Tuesday, November 30

we're proud of you!

WARNING: LONG, BORING, LAME STORY. SILA SKIP JIKA TIADA DAYA TAHAN YANG TINGGI.


esok convocation diploma faiz. kesian nurin tak dapat join. aku rasa lepas ni, banyak yang nurin akan ketinggalan. sebab dia susah gila nak dapat cuti. jeles betul aku. idin dah grad, dah attend pun convo for both diploma and degree, faiz esok nak convo diploma. aku je yang tak convo-convo lagi.



nasib baik lah azab dah berakhir. lama gila aku belajar kut.anyway, aku rasa macam baru semalam je mak aku nangis-nangis kat JPN sebab nak tukar kan faiz dari SAB ke EC. SAB tu sekolah yang mak aku ajar sekarang. sekolah tu bukan sekolah premier. meanwhile, EC tu sekolah premier all-boys school.

mak merasakan environment kat SAB tu tak sesuai untuk faiz belajar sebab sebenarnya dia budak baik, tak kacau orang, rajin cuma kawan-kawan dia macam tak minat nak belajar. masa tu, aku sendiri pun risaukan faiz. aku asyik pikir je, adakah faiz ni akan jadi orang nanti. sebab dia a bit slow tapi seriously, dia rajin.

mak memang berdrama kat JPN tu sebab orang yang uruskan bahagian pindah-pindah tu macam tak bagi faiz pindah EC. sekolah tu sekolah kawalan, result faiz lak tak berapa bagus. mak berdrama nangis-nangis cakap dia dah berbelas tahun berkhidmat, takkan tak boleh bagi kelonggaran.

tapi sampai sudah orang tu tak bagi. tapi ntah macam mana, masa nak keluar tu, timbalan kepada orang yang tak bagi faiz pindah tu nampak mak and panggil mak masuk bilik dia. ntah apa cara dia guna, dia sign je pelepasan untuk faiz. mak memang berterima kasih sangat kat timbalan tu. yelah, takut gak kalau dia dikena kan tindakan sebab dia go against superior dia kan.



then faiz pun pindah lah ke EC. memang dia masuk kelas hujung lah. kelas sastera. rasa nya kat EC ada satu je kelas sastera. aku pun tak sure. even masa dia pindah EC pun banyak yang aku risaukan. yelah, sepanjang dia kat SAB aku tak berapa nampak dia ada kawan. so im worried if he had trouble making new friends at EC.

tapi rupanya hidup faiz memang berubah kat EC tu. aku tengok dia ramai kawan, memang boleh nampak yang dia ramai kawan. and kawan dia kat EC tu memang lagi cool. in fact kawan-kawan dia semua macam appreciate dia sangat-sangat. aku tak tahu lah if its the all-boys-school thinggy ke apa. tapi memang nampak sangat bonding diorang.

pelajaran pun makin ok. tak ada lah tiba-tiba dia jadi cemerlang. tapi ok lah. dalam suasana yang semua orang minat belajar, dia pun terikut sekali. satu benda yang aku risaukan tentang faiz ni ialah, dia slow and lemah sikit. cuma kelebihan dia, dia rajin.Allah tu adil kan?

masa dia SPM, aku ingat lagi aku ajar dia Sains. aku ajar dia macam mana nak jawab soalan struktur. dia bersungguh, tapi tu lah, susah sikit dia nak tangkap. but then lepas paper Sains dia bagitau aku benda yang aku ajar dia tu keluar dalam exam.

nak tunggu result SPM dia, aku berdebar je. aku rasa mak ayah mesti lagi berdebar. aku takut sangat dia tak dapat tawaran sambung belajar kat mana-mana. masa karnival pendidikan dulu banyak dah aku surveykan kolej swasta untuk dia dalam bidang art sebab dia memang pandai melukis. itu memang expertise dia. aku survvey kolej swasta sebab memikirkan even idin pun susah dapat tawaran. idin dah masuk KLMU barulah dapat offer politeknik.

masa result SPM tu keluar, faiz sebenarnya tak bagi mak ayah datang. dia kata nak amik result sendiri. tapi mak ayah nak jugak pergi. gembira gila masa tu bila tau faiz dapat 3A (kalau tak silap lah, tak pun 2A). i mean, semua orang nangis kut. mak, ayah, aku. kau tak dapat bayang kan betapa proud nya aku terhadap dia. mak dengan ayah pun proud gila, cerita kat semua orang, walhal faiz dapat 2A je. tapi itu pun dah cukup buat kitorang bangga.

then, tiba lak masa untuk isi borang UPU. memang lah result dia agak membangga kan. tapi aku fikir, boleh ke dia dapat tawaran nak buat diploma? sebab aku fikir, ramai calon yang mohon. semua bagus-bagus. tapi aku berserah je. bab-bab isi borang UPU semua aku uruskan. mana satu kos nya, mana satu universiti nya, semua aku yang decide. mak ayah tak cakap apa, ikut je.

aku tak ingat 7  choices lain tapi semua nya berkenaan art. ada seni tampak, seni grafik, seni halus, perhotelan and kulinari. faiz rasa rendah diri. dia kata mintak perhotelan jela. perhotelan senang dapat. takut kalau dia mintak art susah dapat. at that time, idin pun further graphic design kat KLMU so kitorang tahu, kos tu agak komersial and ramai apply.

tapi aku ikut instinct aku. aku rasa rezeki faiz ada. and aku tahu dia talented. aku letak graphic design UitM as first choice. its kinda a big step sebab fakulti seni lukis and seni reka uitm memang bagus. mak pun tanya gak, boleh ke dapat? aku ikut naluri aku je. aku harap naluri aku betul. aku taknak faiz end up kena amik kos lelong. takut dia tak minat and tak boleh bawak.




memang rezeki faiz, dia dipanggil untuk temuduga. nak apply kos senilukis tu, memang kena attend interview. aku tak ikut masa interview tu. rasanya aku kat kat maktab. tapi mak cerita, interview tu dia banyak kena melukis secara impromptu. dia and mak kata faiz is quite impressive. dia sangat kreatif and mak kata, lukisan dia ok.

sebenarnya masa aku tau dia dapat gi interview tu aku dah ada instinct yang dia memang akan dapat kos tu. i know he's a good artist. and Alhadulillah, faiz dapat sambung diploma kat uitm melaka dalam kos senilukis dan senireka (grafik). mak dengan ayah bangga gila dengan dia. aku pun macam sebak. dalam hati aku, "adik aku ni jadi orang juga...alhamdulillah"

tapi yang sedihnya masa faiz nak mendaftar kat uitm melaka, mak masuk wad masa paras gula mak naik mendadak tu. kalau tak silap aku naik sampai tak ada bacaan and mak memang collapse. mak memang baru je masuk wad masa tu and there's no way doctor nak lepas mak keluar. masa tu yang hantar faiz, cuma idin, ayah dengan nurin. aku stay kat hospital jaga mak.

faiz macam sedih. dia sorang lahir tak normal. masa mengandung kan dia tekanan darah mak naik and terpaksa operate. and now masa dia nak mendaftar u, mak masuk hospital lagi. aku tengok faiz nak gi mendaftar tu pun macam sayu hati je. aku dapat bayang kan betapa mak ralat tak dapat hantar faiz. tapi nak buat macam mana? dah memang itu yang Allah rencanakan.


perjalanan faiz kat uitm pun bukan mudah. dia dikelilingi high scorer. semua budak pandai. siap ada budak SBP. kos ni boleh dikira mudah bagi high achieving group. tapi bagi faiz dia terpaksa struggle gila-gila. dia selalu aim nak dapat dean-list tapi up til now masih belum ada rezeki lagi. setiap kali dapat result dia mesti sedih and rasa down gila. dia kata kawan-kawan dia yang malas pun boleh dapat dean-list tapi dia tak dapat. ada kawan dia tu malam nak exam tengok bola, tapi tetap score. dia pulak pointer paling tinggi takat 2.9. aku sayu gak dengar dia cakap macam tu. sebab dia usaha, tapi dia tetap tak dapat apa dia nak.

walaupun dia tak pernah dapat dean-list lagi, aku tau mak ayah tetap bangga dengan dia. sekarang dia tengah further degree lak kat shah alam.


he's still struggling to achieve dean-list. and it becomes even harder bila dah sambung degree ni. competition pun makin sengit. semua pun budak pandai. makin lah dia rendah diri. tapi apa pun, dia dah berjaya ke tahap ini. aku harap dia tahu yang semua orang banggan dengan dia. :)

friends, please drop your email. (entry baru skrol bawah)

menulis lagi, sebab jiwa ada sikit kacau. ah, aku ni kalau musim jiwa kacau, memang berlambak entry aku. tadi nangis, sekarang aku nangis lagi. fragile gila. tak tahu lah kenapa sebak sangat rasa. perasaan bercampur baur.

tadi aku ym dengan F. aku cakap dengan dia boleh tak dia act macam aku ni kawan dia. sekejap je. dia naik marah. salah aku sebab tak explain betul-betul. aku mintak dia jadi kawan aku instead of boyfriend aku for a while. sebab all this while dia memang kekasih sejati. tapi sebab dia memang boyfriend material, aku jarang nak cerita deepest thought aku kat dia.

tapi tadi aku mintak dia jadi kawan aku. sebab aku nakkan nasihat dan pandangan seorang kawan. dia tanya tak boleh ke dia bagi nasihat sebagai seorang boyfriend?aku cakap tak boleh. sebab aku taknak dia dipengaruhi cemburu. lepas tu dia akur.

yang bangang nya aku meluah perasaan sampai nangis-nangis. dah lah tak boleh cover sebab tengah web cam. ntah. aku sebak. all this while aku underestimate kemampuan dia untuk jadi kawan aku. aku jaga segalanya. aku terlalu berhati-hati. aku hadkan apa yang aku nak kongsi. mungkin aku takut terluka lagi.

its not fair. bukan aku yang patut berhati-hati. aku patut bahagia. aku patut bebas. tapi aku macam ni. bila aku sedih and down, aku tengok muka F mesti rasa sebak gila. dalam hati aku mesti terdetik, baiknya dia ni. dia baik sangat pada aku sampai kadang-kadang aku rasa nak nangis.

hurm, aku nak menulis pun rasa macam terbatas. seriously, aku tak tahu langsung siapa yang akan baca tulisan aku ini. im thinking of going private. any opinion? lagipun fikir-fikir balik, tulisan ni untuk kenangan aku. kalau aku tak boleh jujur dalam menulis apa guna nya?baik berhenti menulis.

anyway, pada kawan-kawan aku yang masih nak tahu thoughts aku, tinggalkan email address korang. just in case im going private, i'll invite you guys. yang bukan kawan aku, kalau selalu membaca pun, boleh lah tinggal email address. kalau orang tu gave no harm to me, aku akan invite juga.

p/s: masa kat maktab, bila anak murid tegur kat chat rasa irritating. tapi bila tengah down, rasa lega pulak. im glad im a teacher. anak murid cikgu, doakan cikgu bahagia dunia akhirat ye?

meeting future/ potential in laws.


funny betul Q ni. ada ke mintak tips nak jumpa future in-laws mintak kat aku? haha. gelak berguling ni. aku lah manusia paling cuak sekali  nak berhadapan situasi macam ni. aku lagi kaku. cuak. kelam kabut. haih, macam-macam. memang tak selayak nya I bagi any tips pun kat u Qiha. tapi i ni suka memandai, so here it goes. harap nya walaupun ni cuma propa yang i reka, hope it could benefit you.

Penampilan
the number 1 thing yang aku paling titikberatkan. kau kena set kan mind macam mana kau nak potraitkan diri kau depan the future in laws. kalau family dia educated, mak engineer ayah doctor atau pun both parents are lecturer. that certainly is the que. kau mesti lah tampil educated jugak. kalau family dia macam orang kampung yang penuh tatasusila, pakaian kau pun jangan lah over the top sangat. toksah nak apply vintage kejadah time ni. keep it simple, jangan meriah katak sangat. karang diorang kata mangsa fesyen lak. pakai kena comfortable supaya perhatian kau takkan terganggu pada pakaian yang tak selesa. tapi apa pun, kalau aku aku memang akan pilih attire yang simple, kemas and sopan not forgetting, comfortable!

Buah tangan
kalau datang rumah, haruslah bawak buah tangan. itu opinion aku lah. sebab ntah, takkan nak berlenggang je kut? nama nya buah tangan tapi not neccesarily buah lah. kalau kau pandai buat cup cake, nah ini lah masa nya nak tunjuk bakat. bagi diorang makan air tangan kau, pastu jampi la sikit-sikit. hahahaha. tapi kalau macam Qiha tu nak jumpa masa convo, tak payah kut. simpan untuk masa datang rumah ye Qiha.

Topics covered
pastikan guna laras bahasa yang sama dengan family future in laws kau tu. kalau kau ni jenis suka cakap mix english-malay, bila f-i-l tu orang kampung, cuba lah guna bahasa standard. berbual dalam ruang lingkup diorang. kau yang kena adjust sebab kau nak impress diorang. jangan pulak kalau parents partner kau tu umur lingkungan 60 and duduk kampung, kau gi bukak topik PPSMI lak. melain kan dia yang start, then its ok.karang tak jadi conversation 2 hala pulak. you might not want it to end that way kan?

ok, aku dah tak tahu apa lagi tips nak bagi. tapi Q, u dun have to worry. u datang jumpa masa convo. its not gonna be hard. even though u tak masuk dewan, i think u should wear baju kurung. i don't if its just me, tapi i rasa pakai baju kurung tu lebih manis. :) semua orang pun mesti busy and perhatian akan lebih ditumpu pada ur boyfriend because its his day. so, dah save lah kat situ kan?

lepas tu, masa convo tu mesti ramai gak family dia datang kan? try engaged in conversation dengan semua. not necessarily dengan parents je. kalau his sister is coming, even better. i selalu rasa adik perempuan adalah saviour. you don't have to be too formal with them sebab sama-sama muda. lagipun, takkan nak terus approach mak ayah dia kan? kalau hubungan kita dengan adik dia baik, adik dia mesti bagi good review punya, "mak, awek abang tu cantik la, baik la bla bla bla. suka la kat dia" hahahaha over gila pujian. ini contohnya la kn.

sebab bukan nak cakap apa, dalam family aku pun, this small talks lah yang menggambarkan keseluruhan nya. macam dengan F tu, nenek macam bagi good review so it influence ayah sekali tau.

anyway, orang selalu cakap "be yourself". hahaha. i don't think so. tengok dulu diri kau macam mana. kalau kau biasa pakai seksi, takkan nak be yourself gak? kalau kau jenis argumentative when discussing about certain topic, takkan nak be yourself gak? kalau kau jenis pemalu, tunggu orang tegur dulu baru kau boleh include kan diri dalam conversation, takkan nak be yourself gak? so my advise is, do what you should do to win their heart.

ok, dah melalut. anyway, good luck to u Qiha. dan pada sesiapa lagi yang bakal nak berjumpa 'bakal' . haha. anyway, siapa yang ada pengalaman jumpa future or potential in laws? ada pengalaman ngeri tak? share lah.

Monday, November 29

conversations [after the meetings]

"along nanti gigi depan tu cabut lah macam cik ani" tiba-tiba je nenek bersuara.

"eh? taknak ah. sakit ah." ok, aku memang penakut dengan dentist sebab tu gigi burok.

"gi tanya cik ani sana"

"eh, mana ada cabut mak? ni haa gigi nya ada lagi" sambil cik ani tunjuk gigi dia.

"ada lah...kau ada cabut dulu. ni mak nak suruh along cabut gigi dia..."

hish nenek aku ni. nak amik peduli pasal gigi aku lah plak. dulu dah lah suka cakap aku gemok. suka sangat dia kritik fizikal aku. haish. pastu cik ani bisik kat aku,

"dia terpikir kau dah nak kahwin lah tu lepas jumpa *kawan kau tu. tu yang nak suruh cabut gigi tu"

then, cik ati mencelah lak, "habis lah kau long, kejap lagi nenek suruh gi wat facial lah, kuruskan badan lah. nenek jaga standard tau"

heks? damn ah camni. baru jumpa F dia dah atur-atur nak suruh aku cabut gigi aku bagai. alahai nenek, mentang-mentang cucu nenek ni jongossss.... hahaha. takpe takpe, dia dah pikir camtu mintak-mintak dia doakan aku kahwin cepat. haha, gatal gila.

*      *      *      *


"ayah macam pernah jumpa lah si fakharudin tu long. ntah kat mana ek?"

aku diam je. malas respon.bila aku tak respon, dia akan cakap banyak sikit. betul, lepas tu dia cakap lagi..

" tapi ok lah...pandai lah jugak dia berbual, bukak topik. cuma tang dia cakap kampung ayah ada kes denggi tu je ayah sergah dia.hahahah" boleh ayah gelak? F cuma cakap pernah fog and kompaun kat area batu putih, tapi ayah macam taknak terima kenyataan and tanya kat belah mana dengan suara separa menjerkah. ketaq lah orang tu.

"dia buncret* ke long lepas kena sergah dengan ayah? mak tengok tangan dia terketar-ketar. suara pun terketar-ketar sampai ayah asyik suruh ulang je."

"hahahaha, buncret kut. sebab hari ni dia cuti. tak gi kerja"

"hahahaha, kau tak tanya ke kenapa dia tak kerja?"

"dia kata penat, nak rehat. tu je" 

"hahahahah, buncret lahh tu. ntah-ntah along diamuknya siap bawak nenek sekali. nasib je idin tak ada" ayah aku nganjing lagi.

"long, nampak nya ayah punya bakal semua 'sehat-sehat' lahhh"

hahahahaha. yang itu kelakar. tiba-tiba aza, ira and es terpalit sekali. kasihan mereka. tapi es dengan ira pun dah gemuk. saja nak fit in kut?so, secara official nya ditetapkan, if u wanna be part of the shahruni's, badan harus lah 'sehat'. hahahaha.

*kalau kat johor, orang tua refer kawan tu as pakwe or makwe
*buncret adalah bahasa jawa, membawa maksud terbantut, tergelincir.

hotel 'berBAU' at affordable price.

ok, siapa ingat entry aku pasal hotel lok pin? tak ingat? tak pernah baca? gi refresh memory anda di entry ONE NIGHT underSTAND. siap ada 3 episod lagi entry tu. aku bagi satu link je. yang lagi 2 episod, godeh sendiri. memang tak boleh blah.

so, ayah aku dah trauma dengan experience book hotel through internet. pada dia semua penipu je. letak gambar nak cantik je, bila pergi hampes hotel nya. tadi mak suruh aku cari hotel sebab faiz dah busy uruskan convo dia, tak sempat nak gi urus hotel.

so, medium apa je yang aku boleh guna melain kan internet kan? aku pun search lah. tertarik dengan laman booking ni, nama dia booking dot com anyway, area shah alam, banyak gila hotel dah penuh. i mean hotel yang within our budget lah. takat 3 bintang gitu. sebab aku rasa kalau hotel 4 bintang ke atas macam concorde ke, grand bluewave ke, maybe available lagi kut, tapi mahallll mak aih sampai 300++ untuk per night stay.

aku usha hotel ni, nama dia prescott hotel. 3 bintang. standard dia ala-ala seri malaysia rasanya. located kat klang approximately 15 minutes drive kalau tak jammed. aku amik 2 bilik superior, price 99 not including taxes, dengan 1 bilik deluxe 108 not including taxes gak.

senang gila nak book, guna credit card details. aku takut nak buat decision sendiri, so aku suruh la mak check out pictures of the hotel. yelah, takut pisang berbuah 2 kali, mati aku kena sembelih ayah. hahaha. kalau tak baca entry hotel lok pin tu memang takkan faham. haha. anyway, mak kata macam ok. yelah, hotel 3 bintang harga 99 macam reasonable sangat.

mak pun takut gak. so mak try call ayah. tapi tak dapat. maybe ayah tengah meeting. meanwhile masa tengah tunggu nak call ayah, asyik keluar notofication je yang a book has been made the past hours, bla bla. kat booking.com tu, bila ada orang lain booking, dia keluar notification. so mak macam cuak takut hotel penuh. so mak terus suruh aku book.gejoloh!

aku lak tak explore lebih-lebih site tu. terus je book guna credit card details mak. lepas dah book tu tiba-tiba baru nampak column guest review. huk aloh? nape aku tak nampak tadi? aku pun go through reviews tu. aku jumpa ini,



macam biasa, kalau rabun, sila klik untuk gemukkan dia.



mati aku weih. hotel ni berbau ke? hadui lah kenapa aku tak baca dulu. dah lah tak boleh cancel booking. kalau cancel kena bayar nilai yang di offer tu. so memang no turning back lah kan?

tiba-tiba mak panggil aku. ayah call mak and ayah freak out gila sebab aku tempah hotel guna internet lagi. dia fobia gila kut. dia siap cakap, "apesal nak kecoh-kecoh? kl bukan jauh sangat" dia nakkk jugak stay hotel yang kitorang selalu stay, hotel wira dekat dengan PWTC tu.

tapi kalau aku compare, hotel prescott ni macam lagi ok dari hotel wira. tapi dah ada review hotel berbau ni, aku pun tak tau lah. tapi ada 50 reviews je. and ada je yang cakap clean and comfortable. susah nak cakap. itu review masing-masing kan?

bila ayah freak out, mak lagi lah freak out. mak macam nak suruh aku cancel. aku cakap tak boleh sebab nanti kena bayar. punya lah mak takut dengan ayah.. "alang long kalau setakat 300 lebih tu mak tak peduli lah. biar burn daripada mak kena marah, terus terang mak cakap" heh? sampai camtu sekali lak.hebat betul aura ayah.

mak ni pun satu, tak percaya aku lah tu. sanggup hilang 300 asalkan ayah aku tak mengamuk. yang tak boleh blah, mak tanya aku, "long, bilik hotel ni ada bilik air kan?" hahahaha. ni semua gara-gara hotel lok pin yang bengong tu. bilik air nak kena kongsi dengan mak yang bukak bisnes kat hotel tu. mak ayah aku sampai trauma nak tempah kat internet.

tapi tadi idin call aku, dia kata dia tanya kawan kembara dia si izo tu pasal hotel tu. izo kata ok. aku macam relieve. sebab bila izo kata ok tu makna nya hotel tu orang tau lah kan? bukan sekadar hotel cokia yang tak dikenali, tempat mak nyah buat jualan jumbo menjelang hari minggu. hahahaha.

cuma idin suruh aku call balik hotel tu. sekali lagi idin lak takut kan ayah. "kau baik call. karang kita datang biliknya tak ada macam mana? internet internet ni bukan leh caya sangat" urgh. semua pun nak insecure yang menyebabkan aku insecure gak. tapi betul gak. karang kalau bilik nya tak ada, aku mati disalai oleh ayah.

so, aku pun call hotel prescott tu nak confirm kan booking aku. opinion aku, service dia ok. aku sebut je nama aku terus dia mention yang aku booking 3 bilik. hahaha. aku siap bersyarah sebelum request nak check booking aku "saya nak check booking saya tu dah masuk ke belum. yelah book kat internet ni tak boleh rely sangat. karang tak ada room saya nak tidur mana? loby?" ok, pompuan yang layan aku tu gelak je. boleh lah dia gelak, cuba dia face to face dengan aku, harusss dia irritate dengan aku.

then aku confirm terus berapa kena bayar sebab price yang dia state tu bukan nya nett. so untuk bilik superior tu all in dalam rm114. yang bilik deluxe tu lak all-in rm125. mak nak request government tax lah plak. aku rasa kalau book kat internet ni macam tak ada government tax bagai nih. tapi mak suruh tanya, aku pun layannn.

"oh, kalau i offer u the government tax ni lagi mahal harga dia, dalam Rm155. "

"oh macam tu, so harga yang i dapat ni being offered by booking.com lah eh?"

"haah. kita ada advertisers. so up to them lah nak bagi pakej and price macam mana. diorang dah ada deal dengan hotel. so, thats why harga differ"

oh, gitu rupanya ek? makna nya kan, tempah kat internet ni lagi murah wei. sebab dia bagi kau macam-macam offer. advertisers nya banyak. masing-masing mesti nak compete. so yang untung nya, kita lah! aku stumble accross booking.com dulu. bila aku explore lagi, ada satu site yang handle booking untuk hotel prescott ni, dia offer rm87. huh. rugi di situ. tapi takpela. dapat jimat sikit daripada original price from the hotel. 155 tu weh. 160 dah boleh stay kat grand blue wave. lagi kelasss nyah!

ok, berikut adalah gambar yang buat aku terpesona dengan hotel prescott ni.












gambar hotel prescott sumber dari: [link ini]


haa, macam mana? kalau korang jadi aku tak terpesona ke? hotel standard, harga affordable. tak pe. ini gambaran yang dia bagi dalam site. esok aku amik gambar hotel nya. kita nanti kan jelah. sama ada hotel ni indah khabar dari rupa or memang totally superb!

p/s: aza, jum ikut gi convo esok. stay dengan kitorang. along takut lah tidur sorang. dah ajak ira tapi dia segan lak.

angka 11.

semalam seharian sebenarnya aku tak online. aku ke melaka lepas tu ke bp. selain attend wedding, tau lah kan agenda semalam adalah apa? ;) terima kasih pada yang wish good luck and doakan aku. thanks sesangat for korang punya concern. seriously, aku terharu. i mean, its just a moment in my life, tapi ramai yang concern, wishing good luck and stuffs.

and thank God, aku ada mood semalam untuk menulis. sebab kadang-kadang after certain event, no matter how positive the outcomes is, aku memang malas nak ulas apa-apa. nasib lah semalam aku diberi kekuatan. kalau tak? and semalam gak, aku rasa amat surprise.

klik untuk gemuk kan dia bagi yang bermata rabun

pada kira-kira jam 11.30 pm, immediately after aku publish cerita pasal meeting F dengan mak ayah aku, ada 11 yang tengah bertenggek kat blog aku at the same time. seriously, walaupun number ni adalah sangat normal and even boleh dikira mengkasihan kan bagi blogger yang dah mahsyur, this number makes me happy.

i mean, im just an ordinary girl writting lame stuff about her life, yet ramai yang interested a.ka kepoh nak tau. hahaha. even ada sahabat aku cakap, "aku berdebar tunggu entry malam ni" aku macam, WOW! people are waiting for this stories. tiba-tiba F menjadi glamer sekejap. takpelah, kasi can sikit.

this number make me happy, TODAY. sebab hari ini, semalam, nampak macam angka tu tak bagi apa-apa ancaman pada aku, dan tak buat aku keliru atau terluka. tapi resam manusia kita tak tau. ada yang suka bila kita bercerita. ada yang rasa menyampah. aku tak akan tahu, sebab itu masing-masing punya fikiran.

besides, entry-entry aku ni menyemak je kat newsfeed facebook kawan-kawan aku. siapa ada dalam friend list aku mesti rasa nak lempang je. and that are among the reason nape aku terfikir kebarangkalian nak private. setakat ni, aku masih enjoy menulis dan membenarkan apa yang aku tulis dibaca oleh ntah sesiapa saja yang aku pun tak tahu.

masih enjoy, tapi tak tahu lah sampai bila? nikmat ni Allah bagi. Dia bagi, Dia jugak boleh ambik balik bila-bila masa. mungkin suatu masa, aku dah rasa benda ni memudaratkan aku, pada masa tu lah aku akan terus private. and no worries, aku dah ada list orang yang aku akan invite kalau aku private. terima kasih pada yang dah tinggalkan email. kebanyakan nya adalah silent readers. :)

weekends have been great. next weekends are going to be even greater. izzati's engangement and kak lia's and abang hairul's wedding reception! hooray. wednesday im off to shah alam attending my bro; faiz diploma convocation. yeay! there'll be plenty of stories to tell. meanwhile, lets focus on my 'decreasing weight programme'

nangis keluar hingus.

aku ni memang sengaja cari penyakit. time malam-malam buta tak boleh tidur, elok aku duk pasang lagu-lagu sedih. nak buat camne? itu yang berlambak dalam playlist aku. aku memang layan lagu-lagu tangkap leleh, balada semua. lagu rancak-rancak jarang nya ada dalam simpanan. kalau ada pun aku cepat bosan then taknak dengar lagi dah. lagu tangkap leleh and balada ni lambat aku bosan. layan perasaan sungguh-sungguh.

aku, ingin kan dirimu
datang dan temui aku
kan ku, katakan padamu
aku sangat mencintai dirimu.


cuba teka lagu apa? lagu ni pasal kekasih dia tinggalkan dia. tak tak. aku tak ditinggalkan. nak kena sepak ke? baru je ayah aku warning dia jangan lukakan hati aku, takkan nak tinggalkan aku dah? memang sengaja ah tu. tapi bila part chorus tu memang sungguh menusuk kalbu. suara vocalist dia buat aku cair. terlupa sekejap kat ezad lazim.

plus, feeling macam sesuai untuk time rindu-rinduan. haih, aku saja buat sempoi-sempoi je entry ni. walhal time tengah feeling dengar lagu ni tadi, siap nangis sampai keluar hingus lagi sebab rindu sangat kat F. bangang! baru tadi jumpa punnn.

tapiii, tak boleh ke rindu orang sampai nangis? orang lain tak pernah ke? tak aci betul macam ni. F kena kerja. jadi tak ada makna lah tengah-tengah malam dia berjaga, layan jiwang dengar lagu sedih pastu nangis sebab rindu aku. elok je dia membuta ntah mimpikan aktress bollywood mana ntah.




comel kan dia? kesian. aku tak pernah cakap dia macho. masalah nya memang tak boleh lah d. tak sanggup nak cakap d macho. comell boleh lah. hahahaha. aku panggil dia d, mesti orang ingat stands for daddy kan? salahhhh! d tu stands for teddy lah sebab dia macam teddy bear. :)

dah lah. nak sambung layan perasaan lagi. siapa nak layan perasaan macam aku, jom dengar lagu ni.




nak efek lebih best, dengar kul 1 pagi macam aku buat sekarang ye? kalau ada yang nangis keluar hingus macam aku, jangan tanya kenapa.

Sunday, November 28

meeting the shahruni's plus plus [part 2]

amaran: entry ini agak sarat dengan dialog. sila skip jika rasa membosankan.

sesampai je kat kedai tu, F memang dah tunggu. tapi dia tunggu dalam kereta lah. aku gi dapat kan F sebab dia tak nampak kereta ayah. ayah dengan mak lak tunggu depan kedai. nenek? dia gi kedai cina beli racun pokok and baja. dia heret faiz ikut dia.

kat depan kedai tu F pun salam-salam mak dengan ayah aku. nenek, out of sight. dia rasa dia kena nyorok ke? nenek aku ni pun lahhhh, apa lah dia gi main nyorok-nyorok lak. aku, mak, ayah and F masuk kedai tapi macam tak ada tempat kosong. masa tu aku dah pikir bukan-bukan "hurm, nape tak ada tempat kosong ni? petanda tak baik ke?"

tapi tak lama lepas tu ada 1 group ni bayar and blah. so kitorang pun amik tempat tu. awal-awal tu banyak tanya soalan-soalan asas je. mak tanya ahad pun kena kerja ke. and si F dengan penuh passionate lah cerita pasal kerja dia tu. dia kan memang gemar sangat cerita pasal kerja dia.

then ayah macam dah pelik, mana nenek gi. ayah suruh aku tengok mana nenek and faiz. aku pun keluar and cari nenek. selang 4 kedai dari kedai makan tu ada kedai cina jual baja, hardware and racun serangga semua. rupanya nenek kat situ. aku tengok dia beli baja. tak tau lah tu pembelian yang sengaja ke atau pembelian yang 'dibuat-buat'

"nenek, ayah panggil lah..."

"alah, buat apa? nenek dengan faiz jelah kat sini. karang takut lak kawan along tu..." aik? merajuk ke apa nenek aku ni?

"alah, jom lah nek. ayah panggil makan tu"

"haa, yelah yelah" 

tapi yang tak boleh blah nya, bila masuk kedai makan tu, walaupun dah nampak ayah dengan mak kat one corner ni, nenek boleh gi melencong ke tempat lain as if dia nak duduk asing dari kitorang.

"duk sini lah nek dengan kitorang" aku pujuk nenek. masa ni,  F dah bangun salam nenek. nenek pun akur je duduk sekali. kelakar gak nenek ni. ada hati nak buat penyamaran lagi. dia ingat aku tak bagitau F ke yang dia nak datang? hahaha.

conversation lepas tu adalah pasal keluarga F. pasal dia tu banjar, asal mak bapak dia. rumah dia kat mana.bla bla bla. F banyak gak buat effort untuk bercakap. tapi ayah macam tak banyak cakap sangat. at least tak seperti yang aku expect. mak ok ok je.

tapi yang rancak berbual dengan F ialah nenek. ntah apa-apa jelah dibualkan. aku tak paham sangat. berbual pasal tempat-tempat and kampung-kampung kat bp ni.  ayah sampai cakap kat F, "kau untung tau, bukan senang nak jumpa nenek ni" of course lah. imagine, nenek yang nak jumpa dia?

the rest macam biasa-biasa je. first meeting kan. what's there to expect? tapi aku dah agak dah si F ni mesti mesej tanya respon. masalah nya mak dengan ayah tak bagi apa-apa respon pada aku.satu je ayah cakap,

"ayah tengok dia macam poyo je long?" ayah cakap sambil gelak-gelak.

"poyo camne?" aku curious gila. tapi lepas aku tanya ni ayah tak jawab lak. so bila F tanya respon mak ayah, aku just cakap,

"mak dengan ayah tak cakap pape lagi la d. b tak tau apa diorang rasa. tapi b rasa nenek suka d"

satu moment yang tak boleh blah ialah masa nak balik tu nenek tanya F,

"dah berapa lama kawan dengan along?"

"dah dekat setahun nek.."

"kalau betul nak along, jangan tunggu lama-lama. nanti nenek dah mati tak sempat tengok"

ok, nenek memang over. siap cakap mati bagai. nasib lah masa tu ayah tak ada. kalau tak, harus lah sentimental orang tua itu.

balik rumah nenek tu, of course lah mak gosip benda ni dengan cik ani and cik ati. tengah gosip-gosip pasal aku tu, tiba-tiba mak F mesej aku. banyak gak mesej mak dia. malas lah aku nak quote. tapi yang penting mak dia tanya F dah jumpa mak ayah aku belum? and mak dia terus tanya penerimaan mak ayah aku. aku tak dapat jawab benda tu sebab benda tu baru je berlalu. mak ayah pun tak spill out apa-apa kat aku.

eager gila future mum-in-law aku ni. haha. yang pelik nya mengapakah tak tanya anak dia sendiri. tanya aku lak. aku pun segan, tak tau nak jawab apa. masa dalam kereta on the way balik jb, aku cerita kat mak pasal mesej mak F. ntah macam mana, mak terkantoi kan benda yang supposed nya aku tak patut tau kut?

"tadi ayah tanya dia, dia betul-betul ke dengan kau? ayah cakap kalau dia betul-betul nak jaga aku, ayah tak kisah. yang penting bersungguh, ikhlas"

hek? bilakah? tak perasan pun. hurm, rupanya ayah cakap ni masa ayah suruh aku panggil nenek. tiba-tiba aku wonder, adakah nenek nyorok-nyorok tu adalah pakatan mereka semata supaya ayah ada masa bersendirian dengan F tanpa aku? si F pun sama je. ber lama-lama dia mesej dengan aku, langsung dia tak mention pasal apa yang ayah cakap ni. bila aku tanya betul-betul baru dia nak cakap,

 "ayah tanya d ni betul-betul ke dengan b. kalau betul-betul jangan luka kan hati b"

"habis tu, d jawab pe?"

"d jawab, saya serius dengan dia, bahagia dengan dia, ain pun ada cerita gak pasal yang dia putus dengan shai"

ok, no wonder ayah cakap dia poyo. BAHAGIA? urgh. bengong sungguh boyfriend aku ni. somehow i think that short conversation is more than just that. sebab nya versi dari mak cerita lain, dari F pun lain. macam ada sesuatu yang aku masih tak tahu. yang penting ayah mesti ada mention pasal masa lampau aku. kalau tak, takkan F suka-suka lalalala nak petik nama ex aku depan mak ayah aku lak.

tapi takpelah. aku taknak tau pun keseluruhannya. biarlah rahsia. seriously, aku tak sebetulnya tau perception ayah terhadap dia. ayah tak luahkan apa-apa. tapi tengok dari cara nenek, aku sure nenek suka dia. and kalau nenek suka dia, aku rasa pendirian ayah pun tak jauh dari nenek gak.

nampak dari gaya macam ok. at least a good start. harapnya lebih banyak perkara baik yang mendatang lepas ni. doa kan aku. doakan F. doakan kami berdua. :)

meeting the shahruni's plus plus.

ada orang tunggu ke entry ni? entry pasal apa yang jadi hari ni. aku sendiri tak tau nak muka dari mana. aku takut entry ni jadi panjang berjela pulak.kalau aku cerita dari permulaan hari, nescaya entry ni tetiba akan jadi cerpan (cerita panjang). so, might as well skip to the part where everything were about to happen.

lepas balik dari wedding kat bp tu, aku balik rumah nenek dulu. mak dengan ayah nak sembahyang and rehat jap. mak kind of bagitau nenek yang kejap lagi mak dengan ayah nak gi jumpa F. nenek berbual dengan aku. macam-macam dia tanya. gaya nenek tu seriously macam dia nak ikut gi jumpa sekali. aku sebenarnya taknak nenek ikut. aku rasa makin cuak. tapi kalau nenek dah bagi hint nak ikut, takkan aku nak ignore? so aku pun pelawa-pelawa ayam lah, "nek, jum lah ikut jumpa dia."

mak lak dengar aku pelawa nenek, mak pun cakap " mak nak ikut ke? jum lah mak. siap je" masa ni mak tengah nak naik sembahyang. nenek tak jawab apa-apa which is memelik kan sebab usually kalau dia memang taknak gi dia terus je cakap, "malas lah. nenek penat" or whatever excuses she could find. tapi tadi lepas aku and mak pelawa, dia tak cakap apa-apa.

ayah baru lepas sembahyang and ayah turun dapur. tiba-tiba nenek bersuara,

" nariha melawa (pelawa) mak ikut gi parit sulong..." ceih, dan dan lah kitorang yang pelawa. walhal memang nenek yang bagi hint nak ikut sampai aku terpaksa pelawa.

"tak payah lah mak. kang takut lak budak tu" ok, aku surprise dengan jawapan ayah. ayah tak bagi nenek ikut.

"yelah..mak tak apa-apa. nariha tu yang melawa (pelawa) mak tadi." 

"saya pun baru ni pertama kali nak jumpa dia mak. kang bawak ramai-ramai takut lak dia. lagipun kalau mak dah jumpa nanti jadi macam dah rasmi lak" ok, ayah is so firm with his stand, tak nak bagi nenek ikut

"alahh, mak gi beli racun lah dengan faiz. mak tengok dari jauh je. tak tunjuk muka kat dia..." ok, obviously nenek bersungguh nak ikut gak. tiba-tiba jadi tense ok?

"eh, ayah kau ni kenapa? mak nak ikut. biar jelah dia. bukan nya apa-apa " masa ni mak aku baru je lepas sembahyang.

"hurm, mak nak ikut, ikut lah. kita dah nak pergi ni" ayah pasrah je.

lepas tu nenek terus naik atas. dia siap tukar baju ok. walhal dia baru je balik dari wedding and baju dia pakai tadi elok je. haha. kelass nenek aku. siap berdandan tu nak gi jumpa F.

dalam kereta, sementara tunggu nenek siap, ayah cakap dengan aku,

"nasib kau lah long...cucu lain bawak balik 'kawan' nenek cakap tak manis, tak elok, tak suka. kau ni tak bawak balik, dia nak ikut lak gi tengok orangnya. harap-harap jadi baik lah sebab sampai nenek pun nak ikut"

dalam hati aku? AMIN..mintak dimakbulkan lah apa ayah cakap tu. harap jadi baik-baik saja. actually, aku pun pikir yang sama dengan ayah. sepupu aku ramai je yang pernah bawak boyfriend balik rumah nenek. saja nak bawak jumpa nenek. nenek cakap nenek tak suka cara macam tu. nenek tegur. so aku pun tak adalah nak suruh F datang rumah nenek walaupun tak ada siapa pun kat rumah tu selain nenek and family cik ani. sebab aku pikir nenek tak suka. tup tup dia yang insist nak jumpa.

jadi, bergerak lah aku, faiz, nenek, mak and ayah ke parit sulong. ayah yang nak jumpa kat satu kedai tu. aku suruh jelah F tunggu situ. on the way nak ke parit sulong, hujan renyai-renyai lah pulak.

"lah long, hujan plak. harap nya hujan rahmat lah" ayah mengusik aku. haih, dia tau tak jantung aku macam nak tercabut dah ni?










**terpaksa bersambung**

what should i wear?

im prepping F for his meetings with ayah tommorow. aku cuba senaraikan apa dia soalan yang ayah bakal akan tanya pada dia and F practise jawab. actually F tu layan kan ke aku. as ive mention earlier, dia sangat calm. tapi sebab aku yang macam cuak-cuak dia layan jelah.

aku pelik dengan ketenangan dia. pelik and risau. aku siap suruh dia sembahyang hajat lagi. aku ni memang over the top. nasib baik F ikut kan je aku. hahaha. kata queen control kan. haruslah F ikut je cakap aku. haih, kenapalah aku suka mengaku aku ni queen control ek. am i really? hahaha soalan membunuh tu.

dah habis pikir-pikir soalan yang ayah bakal tanya, tiba-tiba je F cakap,

" pakcik dah habis dah tanya saya soalan? saya nak bagi soalan kat pakcik lak..soalan yang pertama...."

haha. at this moment, dia still ada hati nak buat lawak. maybe dia saja nak hiburkan diri sendiri sebab dia seram. seram bukan pasal esok, tapi seram pasal aku intense sangat. aku memang tak mampu control emotion aku lah. tapi yang tak boleh blah nya,

"eh b,  nak pakai baju apa ek esok?"

"pakai lah baju apa-apa yang d nak, d selesa"

"d nak pakai baju kemeja lah"

"baju kemeja mana?"

"alah, yang selalu d pakai jumpa b la"

"hello d, d dah lama tak paki kemeja ok."

"alah, yang pernah pakai tulah. lepas tu pakai kasut hitam ek?"

"hah? tak payah lah. skema gila. santai-santai sudah..."

dia tu tak habis-habis nak menskema kan diri. ingat nak gi interview ke pakai kasut hitam? haha, at least ada satu persamaan dia dengan aku bila nak jumpa future in-laws ; we both concern about what we should wear!

Saturday, November 27

the expectation i have to meet.

cuak masih ada. in fact memang dari tadi itu jelah yang aku fikir. or maybe sebab aku period sebab tu lah emosi aku tak stabil. ouh, tak kut sebab aku memang macam ni, tak period pun emosi aku memang pelik-pelik. pagi tadi, seperti selalu lah, kalau ada aku, mak and ayah je, conversation akan jadi intense gila and mesti macam end up jadi macam perbahasan, obviously ain VS ayah lah kan. mak pemerhati/ pendengar je.

ntah lah, kadang-kadang aku rasa ayah sengaja provoke aku. dia dah tahu aku akan menjawab, so dia provoke aku. sebab kalau dengan mak, ayah takkan berdebat, sebab mak selalu accept je apa ayah cakap, mak malas nak bertekak dengan ayah. tapi memang macam tu lah resmi nya. mak air, ayah api. thats just the way the are and thats what keeps them going. kalau mak pun api memang va va voom lah jadi nya.

as for me, aku besi. besi vs api? you figure lah kan. ayah sebenarnya macam nak mengadu perihal adik-adik aku. tapi aku buat benda tu macam nak blame ayah aku lak. aku memang sengaja cari pasal.

"along tak faham cara ayah dengan anak-anak. dengan along and idin ayah keras. dengan faiz and nurin ayah lembut. cara ayah confusing and buat ada pihak yang memberontak"

bila aku cakap ada pihak yang memberontak, sebenarnya aku maksudkan diri aku sendiri. mungkin aku tak memberontak campak-campak barang ke apa. tapi deep down inside im burning.

"lain anak, lain cara nya long. mana boleh sama?"

"orang yang macam nurin tu ayah biar. ayah lepas. ayah kata biarkan dia nak buat apa, cuma pantau. apa istilah ayah guna? 'bebas terkawal?' " ni dah start emosi dah aku.

"macam dia tu tak boleh control sangat long. nanti memberontak"

" habis along tak memberontak? hurm, yang sepatutnya kena kawal, ayah biar bebas. yang boleh behave and tak sepatutnya kawal ketat, ayah kawal ketat, taknak percaya, macam mana tu?"

ayah tak bagi jawapan yang jelas. at least tak cukup jelas di mata aku. aku mana pernah puas dengan jawapan ayah. sebab aku rasa explaination ayah tak pernah side kan aku. seems like ayah guna naluri je. parenting guna naluri? seems unfair. aku cuba jadi yang terbaik tapi kadang-kadang sentiasa tak cukup.

and that brings back to the issue of why Im afraid of ayah-fakharudin meetings esok. ayah selalu expect yang terbaik dari aku. sometimes even more dari apa yang aku mampu buat. so im assuming dia expect the best gak daripada lelaki yang aku pilih. mungkin sebab lelaki tu nanti secara tak langsung nya akan kena jadi abang long adik-adik aku?

aku tak ragu-ragu dengan f untuk jadi abang long. dia sendiri abang sulung. he had tons of experience rasanya. tapi untuk menghadap ayah aku? that's where im worried. maybe orang akan rasa aku perbesarkan benda kecik macam aku perbesar kan isu becok dulu.

tapi nak buat macam mana? im that kind of person. aku drama queen. tapi serious aku harap esok tak ada drama. biar lah meetings tu plain je, aku tak kisah. i don't want drama.


good luck for tommorow sayang. i couldn't help you even if i want to. ;(

meeting the Shahruni's.

apa yang aku kusutkan sangat? one of the many things yang aku kusutkan ialah, ayh nak jumpa f. like really nak jumpa. :( aku takut. takut gila bukan takut yang main-main. takut yang serius sampai aku call F nangis-nangis. yerp, aku memang weird. :(

tak pernah ayah request nak jumpa bf/gf sesiapa. kali ni dia specificly request nak jumpa. esok ok. esok. terlanjur aku and family nak gi wedding cousin kat melaka, and ada wedding kat bp sekali. aku tanya ayah betul-betul nak jumpa kul bape. sebab usually f ni ahad pun kerja.

"kerja? kalau kerja takpelah. tak payah jumpa." nada strict, tak ada pencong-pencong. serius gila. :(

"taklah, benda tu boleh urus, tapi kena tentukan lah nak jumpa pagi ke petang"

"eh, ikut ayah lah pagi ke petang. suruh dia stand by je.masa ni lah kita nak tengok. mana priority dia"

aku cuak. aku risau. ini bukan risau biasa. sebab aku kenal ayah aku. lagi pulak, ayah dengan mak tiba-tiba ungkit pasal shai. ayah cakap, masa aku bawak jumpa lagi, ayah dah nampak, dia tak bersungguh. :( tak beriya-iya dengan aku. :( how come aku je tak perasan? kawan-kawan, mak ayah semua perasan benda tu. :( dah berapa banyak icon sedih dah ni?

so secara automatik nya aku risaukan expectation mak dengan ayah terhadap f. aku taknak dia fail. :( its weird, masa aku call f nangis-nangis tu, dia sangat calm. dia tak macam aku. masa aku nak jumpa mak ayah dia, aku punya cuak lagilah macam nak bunuh diri.

tapi tak, f tak cuak pun. dia sangat tenang. dia cakap esok dia kerja pagi petang, tapi boleh settle. macam-macam aku pesan. aku bagitau awal-awal karektor ayah aku. sebab aku taknak dia amik enteng. ayah aku tak macam ayah f. walaupun f cakap ayah dia garang, tapi dengan orang baru, dia friendly. nope my dad is not like that.

kalau memang dia rasa salah, dia selamba je tegur. kalau dia nak psiko, dia memang akan psiko. aku takut f tergelincir. ayah aku suka sergah orang. tanya soalan yang orang tak boleh jawab. nada dia keras, kalau orang tak kenal orang ingat dia benci or tak suka. haih. macam-macam.  tanya lah kawan-kawan yang pernah datang rumah aku. :(

and so secara official nya aku mengalami rasa cuak sekarang ni. sampai esok lah gamak nya. dear god, i really love this guy. please, please let my parents love him too. :( aku tak mengharapkan setinggi langit. cukuplah ayah aku percaya f memang bersungguh dengan aku, cukuplah ayah yakin f boleh jadi pengganti dia untuk  jaga aku. hurm alamak, makin sebak lak aku rasa. :(

orang asing, kenalan, sahabat , tak kira lah sesiapa pun yang membaca, doakan aku. hope everything went well tommorow. harap dia boleh guna magik yang dia guna kat aku untuk charm mak ayah aku lak. seriously, mengarut ke tak mengarut, aku harap magik tu berhasil. its not easy to pleasant Tuan Hj Shahruni Bin Aslam. :(

p/s: aku tau icon :( yang berlambak dalam entry ni sangat irritating. maafkan aku. i cant help it. :(

p/s/s: ini sequel meeting the ariffin's (paranoid)

yeah. kusutttt lagi!

aku gi jog kat taman istana pagi tadi. bila dah bersama dengan mak dengan ayah secara personal nih, surely banyak isu BERAT dibahaskan. sampai naik pening kepala aku memikirkan satu per satu. pasal aku pun ada, pasal adik-adik aku, siap pasal adik beradik ayah sekali masuk. aduh. hate being adult! kalau aku kanak-kanak, soalan tersukar yang ayah akan tanya pun mungkin... "nak mainan poly pocket ke barbie?"  *sigh*


tapi takpelah, try put aside dulu benda tu semua. sebenarnya aku dah kena tag dengan fadh lama dah tapi aku tak jugak buat memandangkan aku tak berapa minat main tag-tag kat blog ni. tapi tadi ada lagi sorang blogger tag aku lagi. sofia nama dia. aku pun rasa macam nak 
distract mind aku. so here goes nothing.

1) Apa BENDA paling penting dalam hidup anda?
 satu je ke? sorry, im not good in priotising things. so kalau BENDA, mesti akan jadi list yang sangat panjang.  depends gak pada venue nya. kalau nak gi camping, haruslah ada ubat nyamuk sebab darah aku hot stuff. eh, orang lain jawab tag pendek je. nape aku punya berjela? see, im really sucks at this stuff!oke2, kalau kena pilih erm, duit kut. kalau ada duit apa benda pun boleh beli. haha. (materialistik sungguh)


2) Benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
pakai duit sendiri? erm..erm..erm..erm..erm.. humangaih. soalan ni susah. aku dah lama miskin, jadi asyik menagih duit ayah je. apa ek benda terakhir? ntah lah. jam Giordano sempena anniversary aku dengan F kut? haha.



 lalu berketuntang lah F sebab aku belikan dia jam merah. 

3) Dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
tempat, rumah aku jelah kut melain kan ayah nak support wat kat persada. haha. dream on ain. tema? tema nya simple but sweet kut. tak mau lah heavy-heavy sangat yang pakat makan duit riban riban tapi end up tak cantik pun and nampak murah. 

4) Adakah korang sedang bercinta sekarang?
aku sentiasa bercinta. aku kan banyak kasih sayang.

5) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selagi dia tahan dengan aku and tak angkat kaki. haha. setakat ni, impresive gak pencapaian F nih.

6) Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
woah. tak ingat. kalau buku rasanya buku edu kat maktab tu lah. jawapan sama macam fadh.

7) Antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
MESRA? tak tergamak aku nak jawab soalan ni.

8) Namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
sofia ni jawab Barney Stinson. macam menarik gak. dia adalah kelakar. tapi yang aku betul-betul nak jumpa,  Rasulullah s.a.w. ok, aku ni nampak je macam ni tapi yelah, berapa ramai je umat nabi berpeluang jumpa nabi kan? kalau dapat jumpa dalam mimpi pun dah bertuah. maknanya aku umat terpilih. :)

9) Adakah korang basuh baju korang sendiri?
nehi. a BIG nehi.

10) Di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
mekah pada musim sejuk. dulu masa aku pergi, panas. insya Allah akan pergi lagi untuk menunaikan rukun Islam ke-5 bersama bakal suami. :)
11) Pilih salah satu, peluk atau cium?
peluk. gelak lah. memang kelakar bila aku kena pilih antara 2 ni.

12) Beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
sofia:
-orang johor
-dah bertunang
-study lagi 
(maaf sofia, tak begitu mengenali kamu. mungkin lepas ni lebih mengenali :)


fadh:
-bakal cikgu macam aku
-nama buah hati pengerang jantung dia fatah
-dia sangat jiwang haha, tapi garang boleh tahan (refer peristiwa kawan yang tak submit tesis lagi.)

13) 5 lagu yang korang suka and selalu dengar?
ini lagu yang currently aku tengah dengar lah ye.

 -di saat aku mencintaimu dadali band
-never say never the fray
-mengintai dari tirai kamar exist (ni all time favourite)
-lagu teman the lion story featuring zahidah
***sorry, 4 je terlintas dalam otak.


siapa aku nak tag? tak payah lah aku list. sesiapa yang baca pastu berminat nak buat sila lah. pastu tinggal lah jejak. boleh aku tengok jawapan orang lain lak. boleh aku compare, jawapan aku ke paling merapu sekali?

Friday, November 26

seven EVIL exes?

dah nak dekat petang baru lah aku berjaya menonton scott pilgrim. semalam semangat gila sedut dari faiz tapi tak boleh play. rupanya tak habis transfer. ingatkan pasal player aku tak support ke apa. tapi nak tengok tengah hari, mak mintak tolong buat kerja pengkeranian lak.

aku rasa memang every year lah aku kena tolong mak wat streaming kelas ni. macam ni gaya nya, aku pun dah boleh jadi penyelia petang. hahaha. anyway, scott pilgrim aku bagi 4 bintang. bagi aku menghiburkan, tak tau lah bagi orang lain macam mana. orang yang suka comics and games mesti enjoy cerita ni. cara dia ilustrate cerita ni, serious macam comics and games.ada keluar bintang-bintang bagai.siap ada nyawa tambahan lagi.

cerita ni latar ni dia normal je. remaja berumur early 20's bernama scott pilgrim, being dumped by a girl who is a famous vocalist (Envi kut nama ex scott nih). sementara scott ni lak a very lame bassist, bercinta dengan budak 17 tahun (knives) and then interested dengan one girl (ramona) yang ada 7 EVIL BOYFRIENDS. haha. tang tu dah mula fantasi.

cerita dia memang fantasi gila. sound effect, background and character watak dia semua hiperbola. tak bole blah sungguh. dah lah scott yang lame gila ni tetiba kena defeat all the evil boyfriend. scott tu dah la blur nak mampus. lagi watak yang bengong ialah haousemate scott, wallace. dia selalu bocorkan rahsia scott pada adik perempuan scott eventhough scot specificly dah ingatkan supaya jangan pecahkan rahsia. dah lah the minute scott bagitau rahsia je dia terus text adik scott tuh. haha. si wallace tu lak gay.

anyway, ok lah cerita ni untuk santai santai. lagi satu cerita yang aku tengok and rasa macam best ialah, SHE'S OUT OF YOUR LEAGUE. jadi sesiapa yang bosan sebab tengah cuti panjang macam aku, boleh lah menonton 2 cerita ni.


the seven evil exes. (ada sorang ex dia adalah pompuan dia jad lesbian kejap. haha)

es VS shah jazle.

nurin bagitau aku yang es enroll ypj bulan 12 ni. aku terus tanpa melengahkan masa, cuba untuk menakut-nakut kan nurin,

"abes lah kau nurin, YPJ banyak perempuan gedik. wahahahaha"

haha. saja aku takutkan dia. sebab dulu masa zaman dia dengan es sama-sama tuisyen pun, ramai kut biatch nak kan si es tu. pastu bengang-bengang sebab es end up dengan nurin. bengang je nurin bila aku hantar mesej macam tu, lepas tu aku balas lagi kat dia,

"whtaever it is, masa untuk waspada sudah tiba. hari tu dia kerja dengan mama dia je boleh la kau rilek. ni dah enroll YPJ, better watch out! men and loneliness!"

wahahaha. ni lagi tak boleh blah. ni nasihat kakak yang pernah kecewa namanya. tapi seriously lah kan, aku bukan saja nak takut kan dia. long distance relationship susah nak survive. laki tak hensem pun pompuan lain nak rampas (hahaha. sinis!) ini lak stok-stok es tu. lagipun, its not just me. tapi kebanyakan orang sekeliling aku yang bahagia tu diorang tak berjauhan.

yang long distance tu lak, kalau willing buat banyak sacrifices, insya Allah ok. tapi kalau tak, susah lah. sebab baik laki atau perempuan ni, dia tak boleh sunyi, sunyi je mula lah cari option. tu yang kadang kita tengok perempuan perampas (lelaki kita panggil perampas gak ke?) ni bukan lawa sangat pun. she's just...THERE. dekat dengan laki tersebut, pengubat kesunyian.

hahaha. kalau nurin tu harus sangat lah cuak. muka es tu dah lah ada ras shah jazle. hahaha. sekali imbas jelah. kalau tengok berimbas-imbas memang lah lain. bagus sangatlah tu, sorang iras shah jazle, sorang iras hanis zalikha (refer entry ni)

es dan minah senget

shah jazle (asmara)

iras tak? ni kalau nurin baca ngamuk ni minah senget tu. hahahahaha~

bibik yang sengalan.

yeah! hari ni berjaya gagahkan diri untuk bangun pagi and exercise pagi. kalau ikutkan memang liat gila kut nak bangun. tidur pagi kan lazattt gila. tapi bila fikir-fikir dah 2 hari tak dapat senam sebab petang hujan, aku bangun gak. siap pergi kedai jalan kaki lagi pagi ni. wah, pagi yang sungguh menyihatkan.

balik dari kedai, dengar atuk jerit-jerit dari bilik. aku pun datang. duduk kejap. bila aku duduk, senyap pulak dia. hurm, aku tau atuk ni. saja nak attract attention orang. padahal she's doing fine je. aku faham, kalau aku jadi dia pun aku rasa bosan, rasa kurang kasih sayang. atuk dah tak boleh jalan. so kalau orang tak datang bilik dia, dia terperap jelah dalam tu sorang-sorang.

atuk jerit-jerit nak mintak air minum. aku tanya dia nak air apa, dia kata nak air susu. aku pun mintak maid aku bancuh kan susu atuk. sekali dia hantar, panas menggelegak susu tu. "hish!panas nya. macam mana nak atuk nak minum? kalau macam ni saya pun tak boleh minum. gi tambah air sana." ok, i might sound harsh, tapi kadang tu memang kena macam tu dengan maid aku ni.

mesti dia tertekan. ingatkan mak ayah aku gi kerja boleh lah dia relax sikit. tapi tak dapat lah kut. kalau aku tak suruh dia wat keje, karang ayah suruh aku lak yang wat keje. aku ni bab masak ke, kemas sikit-sikit tu aku ok lagi. tapi tang nak uruskan baju sehari-hari tu memang tak larat. ramai gila orang dalam rumah ni. penat nak membasuh baju, menyidai, pastu melipat lagi. yang kena iron, sah sah lah kena iron. huih, haru hidup aku diselubungi baju-baju tu semua.

tapi bagus nya maid aku ni sengal and blur sikit, adik-adik aku tak ada lah bermaharajalela. dulu kalau dengan kak yati, masing-masing macam tuan besar. sebab kak yati tu celik sikit akal dia. sebut je nak suruh buat apa. si nurin tu dulu sampai mintak kak yati tolong dia buat homework. mana yang kena gunting ke apa ke. tapi sekarang, kalau diorang suruh maid baru ni buat, lagi sakit jiwa dibuat nya. atang tak betul je dia buat. so daripada sakit hati, baik buat sendiri. hahaha.

ok, enough babbling already. aku nak gi bukak tudung saji isi perut. lepas tu nak mandi and then tengok scott pilgrim vs. the world kat pc idin. semalam tengah tegar nak tengok tak boleh open lak file tu. format ape ntah sampai tak boleh buka kat laptop aku.

Thursday, November 25

kehampaan & scott pilgrim vs. the world


hari ni hujan lagi. sesungguhnya aku sedih. aku ingat aku mampu ramal cuaca. semalam dalam kul 6.15 hujan berhenti. so hari ni aku asume around that time dah berhenti lah. aku semangat gila solat asar kul 5 and siap-siap. dalam fikiran aku paling busuk pun kul 6.30 dah stop lah hujan. turns out kul 5.45 tu hujan makin lebat. hampa aku.

aku tengah semangat, cuaca lak tak menyebelahi aku. macam mana ni? im gonna lose! aku ni, exercise tak konsisten, tapi makan konsisten je...hahahaha. meanwhile si F komited gila kut. adui lah. dah lah pagi petang siang malam kalau call aku macam asyik tanya je perkembangan program menurunkan berat badan aku. tak tau lah tu strategi nak psiko pesaing ke apa. haha.

aku sibuk nak turunkan berat badan, ex-roommate aku si izzati tu lak sibuk nak naik kan berat badan. pastu siap bangga berjaya naik sampai 50. apakah? haha. naik kan berat ni preparation supaya baju tunang fits well ke wei? hahaha. wawa. dupdap di situ. lagi berapa hari je wei kau nak jadi tunang kampit? tapi kau tengok ah nanti, kalau ditakdirkan berat kau naik melambung-lambung, kita tengok lah kau punya risau mengalahkan aku ke tak.

haih, aku kena tukar strategi lah. should i exercise in the morning? huwargh! kena bangkit awal kah? huwargh. torture nya! dah lah, untuk melayan kekecewaan aku tak dapat exercise hari ni, aku nak gi menonton scott pilgrimm VS. the world. baru sedut dari faiz. hehe.

*credit to google

rambut yang irritating.

akhirnya aku berjaya gi alter rambut aku kat kedai gunting. dah tak tahan lagi dengan rambut aku yang sungguh irritating.tapi, pegang-pegang rambut macam sedih lah pulak. dah jadi pendek. *sob sob sob* takpelah, aku perlu berkorban demi masa depan rambut aku.

masalah ni timbul masa aku busy dengan zapin hari tu. budak-budak zapin yang lain selain aku and aleen adalah junior. petang diorang adalah pack dengan aktiviti permainan lah, unit beruniform lah. so nak trainning petang alamat nya tak sempat. so, we all decided buat trainning malam. malam as inkul 9,10 gitu.

kalau dah namanya berzapin, menari, tak berpeluh tu tak sah. so haruslah kena mandi basah rambut kan lepas trainning. alkisahnya hampir setiap malam aku menderita sebab rambut aku ni dahlah panjang, tebal lak tu. lepas menshampoo rambut tu, sungguh azab nak membilas nya.

aku asyiklah rasa nak layerkan sikit rambut aku tu tapi tak menyempat. busy je manjang. sekali satu hari ni aku tengok si marina main potong-potong rambut awi. dah bosan sangat gamak nya diorang. aku lak tanpa berfikir panjang pergi tadah kepala kat marina gak. nak suruh dia cantas kasi nipis.

gila tak boleh tahan, nak potong tegak pun diragui aku ni dengan yakin boleh nya suruh marina layerkan rambut aku.mula tu marina buat sikit je. maybe dia takut. pastu aku pegang-pegang rambut aku, rasa macam tebal lagi. terus aku naik sheikh suruh dia nipiskan lagi.

potong punya potong tak sedar rambut aku dah jadi teres kat bukit dah gamaknya. aku sendiri tak sanggup tengok rambut aku. semua orang cakap rambut aku irritating. aku memang manjang blame marina je. walhal memang aku yang paksa dia nipiskan lagi.

pastu rambut tu kekal irritating sampai cuti. aku tak menyempat nak gi alter kat kedai. yelah dengan exam lagi, tesis lagi. eh macam-macam lah. tapi bila duduk rumah ni, masa aku lebih banyak tak pakai tudung daripada pakai. jadi setiap hari bercermin melihat rupa paras rambut yang tak semenggah, aku dah tak boleh tahan lagi dah.

haha. berjaya jugak aku alter. tapi rambut dah jadi pendek. dah tak enak lagi. cina tu sibuk nak suruh aku buat treatment lah perm lah. ngeng. orang tengah tak ada duit ni. nak promote itu ini lak dia. dapat potong rambut ni pun dah kira bersyukur.

pergi potong rambut tu pun jalan pandang straight je tak ada toleh kiri kanan. al maklum lah kan tak ada ongkos, karang kalau terberkenan, susah lak. siapa lak nak menanggung nya. aih, cepatlah aku posting and dapat gaji. tangal dah gatal nak pegang duit nih.

wedding elyana VS wedding raja farah






mana lagi sweet? im sooooo falling in love with weddings AGAIN! :) pelamin raja farah sweet kan? rimbun je aku tengok. ahahah. taste tak hengat, pelamin artis you! baju nikah elyana light turqoise pun sweet gak. tapi dia macam nampak gemuk lah. ke aku je rasa gitu?

seronok jadi artis ek. kahwin grand-grand banyak orang sponsor. aku teringin nak upah orang best-best buat montaj wedding aku macam ni. tapi faiz cakap buat montaj ni mahal. orang biasa buat pun mahal, apa lagi kalau nak upah yang pro punya. hahaha. dream on ain. besides, dreaming is free! :)

p/s: dah tengok montaj love story elyana? yang tu sangat comel. how sweet elyana propose husband dia. :)

Wednesday, November 24

competing against mr boyfriend.go go ain!

its great having your boyfriend support you in your aim to decrease weight. but having boyfriend competing with you? haha. even better. hari tu bila aku cakap aku nak turunkan berat badan dia sibuk tanya kenapa. tup tup, dia lak jadi diktator kat aku. dulu kalau tanya dah makan ke belum tu, to show concern or simply for formality. wah, formality gitu. tapi sekarang, tanya dah makan belum adalah trick question! ahha!

bengong lah. boleh lak dia suruh aku gi jogging pagi dan petang. hello, im still the same person, exercising still torture me A LOT. aku gagah kan diri je 2 petang hari tu. ini nak tambah masa bersenam lak. tak kuasa aku! pastu advise aku suruh makan before kul 7. gila strict.

dah lah siap berlagak berat dia turun 4,5 kilo. eh, its so unfair lah. bila aku tak ada, dia makin banyak buat OT. lepas tu sebab aku tak ada, dia jarang makan malam. selalu time aku kat bp, aku jelah ajak dia dinner sebab craving itu ini. kejap nak makan mi bandung lah, sate lah steambot lah. ni aku tak ada, lepas OT dia terus balik rumah, mandi sembahyang tidur. pastu kalau bosan gi main badminton ke ping pong ke futsal ke dengan geng-geng dia. ni aku dah tak ada, makin rancak ah dia main sports tak ada orang nak halang dia.

bila dia boring dia bersukan. aku? bila boring aku makan, lepak tengok TV. mana adil persaingan ni? dah lah aku tanya macam mana dia turun 5 kilo dia taknak bagitau. eleh, sebenarnya berat turun sebab rindu aku kut. hahaha, vain gila. aku rindu dia gak, how come berat aku tak turun?

haih, tak pelah. aim aku adalah untuk menurunkan berat sebanyak 4 kilo. itu pun dah cukup baik. kalau dapat turunkan lebih, lagi bagus. jadi, doakan lah aku. malu weh, kalah dengan bf sendiri.

bahagian masing-masing.

pagi ini bangun dikejutkan dengan suara ayah. susah gak kalau bilik kat dapur ni. best nya cuma tang boleh makan sewenang nya. tapi bila orang tung tang kat dapur, habis lah riwayat tidur aku. anyway, kalau suara ayah tu dengan sekali seru je terus aku bingkas bangun. obidient betul aku.

aku keluar bilik je aku nampak muka ayah. muka nak kata sesuatu. haih, apa lagi lah tak kena ni? "kau ni tak macam adik kau nurin lah long. kau tak suka orang tua. cuti-cuti ni cuba tengok-tengok atuk tu. layan lah dia berbual kalau perlu. kesian dia..." tu dia, nak tegur aku pasal something, tapi mulakan dengan comparing aku dengan adik aku. thats just what i need. huh!

ntah lah. tapi dah biasa macam tu. aku selalu di comparekan. paling selalu dengan nurin. dengan idin pun selalu. and biasalah, bila comparing tu aku yang buruk. aku tak pernah dengan ayah compare orang lain sebab nak tuju salah diorang. and macam tu still mak nak cakap ayah sayang aku lebih? i really doubt it.

tapi sebab umur dah 20 something aku redha je. sepanjang hidup aku ni pun aku rasa aku bekerja keras nak pleasant ayah aku. and bila aku gagal dalam sesuatu, aku habiskan masa make up to my dad. macam bila aku kecundang masa matrik, aku masuk maktab sebab itu yang ayah nak. and still. im not good enough.

semalam ayah tanya pasal F lagi. ouh by the word 'lagi' it  means lately memang ayah asyik tanya pasal F je. bagus gak. kalau aku yang nak buka cerita macam tak kuasa.

"nanti, ayah nak bawak kau pergi makan asam pedas kat batu pahat. kau datang bawak fakharudin tu. ayah nak jumpa dia" 

"bila?" 

"eh, bila-bila lah."

"mana boleh macam tu, kalau dia kerja macam mana? kerja dia tak menentu."

"eh tak kira lah. suruh dia amik cuti"

heh, suka-suka je. veto gila. tak cukup dengan aku, bf aku sekali aku kena diktator. tapi takpelah. the fact yang ayah nak jumpa F tu dah cukup bagus. memang aku nak bawak F jumpa ayah pun, tapi kalau ayah dah buat invitation macam tu lagi bagus. tak ada lah nampak macam aku tergedik-gedik nak bawak F jumpa ayah.

aku serious tak tahu apa ayah fikir. suka ke, tak ke. tapi dia macam selalu sebut. susah nak judge ayah tu. tak kisah lah. aku bukan nak suruh F jadi menantu kesayangan pun. dah diterima pun ok. aku sendiri banyak flaws di mata ayah aku, nak suruh F perfect lak di mata ayah aku.

anyway, aku jenguk atuk gak tadi. sedih. kenapalah bahagian atuk macam ni. tak apa lah, Allah tu penentu terbaik. Allah ada rencana untuk atuk, yang aku tak tahu. terima je lah ketentuan nya. aku teman atuk borak sampai dia penat. and aku berjaya suruh dia baring. tak lama lepas dia baring, dia terlelap.

atuk dah tak ingat apa-apa. nyanyuk dah. tapi masa berbual tadi ada dia sebut nama nurin. hurm. nurin lagi. aku boleh gila kalau kena compete dengan adik sendiri. kenapalah dia tak bersusah payah sangat dalam hidup? segalanya macam mudah bagi dia. lahir-lahir je ayah dah kerja bagus. namanya dia duduk rumah setinggan or rumah sewa teres setingkat, memang tak ada.

redha jelah. itu bahagian dia. bahagian aku, mungkin aku tak nampak, orang lain yang nampak. siapa tahu kan? lagipun Allah adil. adalah tu kurang kat mana-mana cuma aku tak nampak sebab terlalu dikaburi dengan special privilege dia.

Tuesday, November 23

teori XY

perkara yang best tentang cuti and duduk rumah ialah tak payah pakai lense and tak payah pakai make up. seriously, kat rumah ni aku macam tak letak effort sangat pada diri. sarung je apa pun. and nak keluar just tepek bedak serbuk.

satunya sebab jerawat irritating ada kat pipi. aku ni bila ada jerawat irritating mood nak bersolek memang tak ada. macam tak logik lak ek? patut nya time muka tengah tak best lah kena pakai make up, cover apa yang patut. kalau muka flawless takpe gak nak going natural. lantak ah, bf jauh kut. (ahaha, macam lah jumpa bf aku letak effort sangatttt)

and then, bila muka tak semenggah, gaya tak semenggah, mood nak capture gambar juga adalah terbantut. malas ah aku. takkan aku nak gi tepek gambar muka ada jerawat. tak seronok sungguh! thus, terhasil lah entry entry yang gersang dengan gambar. hahaha, walhal selama ni pun macam lah gambar tu compulsory.

ok, hari ni dila datang main masak-masak kat rumah. dah lama minah tu nak makan spageti. so hari ni dia datang semata-mata nak makan spageti. cis sungguh punya budak. aku gi beli barang dengan dia kat giant then balik terus mulakan operasi masak. mak join sekali lah.

lazat gak. aku ni type yang tak berapa suka spageti or laksa. tapi kalau mak aku masak, aku still boleh makan. dila siap tapau bawak balik lagi spageti tersebut. dah lah maid aku pergi curi bawak yang dila dah potong dadu sebelum gi keluar beli barang. ada ke dia pergi guna bawang dadu tu buat masak asam pedas, memang lah mengundang kemarahan mak aku.

maid aku tu agak blur. semua tak reti. tak boleh buat pertimbangan sendiri. semua nak kena diarah. kalau tak arah, tak buat. tiba-tiba rindu mbak yati. dia bijak sikit. cakap sekali je dah faham. ajar sekali je dah dapat. maid yang ni, aduhai sengalnya. setiap hari kena dengar mak marah maid sebab dia manjang buat benda tak betul. dah lah suka melawan bila mak cakap.

ayah siap ugut aku, "kalau along taknak buat kerja, along kena pastikan maid tu buat kerja. suruh dia bersihkan itu, ini, bla bla bla..." boleh gitu ek? gaya ayah ugut aku tu terlalu obvious menunjukkan aku malas buat kerja rumah. hahahaha. oleh yang demikian, time mak ayah tak ada asyik aku jelah kena mengarah maid tu. mengenangkan dia tu blur and tak boleh digest maklumat yang banyak pada satu-satu masa, aku tunggu dia siap satu kerja baru suruh dia buat kerja lain.

yelah, aku asyik complain kat mak. mak suka bagi maid tu arahan berantai. walhal dah tahu tahap IQ dia. kalau gitu jawab nya dia buat salah satu je dari list panjang yang mak aku sebut tu. tapi aku tak lah salahkan mak fully. mak tu dah biasa ngajar sekolah menengah, sekolah yang bagus lak tu (sigs menengah) so dia expect orang boleh faham arahan dia dengan mudah.

soalnya sekarang dia handle orang IQ tak berapa tinggi. kena lah rendah kan level sikit. so, that's what im trying to practice. dengan maid aku ni aku kena guna teori XY dengan menganggap pekerja adalah malas. hahaha. tetiba nak aplikasi ilmu pendidikan lah pulak.

haih, berjela pulak dah. tadi sebenarnya nak cerita benda lain, dah jadi panjang gini, postponed lah apa aku nak cerita tu dulu.

gaining weight effortlessly.

aktiviti malam tadi ialah:






masker yang menjadi mangsa of course lah milik nurin. aku mana ada beli benda macam ni, pakai rembat je. saja feeling macam pergi wat facial. siap letak ampoule bagai. ampoule anti redness. ampoule aku beli sendiri. saje nak try. sebab nak tadah muka bagi orang picit jerawat aku memang tak berani ah kan. muka aku ni kalau macam orang lain tak apa gak. ni jerawat pelbagai saiz tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. mau tergolek dok kalau orang yang picit segala blackhead whitehead aku.

sebelah petang aku masih brisk walk juga. ntah sampai bila akan bertahan sebab aku sangat terrified dengan anjing tu semua. even dah hari kedua, still takut. dia punya menyalak lain macam. seram aku. walhal aku dah try pasang earfon dengan harapan dapat ignore bunyi anjing menyalak, tapi tak mampu gak. aku cuak ah. serious gaya anjing tu lompat nampak macam boleh lepas pagar.

F macam pelik pelik sebab aku beriya bersenam walhal dia tau sangat aku ni liat kalau sebut sukan or senam. aku cakaplah kat dia aku da gemuk, berat bertambah. aku mengadu kat dia, aku tak mampu nak puasa nasi. asyik nak makan nasi je kerja aku ni kat rumah. tu yang bertekad gila bersenam petang-petang. dia support je, dia kata kalau boleh malam jangan makan, nak makan sebelum kul 7.

agak susah lah sebenarnya nak catu makan time cuti duduk rumah. tau jelah mak ayah aku tu. asyik keluar, ajak aku. bila keluar, agenda tak ada lain selain makan. paling cikai pun makan roti canai ke, makan steambot ke. tu yang aku memang kalah lah kalau nak suruh diet. tu pun semalam area kul 5 gitu mak ayah keluar, aku cekalkan taknak ikut. if aku ikut burn lah exercise aku untuk hari tu. huhu gila komited aku ni. berat tak turun gak, memang aku meroyan.

pasal private blog tu, masih dalam pertimbangan. aku suruh drop email supaya senang aku nak invite once im going private. taknak drop email takpe, tak ada paksaan. tapi jangan tanya lak kenapa tak boleh bukak blog aku. bila private blog boleh invite 100 reader je. sorry lah buat orang yang selama ni baca anonymously kena reveal diri. hey, im no one to judge. aku pun suka baca blog orang tak tinggal jejak.

fadh cakap rindu nak tengok aku marah-marah. apakah expression tersebut? haha. nampak sangat entri aku sangat emosi bila marah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails