Sunday, November 28

meeting the shahruni's plus plus [part 2]

amaran: entry ini agak sarat dengan dialog. sila skip jika rasa membosankan.

sesampai je kat kedai tu, F memang dah tunggu. tapi dia tunggu dalam kereta lah. aku gi dapat kan F sebab dia tak nampak kereta ayah. ayah dengan mak lak tunggu depan kedai. nenek? dia gi kedai cina beli racun pokok and baja. dia heret faiz ikut dia.

kat depan kedai tu F pun salam-salam mak dengan ayah aku. nenek, out of sight. dia rasa dia kena nyorok ke? nenek aku ni pun lahhhh, apa lah dia gi main nyorok-nyorok lak. aku, mak, ayah and F masuk kedai tapi macam tak ada tempat kosong. masa tu aku dah pikir bukan-bukan "hurm, nape tak ada tempat kosong ni? petanda tak baik ke?"

tapi tak lama lepas tu ada 1 group ni bayar and blah. so kitorang pun amik tempat tu. awal-awal tu banyak tanya soalan-soalan asas je. mak tanya ahad pun kena kerja ke. and si F dengan penuh passionate lah cerita pasal kerja dia tu. dia kan memang gemar sangat cerita pasal kerja dia.

then ayah macam dah pelik, mana nenek gi. ayah suruh aku tengok mana nenek and faiz. aku pun keluar and cari nenek. selang 4 kedai dari kedai makan tu ada kedai cina jual baja, hardware and racun serangga semua. rupanya nenek kat situ. aku tengok dia beli baja. tak tau lah tu pembelian yang sengaja ke atau pembelian yang 'dibuat-buat'

"nenek, ayah panggil lah..."

"alah, buat apa? nenek dengan faiz jelah kat sini. karang takut lak kawan along tu..." aik? merajuk ke apa nenek aku ni?

"alah, jom lah nek. ayah panggil makan tu"

"haa, yelah yelah" 

tapi yang tak boleh blah nya, bila masuk kedai makan tu, walaupun dah nampak ayah dengan mak kat one corner ni, nenek boleh gi melencong ke tempat lain as if dia nak duduk asing dari kitorang.

"duk sini lah nek dengan kitorang" aku pujuk nenek. masa ni,  F dah bangun salam nenek. nenek pun akur je duduk sekali. kelakar gak nenek ni. ada hati nak buat penyamaran lagi. dia ingat aku tak bagitau F ke yang dia nak datang? hahaha.

conversation lepas tu adalah pasal keluarga F. pasal dia tu banjar, asal mak bapak dia. rumah dia kat mana.bla bla bla. F banyak gak buat effort untuk bercakap. tapi ayah macam tak banyak cakap sangat. at least tak seperti yang aku expect. mak ok ok je.

tapi yang rancak berbual dengan F ialah nenek. ntah apa-apa jelah dibualkan. aku tak paham sangat. berbual pasal tempat-tempat and kampung-kampung kat bp ni.  ayah sampai cakap kat F, "kau untung tau, bukan senang nak jumpa nenek ni" of course lah. imagine, nenek yang nak jumpa dia?

the rest macam biasa-biasa je. first meeting kan. what's there to expect? tapi aku dah agak dah si F ni mesti mesej tanya respon. masalah nya mak dengan ayah tak bagi apa-apa respon pada aku.satu je ayah cakap,

"ayah tengok dia macam poyo je long?" ayah cakap sambil gelak-gelak.

"poyo camne?" aku curious gila. tapi lepas aku tanya ni ayah tak jawab lak. so bila F tanya respon mak ayah, aku just cakap,

"mak dengan ayah tak cakap pape lagi la d. b tak tau apa diorang rasa. tapi b rasa nenek suka d"

satu moment yang tak boleh blah ialah masa nak balik tu nenek tanya F,

"dah berapa lama kawan dengan along?"

"dah dekat setahun nek.."

"kalau betul nak along, jangan tunggu lama-lama. nanti nenek dah mati tak sempat tengok"

ok, nenek memang over. siap cakap mati bagai. nasib lah masa tu ayah tak ada. kalau tak, harus lah sentimental orang tua itu.

balik rumah nenek tu, of course lah mak gosip benda ni dengan cik ani and cik ati. tengah gosip-gosip pasal aku tu, tiba-tiba mak F mesej aku. banyak gak mesej mak dia. malas lah aku nak quote. tapi yang penting mak dia tanya F dah jumpa mak ayah aku belum? and mak dia terus tanya penerimaan mak ayah aku. aku tak dapat jawab benda tu sebab benda tu baru je berlalu. mak ayah pun tak spill out apa-apa kat aku.

eager gila future mum-in-law aku ni. haha. yang pelik nya mengapakah tak tanya anak dia sendiri. tanya aku lak. aku pun segan, tak tau nak jawab apa. masa dalam kereta on the way balik jb, aku cerita kat mak pasal mesej mak F. ntah macam mana, mak terkantoi kan benda yang supposed nya aku tak patut tau kut?

"tadi ayah tanya dia, dia betul-betul ke dengan kau? ayah cakap kalau dia betul-betul nak jaga aku, ayah tak kisah. yang penting bersungguh, ikhlas"

hek? bilakah? tak perasan pun. hurm, rupanya ayah cakap ni masa ayah suruh aku panggil nenek. tiba-tiba aku wonder, adakah nenek nyorok-nyorok tu adalah pakatan mereka semata supaya ayah ada masa bersendirian dengan F tanpa aku? si F pun sama je. ber lama-lama dia mesej dengan aku, langsung dia tak mention pasal apa yang ayah cakap ni. bila aku tanya betul-betul baru dia nak cakap,

 "ayah tanya d ni betul-betul ke dengan b. kalau betul-betul jangan luka kan hati b"

"habis tu, d jawab pe?"

"d jawab, saya serius dengan dia, bahagia dengan dia, ain pun ada cerita gak pasal yang dia putus dengan shai"

ok, no wonder ayah cakap dia poyo. BAHAGIA? urgh. bengong sungguh boyfriend aku ni. somehow i think that short conversation is more than just that. sebab nya versi dari mak cerita lain, dari F pun lain. macam ada sesuatu yang aku masih tak tahu. yang penting ayah mesti ada mention pasal masa lampau aku. kalau tak, takkan F suka-suka lalalala nak petik nama ex aku depan mak ayah aku lak.

tapi takpelah. aku taknak tau pun keseluruhannya. biarlah rahsia. seriously, aku tak sebetulnya tau perception ayah terhadap dia. ayah tak luahkan apa-apa. tapi tengok dari cara nenek, aku sure nenek suka dia. and kalau nenek suka dia, aku rasa pendirian ayah pun tak jauh dari nenek gak.

nampak dari gaya macam ok. at least a good start. harapnya lebih banyak perkara baik yang mendatang lepas ni. doa kan aku. doakan F. doakan kami berdua. :)

4 comments:

Anonymous said...

waaaa..congrate kak! 1 kemajuan disitu..
hope bhgia lepas nih =)
~rien~

Unknown said...

okeh ain
fadh jeleshhhh..
huhu
moge bahagia ye
kalau nk kawen..jmput tau!
leh jumpe ain...uppss....leh jumpe CN (blog namelah...ain tuh cm pelik pulak..hihi)

Anonymous said...

wahh... akhirnya... :) sm0ga berterusan hubungan kalian.. -iz

amalina wahida said...

walaweyhhh!! sgt xcited ok nk tunggu citer nih.. hahahah.. ok, semoga bahagia, dipanjangkan jodoh..insyaALLAH..amin~~~ =))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails