilang idea. sekarang tengah kemaruk main sim social. siapa main? jum add aku jadi neighbour! hehe. ok bye. mintak diri dulu ye. nak main sim social. :)


p/s: dila, aci tak update pasal katak je?

Thursday, August 25

ramadhan terakhir.

assalamualaikum.

masuk kaki kanan. uih, lama tak berpenghuni. its ok, its for the good cause. ramadhan kan? harus lah sibuk main kejar-kejar. mana lah tau ni ramadhan terakhir. like really tearakhir lah kan.

aku rasa banyak-banyak tahun, tahun ni kesedaran aku ke arah kerohanian adalah sangat tinggi di bulan ramadhan. tak tahu lah sebab dah berhousemate dengan ustazah atau aku sendiri dah mencapai umur yang sedar diri.

selama ni, aku beratkan juga terawih. tapi mainly sebab mak ayah aku memang jadikan amalan terawih at least buat 8 pun jadi lah. tapi this year, aku memang sangat berkira-kira nak 'korbankan' terawih. let say ada program yang bakal menyebabkan aku akan mengorbani terawih tu, mesti aku reluctant nak join.

even dating pun kureng. bulan ramadhan ni sekali je aku buka puasa dengan F. tu pun F datang muar. tu pun kitorang buka puasa tepi longkang dulu sebab aku taknak makan makan makan makan pastu baru solat (walhal tiap-tiap ari solat kul 8 tunggu kasih alia abis baru nak gerak dari depan TV) yelah, takkan nak buka depan masjid lak. kang kena tangkap lak dengan tok imam. haha.

kesimpulan nya, aku agak berkira-kira. bukan duit je. benda-benda amalan ni lah. siap aku gi attend kursus pra-perkahwinan pun bulan puasa. satu hal lah jimat sikit fees dia sebab takde makan. other than that, tak pasal-pasal kan dapat pahala berlipat kali ganda sebab attend majlis ilmu. bulan ramadhan kan semua amalan dapat bonus lebih dari bulan biasa. *wink wink*

lagipun setelah mengalami beberapa tahun puasa penuh since kat maktab, aku dapat rasakan, ini mesej dari Allah pada aku supaya rebut peluang ni. mungkin bulan lain aku lari marathon pun takkan mampu kumpul sama macam bulan ramadhan. jadi Allah bagi keajaiban pada aku.

pompuan lain mana nak dapat puasa penuh kan? alhamdulillah setakat ni aku punya puasa belum rosak lagi. 25 hari dah. eh belum 24 je baru. and no. aku takde masalah dengan kitaran haid aku. ia nya normal pada waktu lain. bulan puasa je dia lari. so aku anggapkan nya mesej yang Allah bagi pada aku supaya lebihkan beramal.

mula-mula haritu aku tertunggu gak bila puasa aku nak lompong. tapi bila dah masuk hari ke 25 ni, aku makin teruja berharap tahun ni aku dapat puasa penuh macam masa kat maktab dulu. :) bonus raya aku dapat 700 je. alhamdulillah lah daripada tak dapat kan? tapi, baju tempah dah siap, kuih raya yg order dah amik and duit raya pun dah tukar. so duit 700 tu takat lalu kejap je depan hidung aku lepas tu dah tak nampak.

takpe. duit kita ni pun bukan duit kita. rezeki Allah. agih-agihkan lah biar berkat sikit ye dok? ok lah. sekian sahaja entry dakwah buat kali ini. akhirnya ada juga aku menulis setelah sekian lama. insya Allah kalau tak ada aral ini ramadhan terakhir sebagai seorang SINGLE. next year aku dah ada laki yang nak kena diuruskan.

selamat berpuasa semua. masih ada masa lagi nak berkejar. belum penamat lagi. ada lagi 4 hari. malam-malam terakhir ni marilah kita lari pecut. :)



Wednesday, August 10

Julai VS Ogos.

saja bosan-bosan tadi aku surf benda mengarut. usha rahsia bulan kelahiran. yang ni bukan ikut ramalan horoskop eh tapi hasil kajian 25 tahun Dr Fadzilah Kamsah.

aku nak share Julai dengan Ogos je. sebab aku ogos, F lak Julai.

JULAI
Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya
lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah
apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus  *asalkan kita pujuk and mintak maaf dia memang senang lembut hati.
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya 
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja


OGOS
suka melawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

yang aku bold tu apa yang aku rasa memang kena dengan F. part aku tu, takkan lah aku nak judge sendiri kan? haha. 

Saturday, August 6

lafaz akad.

genap 25 tahun harini.
pencapaian?

kerja, sudah. mungkin bukan seperti yang aku bayangkan, tapi aku bersyukur atas rezeki yang Allah bagi.
kahwin? belum terlaksana seperti yang aku rancangkan. tapi insya Allah kalau awal tahun depan, aku masih 25 lagi, belum masuk 26. kira capai target jugaklah kot. :P

dulu aku suka tengok blog kahwin. suka tengok design pelamin lah, design baju , deco hantaran lah. dulu lah. zaman muda mudi kuat berangan lagi. tapi lately, aku suka tengok video kahwin.

favourite part aku ialah lepas lafaz akad. aku suka tengok expression bride dengan bridegroom. rata-rata mesti menitik air mata. aku ni walau tak kenal couple tu pun, boleh tersentuh tengok moment ni. serius. macam bongek je depan lappy sorang-sorang tetiba nangis.

itu baru tengok orang punya. belum sendiri punya lagi. macam drama agaknya nanti.habis make up i nanti. hahaha. tapi moment akad tu memang powerful. sangat meruntun. masa tu perasaan bercampur baur. yang lelaki, dengan rasminya lafaz tu, bertambahlah tanggungjawab yang dipikul. walau siapa pun dia, serentak dengan lafaz tu maka jadilah dia ketua, pemimpin kepada isteri. apa jua tindakan isteri selepas saat itu, suami turut dapat saham nya.

yang perempuan, mulai saat itu, maka bertukar lah nombor 1 dalam hidupnya. kini suami dah jadi nombor 1. mak ayah bawah sikit. ;( menyebutnya pun dah rasa sedih. taat pada suami tu wajib. ingkar, berdosa hukumnya. hidup kini untuk suami. gembira, sebab akhirnya halal sudah hubungan dengan lelaki yang kita sayang. tapi kedudukan mak ayah dah tak lagi macam dulu. sob sob sob.

benda ni semua lah yang mencetuskan emosi selepas lafaz akad. masa giliran aku nanti ntah macam mana ekspresi ayah agaknya. aku tau dia akan emo. sebab aku warisi ke'emo'an ni dari dia lah. mak hati kering sikit.

anyway. pada yang sudah bergelar isteri, selamat melayari bahtera rumahtangga dengan rukun. dan selamat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna :)

Thursday, July 28

stop protecting me.

adakah aku terlalu baik?

adakah aku terlalu naif?





aku dah penat pikul beban ni. aku sentiasa dipandang sebagai orang yang baik. terlalu baik di dunia sekarang ni. baik sebab tak buat itu, baik sebab tak buat ini. baik sebab selalu tekan kan itu dan ini. urgh!

terlalu baik sampai di mata ibu bapa aku, menjadi baik adalah tanggungjawab aku. tidak membuat masalah bukanlah sesuatu yang patut diberikan pujian malahan keadaan sebaliknya patut diberikan hukuman. that's so unfair.

aku penat juga dipandang baik sampai perlu dilindungi dari kebenaran. seolahnya aku pompuan naif yang tak akan boleh terima perkara terburuk yang berlaku dalam hidup. hey, shit things happen. i know and while u might think u need to protect me from all that, i really could face the truth. i could handle them. i won't be shockingly surprise.

being seen as 'a baik' person is another definition people gave to a boring person. i missed out a lot of things because people see me as an angel. ok, taklah angelic alim macam ustazah pilihan ke apa tapi u know what i mean kan? adik aku sendiri pun cakap aku ni baik.

i want people to share with me. at least people who are close to me. sometimes aku rasa someone tu rapat dengan aku tapi surprisingly, banyak yang aku tak tau, tapi diketahui pulak oleh orang lain yang aku rasa langung tak dapat menandingi definisi rapat aku dengan orang tu. aku jadi speechless. muak dengar, "eh kau tak tau?"  "oh, dia taknak bagitau kau kut"

aku tau orang bukan takut cerita pada aku sebab aku tak pandai simpan. aku nampak macam banyak cakap, tapi aku ada ability simpan rahsia. once aku dah janji aku nak simpan, aku akan simpan walaupun mungkin aku dah tak rapat pun dengan orang tu.

come on. stop protecting me. aku perlu tau pasal dunia yang kejam ni. walau macam mana aku react, just let it be. its a process we called 'living'. we make mistakes, we learn something. bla bla bla. the cycle continues. that's just how things work. don't skip me from the worse part. let me know and experience all of it. i mean it. i really do.

so please spare me the positive impression. aku rasa 25 ni dah cukup besar untuk aku alami apa yang patut aku alami, untuk aku tau apa yang patut aku tau. biarkan aku jadi kawan yang baik. biarkan aku jadi normal. tak ada manusia yang sentiasa baik. and even if there are any, doenst mean that person could not handle the ugliest truth.

Sunday, July 24

ayah.

baru lepas tengok sekali lagi. rasa macam nak tengok sekali lagi. huu, habis keluar segala air mata, hingus bagai. aku ni bukan boleh. kalau cerita pasal ayah memang aku tacing. cerita macam ni aku rasa better takyah tengok kat wayang. bukan sebab membazir ke apa. tapi cerita emosi ni kena layan sorang-sorang pastu kalau ada dialog yang laju boleh rewind balik. (gila tegar)

semakin tacing bila teringat ayah sendiri. semalam mak call aku, mak nak bagitau gaji da masuk. aku dengan mak, gaji masuk kat hsbc. hsbc biasanya akan keluar lebih cepat dari bank lain. ye, bank lain tu termasuk lah maybank apetah lagi bsn. jangan jeles ye. usually bila mak check gaji dah keluar awal, mak mesti bagitau aku.

masa mak bagitau tu, aku bukan main girang ah. tetiba aku dengar suara ayah kat belakang,

"eleh dia tak heran kut. ntah gaji bulan lepas ada lagi agaknya"

pastu aku balas kat mak,

"eiee apa pulak, orang tinggal duapuluh hengget je ni"

mak ulang kat ayah. mak macam tak berperasaan sangat. dia cuma gelak-gelak je. aku dengan mak borak-borak sikit pastu end conversation.

pagi esoknya, awal subuh lagi ayah call. eh, takde lah subuh. dah terang sikit. memula ayah membebel pasal sembahyang subuh bla bla bla. subuh gajah bla bla bla. tetiba je jadi serius.

"duit kau tinggal dua puluh ke?"

"tak lah, kan gaji da dapat..."

"kalau tak dapat lagi tinggal dua puluh je ke?"

"alah cukup la yah. kalau tak kan 25 hb da gaji" aku try cover cover sebab suara ayah macam sedih je.

"duit kau tak cukup ke long?"

"cukup la yah..."

"duit kau tak cukup sebab bagi mak dengan ayah ke?" kali ni aku dah macam sebak dah. kenapa lah ayah nak sentimental sangat. duit aku tinggal dua puluh ringgit bukan dua posen. plus bukan aku tak makan pun dalam fridge banyak je lauk boleh masak.

"kalau macam tu tak payah bagi mak dengan ayah lah"

masa ni aku dah sangat sebak. pagi-pagi lagi aku dah sebak. memang disaster ok kalau ayah dah sentimental aku pun sama. hurm, bukan banyak sangat pun aku bagi mak dengan ayah. ntah lepas untuk bayar bil telefon diorang je ke agaknya. cara ayah cakap tu macam lah aku bagi sampai 6,7 ratus sampai terjejas sangat kewangan aku.

"along servis kereta lah haritu. tu yang macam ter short sikit" aku cuba bagi reason supaya ayah tak sedih sangat. lepas tu ayah dah ok sikit and kitorang borak benda lain.

aku tau ayah sedih. dia tak boleh dengar anak dia susah. teringat masa aku kat maktab dulu. masa mula-mula mak dengan ayah nak beli kan aku kereta. masa tu sibuk ayah cerita pasal haji usop belikan anak dia kereta 2nd hand sebab taknak buat loan. dia bayar cash je. haji usop tu bos ayah.

pastu mak macam suggest ayah buat yang sama. tapi ayah taknak.

"biarlah kereta kecik pun, asalkan bukan 2nd hand. dah puas lah dulu kita susah. anak-anak tak payah lah"

mak dengan ayah lain. mak jenis tak suka senangkan anak-anak. bagi dia biar kita rasa susah sikit barulah tau menghargai. ayah tak. dia kalau boleh taknak kitorang susah. *sob sob sob* sedih lak tetiba. dah lah dah 2 minggu tak balik rumah.

masa aku belajar dulu, ayah ada bagi aku kad kredit untuk isi minyak dengan kad touch n go yang automatik reload. bila-bila masa aku nak balik pun takde hal. tapi lepas aku dapat gaji haritu, aku pulang semuanya kat ayah. yelah dah ada gaji sendiri. takkan nak bergantung kat makayah lagi?

tapi time guna duit sendiri ni lah baru tau berapa nilainya sekali balik tu dengan minyaknya dengan tolnya. dulu exit air hitam tol rm9.10 je. ni dah ke atas lagi exit pagoh, tol je dah rm17++ itu sehala. belum minyak lagi. aku mula kurangkan balik. lepas tu rasa macam anak tak guna lak. yelah mentang-mentang dulu pakai duit ayah isi minyak dgn touch n go, every week boleh je balik. bila tiba guna duit sendiri dan dan jarang balik.tak ke macam kesyialan sangat tu perangai.

rasa macam diri ni kacang lupakan kulit lak. jadinya aku tukar strategi. balik tetap balik everyweek tapi naik bas. itu pun dah buat ayah sedih jugak. siap ayah mengadu kat nurin,

"ayah kesian dengan along kau tu. ntah cukup duit ke ntah tidak. kad ayah semua dia pulang. ayah takde mintak pun"

syahdu jugak bila dengar nurin cerita kat aku apa ayah cakap. tapi macam mana? aku tak boleh skip fasa ni. aku mesti lalui jugak. barulah ada kemanisan hidup. dalam fasa ni, dalam kepala aku dari celik mata sampai pejam mata balik cumalah duit duit duit. aku rasa syima pun da bosan dengar. tapi bagi orang macam aku ni, benda ni memang perubahan 360 darjah dalam hidup aku. cuma aku je tau betapa besarnya isu ni pada aku buat masa ni.

apa pun, terima kasih ayah sebab tak mahu aku hidup susah. terima kasih emak sebab mengimbangi ayah. supaya anak-anak maih ada kesedaran tentang betapa susah nak dapatkan duit. terima kasih Tuhan sebab bagi aku mak ayah yang terbaik. insya Allah, ini semua sementara. semoga semuanya akan stabil kelak. :)

pada waktu yang kritikal begini, adalah sangat membantu mempunyai tunang yang sangat tidak berkira dan sanggup berkongsi apa saja yang ada waima setengah sen. kata orang hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicicah. kalau ada 200 pun kongsi. kalau ada dua posen pun kongsi jugak. berpegang pada "kita takkan jatuh miskin kalau memberi" aku dan F sama-sama menempuhi hidup apa adanya. ceh dah macam slot bersamamu lah pulak.taklah. things are not that bad pun. aku ni biasalah, kalau ayat penulisan tu manjang je drama lebih.

walhal makan tetap jalan, paling koman 2x sehari selalunya lebih dari tu. haha. dah lah. makin banyak menaip makin out of scope penulisan aku. to ayah, jangan lah bersedih. along masih cukup makan. my friend even said i put on weight. blergh.


Sunday, July 17

tentang interview SPP.

haih. untuk melenyapkan persoalan semua orang dan memudahkan kehidupan orang yang concern pasal aku, meh aku cerita pasal interview aku. jadi tak payah lah sorang-sorang antar chat kat aku, antar mesej kat fb atau pun komen tanya, cane interview SPP?  sebab aku malas nak jawab.

sorry, aku tak berniat nak sinikal. tapi hakikatnya interview aku tak ok. so aku stress gila. orang lain dah lepas interview lega tapi aku tak. hurm. teringat awi cakap, "jangan risau la. kalau aku lepas kau mesti lah lepas ain" haih. masalahnya aku tak yakin.

keadaan orang yang tak percaya interview aku tak ok lagi lah menekan. yelah, cakap bercakap ni biasa nya makanan aku. eh tetiba aku boleh tak ok lak. tapi aku serius. ini bukan kes aku exagerate cerita ke apa. sebab aku risau camne orang tu nak bagi aku markah sebab aku cakap tak banyak.



soalnya dia asyik cut time orang nak jawab. ada soalan yang aku boleh jawab, aku jawab dalam 3,4 patah je dia dah cut. jangan cakaplah soalan yang dia tanya aku langsung lost pastu ternganga. dapat lak groupmate yang pasif je. memang lingkup. ada sorang chinese ni kurang sangat cakap sampai penemuduga tu cakap, "eh awak ni jawab lah. kalau tak camne saya nak bagi markah?" gila tak?

kalau orang tanya aku tips memang aku tak tau nak cakap apa. pokok pangkal nya kau kena tau semua benda in detail sebab kita tak tau camne penemuduga kita tu. ada yang pentingkan itu, ada yang pentingkan ini. kusut ah pikir.

mak pulak cakap, selalunya dalam satu-satu sesi atau pusat contohnya pusat kat muar lah, mesti dia akan failkan at least sorang candidate. tak boleh semua lulus. HAAAAAA? is that suppose to make me feel better? gila kan.

dah lah pagi nak interview tu reben kat kasut aku tercabut sebelah. boleh lak time camni nak tercabut. nak pakai kasut kaler lain, takut penemuduga tu particular tang pakaian. option lain yang aku ada adalah kasut kaler pink. macam tak sesuai je.


aku redah je pakai kasut tu. by the time tengah tunggu giliran nak interview tu, riben tu tercabut terus. dengan jitunya aku cabut riben yang lagi sebelah. tolonglah, dah macam iklan mentos je aku rasa.

anyway, kepada orang yang dah tanya aku and aku macam moody semacam je, korang tau lah ye reason nya. and yang belum tanya tu takyah lah tanya. baca blog aku ni jelah. malas dah aku nak pikir lagi. tunggulah lagi sebulan keputusan nya. harapnya lulus. tak sanggup nak harung lagi sekali situasi nak interview tu. haish.

Friday, July 15

pagi hening yang mencuakkan.






mode: cuak nak interview. 

macam biasa lah aku dengan ritual kalau ada exam atau interview. bangun awal, iron baju, mandi awal, revise sikit-sikit. tiup-tiup sikit kat tudung, jampi sikit supaya dia tak buat hal lantas merendahkan self esteem aku harini. bangun awal gila tadi niat nak mandi wajib, tapi hampa. tapi check tarikh, nisfu syaaban bukan harini tapi ahad. ok takpe, sempat kut. by that time dah boleh kut.

i miss you guys. ntah apa lah perbuatan korang sekarang ye? doakan aku.

Thursday, July 14

perihal interview SPP dan becoming birthday.

kusut kepala aku pasal nak interview esok. tiba-tiba plak GB takleh balik petang ni. habis pending semua dokumen aku. macam lipas kudung aku try settle semua. benda remeh je tapi sebab tangguh tangguh camni lah jadi dia. salah aku jugak. baru nak siapkan dokumen je tu. study je haram satu pun belum.

ntah kenapa rasa cam malas je harini. balik tadi pun lambat. boleh lepak dengan kak mel sampai dia habis kelas tambahan pastu makan nasi ayam berlada lagi. dah lepas makan tu, still takde rasa nak balik rumah. apa ke kacau bilau sangat otak aku nih?

tetiba teringat next week adalah birthday fat cat. ha, takpela. bosan lah asek address dia as F je. macam lah mysterious sangat. semua orang dah tau pun kan siapa dia. and ouh no, f tu bukan stands for fat cat. F tu of course lah stands untuk nama dia. kebetulan je nick aku kasi dia start dengan f gak.

orang cakap aku kejam je bagi nama camtu kat dia. hek eleh apa yang kejam nya? adorable ok nama tu. kejam kejam pun orang lain termasuk mak ayah aku, guna gak nama tu. "long, tadi fat cat call kau mak tak angkat" see? mak pun dengan casual nya guna nick tu tau. kucing yang gemuk kan comel. so its a good thing lah kan aku panggil dia gitu.

lagipun aku rasa, disebabkan banyak orang address dia as fat cat dah jadi macam  doa pulak, dia menjadi semakin comel hari demi hari. hahahahahhaha. arakian bergulinglah kalian menatap ayat tak boleh blah ni. eh takpelah kan? lebih baik kita cakap tunang kita comel dari cakap tunang orang lain comel kan? tu dah apekejadah pulak?

ok ok, cut the crap. next week birthday fat cat. dah lah, takde nak surprise surprise lagi. tak kuasa ok. oleh kerana kebosanan tahap dewa aku decide nak cari hadiah untuk dia. masa tengah sangkak ni, apa aku boleh bagi cuma lah shirt. nak bagi wallet ke, jam ke macam tak cukup bajet lah pulak kan? lagipun aku memang suka belikan dia baju. baju confirm dia pakai. last year aku ada belikan jam haram aku nampak dia pakai. tak berkenan lah tu!

jalan-jalan aku macam berkenan dengan satu kemeja ni. lengan pendek. aku rasa seswai sangat untuk dipakai meng'attend' wedding bersama aku. hahahhaah. dasar control freak. apa tunang pakai pun nak control. anyway, aku belek-belek la kemeja tu. pastu pikir nak amik size apa. selama ni si fat cat tu memang pakai XL je. dia ni terlalu pandang rendah pada diri sendiri. walhal dia mampu memakai L tapi taaaakkkkk nak gak pakai baju gedoboh sampai nampak makin gedoboh.

kalau aku lah yang belikan dia baju. jangan mimpi lah dia boleh comfy comfy bernafas dengan selesa. confirm aki beli yang muat-muat je kat badan dia. takde gedoboh gedoboh. memang. memang aku suka torture dia. ok tapi usually, aku beli L lah. dah lama dia tak nampak tag XL. sedih je muka dia.

tapi aku tak tau setan mana merasuk aku harini, aku cuba bertindak lebih kejam. dengan yakin nya aku amik M. hahahaha. aku tengok cam besar je. satu lagi aku tak suka dia pakai baju labuh-labuh. aku tengok L tu cam labuh je. tapi, dalam pada setannya aku, aku tanya gak kat promoter tu, "kalau size tak kena, boleh tukar tak?" "boleh, within one week, tag harga jangan buka and resit kena bawak"

perkh, tanpa berfikir panjang terus aku amik M. memang menderita fat cat ada tunang macam aku. hahaha. dia sepatutnya fikir benda tu awal-awal dulu. sekarang dah no turning back dah. pastu aku macam orang gila je terus drive ke bp.

alah gi mampos lah dengan surprise. karang kalau baju ni tak muat, sesia je duit aku. sah sah dia tak pakai kalau tak muat. sampai je kat pejabat dia, aku cakap aku nak suruh dia try baju. baju untuk hadiah birthday. dia memang tak boleh blah la kan. geleng-geleng je. mesti dalam hati dia, apalah bala nya aku dapat tunang gila camni.

" watpe susah-susah b? kata takde duit"

"isk dia ni. syhhh. takpela birthday setahun sekali je"

"tapi mesti ke bagi harini gak?"

"siapa kata b nak bagi hari ni? b nak suruh try je. kalau tak muat b nak tukar. dia bagi seminggu je untuk tukar" hahaha. jitu nak mampos.

pastu dia gilah try baju tu. ok, baju tu muat elok je kat badan dia. siap buat dia nampak tough lagi. (hahahaha, lantak aku lah nak puji tunang sendiri) tapi yang aku pasti dia memang tak comfortable lah. muka macam tahan berak je.

"d takleh bernafas lah"

"tapi ok kan? nampak best kan?"

" singkat lah. tak tutup punggung. d rasa kalau L ok. d mana penah pakai M?"

" alah d bukan nya pompuan. buat apa nak tutup punggung. "

ntah pape je orang tua ni. nak tutup punggung bagai. ingat dia gadis sunti ke. aku cakap dengan dia aku taknak tukar baju tu sebab aku rasa dia nampak ok. muka dia redha je.

" dah bak sini baju tu"

"lah, ingat nak bagi terus"

"mana boleh. belum lagi. nanti minggu depan kalau b bagi, buat-buat lah terkejut eh. pastu kalaupun b tak tukar saiz nya, d buat-buat lah gembira. tau tau tau?"

sabar jelah dapat orang macam ni. takpe dia dah biasa dengan aku. dah suruh dia try, puas hati aku. boleh lah aku pulang dengan tenang tanpa merisaukan duit aku jadi sia-sia. hahahaha.


dah lah. aku ni dari tadi cari excuse je taknak study untuk interview SPP esok. rosak akhlak betul. selama ni punya liat nak update blog. tapi sebab nak lari dari study melimpah ruah lah idea nak menaip.


korang, doakan aku tau. doakan tudung bawal aku tak karipap esok. hahaha. dah lama tak pakai tudung bawal. doakan aku tak cakap benda yang doesnt make sense. doakan aku tak bertindak radikal bila di trigger oleh penemuduga. aku ni bukan boleh, kadang tu emosi semacam je. doakan aku takde tertinggal apa-apa dokumen. doakan penemu duga aku seorang yang rawk gila just ajak borak kosong. the last part? dream on lah ain.

ok, masa untuk ngadap PIPP, NKRA, MBMMBI, KSSR, 1murid 1 sukan 1 Msia dan mengetahui nama-nama tokoh pendidikan yang selama ni aku tak amik pot pun. wish me luck! :)

Wednesday, July 13

issues.

i felt like writting bout something. but i know for sure it will bore people. and i think its not nice writting about the thing i felt like writting. blergh. crap.

but then, screw that. this is the purpose of this space aite? the place where i could spill anything, the place where one day will be something i could refer to about the time im having. the situation im facing.

and the issues im facing this corner of time, is MONEY. nothing bigger than this issue right now. every now and then, all im thinking about is how to make ends meet. how to spend my money wisely (that if there are any balance after all the bills and necessities payment)

im taking out my purse and urgh, its torn. sigh. i really dont need this in the middle of the month. i NEVER use my purse untill its torn. it seems like i use it till it reaches its limit. i hate it. this stage sucks so much. this is where there'll be imaginary cloud in my mind.

maybe, i could get a new purse if i don't eat for 5 days. ouh! ouh! maybe i could get a new purse if i do not went back to jb this week. ouh! ouh! maybe i could get a new purse if i go to school walking? what the hell?

this money issue is really bothering me. yeah, i agree sometimes its more to EGO. its not that my parents dont give a crap about me. but i just really wanted to TRY being independent. for once in my life.

hurm. whatever with the money issue. i cant wait for next year. insyaAllah my financial status will be stable by that time. not for long i guess. after that its all about building family. haha. its ok, i will have time to breathe for a while before figuring out about building family and stuffs.

im gonna focus my energy on the coming interview this friday. bet that's gonna stray my mind out of buying new purse. hahaha. that's definitely a joke. im gonna get a new purse eventually. hurm. next month maybe. =P

Thursday, July 7

bla bla bla bla bla.


letih. bangunan baru ni memang meletihkan nak mampos. sikit pun aku tak faham konsepnya. budak sekolah aku ada 29 orang je. itu pun dah masuk budak pra-sekolah 3 orang. cikgu dah campur staff adalah dalam 30 ++. tapi bangunan sekolah ni 4 tingkat. yarabbi. mengurut dada je aku.

dah lah harini puasa. aku dah lost count berapa kali aku naik turun tingkat 4 ke tingkat 1. bilik sains kat tingkat bawah skali. kelas budak kat tingkat 3. perkh. macam orang gila la kan. pastu library lak kat tingkat 4. naik turun tangga tetiap hari tapi badan macam ni lah gak. kaki macam ni lah gak. tak ada sebarang tanda nak mengurus pun kaki aku ni ha.

macam iman, rajin pun ada graf dia gak. 2 minggu lepas aku macam dalam mood rajin. lepas sekolah je stay sampai nak dekat kul 3,4 siapkan lesson note, pikir nak ajar apa esok. update apa yang patut. sekarang? cepat je aku nak balik. nak tengok TV. hahaha.

petang-petang kul 2, 3 best woo. kat starworld ada marathon kot. 90210 pastu desperate housewives. skang dah tambah grey's anatomy. perkh. irresistable. aku tido petang memang jarang ah. tengok TV je keje. pastu malam penat. kul 10, 11 dah tutup mata. esok kul 6 bangun. macam tu jelah rutin aku tiap ari. sampai dah naik muak dah.

kerja ni penat nak mampos kut. bukan badan je penat. otak pun penat. macam-maca nak kena pikir kat sekolah. otak bergerak je. mana tak exhausted? anyway, next week aku ada interview untuk sah lantikan. cuak siot. tak tau lah nak menelaah apa. rasa cam malas je nak prepare pape. boleh? hahaha.

anyway, gud luck pada kawan-kawan yang akan mengalami nasib sama macam aku next week. dont left your confidence at home! :)

p/s: i have new housemate! a dentist! hahahahaha. cikgu sains + ustazah + doktor gigi. apa agaknya jadi ek? :P

Wednesday, June 29

turning over a new leaf

 amaran keras: entry ini panjang serta tidak bergambar. ia mempunyai ability untuk membuat orang kencing berdarah. tidak disarankan untuk wanita yang sedang mengandung atau pun sedang cuba mengandung. haha.

*      *      *      *      *
                                                           
 done with laundry at last. 2 minggu kebelakangan ni schedule laundry aku lari sebab asyik 'outstation'. haha. outstation lah sangat. yelah haritu gi mersing, balik je dari mersing kena tido sekolah. lepas tu kursus lak. walaupun kat muar je, still kena tido hotel and tak stay kat umah. so alamatnya jadual basuh baju memang lari.

baju dah kering tapi aku memang malas melipat baju. bila lipat memang macam kura-kura ditambah dengan multitasking.multitasking nya sambil tengok tv. kalau cite tak best takpe gak. ni lipat baju sambil tengok desperate housewives lah, 90210 lah, parenthood lah. memang lah focus aku 80% tv tinggal 20% je lipat baju.

aku susun baju dalam lemari. senyum. first time ever dalah fasa hidup aku, almari aku tak membuak. seriously. almari ni mak yang belikan masa aku mula-mula masuk rumah sewa ni. masa mak beli ni pun aku tak ikut sebab kebetulan masa yang sama family F datang jenguk aku kat rumah sewa. so aku stay rumah tunggu family F meanwhile mak dengan ayah pegi furniture hunting untuk rumah aku. cis aktiviti fun yang aku tak dapat join. orang bayarkan pulak tu. tehee.

lepas family F balik, mak dengan ayah still tak balik. aku call mak,

"mak, mak beli perabot katne? along nak katil yang cantik tau. "

"isk, kau tak percaya dengan taste mak ni? mak ada taste tau.mak dah nak bayar ni" isk tolonglah mak aku ni. budget dia ada sense of style lah.

"chup mak. mak belikan along almari besar mana?"

"standard ah. macam kat bilik kau kat rumah tu. nak macam mana lagi?"


"along nak besar sikit lah. baju along banyak." ceis. diberi betis nak peha lak aku ni.

"isk kau ni. macam-macam. mak baru nak swap ni. eh, nanti-nanti. jangan swap dulu. anak i mau yang lagi besar. dia nak letak orang dalam almari dia" haha. ok, ayat last tu aku hiperbola je.

kesimpulannya, aku dapat lah almari yang besar. besar dari yang kat umah punya. masa tengok tu senyum sampai telinga. dah habis besar lah tu konon nya. berangan nak letak macam-macam. yelah selama ni kat maktab, kat rumah, sakit jiwa aku tengok almari yang membuak. of course lah barang dalam tu tak well-arranged. asal boleh sumbat je.

even zaman matrik yang aku tak reti bergaya dulu, and zaman sekolah menengah kat sains johor yang aku nak outing pun tak boleh, memang almari aku membuak. so bila dapat almari besar. puas hati aku.

little did i knew that things would never be the same. yeah, because ill be handling my financial needs all by myself. no more allowance. tak ada lagi ayah bayarkan kereta. tak ada lagi kad touch n go yang automatic reload bila reach below 50. tak ada lagi kad kredit nama nariha aziz tapi signature aku. tak ada lagi bila toileteries or make up habis usung ayah gi watson or guardian. NO MORE.

sebagai cikgu baru yang belum sah dilantik lagi ni, berapa sangat lah gaji aku. aku syukur dengan rezeki yang Allah bagi, tapi it sure is not enough for me to live in luxurious. its strictly necessities. bills, obligation bla bla bla bla bla. nak kahwin lagi awal tahun depan. to still be able to wear colour contact lense pun aku dah kira bersyukur. kalau tak itu pun aku kena cut kalau bajet lari.

dah 5 bulan aku kerja tapi aku memang tak ada baju baru. kalau ada pun yang aku beli masa fasa 3 bulan pertama yang aku tak dapat gaji tu. and of course lah itu duit makbapak aku bukan duit aku. ye, tak payah pelik mana pergi tunggakan aku. tunggakan bukan banyak pun sayangs. dah diperuntukkan untuk banyak benda. lagipun, rezeki kita tu kan bukan milik kita sorang. :)

but its ok i guess. life kinda lame. kinda boring without new stuff, new clothes, new handbag. urgh. NO NEW HANDBAG? i feel like dying. haha. kidding. im still breathing. ok je pun hidup aku. im at peace. im starting to see everything through new perspective. positive one.

even last monday masa aku kena sembur dengan GPK koko depan cikgu-cikgu and staff , aku mampu handle it well. at least aku tak rasa nak berderai air mata. the old me will instantly burst into tears. ye, aku cengeng. tapi tak, aku kuat kan diri walaupun darah memang naik ke muka lah. malu beb. seharian tu gak aku sedaya upaya elak nak masuk office takut bertembung dengan GPK koko. tak tau nak buat ekspresi apa.

tapi nak balik tu, nak taknak aku kena gak punch card. pastu nak pulang fail kat meja GPK HEM. so memang kena gi office. masuk kebetulan ada GPK koko je masa tu. entah aura apa yang datang pada aku, aku gi approach GPK koko aku and tanya pasal task yang dia suruh aku buat tapi aku belum buat tu. aku tak bagi alasan pun kenapa aku tak buat. tapi aku terus je tanya macam mana nak buat. tapi lepas dah habis disscuss tu dia bersuara,

"awak terkejut dengan tindakan saya? saya memang drastik orang nya. tapi saya straight forward."

the rest of it? biarlah aku je simpan. malu kut nak cite weakness sendiri. cuma apa yang aku dapat simpulkan, tak semestinya dia marah aku, dia tak suka aku. and tak semestinya dia marah aku depan khalayak ramai, aku terus decide untuk benci dia. people are bound to make wrong choices in life. aku memilih untuk menagguhkan kerja and dia lak memilih untuk sound aku depan khalayak ramai. bad choices. tapi tak semestinya aku dan dia jahat, teruk, tak beretika.

lepas jumpa GPK koko tu dalam kereta aku senyum sendiri. merasakan aku dah lain sekarang. kalau dulu aku ni pendendam. tengok lah apa jadi pada zehra yang sound aku depan khalayak ramai dulu. baca entry ini dan ini. so yeah, ive turned over a new leaf. u guys should be proud of me. im ok now. im also ok without new handbag. n im QUITE ok at restaurant. tehee. yes i meant all of you syada, kak leha, marina, nurul, izzati, awi, marda. (hurmthat  if you're still reading lah). aku dah berubah. aku dah sopan. mungkin jua aku akan ber saya awak dengan korang pabila kita bertemu kelak.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



dream on you guys. like thats gonna ever happen! tolong tampar aku when the time comes. dah nyanyuk lah kut masa tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails