Friday, January 29

ppffft. whatever.

seriously, coming back from tuition, there's so many things id like to blurt out here. pegi karaoke dengan F di waktu office hour. jamming dengan nurul, riyan, muzamir, nasyrul, aizat, shopping for bbq tommorow, hillarious incident with ammar....

seriously, a lot had happened today! i just cant wait to reach room, switch on my lappy and start typing a wonderful entry about my day and waiting patiently for my photos to be uploaded. but it seems like, my day ended miraculously terrible.it sucks.

no one to be blame. its just, its hard to be me. some people might be able to just ignore it and pretend nothing happened. but me? maybe not.


"esok kan thaipusam long. tak elok gi bersuka ria tempat macam tu"

"........................"

"tapi kalau nak pegi gak, pesan kat yang lain-lain tu, jangan suka-suka sangat"

"hurm, mak bagi along pegi ke tak?"

"..........................."

"mak, along tanya ni, mak bagi along pegi ke tak?"

"kalau boleh tak pegi, tak payah pegi lah long..."

"hurm, k"


and at that moment, im already bursting into tears.

if i went with them, im sure i wont be able to enjoy the moment as ill be thinking about my mum the whole time. but if i didnt go, i still felt sad. there's a rush of disappointment coming to my vein.

i really looking forward for this. but i cant go. it might sounded foolish to some who read this. but i tell you this, in CIK NURULAIN'S world, everything is bizzare. even a tiny weeny issue.

this entry already sounded like crap. im gonna get some sleep. hope ill wake up at 5. when everybody already return. yup. definitely. ill set my alarm now.

bye.

demam. (konon nya lah)

 tukang karut bicarahatigadisini:
tak sihat.
takde idea.
takde mood.
jadi layan mata je lah.



siot ah muka kalau tak pakai eyeliner. macam &*%$#!#$^*&.walaupun demam, berkabung tetap ye!


 
ni orang curi tulang time kerja sebab nak jumpa gf dia yang demam (konon nya)


p/s : macam budus kan tak bole pakai jeans? terpaksa pakai slack. what the hell la!



p/s/s : dah. aku nak buat matriks untuk action research aku. idea, tolong lah datang. kalau tak benQ aku ni aku humban.

Wednesday, January 27

serikandi berlapan.

malam ni aku tak ada kelas dengan ammar. kak lin mesej katanya ammar dah terlelap. tadi dia terberak dalam seluar lagi kat sekolah. biasa nya memang macam tu. bila ammar terberak dalam seluar, dia mesti exhausted gila sebab tunggu kak lin sampai sekolah nak bersihkan dia semua.

bagus lah tak ada kelas. badan aku pun macam tak berapa sedap. selsema, sakit tekak.dah lah penat gila berzapin tadi. sesekali tak ada kelas macam ni, best juga. boleh lah aku rest sikit. sunyi rupanya bila duduk hostel waktu macam ni.

marda dengan marina of course lah keluar makan dengan mata air masing-masing. syada memang ada kehidupan lain kat batu pahat ni. min pun. roommate aku si izzati ni pulak, sejak kebelakangan ni asyik jiwa kacau je and selalu keluar sorang-sorang cari ketenangan katanya.

im sorry izzati. aku jarang ada, masa tough times kau ni. aku sibuk. dengan kelas. dengan zapin. dengan tuisyen. kadang-kadang bila aku balik bilik, kau dah tak ada. yang tinggal cuma lah nurul dengan awi. itu pun sorang tengah ber-facebook, sorang lagi tengah ber-ym. biasa lah kehidupan awek single.

and im alone in my room. korang. aku rindu korang. seriously. mungkin korang akan mengalami kegelian yang amat sangat sebab bukan jenis aku meluahkan perkara sebegini. tapi aku serius. it's our final year and we're drifting apart.

bukan salah sesiapa pun tapi rutin yang buat segalanya jadi begitu. nak spend masa bersama pun susah. nak kata ada antara kita yang pentingkan bf, tak juga. tapi nak buat macam mana? setiap hari aku dengan marina kena mengajar tuisyen. syada lak selalu dengan kak leha.

min tak payah cakap lah. bilik pun dah jauh. korang, aku menangis ni. percaya tak? aku betul-betul sedih. dengar cerita esok elaun masuk. biasanya bila elaun masuk, kita sibuk merancang nak tengok movie apa. nak makan besar kat mana. tapi hari ni, nothing!

minggu depan lak dah start praktikum. apa akan jadi? masing-masing sekolah lain-lain. pagi confirm lah kita tak jumpa. malam semua ada rutin sendiri. korang, korang rasa tak apa aku rasa? ke aku je yang sentimental lebih? hurm.blah la kau ain. emo pula ini malam.

aku harap, kita akan dapat hang out macam dulu.ramai-ramai makan kat bilik marina sambil tengok tv yang bapak ancient gila. melepak atas katil marina walaupun dah macam ikan sardin dah (bayangkan satu katil 4 orang). lepak-lepak makan goreng pisang kat gerai depan maktab lepas kelas kul 4.30.

aku rindu zaman dulu. zaman even aku pun tak ada kereta. atau zaman cuma aku yang ada kereta? zaman berhimpit-himpit naik kancil biru aku. nak pergi pasar malam kena menapak ramai-ramai. korang rindu tak zaman tu? aku rindu. bila kira-kira, tinggal sikit je masa kita untuk bersama. tolak cuti lagi. tahun lepas, macam-macam kita rancang untuk penuhkan final year kita bersama. tapi sekarang aku tengok, kita dah tak ada masa bersama.

setiap kali aku keluar dengan F, aku teringat korang. marda, marina, korang ada terfikir macam aku tak? haish. entry ni dah macam pathetic gila. hurm. izzati pun tak balik lagi. roomie, mana kau pergi. jangan lah bawak diri macam ni. kami semua risau kan kau. :(










 

aku sengaja tepek gambar zaman sengal. gambar zaman kita semua comot (ceh sekarang sudah vogue kah?) zaman yang kita masih macam isi dengan kuku. the 8 of us used to be 1. now, not anymore and its hurting me. heyy. kalau aku tak pernah bagitau, korang lah geng paling cool aku pernah ada. aku ni berkawan ramai. tapi yang aku rapat 2,3 kerat je.

tapi aku harap, dengan korang, rapat sampai bila-bila. sebab bersama korang lah aku jatuh dan bangun semula. mengenal peritnya kepahitan dan kedukaan. mengenal indahnya kemanisan. ceih. jiwang sudah. aku tau kalau korang baca entry ni aku akan kena nganjing sampai aku pengsan, bangun balik pastu pengsan lagi. tapi insyaAllah, aku tak menyesal buat entry ni untuk korang.

korang tunggu apa? dah habis lah entry ni. huh! jangan harap aku nak cakap aku sayang korang eh. bole blah. hahahahaha.

Tuesday, January 26

robot.


minggu berkabung di johor.

aku sekarang dalam mode yang tersangat lah bizi. awal februari aku akan mula praktikum kat SK Sri Gading. and next month juga ada pelancaran persatuan kebudayaan institut. tiap-tiap petang ada practice tarian.zapin yaw! i like. :)


malam pula mengajar ammar. walaupun sejam cuma, azab sungguh kalau ammar buat pe'el luar biasa dia tu. serasa diri seperti robot dah. kalau tidur tu manjang je terlajak sebab penat kut. rutin dah macam robot tapi kaki still tak kurus-kurus.


idea nak merapu tu macam banyyyyaak sangatt. (standard ah mulut becok) tapi kadang-kadang ada kekangan masa, kekangan mood lagi. hihi. ok lah. daku nak pergi siap-siap. jap agi nak gi mengajar tuisyen. pastu mahu dinner bersama F.haish. dating pun dah tak sempat.


p/s: pancit la menari zapin. aku sudah tak fit seperti dahulu. adei.

Sunday, January 24

quality VS quantity. (ceih dah macam tajuk action research)



lagu ni berkumandang dari handphone sony erricson purple ku.

*one new message received*

oh, mesej dari F.

"b, gi mana tadi?"

"b gi jusco bukit indah dengan mak, ayah, nurin n idin."

"oh, jauhnya. cari apa?"

"ingat nak cari crocs lily nak buat practical" (suka hati mak bapak aku je nak pegi sekolah pakai crocs. tapi pedulik hape. sekolah bertingkat-tingkat. daripada kaki ku melecet pakai heels, baik aku beli crocs. selesa gituw)

"dah tu, beli ke tak?"

"tak jadi lah d. mahal sangatt. rm169."

"nape? tak cukup duit ke. b ada berapa? nanti d tambah" (ceit mentang-mentang bekerja, mahu kerek pula si F ni. hehe)

"takpela. b syg duit la. mahal sangat. boleh dapat 4 kasut tu..." (perkh, cam tak caya je jawapan aku ni)

"oh. yeke? takpelah. nanti kita gi beli kasut lain je"

camtu je dia jawab? huh. senget punya bf. cuba lah pujuk-pujuk aku sikit. mana tau aku ubah fikiran and amik duit dia buat beli cros lily tuh.heheh.


 crocs lily yang aku kempunan

bukan apa. hari tu aku browse kat internet, harga dalam 100 je. aku rasa original. bukan imitation. tapi tak tahu lah kalau aku ni tak pandai menilai. maybe yang aku usha kat jusco ni mahal sebab dia jual kat boutique kut. yang aku browse kat internet tu, tak ada saiz kaki aku yang macam gajah ni. kalau tak, memang aku dah rembat. lagipun dulu aku pernah belikan F crocs baya from blogshop ni. memang pueh hati.

takpelah. mungkin memang dah tersurat, aku tak boleh nak pailang di sekolah. yelah, suka suki aje mau pakai kasut getah ke sekolah. tapi aku tak nampak mana salahnya. crocs lily ni still bertutup depan dan belakang. aku tengok certain cikgu tu lagi lah, selamba dek je pakai sandal sarung gi sekolah. macam nak pergi bercanda di tepian pantai lak. nasib aku tak balun flip flop gi sekolah. memang nak makan penerajang namanya.

aku ni sebenarnya niat di hati memang nak paw mak aku beli crocs lily tu. sebab nak ikut kan aku memang tengah tak berduit. kemarau panjang ni. elaun tak masuk lagi. gaji tuisyen minggu depan baru dapat.jadi aku sangat sengkek lah sekarang. tapi tengok tag harga RM169. fuh. tak jadi lah. ayah cakap, "amik jelah. jauh-jauh datang, tak jadi beli lak. lagipun nak pakai gi practical kan...."

wah. macam nak menitik air mata duyung mendengarkan pernyataan ayah aku ni. rasa macam tak nak kerja sampai bila-bila. biar ayah support makan pakai aku. dah lah ayah no idea yang crocs tu macam tak berapa formal untuk ke sekolah. sengal tul aku ni.

tapi isu nya bukan lah duit. sebab obviously bukan pakai duit aku. tapi aku memang rasa sayang and sangat tak berbaloi lah 169 tu setakat pakai kat kaki. lagipun jenis macam aku ni, mana boleh pakai yang sama tiap-tiap ari? naik termuntah aku nanti. so, kena lah aku pakai yang murah je supaya dapat beli banyak. keskeskes.

maybe certain orang sangat pentingkan branding. kalau jeans mesti mau Levi's. kalau baju mesti mau Giordano. kalau kasut mesti mau Onitsuka. (cis aku macam nganjing adik aku faiz je. mati aku kalau dia baca) tapi aku bukan begitu. asalkan cantik dan selesa di pakai dah good enough lah bagi aku.

dan sebab harga yang murah, aku tak bother sangat pasal kualiti or whether barang yang aku beli tu tahan lasak atau tak. sebab aku bukan pakai selalu. macam baju or handbag. collection aku memang baaanyak! so, aku takdelah mengulang baju or hanbag yang sama terlalu kerap.

if aku dah pakai hari ni, paling awal maybe lagi 2 minggu baru aku akan pakai lagi baju tu. tapi perlu di ingat, barang-barang aku semua murah belaka. kalau handbag tu harga paling mahal pun 60. itu pun aku akan fikir sampai nak berkecai sel otak baru beli. masa nak bayar lak tangan terketar-ketar nak hulur duit kat cashier. baju lak paling mahal 50. jarang sangat aku beli baju above 50. even pakai duit mak sekali pun aku tak beli yang mahal. sebab aku rasa sayang. amount yang sama, aku boleh beli lagi banyak.

benda ni terpulang pada masing-masing lah. ada orang pentingkan kualiti. handbag mesti guess, paling cikai pun bonia. tak kisah kalau kena usung bag yang sama selama setahun asalkan bag tu ada brand. aku lain. bag cap ayam pun aku pakai kalau hati dah berkenan. yang penting aku tak pakai bag yang sama tiap-tiap hari.

sampai kan F pun naik sawan. tiap kali keluar dengan dia, aku tukar bag. dia jadi curious mana aku simpan bag-bag aku semua. kalau aku gi mana-mana mesti dia nganjing, " beli handbag tak?" kurang asam betul.


 nak tunggu rak ni roboh dulu baru aku stop beli handbag kut. eh, tapi boleh beli rak lain kan? :p

dahlah. aku rasa entry ni dah berjela sangat. jangankan orang lain. aku sendiri pun dah tak larat nak baca balik untuk edit. yeay! nanti nak beli kasut dengan F! dia tak tahu aku dah beli kasut tadi. syhhhh. korang jangan bagitau tau. harap-harap dia tak baca entry ni. hari tu dia cakap broadband dia kena barring. hahahha. apa nak jadi lah. laki bini malas bayar bil broadband.



pump shoes baru i. studded lagi you. rm39.90 je!


p/s: siapa yang berjaya baca entry ni sampai abis, aku nak bagi dia award lah. hahaha~

Saturday, January 23

bertopengkan KEBENARAN tapi hakikatnya cuma mahu TRAFFIC!

i came across a blog just now. the entry is telling about almarhum sultan iskandar. also, in that entry, the writter tells about a blog which insult almarhum sultan. seriously, benda ni buat aku sangat sedih. dah lah aku baru je tulis entry pasal kemangkatan sultan and how aku rasa sangat sebak lepas tonton satu clip video pasal almarhum sultan.

ok, im not going to reveal the link of the blog. sebab bila aku fikir balik, perbuatan aku ni hanya lah memahsyurkan lagi blog manusia itu. traffic dia yang makin naik sebab dari mulut ke mulut menyampaikan perihal blog dia tu. tapi tadi aku pun dah terlanjur reveal link blog tu kat wall facebook aku.

itu pun, sebab aku tanya semua orang, macam mana nak flag blog yang offensive macam gitu. biasa nya kalau blogspot, kat atas tu ada function report abuse. tapi tadi aku cari-cari dalam blog tak bertanggungjaab tu, tak ada lah pulak. ada yang suruh aku buka website suruhanjaya multimedia dan telekomunikasi and buat aduan.

aku try nak hantar e-mail, tapi tak boleh. aku sangat sedih. kenapa lah wujud individu macam ni? kalau kita tak hormat institusi beraja, siapa lagi nak hormat? pemilik blog tu sememangnya orang bangsa kita. malu aku. kalau bangsa lain baca, memang diorang perlekeh kan saja kita ni.

kalau rakyat dah berani macam ni, aku takut negara kita tak aman lagi. semua benda nak di suarakan. aku takde lah sokong penubuhan ISA tu, tapi sebagai rakyat, pandai-pandai lah fikir sendiri. pung pang pung pang mengkritik sultan, mengkritik sistem politik, sistem pemerintahan.

kau nak apa? nak tegak kan kebenaran? untuk apa? jujur kah kau prihatin dengan negara? atau setakat nak dapat publisiti? aku tak percaya lah kau buat sebab nak berjuang untuk negara. aku yakin kau ada hidden agenda. janganlah sebab nak kejar kan traffic, nak ramai readers kau manipulate semua maklumat yang kau dapat.

internet ni, macam-macam kita boleh dapat. and im sure whatever info yang kau dapat and kau manipulate tu, majority nya dalam internet. somtimes kan, there are things which better left unsaid.

jangan sebab mulut badan binasa. im not talking about kalau kau cakap something offensive, kau kena tangkap macam kes facebook tu. aku lebih concern tentang kesan jangka panjang nya. bila dah ada sorang yang berani buat macam tu, im sure ramai lagi yang konon mahu jadi hero akan buat yang sama. lama -kelamaan dah tak ada lagi orang yang hormat kan sistem pemerintahan negara.

sesiapa yang tahu macam mana nak ambil tindakan terhadap blog tu, bagitau aku. nanti aku bagi link nya. kalau aku tak mampu buat sesuatu mungkin orang lain boleh buat sesuatu.

kemangkatan sultan johor.

Rafak takziah, di atas kemangkatan sultan bagi jajahan takluk Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.


susah untuk dipercayai, tetapi masa aku tonton video tentang al-marhum sultan di sini, menitis air mata aku. aku tak tahu kenapa macam sebak sangat. walhal aku bukan sesiapa. cuma lah rakyat biasa. pagi-pagi lagi ayah dah bersiap dengan baju melayu hitam dan songkok berlilit kain putih. ayah hadir upacara, sebagai wakil salah satu anak syarikat di bawah Johor Corporation.

sejarah ayah dengan almarhum Sultan sangat banyak jika aku kenang kembali di suatu ketika dulu. suatu ketika dulu, ayah merupakan Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang. di sana lah ayah menyinar ketika menguruskan festival berprestij, festival layang-layang antarabangsa yang disertai peserta dari luar negara.

waktu itu nak menaikkan nama festival layang-layang sangat susah. tapi sekarang aku kira, festival itu memang sudah tersohor dan diketahui umum. festival ini menarik minat almarhum sultan, dan setiap kali perasmian dan penutupan festival ini, almarhum baginda akan turun padang untuk turut serta.

di sinilah banyak nya sejarah antara ayah dan al-marhum sultan terbina. dan aku kira juga, kerana faktor inilah ayah telah di kurnia kan Pingat Ibrahim Sultan (PIS).



al-fatihah untuk almarhum baginda. semoga roh almarhum dicucuri rahmat. seluruh rakyat jelata mendoakan kesejahteraan al marhum dan kerabat baginda kerana almarhum baginda merupakan pemerintah yang tegas tetapi adil.

Thursday, January 21

not something favarouble to read, seriously. i mean it.

dia pujuk aku. aku diam. dia pujuk lagi, aku tolak. dia pujuk lagi, aku tengking. dia tersentap. dia pergi. dan langsung tak menoleh. aku rasa bersalah. aku rasa sebak. aku rasa sedih. aku rasa aku dah melaumpau. aku rasa benci diri aku. aku jadi berbelah bahagi.

aku capai phone. aku call izzati. dia tak angkat. aku call lagi dan lagi. dia tak angkat. aku call marina. tak angkat juga. aku call nurin. dia tak angkat. aku dah rasa macam semua nya gelap. air mata dah mula menitis. aku tak tahu mana nak pergi.

aku mula memandu. tapi aku tak tahu ke mana arah tuju. air mata yang tak berhenti menitis buat pandangan aku kabur. sedar-sedar dah sampai depan maktab. bila aku berhenti nak tulis nama, pak guard macam biasa, nak mengusik aku. tapi diorang nampak aku kesa air mata. diorang terdiam.

aku drive terus masuk dalam. ambil wudhu, solat maghrib. sepanjang solat air mata tak berhenti. adakah aku pentingkan diri? adakah aku melampau? adakah aku sebenarnya belum bersedia. lepas solat aku berteleku atas sejadah.

aku benci diri sendiri. aku memang self centred. aku tak fikir kan orang. aku tak faham orang lain. aku tak tahu makna relationship. and for that, i really hate myself. aku tak stabil. tapi aku still kena mengajar ammar malam ni.

aku harap ammar tak jadi mangsa emosi aku. aku betul-betul berharap. dan lagi satu aku berharap. supaya aku bukan aku. :(

ikan blukang vs ikan keli

apesal lah aku selalu jadi objek anjingan (uish najis mughalazzah!) budak-budak kelas aku ek? apa salah aku? (nada pasrah gila). ada je benda budak-budak ni nak nganjing aku ek. kisah shawl tak habis lagi, dah nganjing pasal blog aku lak. sengal! tapi tak mengapalah rakan-rakan. haih, nganjing lah puas-puas. kita kat maktab pun tinggal setahun ni je. pasni korang dah tak jumpa aku. mesti rindu nak nganjing aku. haha.

tapi kalau flashback balik, memang since sekolah dulu orang macam 'kurang gemar' dengan aku. aku banyak mulut sangat kut. kat sains johor dulu lagi lah. budak laki siap panggil aku blukang. memang kurang ajar.


cakap pasal blukang ni aku teringat satu kisah yang tersangat bangang. memang aku tak boleh blah dengan benda ni lah.


ok, proceed. masa aku duduk asrama, belajar kat sains johor kluang, boleh di katakan every week parents aku datang jenguk aku. anak kesayangan lah kata kan ehem ehem. hahaha. padahal kena control dengan ayah aku. whatever lah. dah jadi manusia pun aku sekarang (eh yeke aku dah jadi manusia? haha)


then, one day ni, mak ayah aku datang macam biasa. kedengaran announcement nama aku dibuat oleh pengawas dalam bilik gerakan pengawas


" perhatian kepada saudari nurulain hanis dari tingkatan 3M1, anda di kehendaki menghadirkan diri di hadapan dewan sri budiman kerana ada tetamu ingin berjumpa"


ok, kalau dia sebut ada tetamu ingin berjumpa tu, makna nya sah lah ada parents atau visitor dari luar yang buat announcement tu. aku pun terkedek-kedek bersiap pakai tudung pakai stokin bagai (masa form 3 aku belum pailang lagi, keluar hostel pun pakai stokin)


masa aku approaching dsb (dewan sri budiman) tu, tiba-tiba ada suara dari aspura memekik.


"blukang! blukang!"


siot! masa ni lah korang nak menganjing aku. ok, aku dah biasa dengar benda tu. dah biasa sangat. cuma tak pernah lagi mak ayah aku dengar aku di panggil begitu.


lepas cium tangan mak dengan ayah. aku pun duduk terus nak serbu puding yang mak memang occasionally buat kalau datang visit aku kat kluang. tiba-tiba mak bersuara


" apa perangai kau yang tak senonoh sangat sampai bebudak tu panggil kau blukang long? mesti kau cari gaduh dengan budak laki kan?"


aku macam nak tersedak pun ada. aku nak jawab apa? perangai aku memang tak berapa nak semenggah pun. asyik nak cari pasal je dengan budak laki. sebab dulu masa aku sekolah rendah kat sigs, aku anti laki. haha. itu next time aku cerita.


"erk. mana ada along buat pape mak ni..."  helah bela diri di situ.


"mana ada tak ada pape. mesti ada pape punya. ikan blukang tu ikan pengotor tau tak?"


tiba-tiba ayah mencelah, " mana ada blukang pengotor"


"eh betul lah blukang pengotor"

"eh takde takde. ikan keli lagi pengotor. hidup kat parit makan sampah. ikan blukang duduk kat laut mana ada makan sampah"

"ada ke pulak gitu?"

keskeskes. boleh pulak mak dengan ayah aku nak bertekak pasal ikan apa lagi pengotor semata-mata sebab budak laki panggil aku blukang. haha. ayah aku memang back up besar aku. masa tu, aku macam anak kesayangan ayah maybe sebab aku bijak sikit dari adik-adik aku. haha. perasan. tapi masa tu jelah. lepas tu aku bukan lagi daddy's little girl. sob sob sob *kesat hingus*

tapi serius, nama tu lekat. aku rasa up till now, ada certain budak laki sains johor tak tahu pun nama betul aku, tapi kalau sebut blukang diorang kenal. aisk. takpelah. memori tu. kalau aku tak jahat dulu mesti takde memori sebegitu.

*    *    *    *


ok, sebab aku ni keji, aku nak bagitau. marina dengan nurul pun ada blog weyh. pergilah jenguk blog diorang. yess aku keji. lepas ni biar orang-orangan lain lak kena nganjing in stead of aku je.




sila lah buka untuk tahu which is which. mana satu nurul punya mana satu marina punya. hahahahaha. gelak kejam tahap gila babas.


sila fokus pada nurul dengan marina ok.

musuh ketat.

hari ni ammar agak behave sedikit. aku suruh wat apa pun, dia ikut je. mungkin sebab dia tak sedap badan. dia macam nak demam and batuk. takpelah. bagus! aku boleh balik cepat lagipun mau jumpa F lepas kelas ni. sejak bizi dengan MQA aku telah mengabaikan F.(alah dia pun bizi jugak.nyampahs!)

tapi semalam ada dia tak berapa nak behave sangat. meroyan aku jadinya. 1jam jadi terlalu panjang bagi aku bila ammar wat perangai menggila dia tu. anyway semalam lepas 1 jam yang azab, kak lin hidang kan roti bosnia. biasanya ammar memang akan makan sama-sama dengan aku.

roti bosnia tu macam mana? ouh aku pun first time makan. dia macam roti john. dalam dia ada telur dengan sayur. lepas tu di balut dengan something like kulit popia. aku rasa dia celur dalam telur lepas tu dia goreng.



kalau korang pernah baca ini, korang tahu lah aku memang tak suka makan sayur. karnivor agak nya aku ni. mentang-mentang lahir tahun harimau, habit makan pun nak macam harimau ke? haha. so, selepas gigitan pertama, aku telah mengetahui isi kandungan roti bosnia itu adalah musuh ketat aku.

aku lantas berintention mahu korek keluar semua sayur aku. baru berniat je tau. belum buat lagi. tiba-tiba...

"cikgu...cikgu tolong buang kan sayur ammar. ammar tak suka"

gulp. apa nak buat ni? ammar ni ada je nak miserable kan hidup aku.

"ammar...mana boleh buang sayur. sayur bagus tau. sayur berkhasiat. kalau makan sayur nanti kita jadi bijak."

perkh tak boleh blah statement yang aku keluarkan tersebut. fake gila la kau ain.

"alah...tak sedap. ammar tak suka"

dah sudah. dia kata tak sedap lak. aku perlu mengambil tindakan drastik nih.

"tak sedap? siapa cakap. sedap lah ammar.tengok ni cikgu makan. erm...sedap nya sayur ni"

adoi. tak pasal-pasal terpaksa aku telan musuh ketat aku. tapi lepas tu ammar pun telan gak sayur tu sampai mak dia kagum sebab roti bosnia tu licin dia makan tanpa buang sayur. nak buat camne kan? aku cikgu. tak kan aku nak ajar budak supaya tak makan sayur lak? walhal masa menelan tu sikit lagi nak terjeluak. huh.


se'adorable' mana pun korang aku tetap tak bernafsu hokayh!


 p/s: cikgu perlu ada skill berlakon yang mantap. lakonan perlu lah meyakin kan. jangan sampai kantoi.

Tuesday, January 19

kahwin dengan family juga.

tadi waktu aku teman syada pergi amek bahan yang kitorang fotostate, ntah macam mana keluar kisah pasal abang dia nak kahwin dengan sorang perempuan ni yang syada tak pernah bagitau lagi kat aku. so aku macam kepoh gila lah tanya itu ini pasal that girl sebab ex abang syada yang sebelum ni memang stok A1 di mata mak mertua doh. dengan friendly nya, manis nya pandai amek hati orang tua lagi. kesimpulan nya memang tip top lah.

so, aku macam sangat kepoh sebab aku nak tahu siapa yang gantikan tempat ex abang syada yang sangat hebat di mata aku tu. turns out syada tak begitu menggemari pun bakal kakak ipar dia tu. perempuan tersebut macam ada masalah sikit dalam pergaulan. macam tak pandai sesuaikan diri gitu. ouh, tak perlu lah aku elaborate panjang lebar tentang kisah hidup abang syada dan bakal suri hidupnya.

aku cuma teringat awek adik aku si faiz tu. panggil ira je. ira ni, hurm ntah lah. susah aku nak cakap. dia pun ada masalah pergaulan sikit. macam tak reti nak bergaul pun ada. kadang-kadang cara dia tu macam don't even bother pasal family adik aku. hey, dia tak tahu ke, kalau nak kahwin tu bukan dengan adik aku je tapi dengan family adik aku sekali (kan kak long dah garang!)

dia ni macam tak sesuai nak jadi sebahagian dari family kitorang sampaikan mak aku pernah suruh aku slow talk dengan faiz, suruh 'kawan' dengan orang lain. (kalau bahasa mak ayah aku, 'kawan' tu makna nya couple k?) mula-mula tu aku back up juga lah. tapi lama-lama aku tengok macam tak paham bahasa pun ada gak pompuan tu. merimaskan.

yang tak boleh blah hari tu masa datang raya rumah aku. aku rasa itu lah first time faiz bawak dia balik rumah. ok fine. walaupun aku dengan nurin dah mark dia sebagai tak best dan merimaskan, tapi we all try the best lah nak layan dia bebaik and jadi se pleasant mungkin. tapi dia tak ada effort pun nak amik hati kitorang. tak ada nak initiate perbualan. hello, fine lah kalau kau memang bukan stok kepoh macam aku.

tapi please lah bagi good impression kat kak long faiz ni.ni tak, dia datang beraya dengan kawan dia, aku dah rasa macam nak suruh adik aku couple dengan kawan ira u je sebab kawan ira tu lagi bereffort nak berbaik dengan aku and nurin. at least kalau kau tak anggap aku bakal kakak ipar kau pun, kau datang rumah orang, macam mana patutnya kau behave? aku macam terkontang-kanting berborak sorang. nasib ada kawan kau.

kalau dah macam gitu perangai kau yang effortless tu kan, kau jangan nak marah kalau kitorang macam lebihkan aza. (aza adalah gf idin, adik aku no 2) agak nya kau tak belajar kut. kau bukan saja kena tackle adik aku tapi dengan aku sekali kau kena tackle.

haduih. benda ni common sense lah. memang tak ada subjek khas ajar benda ni kat sekolah. tapi nak masuk dalam hidup someone, pandai-pandai lah kau. kau nak masuk dalam life adik aku and then kau assume dalam life adik aku ada adik aku sorang je, orang lain tak exist. memang silap besar lah kau kalau fikir macam tu.

ok. macam terlebih emo lak aku sekarang. eh, memang lah. ingat senang-senang je kau nak bawak masuk perempuan mana-mana dalam family ni? apa-apa aku kena saring dulu. satu perempuan yang 'salah' masuk dalam keluarga, bole pecah belah woo. wah cakap pasal institusi keluarga lak aku ni.ok stop ain. enough. nanti kau merapu pasal politik lak. haru beb!



nampak tak 3 biji jerawat yang berhoyeah-hoyeah bawah mata aku tu? mereka  berparti in the USA kat situ.



Monday, January 18

unfaithful

tadi lepas hantar bahan-bahan untuk di fotostate (MQA punya hal lah ni) aku dinner dan kemudian round-round di sekitar bandar batu pahat. kak leha bawak kitorang tengok rumah-rumah besar. olang kaya punya lumah wo...ok, not the point that i want to share right now.

cuma masa on the way balik tiba-tiba berkumandang lagu ini.




perkh. menggamit memori lama siot. memori apa ye? hurm. kalau orang nak cakap aku buka pekung di dada pun terpulang lah. benda dah terjadi. and eventually aku tahu kebenaran nya. actually, before aku break dengan shai kali yang termuktamad kira-kira bulan 3 atau 4 yang lepas (aku tak sure), dia sebenarnya dah pernah buat hal pun dahulu kala.

aku tak tahu lah. masa tu, aku yang bodoh, naif kut. masa aku tahu benda tu, memang aku marah. and yes, aku mintak break. because banyak-banyak benda dalam relationship lah kan, aku rasa aku tak boleh tolerate dengan infidelity. kau panas baran ke, kau tak romantik ke, i can accept. tapi curang? oh memang takleh terima.

masa tu, aku tak cerita pada siapa-siapa pun. aku malu. apasal ek aku yang nak malu walhal dia yang tak tahu malu. yelah, benda macam ni, tak elok kalau orang tahu. nanti aku dengan dia berbaik, orang masih tak habis cakap lagi. jadi aku rahsiakan. yang tahu, kalau tak silap aku raja ridhuan, kawan sekolah aku and syada, room mate aku kat maktab.

tapi adik-adik aku tau lah. shai buat hal dengan budak satu kos dengan dia masa diorang sama-sama pegi lawatan industri. something like that lah kut. biasa lah kan masa tu, dia mesti lah beriya-iya mintak maaf. janji tak buat lagi.

aku ni lak konon nya pemaaf dan optimistik sangatt. aku fikir manusia perlu diberi peluang. sampai aku nak pelihara nama dia, aku tak bagitau sesiapa. so, akhirnya berbaik lah. tapi lama gak aku amik masa nak terima dia balik. sepanjang masa kitorang hanging tu, bila saja berkumandang lagu ni, memang aku sentap sangat. da lah memang lagu ni tengah glamer masa tu.

siot je. lepas dah baik tu, ada la 2,3 kali dia tersalah hantar mesej. lepas tu dia cakap kawan dia saja nak kena kan dia. what the hell. angelic gila dia bela diri. yang aku si bodoh pegi percaya. walhal kan dah memang betul dia still 'on' dengan that girl from the lawatan industri.

eventually (walaupun bapak lembab gila) aku discover juga ke'jalang'an dia. ops sori. aku macam tak mind my words. tapi biarlah. memang begitu pun. kalau korang pernah baca entri ni, korang tau lah what i meant.

sekarang, he's no longer in my life. for good i guess. mungkin aku ni bukan baik sangat, at least aku loyal. susah betul ada bf  muka pecah rumah ni. orang ingat dia single, takde orang nak. tu yang kena kebas tu.tapi kalau hensem, lagi lah orang kebas kan. senang tak payah ada bf je kut.

anyway, dulu masa break aku tak nampak hikmah nya. tapi alhamdulillah, dah nampak dah sekarang. :)

Guru yang terlampau.

aku semakin berserabut angkara MQA. buntu kepala hotak aku nak menyiapkannya. sama lah kawan-kawan aku semua. stress tahap maksima sampai jerawat pun tumbuh 3 biji bawah mata. bapak strategik tempat dia tumbuh. memang siotan.

aku rasa macam nak calit je eyeliner kat jerawat tu biar nampak macam tahi lalat. dramatic sikit kelihatan. wuwuwu. tapi karang macam tak semena-mena je aku ada 3 biji tahi lalat bawah mata.white heads kau tak payah cerita lah. bertepek tumbuh seperti kulapuk tumbuh di atas roti lembap. (apakah?)

tadi tengah hari di kejutkan oleh mesej dari idin. mak accident. mak langgar guard and langgar kereta orang masa nak parking. agak nya mak tertekan minyak. aku try call mak 2,3 kali tadi tapi mak macam busy. banyak benda nak settle barangkali. according to nurin, guard tu dah di hantar ke hospital. kepala dia kena jahit. dia tak parah tapi, masih dalam trauma kut plus darah dia naik maybe sebab dia shocked.

aku rasa, mak aku pun dalam trauma tu. masa aku call tadi menggigil je suara dia. hope mak ok je. benda dah jadi, tak boleh nak cakap apa. ganti rugi tu bayar lah je. yang penting mak selamat and emosi mak terkawal. kesian mak. satu sekolah tau. dah lah dia baru je jadi penyelia petang kat SAB tu.

mesti korang rasa nak mengutuk aku kan? sibuk cakap kerja banyak tapi ber-blog juga. woi. gua penat la bai ngadap MQA 24/7. otak gua pun mahu rest juga. adeh. bila lah mahu tengok adnan sempit ni. orang cakap macam lawak. lawak? memang sesuatu yang aku perlu kan buat masa sekarang ni memandangkan latar hidup yang begitu dull and boring.



hope mak ok. kesian mak.

baiklah. sekarang setelah melagha buat seketika, aku nak gubal pro-forma kursus lak. sengal kan. subjek semester 1 dulu lu nak suruh gua kumpul balik segala mak nota, bapak tutorial segala. yang ado aku simpan lagi. dah bagi kat apek surat khabar lama kut. memang kirim salam lah kan. terpaksa jadi penggubal kursus kejap. kikiki.

ok, dengan semangat waja, CN akan meneruskan perjuangan. chaiyok!

Saturday, January 16

tak berkenan.

perkara yang bagi aku menyampahkan dan aku tak berkenan.

kau dah start study sebulan sebelum exam, tapi tak ada lah kau nak ajak aku. lepas tu, 4 hari sebelum exam bila aku baru nak gather notes, kau sibuk nak gelabah. macam cuak sangat sebab aku dah nak start study. what *** ****!

kau duk kondem kondem gaya someone ni sebab kau tak suka dia and anti sangat dengan dia. kau cakap style dia so yesterday lah, kekampungan lah. fine lah. sense of fashion orang memang lain-lain. but then, tup tup kau mula tiru gaya dia, lepas tu beriya-iya taknak mengaku. urgh. please lah.

kau duk mengamuk-ngamuk. sebab nya? bf kau kena kebas dengan pompuan penggoda yang tak berapa nak ada rupa, just harap pakai seksi je. tapi tup tup lepas tu, kau boleh lak kebas bf orang yang tak berapa nak ada rupa, muka cam pecah rumah just harap poket je tebal. apakah?



memang tak boleh blah. ni ada lagi.

kau duk pung pang pung pang tak puas hati bila awal tahun, elaun masuk lambat sebab tak ada duit nak beli fail and fotostate untuk MQA padahal duit elaun lepas habis kau aqiqah kan buat beli handbag dengan shawl.

GULP! * telan air liur dalam kuantiti maksima*

kau duk emo-emo time kursus tadi sebab Dr kassim cakap tak henti-henti sebab kau dah ngantuk sangat nak tido. tup tup balik bilik kau boleh on laptop ngadap laptop lepas tu layan blog lak.

ERK! * tercekik biji cempedak*

isk isk isk. siapa lah tu ek? korang tau? eh burok betul kelaku!

Thursday, January 14

mahu jadi HANIS ZALIKHA?


idolize her much?

mahu jadi macam hanis zalikha?

part mana tu yang kamu mahu?

gorgeous?

trendy?

smart and intelligent (achieve cgpa of 3.94, ouh k, im her reader. haha)

famous?

or

just the thoughts of she accepting average of RM3000 per month JUST by blogging ABOUT HER PERSONAL AND DAILY LIFE?

jealous kan dengan dia. umur baru masuk 20. beauty with brain. (pakej jarang orang ada)
pandai bergaya (ok, maybe sebab dia model kut) bulan-bulan dapat rm3000. she dont even have to model. just by blogging dapat 3K every month. itu pun hanya dengan cerita kisah peribadi. memang lah heaven kann.

tapi pernah tak ada moments bila kau baca blog dia. kau macam terdetik.

"alah, dia cerita kisah harian dia je.pasal dia hang out dengan bff dia"

betul lah kan. cerita pengalaman dia beli kasut lah. cerita pasal family lah. cerita pasal pak guard kat uitm lah (obvious sangat ke aku baca blog dia?heheh) ok, ada yang cakap...

"blog dia banyak info. banyak tips"

ok, aku akui itu. tapi kadang-kadang ada je blogger lain yang tulis kisah harian yang diselangi dengap tips berguna, contohnya tips pakai baju murah ke. hahaha.

tak kisah apa pun dia cerita, pasti ramai akan bertenggek di blog nya every time dia update. ramai sifoo blogger bagitau, kalau nak traffic tinggi, tulis entry yang orang suka baca, yang banyak info macam tutorial pasal nuffnang lah, pasal widget blog lah. pasti hit. sebab yang baca nya blogger n majoriti join nuffnang. info macam ni memang selalu di carigali. and selalu juga sifoo blogger cakap.

"melainkan kau adalah Hanis Zalikha, tak payah syok sendiri tulis pasal diri kau. tak ada orang nak baca. melainkan kau memang buat blog bukan untuk tarik traffic"

mesti pernah baca kan? sedih je rasa. sambil merintih mesti terdetik dalam hati, kan best kalau kita hanis zalikha. tulis apa pun orang mau baca. sob sob sob *kesat hingus*

sebenarnya kan. kita boleh je tulis kisah peribadi kita dan still tarik visitor. ramai orang mau baca blog HZ sebab dia famous. dia cantik, pandai, trendy. so everything she do, matters to you. kau nak tengok dia pakai baju apa, produk facial apa, pergi spa mana. sebab? sebab deep down inside, kita ada rasa nak jadi dia. bukan lah totally macam dia. at least nak cantik macam dia ke.

actually the keyword is networking. tapi keyword tu terlalu skema dan tak mesra. kita tukar. keyword kita ialah friendship. buat lah kawan seramai mungkin dalam blog ni. by making friends, i really meant making friends. bukan jenis tegur masa blogwalking je stok-stok touch n go. kau perasan tak, kita tend to follow blog kawan-kawan rapat kita. kita letak link mereka kat sidebar blog kita. macam HZ letak link blog izdiyani. (blog ni pun sedap macam aiskrim!)

sebab? kita nak amik tahu hal orang itu. sebab kita kenal dia. walaupun dia cerita pasal kena kejar dengan anjing je, kita mau baca sebab kita kenal dia and kita tahu dia tak kuat lari. so imagine kena kejar anjing? apa aku merepek ni?haha. itu contoh je.

so, berkawan lah dengan blogger. pilih yang sama interest dengan kau ke. contohnya dia suka shawl. kau pun suka shawl. berkawan lah. nanti kau boleh tengok macam mana dia lilit shawl dia. dia tengok kau punya cara lak. tukar-tukar lah. itu boleh dijadikan permulaan nak berkawan. drop lah komen selalu. lama-lama kau akan realise, dia pun akan follow blog ko. by follow ni aku tak maksudkan jadi follower yang ada widget tuh. tapi mengikuti entry-entry blog kau.

buat dengan ramai orang. nanti lama-lama banyak lah kawan maya kau. kau ingat macam mana zie madini (redbloodsnow) tu ramai readers? dia berkawan baik dengan readers dia tau. bila kita friendly, orang pun jadi suka kan kau. suka nak baca pasal kau even ko post simple-simple things je.

sama juga dengan cik epal. dia pun tak sombong. macam zie madini jugak lah. suka berkawan. jadi tak hairan lah walaupun mereka cuma cerita kisah harian mereka je, tapi mereka ramai readers (tak minat guna terms follower sebab ada orang follow tak ikhlas). tuh yang sampai ada anonymous dengki tu. apa tak nya, diorang cerita pasal life diorang pun ramai mau baca.

so girls (seru girls je sebab selalu nya girls je suka update kisah harian dalam blog) mula lah buat kawan ye? jangan sombong. instead of melawat cbox orang je, drop lah comment. tuan punya blog akan rasa lebih dihargai bila kau anta comment " nice lah baju yang u baru beli tu :)" instead of hantar message kat cbox dia cakap " visit your blog. klik milo. klik mine back k?" nampak bebenar tak ikhlas datang, tak ikhlas juga meng'klik'

baiklah. ini nama nya entry cicah lantai (bak kata cik epal). jangancontohi. sifoo blogger cakap. keep your entry ringkas dan padat. bukan kosong dan menggelebeh. eh apa perumpamaan aku nih?



ini Hanis Zalikha


ini pula Nurin izzati (dia self captured oh kay)


"along along, tengok gambar aku ni..."

"gambar mana? kenapa nak tunjuk gambar kau?"

"weih, ada macam Hanis Zalikha tak?hehehehe"

"pfffftt. whatever....."

p/s: kakak nya suka berlagak, yang adik lak suka perasan. bagus. Nurin...Ain...bergabung, meletup ah! (nyanyi gaya menggegar dunia k?)


Evolusi hp cik nurulain sepanjang hidupnya.

amaran: entri ini panjang!

ni la hp first aku.aku rasa aku start pakai hp masa aku form 4.lepas dapat result PMR mak belikan hp ni untuk aku.banyak gak kenangan dengan hp ni.sebab aku telah menggunakannya di zaman sekola.da la sekola sbp pastu bawak hp lak.teka jela kat mana hp ni tak penah disembunyikan.bila tau ada spotcheck je,ntah celah mana la aku sorok hp ni.paling kelakar aku penah sorok dekat semak depan bilik gerakan pengawas.masa tuh memang da kritikal da.nasib baik tak ilang.

bila nak masuk matrik,aku tukar hp.masa tu hp kamera belom fofular lagi.hahaha~ masa zaman tu hp aku ni da kira canggih la.mp3 pon takde.yang ada bunyi polifonik.ni da kira sangat best la kononnya.sepanjang matrik setahun tu memang aku pakai hp ni.takde tukar pun.lama aku pakai hp ni.sampai masuk maktab.hp ni tak rosak pun.aku rasa aku tukar fon pon saje je ngada2 nak tukar. hehe... =)


okeh.hp ni pakai masa kat maktab da.aku suka hp ni sebenarnya.sebab dia sangat unik.boleh lipat,boleh pusing.hp ni mak yang pilih untuk aku.tapi aku asek kutuk je hp ni sebab dia besar nkaler dia itam.aku ni da la makhluk yang suka colourful.tragedi la dengan hp ni.sebab rumah aku kena pecah masuk.perompak tu siap acu pisau kat mak aku.sian mak.lama sangat mak trauma.trauma tak ilang tiba2 mak nampak perompak tu kat kg melayu.buat repot polis,buat kawat cam la.naik turun court.kesian mak.rasanya kes tu masih hanging sampai skang.in the end tak jumpa pon hp ni semula.kejap je pakai hp ni.tak bape ingat la tempohnya.tapi..ada la dalam 3,4 minggu kut.



setelah hp di atas tadi kena rompak.aku cekup je hp ni.ntah nape ntah aku beli hp ni.malas nak pikir kut.masa tu danial pun pakai hp ni.aku tengok dia pakai cam best je.tapi takde spesifikasi pun aku pilih hp.macam da tawar ati kut lepas hp kena curi tu.tapi hp ni pun aku pakai agak lama.aku tak tukar sampai dia betul2 rosak.ntah nape ek?hp yang bukan pilihan aku,tapi aku sayang gila hp ni.aku rasa aku anta repair 2x.mula-mula masalah ape ntah.then 2nd time tu speaker lak bermasalah.bila da 2x rosak aku pun tekad tukar hp baru.


masa ni,tengah famous hp slide.dah orang lain slide,aku pun nak gak slide.hehe.masa tengok kat kedai tu,dia display kaler putih.punye la mak aku berkenan,dia suh aku beli.tup tup cina tu cakap ada kaler itam je.da la mak aku memang tanak g kedai len coz da biasa beli dengan cina tu n selalu dapat diskaun.so,aku terima jela ketentuan Ilahi.sekali lagi aku kena pakai hp kaler itam.


hurm...ni memang la hp idaman aku.flip,kaler pink lak tuh.macam ni,hp nokia yg kat atas tadi tu,ramai sangat orang kat maktab pakai.huwa..naik rimas aku..da la aku memang tak bape bkenan sebab kaler dia.then ada sehari ni,shai datang bp jumpa aku.aku sebenarnya takde intention pon nak tuka hp.tapi bila tengok z610i ni hati aku cair gila.pastu shai lak bole cakap,"beli jela.." dengan janji nya ingin menambah sedikit duit jika duit aku tak cukup.aku pikir-pikir,takpela.aku beli baru dengan bantuan kewangan dari shai..then hp itam tu aku bagi la kat dia.plus hp dia pon da rosak.lagipun hp itam tu mak belikan.aku tak sampai ati nak trade in untuk beli hp idaman aku.biarlah hp tu dipakai oleh orang yang aku sayang..(hurm..masa tu la)
so,tekadnya aku beli hp tu dengan harga 800.shai tambah 300++ kut.tak ingat.

ada pun hp ni ada sejarahnya sendiri gak.sejarah permulaan tak elok.pengakhirannya pun tak elok.actually,hp idaman aku tu elok lagi.tapi,adik2 iaitu idin dan faiz,hp diowang da rosak.masa aku gi kenduri kawin rumah nisya,diowang beli hp macam ni.idin kaler putih-gold,faiz kaler merah.yang aku tak tau ialah nurin pon beli gak walaupun hp dia tak rosak.dia punya kaler pink nila.memang hp z610i tu idaman aku.tapi aku turut kepingin hp slide kaler pink ada corak bunga2.bila balik dari wedding nisya,aku dapat tau adik aku 3-3 tuka hp.aku je tak dapat.ntah nape aku jadi kecik ati gila.2 ari kut majuk dengan mak aku.in the end mak aku beli kan aku gak hp ni.aku nye memang sama sebijik dengan nurin.tapi baru-baru ni,bilik syada kena pevah masuk n hp ni telah dicuri.hayat hp ni sangat pendek.mungkin cara aku dapat pon tak betul kut.


dan..kita telah sampai kepada finalis. setelah heart broken sebab hp ilang dicuri pencuri tak guna,aku pulang ke rumah dengan muka seposen dan muka tempe.akhir2 sem ni mana ada duit nak beli sendiri.lantas mak dan ayah jugak la yang menjadi mangsa.hp ni tak canggih pon.n murah je.rm300 je.semua ada kecuali 3G.takpela.aku nak 3G dengan sape pon kan?kamera dia biasa je.gamba tak cantik sangat.takpela..aku pon da ada kamera digital.kalau nak amek gamba tak payah pakai fon la.takpela..da malas nak pakai hp mahal.nanti ilang,sedih agi..lagipon..ok apa hp ni..purple tuh...sweeet... =)

HANTU BERAK.

yeah. tengah hari menjelma lagi. jadi aku nak buat quick post before perjumpaan pasal MQA kul 2.30 ni. aduih. susah betul jadi batch pioneer ni tau. *katup telinga* ok ain, drop it. taknak dengar lah isu bosan nih.

ok. anyways, semalam aku gi mengajar ammar as usual lah. the day before yesterday, tak datang sebab kak lin call cakap ammar dah ZZzzzzZZZZ. ammar ni kan, banyak je tau helah dia taknak belajar. so, that day aku tak datang ngajar ammar lah.

semalam aku ngaja dia. aku ingat hari ni nak ajar dia tulis C je. (mesti korang rasa kelakar apakah si CN ni ngaja budak ABC kan) but then, banyak lak homework budak ni aku nak kena tengok-tengok kan.

aku geram tul la dengan cikgu ammar ni. bagi homework tak tengok level budak langsung. nampak sangat tak buat quick research before planning lesson apetah lagi when assigning homework. obviously pakai template lesson plan tahun-tahun lepas. hish! buat rosak anak murid je. irresponsible!

patut nya kalau ada 4,5 budak cam ammar yang tak kenal lagi huruf and tak pandai membaca lagi ni, assign lah different task. suruh mewarna ke, sambungkan titik ke. ni tak, kau pakai sembur je. budak ni tulis alphabet pun terkial-kial lagi waima ada garis putus-putus, kau nak suruh dia label mata, mulut, hidung etc tanpa bagi pilihan perkataan. hish memang marah lah aku rasa.

budak macam ammar ni, bila dia tak mampu buat apa yang cikgu suruh buat, itu yang dia mula hilang fokus and start main-main dalam kelas. sebagai cikgu, buat lah kerja lebih sikit. prepare different task untuk certain students yang belum menguasai kemahiran asas macam membaca tu.

at least diorang gain something from school. takde lah pegi 0, balik pun 0. kalau orang lain pegi 1, balik dapat 5. at least budak cam ammar tu pegi 0, balik dapat 1 pun jadi lah. kalau dia pegi sekolah pun tak boleh buat apa-apa, memang dia langsung tak excited lah nak gi sekolah tetiap hari.

erk berbelit-belit aku cakap. aku memang macam ni. kalau emosi suka menceceh berjela-jela. mulut tak reti stop. ok, ok. stop. percaya tak itu cuma mukadimah? haha. the real story baru nak mula ni. kikiki. padan muka siapa yang baca. mesti rasa nak hantok kapla kat dinding.

ok, bila dah banyak homework, ammar jadi bosan. pulak tu, semua pakat dia tak pandai buat, jadi dia mula lah malas. mula nak main-main. lari sana sini. susun colour pencil kat celah jari pastu perasan diri wolverin ke hape ntah. (dah lah suruh aku tolong letak kan colour pencil tu kat celah jari dia. sengal!)

dia taknak fokus. aku ni plak nak balik awal sebab nak dinner dengan F. dah 2 bulan beb! ok ok, not the main point k. nak baca pasal tu, selongkar sini. so, bila ammar taknak duk dia macam tu kepala aku bergerak cari helah. tiba-tiba aku terfikir something yang keji but i think might work.

apa yang korang perlu tahu ialah, kelmarin ammar terbebe dalam seluar kat sekolah. ok?

"ammar..meh sini jap ammar"

ammar buat tak peduli. lari sana-sini lagi.

"ammar meh la sini kat cikgu. cikgu takut. nanti penjahat datang. ammar tak kesian cikgu ke"

"takpe cikgu, takpe ammar superhero. nanti ammar selamatkan cikgu tau! ammar bunuh penjahat!"

"ok, ok. tima kasih ammar. ammar...ammar tahu tak nape ammar selalu terbebe dalam seluar?'

ammar blushing. dia tu malu sebenarnya pasal dia selalu terbebe dalam seluar. dia wat muka malasa nak layan tapi still dengar.

"ammar tau tak. kat sini ada hantu. nama dia HANTU BERAK"

"hah? yeke cikgu?"

"ye..HANTU ni suka kacau budak yang tak pandai membaca dengan menulis tau. bila hantu ni kacau, mesti budak tu terbebe dalam seluar....."

"cikgu tipu.................."

"Yarabbi, betul ammar"

tiba-tiba. adik ammar yang umur setahun lebih melintas. yess idea datang!

"ok, ammar tengok adik ammar. adik pandai baca tak?"

"tak cikgu. dia kan kecik lagi."

"ha, adik berak dalam pampers kan? sebab tu lah. adik tak pandai baca lagi. tapi adik kecik lagi. boleh pakai pampers. ammar nak pakai pampers ke?"

"taknak cikgu"

"ammar nak terbebe dalam seluar?"

"taknak cikgu. kita malu"

"ha, kalau macam tu, ammar belajar tau"

ammar angguk dan terus capai pensel dia. and you know what? selama ni aku nak suruh dia tulis 4 huruf boleh cecah 15 minit. tapi malam tadi cepat je dia siap. homework dia pun siap. hahahahah. ammar kena kencing dengan aku. tak kisah lah. asalkan dia nak belajar.

p/s: ampunkan cikgu ammar. cikgu terpaksa. ammar taknak duk diam. hehe. jaga-jaga nanti HANTU BERAK datang!

Wednesday, January 13

kau terjatuh, ku terjatuh?

akhirnya pada suatu malam nan syahdu...

"weih, apesal kau tak siap lagi? kata nak keluar dengan F"

"alah jap lah"

"kau dah pilih baju ke?"

"aku pakai biasa-biasa je lah"

tak lama kemudian. (ada lah dalam 30 minit lepas mandi +iron tudung)

"eh ain, tak kan kau pakai macam ni je?"

"nape? tak ok ke? ok lah ni."

" apesal pakai tudung bawal hitam je? kau kan dah berimej selendang sekarang. haha. pakai lah selendang kau yang banyak-banyak tu"

"alah..malas lah."

"kau ni nape? kau taknak dia jatuh hati kat kau eh?"

"erm...erk.."

"ain, betul ke?"

"isk, takde lah. mana de."

sesungguhnya malam itu memang aku takut. bukan takut apa. takut dia jatuh hati pada aku. sebab aku rasa aku macam belum sembuh. jadi aku tak nak pertambahan komplikasi.

tapi masa first time aku jumpa dia tu, aku rasa selesa sangat. tak kekok. bercerita tentang diri sendiri. tentang belajar, tentang kerja, tentang keluarga. tak sedar pun masa berlalu sampai kan satu per satu pelanggan DE BELANGA beransur surut.

malam tu, hujan renyai-renyai. PERFECT! memang cuaca yang aku suka sangat-sangat. gila romantik seyh.

sampai je kat hostel, aku buka pintu bilik. izzati tengah berteleku depan laptop.

" aku pergi dengan harapan dia tak jatuh hati pada aku. tapi aku balik dengan perasaan macam aku dah jatuh..."

tersengih je minah tu.

ok, mood jiwang sudah datang, boleh baca sambil dengar lagu ni.









esoknya lepas kelas.

"weih ain, kau nak gi mana tu?"

"aku nak gi makan dengan F..."

"wah..bukan main ag kau ek."

"hehe"

selepas itu, perjumpaan demi perjumpaan dan aku tak ingat berapa kali perjumpaan sehingga tiba nya tanggal 13 nov. :) malam ini genap 2 bulan. adush. aku dah macam penulis muka surat sulit naz pulak. setiap bulan mau ada entry memuntahkan sebegini.



mohd fakharudin arifin, saya sayang kamu. *wink wink wink* sila baik pada saya k? walaupun saya suka marah dan menyinga, anggaplah itu marah-marah manja saja.

baiklah, kalau korang nak baling kulit pisang aku redha je. aku tak balas. tapi hari ni je lah. haha.

adeh. sakit la woi. aku cakap kulit pisang. bukan pisang setandan!

Tuesday, January 12

i know men are not mind readers, but...

aku tahu, manusia bukan nya mind readers especially men. and aku tahu juga yang lelaki lebih suka perempuan bagitau apa yang mereka mahukan dari lelaki sebab men can be clueless at times.

tapi kan, kadang-kadang walaupun mengetahui hakikat itu, perempuan tetap ada sikit berharap yang certain benda, lelaki boleh figure out sendiri. bukan tak boleh bagitau terus tapi kurang feel lah bila kena bagitau secara straight forward.

perempuan kan ngada-ngada. itu pun tak faham-faham lagi. even aku ni seems garang, aku tau at times aku ngada-ngada juga. mentang-mentang aku ni loud, outspoken, menyinga 24/7, jangan lah expect aku akan bagitau everything. something, you just need to figure out yourself. ill be happier that way.

plus, kalau lelaki put more effort untuk faham aku, aku akan berzillion kali put effort nak paham dia. tapi kalau dia pun lagak nya macam tunggu orders je dari aku, tak nak fikir sendiri. tak nak brain storm sendiri things yang boleh pleasant kan aku, then aku pun macam malas nak bazir masa aku gak.



fashion talks #1: shopping online-the do's and the dont's!

kul 2.30 nanti aku ada kelas. ni ada masa sikit, aku nak update pasal semalam. sekarang ni, nak ber blog pun kena curi masa. sebab memang macam tak cukup sangat dah masa aku ni. pak kal every night aku ajar ammar sejam je. kalau 2 jam, alamat memang aku tak ada masa untuk diri sendiri kut. ain takde life. haha.

lepak kat bilik budak-budak ni pun da jarang dek kerana ke'busy'an yang melanda. anyways, semalam lepas hantar viva aku ke perodua untuk tukar bearing yang haus, aku gi tesco plentong. marina mintak tolong amik kan duit gaji dia masa cuti hari tu. aku on je lah, mana tau nanti marina belanja cendol dengan nasi lemak depan bus stand bp. haha.

ok, selepas proses pengambilan gaji marina di kedai GWT (kedai handbag), aku bergegas nak balik. tapi masa aku lalu kedai baju peace S to XXL tu, promoter kedai tu tengah pakai kan legging grey kat patung dia. aku tak state kan dalam wishlist aku hari tu yang aku nak legging. tapi memang dah lama aku nak cari legging yang panjang and tebal. nak suit kan dengan barbie doll dress. sekarang aku macam agak gila kan barbie doll dress gak. (banyakl betul yang kau gila, shawl lah flip flop la. gila punya pompuan)

bukan apa, barbie doll dress ni kan labuh sampai atas lutut. so bagi manusia berkaki gemuk macam aku ni, baju yang meng'cover' peha aku memang lah aku sangat suka. (dah gemok taknak terima kenyataan) and bila tengok fashion mag, selalu nya they paired up the barbie doll dress dengan legging. so, thats why lah macam nak cari barbie doll dress (aduih nasib baik menaip, kalau bercakap dah tersembur-sembur aku sebut barbie doll dress ni berulang-ulang kali)

leggings


barbie doll dress

mula-mula aku ingat nak usha je. sebab aku tengok material dia elok. for sure mahal kut. aku pegang-pegang material. ouh macam berkenan. masa tu tak tengok harga lagi. sekali aku tengok, harga dia RM15 je weih. OMG. seriously, aku baru je browse kat internet hari tu. dok usha-usha legging ni lah. aku ada came across the exact same legging, they sold it for RM35. seriously. memang the exact same! im positive. 90% positive. (huhu tak berani letak 100%)

aku terus rembat legging tu. aku nak angkat kaler grey sebenarnya, but then aku masih takut nak experimenting legging ni. baru first time nak beli. so i pick safe colour, which is black. its very unlikely me to pick safe colours. selalu aku confirm angkat kaler terang punya.

from this experience, aku dapat simpulkan, barang jual online tu kebanyakan nya mahal. serious. sebab owner blogshop ni, could be anyone. modal diorang kecik. diorang amek barang dalam kuantiti sedikit, bukan nya borong banyak. so thats what resulting to the expensive price. mesti lah mau untung kan. macam kat kedai-kedai tu lak, harga murah sikit sebab dia memang borong banyak.

but for certain items, memang murah. macam ada blogshop jual crocs, original k, bukan imitation. memang harga dia sama dengan harga kat boutique crocs. i even get one for F. memang puas hati. nape dia murah? reason nya, sebab dia buat pre-order. bila pre-order, customer kena bayar dulu masa nak placing order. so, owner tak perlu keluar modal banyak lah. macam kalau handbag ala-ala korea pun harga standard sama dengan kedai biasa sebab dia buat pre-order gak.

so, bagi aku lah kan, kalau kau duduk kat bandar besar macam jb or kl, better kau round shopping mall dulu nak cari barang yang kau desire. unless kau memang anti-social punya orang langsung taknak bergaul dengan hidupan lain. just suka duduk rumah hadap komputer. eeuuu, macam takde life je.

kau boleh browse the internet to get the idea. macam aku, kalau aku minat something ni contohnya legging tu lah. aku memang akan browse dulu. tengok choices yang ada dalam market. pastu take note the price. then aku gi la jalan-jalan cari the one yang aku usha dalam internet tu. kalau jumpa compare the price and make up mind lah sama ada nak beli atau tak.

kalau tak ada kat kedai-kedai, baru lah aku beli kat blogshop yang berlambak-lambak dalam internet tu. beli kat internet ni, sesuai untuk orang yang tak duduk bandar besar. kalau kat johor ni macam muar or segamat. shopping complex tak banyak. sangat limited. kalau nak pegi jb or kl tambang dah berapa kan? so tak berbaloi. golongan ni je aku rasa sesuai beli on the net. jimat masa, jimat kos.

kalau setakat duk bandar besar tu, rajin kan lah diri sikit round shopping complex. kau nak bank-in kan payment tu pon kau dah kena gi bank kan? jalan depan sikit dah jumpa shopping complex. so you might as well search for it first before buying it online coz sometimes harga dia memang jauh beza.

so, apa pun be wise ek? dunia makin canggih sekarang ni, kita kena la bijak juga. pelaburan yang tak perlu tu, kurang kan lah. buat apa bayar mahal untuk barang yang sama. buat rugi je.

p/s: jangan gelak kan aku.aku tau aku gemok.


barbie doll dress + legging

p/s/s: hoi. kan aku cakap jangan gelak kan. siot tul.

Monday, January 11

misteri kelakuan ammar.

hari ni aku tergelak besar lagi dengan ammar. adoyai budak ni memang bikin aku pecah perut je tau. nasib baik lah. kalau tak, mesti aku stress gila. bila aku sampai je ammar terus tanya

"cikgu, cikgu dah baik sakit perut?"

aku buat muka sebab memang tak faham. kak lin bagi signal. rupanya masa aku tak datang jumaat lepas ammar duk tanya kat kak lin. so, sebab blur sangat, kak lin cakap je aku sakit perut.

" haah ammar. cikgu sakit perut. tapi sekarang cikgu dah baik sebab dah makan pil chi ket teck aun"

ok, muka dia seriously percaya and macam simpati kat aku sebab sakit perut. haha. lawak la anda ni ammar. pada 20 minit pertama tu, aku memang kagum sangat dengan ammar. dia obedient gila. duduk diam and tulis huruf b kecik. dia macam fokus gila. serius aku hairan.

keadaan rumah tu sunyi je tadi. i don't know why. aku pun tak nampak kelibat abang dengan akak ammar. even adik ammar yang selalu datang menyibuk time ammar belajar pun dah tidur. yang kedengaran cuma bunyi TV yang sayup-sayup dari ruang bersebelahan living room.

all of a sudden, ammar meluru keluar. aku terperanjat. dia keluar rumah!

"ammar! ammar! dah lah, kalau nak main pun nanti lah lepas siap ni."

tapi dia tak menyahut langsung. selalunya dia akan sua kan kepala and buat gaya menganjing aku or wat gaya macam nak suruh aku kejar dia (yang memang aku tak pernah buat pon)

ok. aku dah start cuak. aku bangun. menuju keluar rumah.

"ammar..ammar? masuk lah. belum siap lagi ni."

sekali aku pandang, dia dah ada kat seberang jalan di sisi lori (macam lori jual steamboat kat dataran bandaraya jb) and tak semena-mena keluar lagu dangdut. ok ok. lagu dangdut tu keluar dari lori tu lah. adoi saspen je.

aku keluar pagar, untuk dapat lebih kepastian. yarabbi. rupanya lori tu jual jagung manis dengan apam balik. si ammar duk bertenggek kat situ. nak suruh orang belikan lah tu. dengan tak pakai selipar nya.

"ammar! nape tak pakai kasut? karang masuk cacing tau"

tiba-tiba dia berlari masuk rumah balik. dah sudah. ape hal lak ni? si makcik jual apam balik tu blur tengok aku. " nak beli tak ni?"

aku tinggal kan makcik tu, pegi kejar ammar. dia mundar mandir depan pintu. lepas tu tiba-tiba masuk dalam kereta kak lin menggeledah cari apa ntah. aku fikir dia cari duit nak beli apam balik.

"ammar cari ape? cari duit ke? nak beli apam balik? meh cikgu belikan" pujuk baikkk punya!

"mana selipar ammar ni? takde pon kat mana-mana!"

uh, ok. dia cari selipar dia. hurm makcik tu ada lagi depan rumah. muka memang determined gila nak jual apam balik pelbagai bentuk dan warna dia tuh.

selang beberapa saat, akak ammar menuju ke lori dengan note sepuloh. si ammar sah-sah lah terus meluru. aku stay dalam je. tapi aku pasti banyak gila si ammar tu beli. aku tengok macam dia tunjuk itu ini.

dia masuk dengan wajah gembira dapat beli apam balik. apam yang bentuk bulat tu dia susun 3 lepas tu masuk mulut sekaligus. yarabbi. sengal punya budak. lepas dah makan dalam 4 gigitan...

"cikgu nak? nah ammar bagi sikit.."

boleh lak dia nak bagi bekas taik gigi dia kat aku. takpelah. ada gak intention nak bagi. kalau makan maggi jangan harap lah dia nak share. aku mengecek pon lom tentu dia nak bagi aku rasa sikit.

sekarang ni, yang aku hairan sesangat, macam mana dia tahu lori tu lalu? aku tak dengar sebarang bunyi pon. and aku rasa, dia yang tahan lori tu. kalau tak, buat pe makcik apam tu tunggu dengan penuh jitu kan.

tapi, nakal-nakal dia pun, bila dia nampak muka aku macam sedih dia macam rasa bersalah lak. konon nya sebab dia kita sedih.

"ammar, ammar budak baik ke budak jahat..." sambil wat muka sedih + pasrah + kecewa

" ammar baik. ammar baik"

"kalau baik, dengar cakap cikgu eh? boleh tak?"

mengangguk sambil pandang meja, lepas tu terus sambung tulis phrase "good morning" dalam buku latihan lagi 4 baris. cikgu dia ni pun satu. bagi kerja macam tak study level students. budak-budak macam ammar ni di baginya kerja camtu. jangan harap lah nak tengok kerja tu siap. adeh.

esok, ntah apa lagi helah si ammar ni tanak belajar. menggelupur atas lantai dah pernah, menyamar jadi wolverin dah, meluru keluar rumah macam sasau dah. wait and see je lah. mesti lagi banyak yang aku kena hadapi dengan si ammar ni.

tolong boikot blog hina Islam ni.

ok, aku tau semua orang tengah sibuk cerita AJL. tapi jom stop kejap. kita ada jihad yang perlu dilakukan.

macam ni, tadi aku ada baca entry blogger pasal blog yang hina Islam. aku try buka tapi tak boleh. tak lama lepas tu aku dapat message lak kat facebook berkenaan blog tersebut. jadi minta jasa baik semua blogger Islam yang prihatin boikot blog ni.

ok, ada yang tak tahu macam mana? meh sini.

Caranya:

1) Pertama buka alamat http://en.wordpress.com/report-spam/

2) Lalu isi data-data yang diperlukan:

Your Email : email Anda

Blog URL : isi dengan :
http://beritamuslim.wordpress.com/
yaitu blog yang mau di tutup

Why : isi dengan " BLOG SPAMMING and that blog is insulting religion islam. "

semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup.
semoga kita terhindar dari hal2 yang dapat melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya...
Amin

Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar.

Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokaatuh.

ok? boleh semua. sama-sama kita jihad. kalau ramai dah report. nanti wordpress akan ambil tindakan.

Sunday, January 10

thoughts about men.



aku tak faham sangat dengan lelaki. serius aku tak faham. bila kita nak, diorang pergi. bila kita taknak diorang datang. kenapa ya? kan senang kalau diorang datang bila kita nak. bila kita tengah bersungguh-sungguh dan all out, dia buat sambil lewa saja. tapi bila kita dah give up, diorang datang menerpa lak. ada apa sebenarnya dalam kepala hotak lelaki ni? aku confuse lah.

lagi satu, bila kita tak cari banyak yang datang. bila di cari langsung tak ada. sama je macam shopping. time tak ada duit and tak ada niat pun nak beli apa-apa, amboi rambang mata, semua cantik. tapi bila elaun dah masuk, dah set mind nak beli pumps baru ke, flip flop baru ke (apa kejadah contoh aku semua footwear bagai?) langsung tak jumpa yang berkenan. semua hideous.

apasal ek? kenapa lah hidup ni complicated sangat? situation dalam hidup ni selalu messing up dengan matlamat aku. buat aku jadi tak fokus. im turning 24 this year tapi somehow aku rasa macam aku masih banyak yang perlu dipelajari, masih banyak pengalaman perlu ditimba sebelum menjadikan graf hidup aku mendatar, settle down and everything.

kadang-kadang bila aku baca blog zack ke, akukopi ke, aku terasa macam lelaki ni simple je sebenarnya. you dont have to be a genius to figure them out. itu berdasarkan blog diorang lah. but then in reality, banyak yang berbeza. banyak pengecualian yang perlu dibuat. in the end, aku tak dapat apply pun teori mereka terhadap pemikiran lelaku because at the end of the day, each of them is different and and figuring each of them ain't walking in the park.

haih. patut nya ari ahad, post la something informational ain. instead, kau cakap pasal thoughts kau yang merapu. k lah. nak sambung berfikir pasal perilaku lelaki. bye.

Saturday, January 9

jana pendapatan sampingan. (bukan pasal MLM)



duit bukan lah segalanya, tapi segalanya adalah duit bukan?

nak minum air suam je pun kena bayar 20sen. lepas 30 minit, kau nak "buang" air suam tu kat tandas awam, 20sen lagi.

mana-mana pun duit. celik mata nak pakai duit. tutup mata pun nak pakai duit. sampaikan masa nak dikebumikan pun kita masih perlukan duit.

itu lah besarnya kuasa duit ni. tapi dalam dunia serba moden ni, sebab duit senang keluar, duit gak senang masuk.

sebab tu lah kita ghairah berblogging ni sebab ni juga salah satu cara mudah nak jana pendapatan sampingan. part ni aku tak boleh nak ajar sebab aku pun tak mampu dapat earnings lagi dari berblog. setakat nak beli topup lepas lah.

sini aku cuma nak kongsi macam mana nak jana pendapatan sampingan selain dari berblog.

1. photographer freelance
kalau tengok sekarang ramai yang memiliki DSLR right? (correct me if im wrong k?) dari benda tu membazir takde guna, apa kata korang mendalami ilmu fotografi. belajar dari orang yang dah senior. belajar dari internet pun boleh. bila dah agak mahir, tawarkan lah perkhidmatan mengambil gambar pada orang terdekat; kawan-kawan dan sedara mara. untuk peringkat awal, tawarkan harga yang rendah. berpatutan la siit dengan kemahiran yang you all ada kan. sediakan portfolio korang, upload gambar kat flickr ke. bila client browse and berkenan, tengok harga plak affordable, mesti lagi banyak job dapat. internet ni memang memudahkan hidup kita. advertise je apa pun kat internet, insya Allah laku.

2. andaman
ini pun sangat komersial sekarang. ramai sangat yang berminat tentang andaman dan solekan. jangan bazirkan kemahiran tu. semua benda pun kita boleh buat duit sekarang tau. sekarang ni, bukan saja kahwin orang nak pakai mak andam, tunang pun orang nak pakai mak andam. lepas tu kat U kan selalu ada dinner akhir sem. selalu the girls mesti nak nampak vogue masa ni. so, sebagai permulaan, korang start dengan job kecik macam ni. bila kawan korang puas hati dengan kerja korang, dia akan recommend pada orang lain. nanti bila dah ada nama sikit, boleh lebarkansayap, mengandam pengantin pula (untung-untung boleh jadi make up artist, sape tau right?)

3. bisnes kraf
ramai orang ada minat buat handmade kad lah, buat sulaman lah, buat aksesori lah. instead of buat sebagai hobi je, why not make it into business? kenapa aku list kan bisnes kraf ni dalam ni? sebab kraf ni sangat authentic. dia kena ikut kreativiti. selalu nya tak akan ada keluaran yang sama sebab dia handmade kan. nowadays, orang memang cari benda-benada yang unik and authentic. especially kalau nak bagi kat orang as present. yelah, birthday kad contohnya, kalau beli dengan hallmark atau memory lane punya, boleh cecah belas-belas. padahal dia cetak banyak. kalau browse kat internet, banyak je dijual handmade cards yang cute, unik and murah sangat. see, peluang nak buat duit memang banyak nowadays.
sesiapa yang minat dengan kraf, boleh klik sini. boleh usha blog-blog yang offer crafts items

4. private tuition
ini yang aku telah buat masa cuti hari tu and sedang buat sekarang. tahu tak, pendidikan sangat dipentingkan oleh parents sekarang? diorang sanggup berhabis banyak duit untuk education anak-anak. this is where private tuition comes. demi memastikan anak diorang diberi perhatian secukupnya, parents hire tutor peribadi. bayaran nya on hour basis. sebab yang ni aku memang buat, so aku boleh cerita banyak sikit lah. rate dia berbeza ikut level and ikut tempat. sekolah menengah lain, sekolah rendah lain. aku just buat untuk sekolah rendah sebab itu speciality aku. kalau di jb, untuk sekolah rendah, rate nya ialah RM30 per hour. kerja nya tak berat sebab kau cuma kena fokus pada seorang pelajar je. kalau di kl rate nya lagi tinggi aku rasa. ok, bagi sekolah menengah lak rate dia adalah RM45 per hour. mahal kan? bayang kan kalau sekali sesi kau buat 2jam. 2 x 30 = 60 dah. seminggu buat 2x je cukup. dah 120 kan? sebulan ada 4 minggu. so 120 x 4 = RM480. senang-senang je dapat duit tanpa bersusah sangat. yang ni aku suggest pada bakal guru. selain dapat duit poket, benda ni boleh brush up skill kau in teaching. aku cakap sebab aku dah buat. so, i know. kalau kau memang aliran edu lagi senang, boleh dapat offer dari student masa kau practical. tpi kalau nak iklan kan kat internet pun boleh. masa cuti hari tu, aku iklan kan di mudah.com. sekejap je dah ada orang call. sebab apa? sebab bidang ni demand dia memang tinggi.

so, cukup lah ni ek. aku bukan dah ada income juta-juta nak kongsi tips berderet-deret. tapi saja nak kongsi ilmu. aku tengok dalam dunia blog ni ramai juga bakal cikgu. siapa-siapa macam berminat nak tahu pasal private tuttion tu, jangan segan k? tanya je aku. kita boleh kongsi ilmu. :) rezeki Allah ni untuk diagih-agihkan.

p/s : siapa minat jana pendapatan melalui blogging, pergi berguru dengan sifu kak ujie. dia ada banyak tips tau!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails