akhirnya aku berjaya gi alter rambut aku kat kedai gunting. dah tak tahan lagi dengan rambut aku yang sungguh irritating.tapi, pegang-pegang rambut macam sedih lah pulak. dah jadi pendek. *sob sob sob* takpelah, aku perlu berkorban demi masa depan rambut aku.
masalah ni timbul masa aku busy dengan zapin hari tu. budak-budak zapin yang lain selain aku and aleen adalah junior. petang diorang adalah pack dengan aktiviti permainan lah, unit beruniform lah. so nak trainning petang alamat nya tak sempat. so, we all decided buat trainning malam. malam as inkul 9,10 gitu.
kalau dah namanya berzapin, menari, tak berpeluh tu tak sah. so haruslah kena mandi basah rambut kan lepas trainning. alkisahnya hampir setiap malam aku menderita sebab rambut aku ni dahlah panjang, tebal lak tu. lepas menshampoo rambut tu, sungguh azab nak membilas nya.
aku asyiklah rasa nak layerkan sikit rambut aku tu tapi tak menyempat. busy je manjang. sekali satu hari ni aku tengok si marina main potong-potong rambut awi. dah bosan sangat gamak nya diorang. aku lak tanpa berfikir panjang pergi tadah kepala kat marina gak. nak suruh dia cantas kasi nipis.
gila tak boleh tahan, nak potong tegak pun diragui aku ni dengan yakin boleh nya suruh marina layerkan rambut aku.mula tu marina buat sikit je. maybe dia takut. pastu aku pegang-pegang rambut aku, rasa macam tebal lagi. terus aku naik sheikh suruh dia nipiskan lagi.
potong punya potong tak sedar rambut aku dah jadi teres kat bukit dah gamaknya. aku sendiri tak sanggup tengok rambut aku. semua orang cakap rambut aku irritating. aku memang manjang blame marina je. walhal memang aku yang paksa dia nipiskan lagi.
pastu rambut tu kekal irritating sampai cuti. aku tak menyempat nak gi alter kat kedai. yelah dengan exam lagi, tesis lagi. eh macam-macam lah. tapi bila duduk rumah ni, masa aku lebih banyak tak pakai tudung daripada pakai. jadi setiap hari bercermin melihat rupa paras rambut yang tak semenggah, aku dah tak boleh tahan lagi dah.
haha. berjaya jugak aku alter. tapi rambut dah jadi pendek. dah tak enak lagi. cina tu sibuk nak suruh aku buat treatment lah perm lah. ngeng. orang tengah tak ada duit ni. nak promote itu ini lak dia. dapat potong rambut ni pun dah kira bersyukur.
pergi potong rambut tu pun jalan pandang straight je tak ada toleh kiri kanan. al maklum lah kan tak ada ongkos, karang kalau terberkenan, susah lak. siapa lak nak menanggung nya. aih, cepatlah aku posting and dapat gaji. tangal dah gatal nak pegang duit nih.
2 comments:
haha... weyh. anta kat aku rambut baru ko. teringin nak tgk. aku pon p buat layer aritu. p btolkan rmbut aku yang tetibe ade ekor. hehe
bengong lah. tak perlu langsung nak tengok. mcam lah aku gi wat perm ke apa ke. haha~
Post a Comment